Selasa, 17 April 2018

CONTOH TERBAIK







CONTOH TERBAIK

KERAJAAN ISLAM

REMBAT  BALAK

15,000 EKAR

BERI KRONI

BILA DEWAN

RAKYAT DAH

BUBAR

Husam hantar nota bantah mesyuarat balak selepas bubar Dun

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa pagi tadi menghantar sendiri nota bantahan kepada Menteri Besar (MB) Kelantan, Tuan Haji Ahmad Yakob supaya mesyuarat untuk meluluskan permohonan kawasan balak dibatalkan.

Beliau yang masuk ke pejabat Menteri Besar awal pagi tadi menyerahkan nota berkenaan kepada pegawai di pejabat berkenaan.

Beliau diiringi peguamnya dan petugas-petugas media bagaimanapun disambut mesra kakitangan pejabat dan petugas keselamatan.

Melalui nota itu Husam menyatakan tindakan memanggil satu mesyuarat untuk meluluskan permohonan-permohonan melibatkan hutan simpan dengan keluasan yang besar pada mesyuarat itu adalah sangat tidak wajar dan melanggar semangat perlembagaan.

“Saya dengan ini, memberi nota bantahan ini agar Datuk membatalkan mesyuarat berkenaan atau mana-mana mesyuarat yang membawa kesan seperti itu.” katanya.

Husam berkata beliau difahamkan rmesyuarat yang berjalan hari ini adalah untuk meluluskan kawasan balak kepada sebuah syarikat proksi Timbalan Menteri Besar Tuan Haji Mohd Amar Amar Abdullah.

“Mesyuarat jawatankuasa kecil perhutanan (JKKP) yang bersidang itu melibatkan kawasan hutan simpan lebih kurang 15 ribu ekar,” katanya.

Andaikata ia diluluskan hari ini, bermakna kerajaan sementara Pas Kelantan jelas melanggar tatacara (SOP) yang ditetapkan.

Beliau mengesahkan MB sedang mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Husam berkata beliau telah memaklumkan kepada Setiausaha Sulit Kanan MB bahawa satu perintah mahkamah akan diperoleh untuk mengisytiharkan kelulusan-kelulusan itu nanti adalah tidak sah.

“Pembalak yang mendapat kelulusan melalui mesyuarat hari ini juga kemungkinan menanggung risiko pembatalan jika mana-mana kerajaan baru dibentuk,” katanya.

LEPAS REMBT

TANAH BALAK

PERGI UMRAH

CIUM BATU ITAM

SEMUA SELESAI


-----------------------

Tiada ulasan: