Jumaat, 13 Disember 2024

PERENTAH ADD DENDAM


Minit mesyuarat sahkan jemaah menteri setuju gugurkan rayuan kepada ICJ mengenai Batu Puteh

Minit mesyuarat Kabinet pada 2018 yang dipengerusikan Dr Mahathir Mohamad dan dihadiri 13 menteri menyatakan mereka bersetuju untuk menggugurkan permohonan Malaysia menyemak semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menganugerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, sekaligus bercanggah dengan dakwaan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa keputusan itu dibuat secara unilateral oleh perdana menteri ketika itu.

Petikan minit mesyuarat bertarikh 23 Mei 2018 - tarikh sama kerajaan PH ketika itu mengumumkan untuk tidak meneruskan permohonan Malaysia menyemak semula keputusan ICJ itu - didedahkan Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan, di Dewan Rakyat hari ini.

"Jemaah menteri bersetuju supaya permohonan semakan dan permohonan tafsiran keputusan 'Sovereignty over Pedra Branca, Middle Rocks and South Ledge' oleh Malaysia di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, tidak diteruskan," kata ahli Parlimen Kota Bharu itu yang membacakan perenggan daripada dokumen minit mesyuarat yang menurutnya dihantar ke pejabatnya oleh "seorang yang saya tak kenal".

"Ini keputusan Kabinet. Beberapa ahli Kabinet ada pada masa itu.

"Bagi saya, ini adalah satu minit Kabinet yang telah diputuskan pada 23 Mei, 2018. Sehingga tidak dinafikan sebaliknya, bagi saya ini adalah dokumen sah daripada minit Kabinet pada hari tersebut," tambahnya.

Pendedahan minit itu dibuat ketika tiga pemimpin PH yang pernah berkhidmat di bawah Kabinet Mahathir pada 2018 mendakwa keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran ICJ dalam isu Batu Puteh itu dibuat tanpa dirujuk kepada mereka.

Ketiga-tiga mereka - Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anthony Loke dan Mohamad Sabu - menjawab gesaan Mahathir kepada pemimpin PH yang berkhidmat di bawah beliau untuk menyatakan sama ada mereka pernah menentang keputusan itu atau berdiam diri.

"Semua orang ini berada dalam mesyuarat Kabinet, tetapi jika mereka mempunyai apa-apa untuk mengadu atau memutuskan keputusan, itu harus diambil dan mereka sepatutnya bercakap. Tetapi mereka tidak berkata apa-apa. Jadi kita harus menganggap bahawa semua menteri bersetuju," kata Mahathir pada Selasa, ketika menjawab laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Laporan itu mengesyorkan Mahathir disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana menarik balik permohonan Malaysia untuk menyemak semula keputusan ICJ.

"Saya menjadi perdana menteri dua kali, mereka yang dalam Kabinet tahu bahawa beberapa cadangan saya pada masa lalu pernah ditolak oleh anggota Kabinet," kata Mahathir.

Wakil rakyat kerajaan pertahan Mahathir

Sementara itu, sekurang-kurangnya dua wakil rakyat kerajaan - Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PH Hassan Karim dan Ahli Parlimen Puncak Borneo dari GPS Willie Mongin - bangun membantah sebarang tindakan menyiasat atau membawa pertuduhan jenayah terhadap Mahathir seperti yang disyorkan RCI.

"Kalau kita hukum Dr Mahathir, adakah kita boleh semula Pulau Batu Puteh?

"Saya bukan pentaksub Dr Mahathir, saya pengkritik tegar sejak muda lagi, tetapi kita hendaklah berlaku adil," kata Hassan.

Hassan kemudian menyenaraikan sumbangan Mahathir sepanjang lebih dua dekad mengetuai kerajaan.

"Cukup-cukuplah, takkan langsung Dr Mahathir tak ada jasa kepada negara kita? Ramai menteri yang ada sini, pejabat mereka di Putrajaya, siapa yang bina? 

"Lepas kita bersidang, ada yang balik ke Kangar, ke Johor Bahru, siapa yang bina lebuh raya itu?

"Bila kita keluar daripada Parlimen ini, bangunan apa yang bercahaya, berseri-seri, terkenal di seluruh dunia, siapa yang bina itu semua?" tanya Hassan disambut dengan tepukan pihak pembangkang.

Hassan turut memuji Mahathir sebagai satu-satunya perdana menteri yang berani mempertahankan kuasa rakyat, merujuk kepada Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan, iaitu hasil usaha pemimpin veteran itu untuk menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu daripada pendakwaan jenayah.

Manakala Willie memberi amaran tentang implikasi buruk sekiranya tindakan jenayah dibawa terhadap Mahathir.

"Adakah semua menteri kita pak turut? Mereka ada hak untuk mengatakan mereka tidak bersetuju dengan perdana menteri," katanya disambut tepukan blok pembangkang.

"Kita tidak boleh membenarkan Parlimen ini jadi precedent (duluan) untuk diperkudakan oleh orang-orang tertentu."

Menurut Willie, apa-apa tindakan terhadap Mahathir akan hanya menggalakkan pemimpin kerajaan di masa depan untuk tidak bersuara.

"Kita tidak boleh membawa perkara peribadi, atau kalau ada hasad dengki, tidak boleh digunakan. Parlimen ini tidak boleh diperkudakan."

Sementara itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga sebahagian daripada kerajaan PH di bawah Mahathir, membidas bekas menteri yang gagal bersuara tetapi pada masa sama tidak mahu mengambil tanggungjawab kolektif.

"Kalau kamu tidak bersetuju, kamu bangun bangkit dan tidak bersetuju, bukan berdiam diri," katanya.

Syed Saddiq berkata sekiranya menteri merasakan mereka tidak cukup butiran mengenai Batu Puteh, mereka sepatutnya meminta Mahathir supaya diberikan masa mengkaji isu itu dengan lebih lanjut.

"Ada seorang pun menteri tak yang bangkit dan bangun? Tidak ada," kata Syed Saddiq, yang masih belum dilantik menteri ketika keputusan dibuat untuk menggugurkan permohonan Malaysia kepada ICJ.

WOIT

AGONG ADA

TITAH ADDENDUM

ANWAR ADA

PERENTAH

ADD DENDAM

KAH KAH KAH

 DENDAM 

TAMBAHAN

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: