Khamis, 18 Julai 2019

TER HOTT - PIMPINAN PKR TIBAI ANWAR






TERHOTT

TERNOWW

TERKINI

PIMPINAN PKR

TIBAI ANWAR

KENYATAAN BERSAMA
AHLI MPP & AHLI PARLIMEN KEADILAN
18 JULAI 2019
HENTIKAN USAHA MEMECAHBELAHKAN PARTI

Ketika menjawab soalan wartawan di Parlimen semalam, YB Dato’ SeriAnwar Ibrahim telah menyatakan bahawa Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali harus meletakkan jawatan sekiranya kesahihan video seks yang menjadi persoalan dibuktikan.

Kami tegas berpendirian bahawa kenyataan tersebut tidak berasas
kerana hanya berdasarkan spekulasi semata-mata. 

Presiden  sewajarnya memberikan kepimpinan yang jelas terhadap persoalan utama untuk membanteras komplot politik jahat bagi menjatuhkan YB Dato’ Seri Mohamed Azmin. Beliau juga harus fokus kepada perlakuan jenayah konspirator yang telah secara terancang menularkan video seks yang jijik dengan niat jahat.

Kita hairan kerana ketika video fitnah ini ditularkan, beliau telah
mengeluarkan pandangan yang berbeza dengan mengatakan bahawa YB Dato’ Seri Mohamed Azmin tidak perlu melepaskan jawatannya.

Justeru berdasarkan penafian tegas YB Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan hal ini, Presiden sewajarnya
mempertahankan Timbalan Presiden demi memelihara muafakat utuh KEADILAN dan tidak sama sekali cuba menggasir kedudukan Timbalan Presiden dalam Kerajaan tanpa sebarang asas yang kukuh.

Presiden wajar menyorot kembali asas perjuangan reformasi di mana seluruh kepimpinan dan anggota KEADILAN berdiri teguh
mempertahankan beliau dari fitnah jahat yang menggunakan fitnah dan video seks sebagai alat politik biarpun pada tahun 2011, ketika itu Ketua Polis Negara mengumumkan bahawa video seks tersebut adalah tulen.

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin secara konsisten telah mempertahankan beliau dan keluarganya selama lebih 20 tahun daripada semua tuduhan ‘gutter politics.’

Maka, kami ingin menegaskan bahawa KEADILAN wajib berdiri teguh dan konsisten menentang politik kotor yang digunakan dalam komplot untuk menjatuhkan Timbalan Presiden. Kami akan bersama YB Dato’ Seri Mohamed Azmin dan mana-mana pimpinan lain sekiranya mereka diserang dengan cara yang tidak bermoral seperti ini.

Kami menggesa YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden
KEADILAN untuk berhenti dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang memecah belah kesatuan parti. Kami menyeru Presiden untuk segera menggembeling perpaduan anggota demi keutuhan KEADILAN,

Pakatan Harapan dan negara yang tercinta ini.

Kenyataan dibuat oleh

Ahli - Ahli Majlis Pimpinan Pusat :


1. YB Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin - Naib Presiden
2. Saudara Chua Tian Chang - Naib Presiden
3. YB Ali Biju - Naib Presiden
4. YB Haniza Talha - Ketua Wanita / Ahli MPP
5. YB Dato’ Sri Dr Santhara - Timbalan Setiausaha Agung / Ahli MPP
6. YAB Amirudin Shari - Ahli MPP
7. YB Dato’ Rashid Hasnon - Ahli MPP
8. YB Sivarasa Rasiah - Ahli MPP
9. Saudari Rahimah Majid - Ahli MPP
10. YB Elizabeth Wong - Ahli MPP
11. YB Dato’ Saifuddin Abdullah - Ahli MPP
12. Saudara Zakaria Abdul Hamid - Ahli MPP
13. Saudara Mohd Radzlan Jalaludin - Ahli MPP
14. YB Dato’ Dr Mansor Othman - Ahli MPP
15. YB Dato’ Kamarudin Jaafar - Ahli MPP
16. YB Azmizam Zaman Huri - Ahli MPP
17. Saudari Gan Pei Nei - Ahli MPP
18. YB Hee Loy Sian - Ahli MPP
19. YB Lee Kai Loon - Ahli MPP
20. YB Baru Bian – Ahli MPP / Pengerusi MPN Sarawak (MP)
21. YB Dr Daroyah - Timbalan Ketua Wanita / Ahli MPP
22. YB Muhammad Hilman Idham - Timbalan Ketua AMK / Ahli MPP

Ahli - Ahli Parlimen :
1. YB Steven Choong - MP Tebrau
2. YB Jonathan Yasin - MP Ranau
3. YB Willy Mongin - MP Puncak Borneo
4. YB Maria Chin Abdullah - MP Petaling Jaya

--------


Tiada ulasan: