Selasa, 17 April 2018

SANDIWARA NAJIB










SANDIAWARA

APCO TU APA?

SAJE TANYA

MANA TAHU

KALAU APCO

AJEN ZIONIS



Perdagangan Malaysia-Israel meningkat, Najib hanya sandiwara dengan Palestin

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan Najib hanya bersandiwara dalam isu membela rakyat Palestin.

Kata beliau, menjelang musim pilihan raya ini Najib  melalui laman media sosial dia banyak mendabik dada menggambarkan bahawa Umno-Barisan Nasional adalah pejuang Palestin dan umat Islam.

Pada masa yang sama, beliau menuduh PH tidak mengambil hirau tentang Palestin, kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Jelasnya, rakyat perlu lihat apa yang berlaku sejak Najib menjadi PM untuk menilai perkara yang sebenar.

“Akhbar the Times of Israel sendiri telah melaporkan bahawa walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, dan mengaku memihak kepada Palestin, tetapi hubungan perdangan antara dua negara ini terus meningkat saban tahun.

“Di dalam artikel “Malaysia favors Palestinians but buys from Israel”, ia menyatakan bahawa mengikut Biro Perangkaan Israel, pada tahun 2013, nilai perdagangan di antara dua negara tersebut mencecah USD 1.529 bilion, peningkatan dua kali ganda daripada tahun 2012, manakala ia meningkat lagi 27 peratus pada awal 2014.

“Hubungan ini tidak dinyatakan dengan jelas dalam laporan perdangan luar negara kita kerana Israel dikategorikan di dalam “lain-lain”, tetapi hubungan ini bukanlah satu rahsia,” jelas beliau lagi.

Tambahnya, selain mengukuhkan hubungan perdagangan, Najib  juga gagal untuk menyatakan pendirian ketika bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini walaupun bermegah dapat mengadakan pertemuan empat mata dengan antara presiden paling pro-Zionis dalam sejarah Amerika itu.

Najib juga katanya, merupakan PM pertama Malaysia sejak lebih 50 tahun yang telah membenarkan satu delegasi Israel yang diketuai bekas Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet, memasuki Malaysia pada awal tahun ini.

“Setiap apa yang dilakukan ini tidak menggambarkan seorang pejuang Palestin yang ikhlas, malah hanya menggunakan isu ini untuk meraih undi.

“PH telah menjelaskan dalam manifesto melalui Janji 59 bahawa kami akan memimpin usaha menyelesaikan konflik Palestin dan Rohingya. Kami akan membawa suara Palestin dengan lebih aktif ke peringkat OIC dan PBB untuk mencapai penyelesaian muktamad.

“Malah pemimpin kedua-dua pimpinan utama PH, Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim juga masih disegani sebagai pemimpin Islam di persada dunia dan telah lama memperjuangkan hak Palestin di peringkat tertinggi,” kata Ketua Pemuda PKR itu.

Uajar Nik Nazmi, Najib harus henti bersandiwara dalam hal ini, dan berhentilah cuba memperbodohkan rakyat hanya demi mendapatkan undian.


KESIAN MELAYU

SIANG MALAM

KENA TIPU

HANTUK KEPALA

LAGI

KAH KAH KAH




-------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lanun timbang lanun bulan kawan yahudi..
judaisme yahudi lawan palestin..
judaisme yahudi tolak kristen..
israel zionis penganut judaisme..
lawan geng israel logo timbang & bulan..

kristen tu rasional aman progresif..hubungan peribadi individu dgn Tuhan dia sendiri.