Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 18 Januari 2011

INDIA, CHINA SEKARANG BENGGALI - TT PEMECAH BERITA




ABANG BAI TUNJUK RAMBUT





BENGALI PULAK LEPAS INI


rambut bengali yang panjang itu
adalah ajaran agama sikh

kalau dipaksa potong
jadi bengali murtad

tak kan tak faham faham

india ada hindraf
china ada chindraf
bengali hanya ada tiger draf

tu pasal bengali marah
kah kah kah


tunggu dan nanti
lihat dan nanti !


INI DIA JAM 5.00 BERITA BARU KELUAR
- mkini

Ibu bapa seorang remaja Sikh yang menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berang apabila anaknya sedar dari tidur pada Ahad lalu dan mendapati rambutnya yang sepanjang hampir semeter telah dikacip.

Mengikut agama Sikh, memotong rambut atau disebut “kesh” dengan tegasnya dilarang.

Bapa kepada remaja itu, Surinderpal Singh, 47, berkata dia dan isterinya menjadi ntidak keruan dan kini tidak mahu anaknya itu menyambung latihan berkenaan.

DARI LATIHAN PLKN





KESAH FIRST LADY




FIRST LADY WAKIL PRESIDEN KE PBB














AKHBAR ARAB BUKAN DARI ZUNAR







SI FIRST LADY LARI LINTANG PUKANG

Corruption in the inner circle is growing. Even average Tunisians are now keenly aware of it, and the chorus of complaints is rising. Tunisians intensely dislike, even hate, first lady Leila Trabelsi and her family. In private, regime opponents mock her; even those close to the government express dismay at her reported behaviour. Meanwhile, anger is growing at Tunisia's high unemployment and regional inequities. As a consequence, the risks to the regime's long-term stability are increasing."DARI WIKILEAKS

terjemahan:

Rasuah dikalangan kroni amat meluas. Warga biasa pun sedar akan hal ini dan terus merungut. Rakyat 1Tunisia amat jelak malah membenci wanita pertama Leila Trabelsi dan keluarganya. Secara diam diam pihak pembangkang telah mengutuk wanita pertama ini, malah ada juga pegawai dalam pelbagai kementerian yang menyampah dengan kelakuan Leila. Dalam masa yang sama kemarahan terus meningkat kerana pengangguran. Justeru dalam masa panjang kestabilan rejim ini bertambah risiko – DARI WIKILEAKS


Telah diriwayatkan adalah sebuah negara diatas angin yang kaya lagilah subur. Negara ini terletak dipesisiran Laut Tengah. Anggur dan epalnya ranum dan manis. Gandum dan tamarnya hidup subur dan mewah di pukul bayu Laut Tengah. Pantainya indah dengan cuaca yang permai menjadikan negara ini satu tarikan untuk para saudagar , pedagang dan pelawat. Maka berpusu-pusulah mereka datang membawa dagang dan dinar.

Adalah diberitahu akan sejarahnya negara atas angin ini pada satu ketika dahulu adalah tanah jajahan Peranchis. Maka penduduk yang sepuluh juta ini pandailah bertutur bahasa Peranchis, bijaklah mereka bersekolah di Peranchis, pandailah mereka meminum air anggur dan bijaklah mereka memakan keju dan roti.

Maka mengikut surah dari perawi yang saheh satu malapetaka telah datang menimpa negara diatas angin ini 23 tahun dahulu. Seorang yang tidak diketahui asal usulnya bernama Zine al Abidine Ben Ali , telah menyamar mengaku dirinya lebih Arab dari Arab. Maka diangkatlah si Zineal Abidine ini untuk menjadi Presiden. Untuk menyedapkan cerita si Zineal ini telah datang bersama isterinya yang bernama Leila Trabelsi.

Mengikut Wikilekas yang empunya cerita Si Leila Trabelsi ini amat lah gila untuk menjadi First Lady. Si Leila Trabelsi ini amatlah gian kepada glamour dan amatlah berahi untuk melihat mukanya di kaca tv. Saban minggu Leila Si First Lady ini akan turun ke Paris untuk mendandan rambut dan memotong kuku. Mengikut surah wikileaks yang menangkap surat rahsia Pak Duta Amerika Robert Godec ke Rumah Puteh yang telah memocorkan kesah bagaimana Leila Si First Lady ini sering menghantar kapal terbang khas ke Monaco untuk membeli ais krim yang digemarinya.

Untuk orang luar yang datang melihat negara ini akan terpegun dan tersenyum. Hotelnya indah lagilah murah. Lalu negara ini dikenali sebagai tempat berehat dan bermain untuk mereka yang ada dinar dan euro. Siang berbaring di pantai. Malam berbaring dipeha. Picit loceng akan datanglah hamba sahaya menghibur duka dan lara. Dara diminta - dara pun datang. Minta janda - janda pun datang. Minta jantan – jantan pun datang. Maka tersohorlah negara ini ke seluruh Eropah sebagai tempat peranginan yang maha indah lagilah murah.

Tuan tuan pembaca yang budiman adalah riwayat Wikileaks ini saya sambung lagi. Kesah ini tidak khatam sampai had ini sahaja. Ingin disurahkan tentang kesah orang kampong yang sengsaranya tidak terhitung. Bermula kita dengan kesah nelayan yang membawa berita sedih lagi kurang sopan. Tanah-tanah kampong mereka dirampas untuk dibuat hotel yang gemerlapan. Akhirnya mereka tidak ke laut dan hilang pendapatan.

Mari kita masuk jauh ke pendalaman ke pinggir Sahara yang kering dan bedebu untuk mencari kesah orang kampong yang jarang kita dengar. Sesekali dalam kota kita terdengar kesah orang kampong yang kurang tepong dan kurang gula. Orang bandar dan orang kota tidak semuanya hidup sama. Ada yang duduk di mahligai dihadapan Laut Tengah yang indah permai. Dilayani oleh khadam dan sahaya. Ada yang duduk di kasbah berasak-asak dan berhimpit himpit.

Untuk menyedapkan kesah ini biar saya surahkan tentang anak-anak muda yang inginkan hidup berubah. Mereka rajin belajar di sekolah. Mereka tidak mahu lahir dan mati dalam kasbah. Mereka mencari ilmu untuk menjadi warga yang berpelajaran. Sayangnya kerja amatlah susah untuk ditemui. Ramai yang berpindah mecari makan di Eropah. Ramai lagi yang menunggu bertahun tahun jika rezeki datang melayang.

Seluruh desa dan kota semuanya tahu untuk mendapat kerja bukan satu pekara senang. Hendak mendapat kerja wajib mengenal orang. Wajib merasuah tuan dan puan. Hendak mendapat kerja wajib ada Pak Dalang. Ijazah dan diploma tidak semestinya membuka peluang.

Kesah ini disambung lagi : selama dua puluh tiga tahun rakyat berhadapan dengan Si Leila First Lady . Banyak kesah hodoh yang didengar amat jarang kesah terpuji. Si Leila mula di samakan dengan Imelda Marcos. Mengumpul kasut, coli dan baju. Bershoping ke Paris , ke Dubai sepanjang waktu. Mengikut surah yang hamba dengar apa sahaja kontrek dan projek perlu Presiden bersetuju. Tetapi Leila Si First Lady wajib diberitahu dahulu agar persen dapat masuk ke dalam tabung untuk dapat kanak-kanak sekolah dibantu.

Jika ada pembaca yang budiman bertanya bagaimana selama 23 tahun ini Zineal dan Leila ini mengembang sayap tanpa dimarah tanpa dibantah. Wahai pembaca budiman jawabnya amatlah senang. Radio, tv dan akhbar kalau tidak milik Zineal ianya milik anak Zineal. Kalau tidak milik anak Zineal – media ini milik kawan dan sahabat Leila Si First Lady. Tidak mungkin ada akhbar yang berani tegak berdiri kerana sang Presiden dikelilingi oleh polis dan tentera. Ini dibantu oleh ribuan mukhabarat yang megintip setiap kampong dan pekan untuk memastikan Leila Si First Lady dilihat anggun dan rupawan. Siapa berani bersuara akan dimasukkan ke penjara.

Untuk memanjangkan kesah negara atas angin ini maka pada 17 haribulan Disember tahun lalu terjadilah satu kesah yang amat pilu. Di Sidi Bouzid badar kecil 160 kilometer dari ibu kota menjadi tempat sejarah bermula. Mengikut tuan empunya cerita ada seoarng anak muda bijak pandai dan telah berijazah pula. Tetapi bertahun- tahun menunggu harapan mencari kerja. Mohamed Bouazizi adalah harapan keluarga untuk membantu kehidupan dalam kota. Lalu Bouazizi menjaja sayur dan buah buahan untuk menampong kehidupan adik emak dan keluarga.

Dihari yang bersejarah ini kereta tolak Bouazizi telah dirampas oleh penguasa kerana dikatakan berniaga tanpa lesen dan kebenaran. Di petang harinya si anak muda ini telah cuba mengadu hal meminta kembali kereta sorongnya. Semuanya gagal lalu dia bertekad membeli petrol dan membakar dirinya sendiri.

Maka pecahlah ke seantero negeri kesah seorang anak muda membakar diri untuk membantah kerakusan Leila Si First Lady. Berita si anak muda dihantar ke hospital telah menyemarakkan kemarahan rakyat yang terpendan selama 23 tahun. Orang ramai mula keluar ke jalan raya membakar gambar Zienal dan Leila. Tidak dapat ditipu tidak dapat dipulas. Rakyat telah bangun kerana telah lama ditindas.

Dari seluruh pelusuk negara – dari kampong dan desa – dari pekan dan bandar – orang ramai telah keluar berdemo. Tanpa sepanduk tanpa kain rentang tanda keberanian menegak keadilan. Mereka bangun mahukan kebebasan yang selama ini mereka ditekan. Orang ramai telah bersatu hati mereka semuanya meludah dan membenci Leila Si First Lady tembam, bergincu , berbotox dan bersangkul tinggi.

Polis dan tentera keluar untuk menembak mati sesiapa yang berani berdemontrasi. Kematian tidak mematahkan semangat. Sepuluh gugur tewas sepuluh ribu rakyat keluar berdemo. Setiap hari dan setiap petang di seluruh negara rakyat telah sedia bangun untuk berperang melawan Leila Si First Lady.

Akhirnya berita pun sampai si anak muda si pemula kesah ini telah mangkat didalam hospital. Badan terbakar tidak dapat diselamatkan. Maka berakhirlah 26 tahun riwayat anak muda ini. Berita kemangkatan ini menyemarakkan lagi kebencian rakyat kepada Leila Si First Lady. Ribuan demonstran turun ke jalan raya menuntut hak membela setiap yang tewas.

Kota dan kampong makin terbakar. Rakyat berduyun turun ke ibu kota mahu menuju ke Istana Presiden mencari Zienal dan Leila Si First Lady. Belum sempat sampai ke istana berita pecah berderai si Zienal dan Leila Si First Lady telah melarikan diri. Mula-mula mereka ingin ke Paris untuk hidup lumayan diluar negeri tetapi tidak dibenarkan oleh Sarkozy. Maka mereka mengundur ke Saudi. Disinilah akhirnya kesah Leila Si First Lady yang akhiir tungang langang melarikian diri.

Epilok:

For the first time – in a state where there is estimated to be one police officer for every 40 adults, two thirds of them in plain clothes, and people are afraid of even discussing politics in private for the informers on every corner – people took to the streets today chanting: "Ben Ali out!" and carrying banners saying "Ben Ali murderer!" They railed against his family and that of his loathed wife, Leila Trabelsi, seen as a cross between Imelda Marcos and Catherine de Medici. "Trabelsi thieves!" read one banner, against the woman whose family is reviled for taking tasty slices of state business and contracts, and plundering Tunisia's wealth. Tonight there were reports that some of her family's coastal villas and businesses had been attacked and ransacked.

NOTA:
Inilah dia rejim laki bini yang ganas yang selama 23 tahun ini memerintah Tunisia seperti harta milik pribadi mereka. Kini Zine el Abidine Ben Ali dan Leila Trabelsi telah melarikan diri dikejar oleh rakyat. Berita terakhir mengatakan dua anak perempuan mereka telah sampai ke Peranchis. Peranchis adalah negara pertama yang menjadi pilihan mereka tetapi suami isteri ini tidak dibenarkan masuk ke Peranchis. Kesah ini bukan kesah rekaan. Semua fakta diambil dari sumber-sumber yang saheh termasuk Wikileaks.

NOTA:
angka dari kerajaan lama mengatakn hanya 23 orang telah gugur
angka dari rakyat memngatakan lebih 200 telah tewas
malah banyak lagi mayat mayat yang belum di kenal pasti di hospital
mayat mayat masih lagi ditemui

gerombolan penyokong presiden yang lama
masih membuat kacau
ketua mukhabarat – kepala sb telah dapat ditangkap
keadan masih belum tenteram (TT)

* tulisan ini sedang tersiar dalam FIKRAH KEADILAN*

SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI



AL-FATIHAH






Lahir 29 March 1984
Sidi Bouzid, Tunisia
Mangkat January 4, 2011 (umur 26)






SALUT MOHAMED BOUAZIZI

bila aku baca berita tentang kau yang berani
maka aku tunduk segan
bila aku baca berita kau mangkat
gugurlah si ayer mata

tamatlah riwayat kau yang yang pendek
26 kali kau beramadan
26 kali kau bermusim bunga
26 kali musim dingin sampai
tapi hidup kau penuh sengsara
kau membesar dibawah telunjuk leila si first lady

kau belajar
kau berjaya
kau ke universiti
kau berijazah
tapi kau hanya menunggu kerja
seperti beribu ribu anak muda
dengan penuh harapan yang setia

lalu kau membuat kereta sorong
menjaja buah dan sayur
inilah satu kehidupan yang bukan asing lagi
di negara dibawah pemerintahan leila si first lady

betapalah susahnya hidup
ibu adik dan kakak
semua menunggu rezeki dari jualan kamu

maka ditakdirkan datanglah mala petaka
lalu kereta sorong kau dimusnah
lalu sayur kau di rampas
lalu buah buah kau terbarai
kau menjaja tanpa lesen
lesen yang wajib dibayar untuk leila si first lady

wahai anak muda yang berani
bila kau membakar diri
kau telah membakar seluruh bumi arab
dari moroko hingga ke bahrain
dari damsheik hingga ke dubai
kemarahan rakyat meluap luap

rakyat jordan telah turun ke jalan raya
rakyat aljeria telah turun ke jalan raya
rakyat muritania telah turun ke jalan raya
bangun mengacungkan tangan
menuntut keadilan
mendobrak kezaliman

bila kau membakar diri
tanda bantahan terhadap leila si first lady
telah disambut oleh tiga anak muda di aljeria
telah disambut oleh tuan empunya cafe di al-khahairah
telah disambut oleh seorang anak muda di muritania

wahai mohamed bouazizi
bila pintu langit dibuka
kau lihat kembali ke tunisia
kau lihat kembali ke kereta sorong mu
kau lihat kembali ke kota kecil kamu
kau lihat kembali satu tunisia telah bangun
kau lihat kembali satu bumi arab telah bergolak
kau lihat kambali keberanian telah datang
untuk menentang kebatilan
untuk menegak keadilan

wahai anak muda
bila pintu langit itu tertutup
berehatlah kamu bersama segala roh yang suci
bersama segala pejuang yang berani
senyumlah untuk dirimu
leila si first lady telah diburu lari

al-fatihah untuk semua yang gugur
salut untuk mereka yang berani
salut dari aku untuk kamu


PERANGAI SUNNAH WAL RASUAH




PEMIKIR DAN INTELEKTUAL






PENGIKUT SIAH LAPOR POLIS TERHADAP KHUSRIN - mkini

Sekumpulan pengikut Syiah hari ini menuntut supaya polis mengambil tindakan ke atas bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohammed Khusrin Munawi dan juga seorang pendakwah Abu Hassan Din yang didakwa "berniat jahat untuk menghuru-harakan ketenteraman awam di Malaysia."

Seorang wakil kumpulan berkenaan Kamil Zuhairi Abdul Aziz berkata, polis perlu mengambil tindakan demikian memandangkan Mohammed Khusrin dan Abu Hassan telah mengeluarkan fitnah terhadap pengikut Syiah, seperti yang disiarkan beberapa akhbar dan stesen televisyen pada 15 Disember lepas.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah … LAPOR …. JANGAN TAK LAPOR….. kah kah kah..

kah kah kah… GULUNGAN AL-BAIT MELAWAN GULUNGAN AL-BODEK… kah kah kah..

kahkah kah… INI LAH CONTOH TERBAIK PERANGAI SUNNAH WAL RASUAH… kah kah kah..

kah kah kah… INI LAH KESAHNYA SUNNAH AL-BODEKI…. kah kah kah

nota:
hairan kenapa tidak dibenarkan
penganut shiah?
kenapa sunnah wal rasuh sahaja yang dibenarkan?

nota:
untuk yang ingin tahu sila
cari dan baca buku dan kitan dari
ali shariati untuk mencerahkan minda.



LEILA SI FIRST LADY




LEILA SI FIRST LADY







di tunisia leila si first lady
amat dibenci dan di caci
1Tunisa senang hati
bila leila si first lady lari!!!








LEILA SI FIRST LADY LARI BAWA JONGKONG EMAS 1.5 TAN

ini lah kesah leila si first lady
bermula dari mak andam
menjanda tiga kali
kemudian menjadi first lady

lihat dan baca
saksilah lah satu sejarah
sedang di lakar

dari ilmelda
dari farah deba
dari madam suharto

kini leila si first lady


FIRST LAD BERSAMA PRESIDEN


















WIFE OF TUNISAN PRESIDENT FLED RIOT-TORN CITY WEITH 1.5 TON OF GOLD
- daily mail london

Expensive tastes: Leila Ben Ali, the wife of Tunisia's ousted president, loved fast cars
The wife of Tunisia’s ousted president fled the chaos-stricken country with one-and-a-half tons of gold worth more than £35million, it emerged yesterday.

Dubbed ‘the Imelda Marcos of the Arab world’ because of her lavish lifestyle and love of designer clothes, Leila Trabelsi is said to have demanded the gold last week as President Zine Al Abidine Ben Ali’s regime collapsed.

The chief of Tunisia’s central bank initially refused but Ben Ali, 74, personally intervened, and she flew out with the bullion as she joined him in exile in Saudi Arabia.

The source of the claim, leading Tunisian economist Moncef Cheikhrouhou, said militia men had tried to take more gold.

The clan of the former first lady is widely despised as the ultimate ¬symbol of corruption and excess.

A former hairdresser, Mrs Ben Ali, 53, is known for her love of fast cars – the family had more than 50 – luxury homes and frequent shopping trips to Dubai, during which she is said to have spent hundreds of thousands of pounds.

While many Tunisians faced unemployment, poor living conditions and oppression from Ben Ali’s brutal regime, his family – known as ‘The Mafia’ in the North African country’s capital Tunis – is said to have amassed a £3.5billion fortune. Much of it is kept in France, where some members of the family were still holed up last night.



SALUT UNTUK TUNISIA



LIHAT DAN SAKSIKANLAH



ini gambar presiden
yang telah cabut lari
rakyat dengan bangganya
mengoyakkan semua
gambar-gambar presiden
dan leila si first lady



RANCANGAN RAJA TAK ADA RAKYAT




TAK PERLU PEMBESAR SUARA




ISU AZAN: PEGUAM KIAN NAM MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM – minsider

Peguam yang didakwa meminta sebuah masjid di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam di sini memperlahankan azan hari ini menyifatkan ia salah faham yang diperbesarkan pihak tertentu.

Peguam tersebut, Ng Kian Nam, pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili penduduk di kawasan Pantai Dalam turut memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat negara ini terutamanya orang Islam.

Ng yang juga ahli seumur hidup MCA berkata, isu azan yang melibatkan Masjid Al-Ikhlasiah itu hanya salah faham dan sudah diselesaikan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit… AWAS INI JUGA RANCANGAN LICIK… kah kah kah…

kah kah kah… INI PROJEK TONGGENG KE KIRI KENTUT KE KANAN… kah kah kah..

nota:
cuba selidiki betul betul apa yang terjadi
malaon ini menulis surat kepada najib, nazri
jais , jawi, menteri jais menteri jawi malah
nurul izah pun ada terima. yang paling lawak
koh tsu koon pun dapat surat dari malaon ini.

apa tujuan?

untuk memberi tahu seramai mungkin.
ini satu set up yang dirancang.

apa tujuan?

malaon ini buat huru hara
dia pindah rumah kerana azan
pukida dan pukisa berdemo
orang naik marah

tetiba malaon ini minta maaf
ada gambar dengan raja tak ada rakyat
minta maaf dengan menteri tak menang pilihanraya
ini ada rancangan licik bertujuan untuk menunjukkan kepada
warga lembah pantai bahawa raja tak ada rakyat ini
boleh menyelesaikan masalah.

dalam psywar taktik ini dipanggil – create a problem solving a problem
timbulkan masaalah dan selesaikan masaalah.

masaalah azan ini sengaja diadakan
agar gerombolan dapat menyelesaikan
nasib baik kita ada intenet
jahat ini ni kita bogelkan

terima kaseh ronald reagan kah kah kah

YB PERLABUHAN KLANG




APA KHABAR YB


apa khabar yb badrul
mana lama tak nampak
lesap entah ke mana?

jangan lah muncul
lagi hilang lagi baik

semua warga pelabuhan klang
tunggu pilihanraya kecil

rezeki akan datang
projek akan masuk
semua warga pelabuhan klang
akan berterima kaseh
kalau masih sehat sila terjun dlam laut
kah kah kah

nota:
tunggu dan nanti !

SATU LAGI KES PENDATANG HARAM



MERAMPAS PARIAH




MARKOM HANYA KENALPASTI GURU ANTI-KERAJAAN -mkini

Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran, yang dirakam didakwa berkempen untuk BN di Tenang, telah menafikan tuduhan tersebut.

Katanya, beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".

Sebaliknya, kata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap
kepada kakitangan bawahannya.

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, ia merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong," tegasnya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… SILA SIASAT… KENAPA NAMA MALON INI PELIK… kah kah kah..

kah kah kah…. DARI MANA ASAL USUL MALAON INI?.... akh kah kah..

kah kah kah…. KALAU MALCOLM… KITA TAHU NAMA MAT SALEH… kah kah kah…

kah kah kah… KALAU AL-MARHOM .. KITA TAHU DARI ARAB… kah kah kah..

kah kah kah… INI MARKOM…. kah kah kah...

kah kah kah... BUNYI PELIK....PARIAH DARI MANA INI ?.... akh kah kah..

nota:
parih disini telah diambil
tidak lagi membawa makna
seperti didalam veda
kini pariah ada katasifat
untuk menunjukkan kehairan!!!

cotoh: satu dunia terpariah apabila
apabila diberitahu yang ummmi masih anak dara sunti!

nota:
jangan silap
jika silap
terpariahlaaa kamu kaah kah kah


AWAS JANGAN KENA TIPU




KERJA BARUA




HAK UNTUK MENGUNDI ADALAH SULIT DAN PERIBADI : KOH TSU KOON – mstar

Hak untuk mengundi dalam pilihan raya adalah sulit dan peribadi, kata r Koh Tsu Koon.
Bagaimanapun, Koh berkata, beliau perlu mendapatkan maklumat berhubung cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mewujudkan sistem pegundian secara proksi sebelum memberi sebarang ulasan terhadap perkara itu.

"Saya belum melihat cadangan sebenar mereka. Tetapi bagaimanakah anda memberi proksi kepada seseorang untuk mengundi? Bagaimana anda dapat pastikan bahawa dia mengundi seperti yang anda kehendaki?," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di sini, Isnin.


PROKSI : SPR DMINTA HJANGAN BANTUTKAN LAGI DEMOKRASI
– harakah daily

Berikutan cadangan undi proksi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semakin dilihat membantutkan proses demokrasi di negara ini, malah ianya tidak standing dengan kematangan rakyat yang bijak memilih.

Pengerusi Jawatankuasa Forum Bersih 2.0, Dr Abdul Halim Yusof, pada sidang medianya berkata, SPR kini semakin keluar dari prinsip serta ruang lingkup tanggungjawabnya.

“SPR dengan jelas dilihat sebagai alat kerajaan untuk meneruskan hasrat sebagai pemerintah, walaupun asas demokrasi telah ditelanjangkan.


PEMUDA PAS BANTAH UNTDI PROKSI
– harakah daily

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) membantah cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang mahu mewujudkan sistem undi proksi.

Pengarah pilihan rayanya, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa sistem undi proksi dibuat bagi membolehkan seseorang pemilih diwakili oleh mana-mana individu yang layak pada hari pengundian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai merasakan cadangan SPR untuk mewujudkan undi proksi itu tidak wajar dilaksanakan kerana ia mudah terdedah dengan pelbagai manipulasi dan penipuan.

“SPR tidak menjelaskan siapakah proksi yang layak dilantik bagi menggantikan pemilih yang tidak dapat hadir pada hari mengundi,” katanya kepada Harakahdaily.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI SEMUA PERANGKAP…. kah kah kah…

kah kah kah.. DALAM PSYWAR… INI DI PANGGIL PASANG BENDERA SALAH… kah kah kah..

kah kah kah… DALAM BAHASA MELAYU… TONGGENG KE HULU… KENTUT KE HILIR… kah kah kah…

nota:
lihat bagaimana spr cuba mengalihkan
pandangan dengan mengajukan satu pekara tak masuk akal
seperti undi proksi!
ini bertujuan agar rancangan yang lebih jahat
tidak kelihatan :

1 - memberi kad pengenalan pada mat indon dan mat bangla
2 – mengalih nama pengundi ke tempat lain
3 – menutup perbincangan undi pos
4 – tidak membersihkan daftar mengudi
5 – meletakan pengundi RELA
6 – menutup perbincangan tentng guna dakwat
ini adalah rancangan jahat yang sedang berjalan
dengan menuimbulkan undi proksi maka semua
ajenda ini tenggelama dan dilupakan


lihat pengunaan perkatan PROKSI – ini sengaja
dipilih agar orang kampong tidak faham bila
tidak faham orang kampong tidak ambil pot
walhal perkataan melayu ialah WAKIL

lihat bagaimana ianya dirancang
spr tembak idea ini dan disambut oleh tsu kooon
ini memperlihatkan seolah olah dalam kerajaan pun
ada yang tak setuju

lihat pula laporan harakah daily
orang pas sendiri telah terperangkap
sibuk dengan hal undi proksi hinggakan ajenda undi pos
terkebelakang, hal dakwat tidak ditimbulkan lagi

awas!
ini teknik menipu yang sedang dijalankan
oleh gerombolan. nasib baik kita ada internet
dapat kita bogelkan rancangan jahat mereka

terima kaseh ronald reagan kah kah ksh




DUA KALI BANGANG



DUA DUA DARI SINTOK



nota:
dua kali bangang
satu dari sintok hulu
satu dari sintok hilir





KARPAL NASIHAT UMMI HAFILDA TELITI UDANG-UNDANG
- berita hairann

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda Ali agar terlebih dahulu memahami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya.

Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang
ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempohtidak lebih dari enam tahun.

"Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun...hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya...dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lalu dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik," kata peguam kanan itu kepada pemberita di sini hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… INI DUA KALI BANGANG…. kah kah kah..

kah kah kah… PEGUAM BANGANG TAK BACA UNDANG UNDANG…kah kah kah…

kah kah kah… KENAPA PEGUAM SILAP BERI TUNJUK AJAR…. kah kah kah…

kah kah kah… APAKAH PEGUAM INI LULUSAN SINTOK KE?..... kah kah kah…

woit… BACA UNDANG UNDANG SEBELUM BUAT SAMAN… kah kah kah..

woit…INI BAGI MALU PADA SEMUA PEGUAM... kah kah kah..

kah kah kah… ANAK DARA SUNTI INI MEMANG BANGANG…kah kah kah..

kah kah kah... KALAU TAK BANGANG TAK KAN JADI ANAK DARA SUNTI... kah kah kah...

kah kah kah... NAK TAHU LUBANG APA YANG MASUH SUNTI... kah kah kah..

kah kah kah... HANYA LUBANG TELINGA KRI YANG MASIH SUNTI... kah kah kah..

kah kah kah... YANG LAIN SEMUA SUDAH BUNTI... kah kah kah..

nota:
nak tahu apa makna bunti?
pergi tengok lubang hidung
minah ini kah kah kah