Sabtu, 18 Mei 2024

ANWAR JUAL HARTA NEGARA PADA BLACKROCK



DUNIA LAWAN

BLACKROCK

AMIN

ANWAR JUAL 

NEGARA PADA

BLACKROCK

KHALAS 

Sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di lobi ibu pejabat BlackRock di New York untuk membantah penglibatan syarikat itu memperkasakan jentera perang Israel.

KES KASINON BELUM SELESAI


KES

KASINON

BELUM SELESAI

AMIN 

ZIONIS PAU ANWAR ?



Putrajaya berdepan 

kecaman benarkan firma

 milik syarikat terpalit

 genosid urus

 lapangan terbang
Pelbagai kumpulan sivil dan NGO hari ini membidas keputusan kerajaan membenarkan sebuah syarikat dimiliki firma pelaburan global yang mempunyai hubungan ketenteraan yang rapat dengan Israel untuk terlibat sama dalam pengurusan 39 lapangan terbang seluruh Malaysia.

Dalam kenyataan paling lantang setakat ini oleh kumpulan pro-Palestin terhadap apa yang dilihat sebagai peralihan sikap tegas Putrajaya dalam menolak sebarang urusan berkait Israel, sejumlah 15 kumpulan menuntut kerajaan membatalkan penyertaan Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah syarikat milik pengurus aset kontroversi BlackRock, dalam konsortium yang akan mengambil alih Malaysia Airports (MAHB), syarikat berkait kerajaan (GLC) yang mengendalikan 39 lapangan terbang di seluruh negara.

“Sokongan kerajaan Malaysia terhadap perjuangan Palestin akan dilihat sebagai cakap-cakap kosong, selain membenarkan aset strategik milik negara seperti lapangan terbang kita dikendalikan oleh pihak yang sangat bersimpati kepada Zionis,” kata kenyataan bersama yang turut disokong BDS Malaysia, cawangan tempatan gerakan global yang memboikot Israel.

Menerusi rancangan itu, dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menjadi sebahagian daripada konsortium yang mengambil alih MAHB, di samping GIP yang akan memiliki 30% kepentingan.

Mereka memberi amaran jika konsortium itu diteruskan, Khazanah dan KWSP akan berurusan dengan "BlackRock yang terpalit dengan pembunuhan beramai-ramai dan sokongannya kepada Zionis".

Pada bulan Januari, BlackRock yang berpangkalan di New York membeli GIP dengan harga AS$12.5 bilion, menambah sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan lapangan terbang di seluruh dunia ke dalam senarai pelaburan globalnya.

BlackRock terlibat dalam memperkasakan jentera perang Israel, dan ibu pejabatnya di New York menjadi sasaran penunjuk perasaan pro-Palestin yang menuduh syarikat itu mengaut keuntungan daripada pembunuhan beramai-ramai.

Protes yang masih berterusan di puluhan universiti AS turut menyasarkan BlackRock, di mana pelajar menuntut universiti mereka menghentikan semua urusan dengan syarikat itu kerana peranannya memperkasakan kekuatan tentera Israel yang setakat ini membunuh sekurang-kurangnya 30,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dalam operasi pengeboman di Gaza.

Antara syarikat yang dilabur BlackRock termasuk Lockheed Martin, di mana ia memegang 7.4% kepentingan.

Lockheed Martin, kontraktor pertahanan yang berpangkalan di AS dengan pelaburan berbilion dolar dalam industri pertahanan dan aeroangkasa Israel, baru-baru ini mendapat perhatian di Malaysia selepas kumpulan pro-Palestin membantah penyertaannya dalam pameran  Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara Asia (Natsec) di Kuala Lumpur minggu lalu.

Anwar tolak bantahan

Bagaimanapun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mempertahankan penyertaan Lockheed Martin dan kontraktor pertahanan lain, telah menolak bantahan pemimpin pembangkang terhadap penglibatan BlackRock dalam MAHB.

"Tiada yang positif daripada dia (pembangkang), hanya menghasut penuh dengan kebencian dan dengki," perdana menteri dipetik berkata hari ini.

Dalam kenyataan bersama hari ini, 15 kumpulan itu memberi amaran BlackRock bakal mempunyai akses kepada aset strategik Malaysia melalui penglibatan GIP.

"Pemilikan tidak seharusnya diserahkan kepada entiti asing, lebih-lebih lagi yang mempunyai reputasi buruk seperti BlackRock," kata kenyataan itu, sambil mengingatkan BlackRock turut memegang kepentingan besar dalam syarikat pertahanan yang menjadi sebahagian daripada industri ketenteraan AS.

"Syarikat-syarikat inilah yang mengeluarkan senjata digunakan Israel untuk membunuh rakyat Palestin. BlackRock juga menjalankan banyak pelaburan di Israel, dan beroperasi di sana sejak 2016."

Pelaburan berterusan BlackRock di Israel menjadikan syarikat itu bertanggungjawab dalam jenayah genosid Israel terhadap rakyat Palestin, katanya.

"Maka sewajarnya BlackRock menjadi sasaran kempen solidariti seluruh dunia untuk Palestin.

"Dengan semangat solidariti untuk perjuangan Palestin mencapai keadilan dan kemerdekaan, kami menuntut kerajaan Malaysia segera membatalkan keputusan membenarkan penglibatan BlackRock yang menyokong genosid dalam sebarang urusan perniagaan bersama MAHB."

MAT LEBONG

MELEBONG LAGI

AMIN

NEGARA DALAM

BAHAYA

AMIN

BLACKROCK BELI

LAPANGAN TERBANG

NEGARA KITA 

AMIN

APAKAH AMERIKA

ADA GAMBAR

BERJUBO?

JENG JENG JENG

AMIN

KHALAS

MANA HILANG MAHMUD ABBAS


Perang Palestin-Israel: Angka kematian di Gaza lebih 35,303


WILAYAH PALESTIN: Kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas pada Jumaat, berkata sekurang-kurangnya 35,303 orang terbunuh di wilayah itu selama lebih tujuh bulan perang antara Israel dan pejuang Palestin.

Jumlah korban, termasuk sekurang-kurangnya 31 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata satu kenyataan kementerian, sambil menambah bahawa 79,261 orang cedera di Semenanjung Gaza sejak perang bermula apabila pejuang Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober.

Terdahulu, tentera Israel dilaporkan terus mara ke tengah Jabalia, kubu kuat Hamas di utara Gaza, didahului dengan serangan kereta kebal manakala seluruh Rafah dihujani bom selepas operasi darat dihentikan.

Pejuang Hamas pula berdepan serangan Israel di Jabalia, mempertahankan kubu mereka dengan roket anti-kereta kebal dan bom mortar.

Menurut penduduk dan media Hamas, kereta kebal Israel menyerang pasar utama di tengah Jabalia, iaitu penempatan kem pelarian sejak beberapa dekad lalu, sekaligus menyebabkan beberapa kedai terbakar.

Menurut Hamas, pejuang sayap bersenjatanya di Jabalia berjaya memusnahkan sebuah kapal pengangkut tentera Israel dengan serangan roket anti kereta kebal Al-Yassin 105 buatan tempatan, sehingga mengakibatkan korban nyawa.

Berdasarkan maklumat penduduk, Israel bertindak gila melakukan serangan balas dengan mengebom dan memusnahkan kediaman serta pasar utama di kem. - AFP

MANA ILANG

MAHMUD ABBAS

AMIN

APA JADI DGN

AL-FATAH

AMIN

DAH FATAH

RIOK KE ?

KAH KAH KAH

ATAU DAH JADI

AJEN ISRAEL

KHALAS

ANGAN ANGAN BUKAN JENAYAH


BERKHAYAL 

BERMIMPI DAN

BERANGAN ANGAN

BUKAN 

SATU JENAYAH

KHALAS

NO SEMANGAT 47


NO

SEMANGAT 47

AMIN

Unknown commented on 
"TIM PROPAGANDA
 TERBAIK !!!"

Wooit sekarang bukan no hoi hoi ya hoi dh tpi No Anwar no Dap no semangat 47 kah kah kah