.

Rabu, 17 Mei 2017

RAMAI DATANG DENGAR CERAMAH PAKATAN HARAPAN





MAKIN RAMAI MAKIN

AMPOH ORANG RAMAI

DATANG 


CERAMAH 

PAKATAN HARAPAN

TPAI TV TIGA SUKU

KATA TAKDA ORANG




RAJA SIAM PALING COOL





TONTON 

LIHAT NOW

RAJA COOL

SEBELUM FB

YOUTUBE

HARAMKAN



Thailand Warns Facebook After Video Seems to Show King in Crop Top

HONG KONG — Facebook came under increasing pressure from Thailand’s government on Tuesday to remove dozens of pages from its servers, a few weeks after a video that appears to show the country’s new king walking through a shopping mall in a crop top was widely shared on the site.

The standoff is the latest sign of a clampdown on online speech by a military junta that seized power in a 2014 coup, and the latest test for Facebook, which has struggled to balance local laws and cultural expectations with its core identity as a network where people are free to share ideas and news.

It may also be a gauge of how aggressively the junta plans to enforce an existing lèse-majesté law — which makes it a crime to insult the king, the queen or the crown prince — under new leadership.

“The government’s moves to restrict Facebook indicate that it is solidifying ideologically around the monarchy, making it the cornerstone of its overall efforts to stem political freedom,” said David Streckfuss, author of “Truth on Trial in Thailand: Defamation, Treason, and Lèse-Majesté.










KURANG ROHANI BUKAN JAMILAH






MACAM PERLI

ADA KURANG 

ROHANI

BUKAN 

KURANG

JAMILAH

Rasuah: Masyarakat kurang didikan rohani
SHAH ALAM - Masyarakat zaman kini perlu diberi didikan kerohanian kerana mereka kurang penekanan dalam soal tersebut.

Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berkata, kekurangan nilai rohani dalam diri seseorang itu menyebabkan mereka tidak bersalah mengambil rasuah mahupun melakukan kesalahan lain.

"Penyelewengan ini dianggap sebagai khianat dan berdosa besar. Rasuah adalah sesuatu yang mampu menjejaskan maruah.

NAJIB HADI

NASA TONTOWI

ABODOH

KHAIRUDDIN

REMBAT DUIT SRC

KERANA KURANG

ROHANI?

INI MUSTAHIL

TAK MASUK AKAL

KALAU JHO LOW

KURANG ROHANI

MENYAKINKAN

KERANA DIA 

TAK MINAT

ROHANI

DIA MINAT

PARIS HILTON




---------------

PUBLISITI UNTUK BUKU HANNAH




HAM 

DULiL


Serangan terhadap Hannah tak berasas - Nik Nazmi

Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan tuduhan bahawa Speaker Selangor, Hannah Yeoh memiliki dan membawa agenda Kristian sebagai tidak berasas.
Menurutnya, sepanjang mengenali Hannah, ADUN Subang Jaya itu merupakan penganut agama Kristian yang komited terhadap kepercayaannya, namun berdedikasi kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang politik.
"Sebagai ADUN pula beliau merupakan seorang wakil rakyat yang amat disegani dan sentiasa berusaha keras untuk memastikan sekolah-sekolah agama di kawasan Subang Jaya mendapat peruntukan yang sewajarnya daripada kerajaan negeri.
"Malah beliau juga sering menghadiri program di masjid dan surau serta menghormati adab tempat ibadah sehinggakan pernah dikecam oleh MCA kerana memakai skaf di masjid.
Hannah hari ini membuat laporan polis terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Yusoff kerana mendakwanya mahu membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.
Antara lain, Kamarul mendakwa dalam biografi yang ditulis Hannah bertajuk Becoming Hannah (Menjadi hannah), ADUN itu mengaku penglibatannya dalam politik dibantu pihak Kristian.
Malah, dakwa Kamarul, Yeoh menggunakan kedudukan politik untuk berdakwah mengenai agama Kristian.
Kamarul memetik beberapa petikan dalam buku itu, antaranya yang menyebut Yeoh mendedikasikan hidupnya untuk tuhan (halaman 23), mengukur dirinya sebagai “child of God” (halaman 89) dan mendedahkan impiannya sebelum ini untuk menjadi mubaligh (halaman 108).
Hannah ketika menafikan dakwaan itu berkata buku tersebut memaparkan kisah peribadi dan kerana itu diberi tajuk Becoming Hannah, bukan Becoming DAP (Menjadi DAP) atau Becoming a Christian (Menjadi Seorang Kristian).
Berkaitan isu sekularisme, beliau menegaskan ia adalah konsep yang memisahkan kuasa dan pentadbiran daripada institusi agama dan “bukannya menolak agama”

TERIMA KASEH

KERANA BUAT

LAPORAN POLIS

INI PUBLISITI

TERBAIK UNTUK

MENJUAL BUKU

KALAU TAKDA

HEBOH GUA PUN

TAK TAHU SAPA

DIA HANNAH NI

SEKARANG GUA

CEPAT CEPAT

NAK BELI BUKU

NANTI GUA

KELUAR BUKU

TOLONG CEPAT2

BUAT LAPORAN

BUKAN PD POLIS

PADA KETUA

TWITER NEGARA

MERCI kamarul 

amin







---------------------

SELAMAT PULANG - SELAMAT BEBAS







SELAMAT

PULANG

SELAMAT 

BEBAS




Chelsea Manning prepares for freedom: 'I want to breathe the warm spring air'

On Wednesday, after seven years, Chelsea Manning will walk out of military prison a free woman. Edward Snowden leads the tributes, and tells the Guardian how Manning ‘left behind the safety of silence to speak a truth that saved lives’



-------------

DARI MANA KUASA DATANG





KUASA


sila fikirkan
dari mana 
kuasa datang
dari mana
punca kuasa


kuasa rakyat
kuasa ramai
tinggal retorik

di malaysia
makin jelas
kuasa datang
dari penipuan

AMIN





---------------------

AKAN ADA PM BARU




SUKA HATI
Pas melihat peluang terhidang besar di hadapan untuk kita mencapai kemenangan banyak kerusi parlimen pada pilihanraya nanti, katanya. Kahkahkah pada taraf dia ni, menang 40 dari 100 yang dia tanding dah boleh dilabel banyak. 40% dah cukup untuk dia. 40% dah cukup bagus bagi dia. 40% dah boleh buat dia suka, bangga dan puashati. 
Suka lalu dicanangkan seluruh kampung. Bangga lalu menyombong dengan apa saja cadangan atau nasihat parti lain mahupun rakyat am. Puashati lalu tak akan menukar dah strateji dia ni. Strateji? Kahkahkah! Inilah puak cetek yang tak sedar dia dah secara subliminal menanamkan sifat tak apa pada anak2 kecil dan muda-mudi melayu terutama yang cenderung menjadikan orang yang bergelar pejuang Islam sebagai model ikutan, menanamkan sifat dapat sekadar cukup makan dah ok lah, tak perlu gigih dan inisiatif mahupun inovasi untuk capai tahap excellent! Melayu takkan hilang di dunia? Mungkin, tapi melayu spesis perompak dan corrupt akan memburukkan sejarah tamadun melayu, on 
SATU AMALAN SAJE
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/15/17



------------------

PETAI TUA BUSUK




PETAI TUA BUSUK
Hahahah aku setuju ayat power ni: nak sangat petai yang dah tau sangat busuk adalah sebijik sama macam orang melayu yang nak sangat dengan najib dan umno yang dah tau sangat busuk. Ini aku trademarkkan satu peribahasa baru: seperti hendakkan petai. 
Maksudnya: obses atau tergila berkehendakkan atau menyukai atau menyokong sesuatu atau seseorang walaupun diketahui ianya atau sifatnya sangat tidak elok. Contoh ayat: pakcik dan makcik felda terus menyokong umno seperti hendakkan petai. Oh ada lagi satu, perumpamaan baru: petai. 
Maksudnya: umno, atau najib, atau siapa saja pemimpin umno berhati dan bersifat busuk yang menyalahguna kuasa atau berbuat jahat membebankan orang lain terutama warga negara. 
Contoh ayat: PM (Petai Negara) sedang berada ni negara china dikepit ketat sepanjang masa oleh lakinya yang gedempol itu supaya tidak lari mengejar amoi berskirt di china pula, setelah sedunia heboh dengan kisah petai dan amoi mongolia yang berakhir dengan tragis. on SAMBAL PETAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/15/17




--------------------

BOIKOT MIC - KES RASUAH SONYAP



KES RASUAH SONYAP
BOIKOT MIC
gaduh gaduh ini show kah? perkara pukasa pukisa semua Sonjab bab rasuah, senyop bab kenaikan harga barangan, sonyap bab isu semasa, kalau zakar tak naik terus hebih, terus bising, kqh kah kah, apa punya turrr....memang lah boikot mic.... boikot parti orang tak sokong, boikot parti yang tak ada orang ikut bodoh piang...kah kah lah..
ingat nak main sentimen sentimen kah kahkah...lah ini zaman.moden...no sentimen only money...you pay you dapat...no pay no lubang...kah kah kah so ask your bos pay pay pay.. jual lah semua sekali kah kah kah on 
SAH DAN SAHEH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/16/17





-----------------

LAGI BERITA AH LONG




LAGI BERITA  AH LONG
Ini bukan cara baru oleh ah long yang nak tagih hutang. Ini cara lama mereka. Cara ini dah pun dibuat mulai tahun 2006. Dan ianya cukup berjaya, sehingga kini orangramai masih ingat dan bercerita tentangnya. Malah diketahui secara glokal. 
Begini kesah sebenarnya, jika ada versi lain maka itu adalah rekaan fiksyen semata: Rakyat mengadu takut keselamatan diri, keluarga dan negara bila berkait dengan laut samada berenang, menangkap ikan ataupun kapal kargo, cruise dan perang, akibat kejadian lanun yang semakin kritukal. 
Para menteri pun mengadu tentang perlunya negara menokok kecanggihan sistem pertahanan laut dengan segera. Perdana menteri pun bingkas bangun dari katil super king size bertilam empuk tebal 12 inci, meninggalkan waktu tidurnya serta rosmah yang masih lena diselimuti mimpi. Tidak ada apa yang boleh mengalih menteri perdana dari missi dan iltizam beliau untuk menyelesaikan masalah rakyat dan mempertahankan negara dari ancaman lanun haram jadah, tidak tidur dengan mimpi on 
MARI BELAJAR DARI DATUK ADAM ROSLY
Publish | Delete | Spam
yummy!
on 5/16/17






------------------

TIMBALANG PRESIDANG




TIMBALANG PRESIDANG
Hah? Betul ke tt? Nasha muka kemek tu nombor 1, kadiaq nombor 2? Nasha bos pada kadiaq? Kahkahkahkah hebat hebat! Tak sangka nasha yang cuma timbalang presideng parti tok lebai, 
boleh jadi lebih tinggi dan bos kepada kadiaq yang bukan setakat pegang jawatan kanan dalam parti umno malah pegang jawatan kanan dalam kabinet malaysia kuikuikui nasib sabut labi! on KUMPULAN JUBOW BUAT LAWAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/16/17



----------------

BANI MELAYU DAN BUDAYA PENAKRIF


  

BANI MELAYU 
DAN 
BUDAYA PENAKRIF

Bani apa  pun  dalam dunia ini yang tidak tahu dari mana asal usul mereka akan terus memiliki jiwa hamba. Bani yang berjiwa  hamba terus merasa  merasa rendah diri, merasa terkepong,  manai intelek dan bebal fikrah. Contoh terbaik yang boleh saya nyatakan  ialah Bani Melayu.

Dalam kebebalan dan berjiwa hamba ini sesekali  dilihat dan terbaca keangkuhan dan bodoh sombong Bani Melayu yang berpotensi meenjadi lawak benua.

Siapa yng tidak mengingati hari semalam akan lupa hari ini. Dan pasti tidak sedar hari esok. Ini syarat  sosial dan hukum tamadun kewujudan negara bangsa.

Apabila dinyatakan bahawa tamadun Lembah Bujang, Langkasuka dan Ganga Negara sebagai permulaan tamadun Bani Melayu ramai yang buta  fikrah  tidak mahu menerima hakikat. Apabila dikatakan bahawa Prameswara itu saorang Putera Hindu maka  ada Bani Melayu yang merasa  pitam.

Biar saya terangkan disini bahawa memang  betul agama Prameswara itu Hindu tapi Prameswara ini  Bani Melayu dari Palembang. Bumi  asal usul Wan Empok dan Wan Malini. Betul di Lembah  Bujang yang wujud ialah candi Hindu tapi warga di Lembah Bujang ialah Bani Melayu.

Betul agama Hindu ini berasal dari Bharat atau India. Tapi ini tidak bermakna warga di Lembah Bujang yang ke sawah atau ke bukit mencari damar dan rotan bukan Bani Melayu. Yang menyembah Dewata Mulia Raya itu bukan Bani India dari benua Bharat.  Sang Dewata Mulia Raya ialah Tuhan Bani Melayu ketika Batu Bersurat  Terengganu diukir.

Hindu ini hanyalah kepercayaan. Hindu ialah agama saperti agama Kristian, Buddha atau Islam.

Bani Melayu pun banyak pegangan agama. Di Bali ada Bani Melayu Hindu. Di Filipina ada Bani Melayu Christian. Dalam pendalaman  Semenajung Tanah Melayu  -  Bani Melayu dari suku Senoi, Jakun , Temiar  - semua   tidak beragama. Untuk Bani Melayu yang tidak beragama ini tidak ada konsep syurga, neraka atau bidadari.  Ertinya Hindu atau Kristian atau tak beragama ini  bukan Bani. Melayu tetap Melayu kalau pun dia beragama  Hindu, Kristian, Islam atau tidak  memiliki agama.

Jiwa hamba  Bani Melayu yang paling jelas ialah menumpang bangga atas kejayaan orang lain. Menumpang bangga  kerana kejayaan orang lain ini adalah psikik jiwa hamba. Media  Bani Melayu  sering heboh dengan kejayaan pemikir dan ahli falsafah di era Baitul Hikmah di Baghdad.

Selalu kita terbaca tentang Al-Farabi, Ibu Sinna, Biruni, Khwarazmi - yang dipapar agar Bani Melayu dapat menumpang ‘ glamour’.  Ini pun salah berglamour kerana ini sosok-sosok ini  bukan jenis Arab Saudi. Mereka ini adalah Bani Parsi. Intelektual  dan pemikir dizaman Baitul Hikmah  kebanyakan bukan Arab dari Saudi tetapi Bani Parsi.  

Malah Abu Nawas yang menjadi sebutan-sebutan Bani Melayu itu bukan sahaja  berasal dari Parsi malah seorang homoseksual yang puisinya dirayakan di Baghdad oleh Khalifah Harun al-Rashid hingga ke hari ini.  


Ini fakta bukan lebong dari Hishamuddin Rais. Kalau kurang yakin sila tanya Lebai Google. Semua asal usul sosok-sosok ini akan dinyatakan dengan jelas.

Apa yang ingin saya nyatakan disini bukan menafikan kejayaan sosok-sokong pemikir zaman Baitul Hikmah atau pemikir zaman mana pun. Atau tidak merayakan fikrah mereka. Fikrah berasal usul dari Bani mana pun amat penting untuk tamadun dunia. Yang saya cuba paparkan ialah kita tak perlu menumpang kejayaan Bani Parsi sahaja - kita sendiri wajib mengeluarkan pakar, pemikir, intelektual dan ilmuan untuk dirayakan oleh warga dunia. Menumpang bangga sahaja  adalah tanda jiwa hamba dan intelek manai.

Bani Melayu wajib memiliki jatidiri yang kukuh. Tidak memiliki jatidari yang  kukuh hasilnya ialah Orang Melayu yang kita semua lihat pada hari ini.

Bani Melayu hari ini telah hilang pedoman moral. Betul Bani Melayu zaman ini telah meningglkan  Sang Dewata Mulia Raya dan menyembah Allah.  Mereka telah dijanjikan syurga, neraka dan bidadari - ini janji sambungan dari zaman Hindu mereka.  Tapi  Bani Melayu yang menyembah Allah ini telah juga meninggalkan garis  asas pedoman agamanya - amal makruf nahi mungkar .

Justeru kerana jatidiri Bani Melayu ini simpang siur , kacau bilau dan tunggang  langgang maka Bani China dan Bani India  melihat bahawa Bani Melayu ini TIDAK memiliki kualiti dan tahap kepimpinan.

Bani China dan Bani India dan Yang Lain di Tanah Melayu ini melihat Bani Melayu ini senang dirasuah. Bani Melayu ini cakapnya tidak boleh dipakai - kluk klak - dulak  dalik. Bani Melayu sesudah sembahyang tangannya sentiasa menampong berdoa kepada Allah tapi tangan yang sama  cukup ligat untuk menerima rasuah.

Kerana tanpa satu jatidiri yang kuat maka Bani Melayu ini sedang dilihat sebagai Bani yang amat senang dibeli. Kalau tidak dengan duit, dibeli dengan Amoi. Kalau gagal dibeli dengan Amoi  mereka  boleh dibeli dengan kuasa dan kedudukan. Hati Bani Melayu akan cair apabila melihat Mini Cooper atau AudiQ7.

Inilah tahap jatidiri Bani Melayu hari ini.

Justeru kerana ini kita melihat bagaimana  Malaysia hari ini dalam keadaan kacau bilau. Bani Melayu  dari sejarahnya Lembah Bujang dari sejarah arkeoloji Orang Perak  adalah Orang Asal dibumi ini. Tetapi  telah gagal memainkan peranan mereka untuk melahirkan sebuah negara bangsa dalam  masyarakat majmuk.

Saya cukup yakin semua ini berlaku  kerana Bani Melayu tidak memiliki  jatidiri yang kukuh.  Bani Melayu tidak dapat mengajukan BUDAYA PENAKRIF untuk Malaysia kita.

Apa dia budaya penakrif ini?

Budaya penakrif ialah budaya induk dalam mana mana tamadun. Kalau kita ke German budaya penakrif ialah budaya German.  Kalau kita ke United Kingdom budaya penakrif ialah budaya Anglo-Saxon.  Di Jepun budaya penakrif ialah budaya Jepun. Kalau kita ke Tanah Besar China budaya penkarif ialah budaya Han.  

Tetapi di Tanah Melayu ini Bani Melayu  telah gagal untuk memunculkan satu  budaya penakrif untuk diikuti dan dihayati oleh  Bani China dan Bani India yang datang ke Tanah Melayu  yang dibawa oleh Inggeris.

Tanpa jati yang kukuh dan kompak Bani China dan Bani India memperlekehkan segala bentuk percubaan Bani Melayu untuk memunculkan budaya penakrif ini. Contoh terbaik terjadi pada tahun 2008 apabila kerajaan Selangor bertukar ganti. Ini berkaitan dengan pemakaian songkok - simbol Bani Melayu.  

Ada suara-suara dari pemimpin Parti DAP telah tidak bersetuju memakai songkok untuk ahli Dewan Undangan. Lihat bagaimana  angkuhnya Bani China ini. Kenapa Bani China ini berani angkuh? Ini kerana Bani Melayu sendiri tidak memiliki jati diri yang kukuh.

Saya berani berkata demikian kerana Bani China ini tidak pula menentang memakai pantalon dan kameja dalam hidup harian mereka.  Mereka sedia terbuka hati menggunakan pakaian  Bani Eropah. Tetapi dengan lucah mereka berani menolak songkok. Ini kerana mereka tahu Bani Melayu ini sabising mana pun akan senyap jika duit bertukar tangan. Ini hakikat.

Bani Melayu sebagai Orang Asal Tanah Melayu telah  gagal untuk melahirkan satu tamadun bangsa. Simpang siur budaya, kacau bilau bahasa hanyalah manifestasi dari kegagalan Bani Melayu  kehadapan menjadi  teraju pimpinan  untuk melahirkan  budaya penakrif di Malaysia.

Lihat sahaja dalam hal bahasa. Kalau di Peranchis ada  Akademi Peranchis yang menjaga  bahasa Peranchis. Mustahil imigran dari Algeria yang telah duduk bertahun-tahun di Peranchis tidak mengetahui bahasa Peranchis. Mustahil ini adalah jawapan budaya penakrif Peranchis.

Akademi ini mengawal dan menjaga kesucian bahasa penakrif Peranchis. Tidak akan terselit bahasa Arab dalam drama Tv Peranchis walau ada hampir 10 juta  warga keturunan Arab di Peranchis.

Bagitu juga di United Kingdom.  Budaya penakrif  ialah budaya  Anglo-Saxon. Cerita-cerita rakyat,  dongeng dan mitos budaya semuanya berasaskan Anglo-Saxon. Sesiapa yang datang ke UK  untuk ‘ cari makan’ wajib mengikuti dan taat kepada budaya  penakrif ini. Bahasa Inggeris adalah bahasa penakrif  walau pun wujud  Bahasa Wales, Scottish dan Irish.

Justeru tidak pernah termasuk sepatah pun bahasa Melayu dalam drama TV  BBC, Chanel4  atau ITV. Mustahil BBC sebagai induk penjaga bahasa dan budaya penakrif akan membenarkan sepatah dua kata  penggunaan bahasa Melayu dalam laporan berita mereka. Mustahil sampai kiamat pun ini tidak akan terjadi.

Di Siam budaya penakrif diatur oleh lembaga budaya Siam.  Perkataan baru atau objek baru yang wujud dalam dunia akan diberi nama Siam. Talipon misalnya ialah talibersuara. Manakala Tv ialah kaca bergambar. Ini peranan budaya penakrif.

Malah kita baca nama-nama  warga Siam   yang berasal dari Bani Khamer, Bani Laos, Bani Burma atau Bani Melayu diSiamkan nama mereka. Pekara yang sama dilakukan  di Indoesia. Justeru kita bertemu dengan Basuki Chahaya Purnama a.k. a Tjung Bang Hok a.k.a Ah Hok.

Kewujuan budaya penakrif ini penting untuk mendirikan tamadun negara bangsa.

Semua ini tidak terjadi di Tanah Melayu. Ini kerana jati diri Bani Melayu tidak kukuh dan simpang siur. Kenapa simpang siur?  Jawabnya kita wajib kembali kepada sebab musabab yang paling  asas. Ekonomi menentukan segala-gala. Budaya  penakrif juga ditentukan oleh ekonomi.

Ekonomi Bani Melayu lembik dan tidak kukuh maka manifestasinya ialah jatidiri yang lembik dan kacau bilau. Akhirnya kita kembali ke persoalan nasional. Kemana kita dari hari ini? Tunggu minggu hadapan. (tt)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



---------------------