Perang Palestin-Israel: Angka kematian di Gaza lebih 35,303
WILAYAH PALESTIN: Kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas pada Jumaat, berkata sekurang-kurangnya 35,303 orang terbunuh di wilayah itu selama lebih tujuh bulan perang antara Israel dan pejuang Palestin.
Jumlah korban, termasuk sekurang-kurangnya 31 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata satu kenyataan kementerian, sambil menambah bahawa 79,261 orang cedera di Semenanjung Gaza sejak perang bermula apabila pejuang Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober.
Terdahulu, tentera Israel dilaporkan terus mara ke tengah Jabalia, kubu kuat Hamas di utara Gaza, didahului dengan serangan kereta kebal manakala seluruh Rafah dihujani bom selepas operasi darat dihentikan.
Pejuang Hamas pula berdepan serangan Israel di Jabalia, mempertahankan kubu mereka dengan roket anti-kereta kebal dan bom mortar.
Menurut penduduk dan media Hamas, kereta kebal Israel menyerang pasar utama di tengah Jabalia, iaitu penempatan kem pelarian sejak beberapa dekad lalu, sekaligus menyebabkan beberapa kedai terbakar.
Menurut Hamas, pejuang sayap bersenjatanya di Jabalia berjaya memusnahkan sebuah kapal pengangkut tentera Israel dengan serangan roket anti kereta kebal Al-Yassin 105 buatan tempatan, sehingga mengakibatkan korban nyawa.
Berdasarkan maklumat penduduk, Israel bertindak gila melakukan serangan balas dengan mengebom dan memusnahkan kediaman serta pasar utama di kem. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan