Selasa, 26 November 2024
UMNO MAHU TUKAR MENTERI - RAKYAT MAHU TUKAR KERAJAAN
UMNO MAHU
TUKAR MENTERI
RAKYAT MAHU
TUKAR KERAJAAN
KHALAS
UMDAP MULA BERGADUH ? ADA UDANG DI SEBALIK BATU
AWAS !!!
UMDAP
MULA BERGADUH
AMIN
DIBELAKANG INI
IALAH PROJEK
TAMBAH KERUSI
MELALUI
PERSEMPADAN
SEMULA
KHALAS
PENDATANG DAN PELANCUNG WAJIB SEDAR !!!
Turun papan tanda bahasa Mandarin sebabkan pelancong China gusar hanya dalih – Kok Seong
KUALA LUMPUR – Kenyataan kononnya tindakan tegas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menurunkan papan tanda berbahasa Mandarin boleh menjejaskan kedatangan pelancong ke negara ini disifatkan hanya alasan atau dalih yang tidak boleh diterima.
Pakar bahasa dan perpaduan, Prof. Emeritus Dr. Teo Kok Seong berkata, pelancong asing boleh memahami tindakan diambil DBKL itu sekiranya kewajaran tindakan itu diperjelaskan kepada mereka.
Apatah lagi, ujar Felo Kanan, Majlis Profesor Negara (MPN) berkenaan, tindakan penguatkuasaan yang diambil itu juga selari dengan Undang-Undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982.
Tegas beliau, undang-undang itu dengan jelas menyebut mana-mana papan tanda yang langsung tidak menggunakan atau menonjolkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dianggap menyalahi peraturan tersebut.
“Mana mungkin pelancong dari China menganggap tindakan DBKL itu sebagai sesuatu yang rasis dan mereka tidak mahu lagi datang ke negara ini.
“Jika keadaan sebenar diberitahu, pelancong dari China boleh memahami tindakan DBKL itu adalah wajar kerana premis terlibat telah melanggar peraturan,” katanya hari ini.
Semalam, Menteri Pelancongan, Tiong King Sing berkata, tindakan penguatkuasaan mengenai peraturan papan tanda dwibahasa oleh DBKL menimbulkan rasa tidak puas hati serta wujud persepsi negatif dalam kalangan pelancong.
Tambah King Sing, tindakan itu menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.
Terdahulu, media melaporkan DBKL minggu lalu, melancarkan operasi berskala besar menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu di beberapa kawasan termasuk Segambut, Pudu, dan Jalan Silang di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Kok Seong meminta semua pihak khususnya King Sing berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya tindakan DBKL tersebut tidak dilihat menjurus kepada perkauman.
Dalam masa sama, beliau menggesa DBKL melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda yang melanggar peraturan penggunaan Bahasa Kebangsaan itu secara lebih tegas dan konsisten.
“Jika tindakan penguatkuasaan itu dilakukan secara konsisten, maka ramai pemilik premis akan menyedari mengenai peraturan ini dan mereka juga akan mematuhinya kerana memikirkan soal kompaun dan kos sekiranya perlu menurunkan papan tanda tersebut,” katanya. –
WOIT
CUKUPLAA
SEDARLAAA
NEGARA NI
TANAH MELAYU
AMIN
PENDATANG
DAN PELANCUNG
WAJIB SEDAR
INI BUMI MELAYU
AMIN
TAK SUKA
BOLEH BLAH
KAH KAH KAH
KHALAS
TRUMP MULAKAN PERANG EKONOMI
Trump umum bakal kenakan tarif import tinggi ke atas barangan Mexico, Kanada dan China
WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mengumumkan bakal mengenakan tarif import yang tinggi ke atas semua barangan dari Mexico dan Kanada, serta tarif tambahan terhadap barangan dari China sebaik saja beliau kembali ke Rumah Putih nanti.
Dalam satu kenyataan menerusi platform media sosial Truth Social, Trump berkata, beliau akan menandatangani Perintah Eksekutif berhubung perkara itu pada hari pertama kembali memegang jawatan berkenaan, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.
"Pada 20 Januari depan, sebagai satu daripada Perintah Eksekutif pertama, saya akan menandatangani kesemua dokumen yang diperlukan bagi mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua produk yang masuk ke AS dari Mexico dan Kanada, serta sempadan terbuka mereka yang tidak masuk akal.
"Kami akan mengenakan tarif tambahan 10 peratus ke atas China, melebihi tarif tambahan yang sedia ada terhadap semua produk mereka yang masuk ke AS," katanya.
Sepanjang penggal pertama beliau sebagai Presiden AS sebelum ini, Trump mengenakan tarif punitif yang tinggi ke atas banyak barangan dari China.
Dalam kempen Pilihan Raya Presiden AS 2024, beliau mengancam untuk mengenakan lebih banyak tarif ke atas produk China, yang dijangka memberi kesan besar terhadap perdagangan dunia.
Sementara itu, dpa Washington melaporkan China memberi tindak balas terhadap pengumuman Trump, dengan menyatakan tiada pihak akan menang dalam perang perdagangan.
"Tiada pemenang dalam perang tarif atau perang perdagangan. Dunia juga tidak akan mendapat manfaat daripadanya," kata jurucakap Kedutaan China, Liu Pengyu, melaluit platform X.
Pengyu berkata, China bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi menegakkan multilateralisme, membina ekonomi dunia yang terbuka, menyokong pembangunan mampan, mencapai kemakmuran bersama, serta membina sebuah komuniti dengan masa depan bersama demi kemanusiaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Kanada turut menegaskan kepentingannya kepada AS, sejurus selepas Trump mengumumkan akan mengenakan tarif import yang tinggi ke atas semua barangan dari negara jiran itu.
"Kanada dan AS mempunyai hubungan paling kukuh serta rapat, terutama dalam hal perdagangan dan keselamatan sempadan.
"Kanada memberi keutamaan tertinggi kepada keselamatan dan integriti sempadan," kata Timbalan Perdana Menteri, Chrystia Freeland, dan Menteri Keselamatan Awam Kanada, Dominic LeBlanc, dalam satu kenyataan bersama.
Mereka sekali gus menekankan hubungan yang 'seimbang dan saling menguntungkan' antara kedua-dua negara jiran, dengan menegaskan Kanada memainkan peranan penting dalam bekalan tenaga domestik AS, malah pada tahun lalu, 60 peratus daripada import minyak mentah AS berasal dari Kanada.
"Kami tentu akan terus membincangkan isu-isu ini dengan pentadbiran yang akan datang," menurut kenyataan berkenaan tanpa secara khusus menyebut pengumuman Trump yang dibuat beberapa jam sebelum itu. – BERNAMA-dpa
TAHNIAH TRUMP
MULAKAN PERANG
EKONOMI
AMIN
INI JANJI
PILIHANRAYA
AMIN
TRUMP BUKAK
MULUT TIDAK
MOHONG
AMIN
KACAU EKONOMI
KAPITALIS
KACAU EKONOMI
CHINA
HURU HARAKAN
DUNIA
AMIN
DAHULUKAN
AMERIKA
KHALAS
RUSIA AKAN SERANG LONDON ?
BARAT & NATO
UK DAN NATO
TIDAK AMBIL POT
AMARAN DARI PUTIN
YANG BERJANJI AKAN MENGGUNAKAN
SENJATA SUPERSONIK BARU
SENJATA BARU PELURU BERPANDU INI
TIDAK ADA KUASA PENAHAN
JANGAN TERPERANJAT
JIKA POLAND
JIKA UK
AKAN DI SERANG
KHALAS
RAKYAT KECEWA
BETUL KE?
JIKA SAHIH
RAKYAT KECEWA
AMIN
Unknown commented on
"PEGAWAI POLIS INI
TIDAK RASUAH"
Mamak nie kompom kaki sakau...dia bukan serpico. Ini negara isle la TT semua kaki rasuah kaki planta burit bagai...ini fuckta..bukan auta singh.
PEGAWAI KERAJAAN RAMAI ANTI MADANI
PEGAWAI
KERAJAAN
BENCI MADANI
BENCI UMDAP
BANYAK BELOT
BOCOR MAKLUMAT
KHALAS
Unknown commented on
"DOKUMEN SULIT !!!"
jika lapor ke pdrm, sprm takkan ada apa2 akan berlaku.
Bentuk suruhanjaya diraja. serah laporan ke majlis raja2 biar semua orang tahu segala butir segala amaun nilai duit ringgit apa yang malaon bermesyuarat secara sulit tertutup.
ini zaman maklumat di hujung jari. malam tadi bincang nak mencuri nak merasuah nak merompak duit pembayar cukai. belum cerah tanah lagi orang ramai sudah tahu.
kepada pengundi tambun yang undi malaon penyamun ini jadi mp jadi pm. tentu tuan puan senang hati sebab undi penyamun.
BUKAN MENIRU - SATU KAUM
BUKAN MENIRU
SATU KAUM
KHALAS
Unknown commented on
"PRESIDEN ZIMBABWE
MENINGGAL DUNIA"
ini berita lawak
gwa tak pasti yang malaon dari negara ini tiru malaon di zimbabwe atau sebaliknya.
malaon di sini ke sana ke mari tunjuk yang dia lebih islam dari islam itu sendiri walhal semua tahu perangai buruknya
WARGA ASING MATI DALAM TAHANAN !!!
Lelaki warga asing bertindak agresif di KLIA mati dalam tahanan
KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan sekitar jam 1.30 tengahari selepas bertindak agresif sewaktu transit di KLIA.
Dia dikatakan sedang dalam perjalanan dari United Kingdom ke Phuket, Thailand.
“Ketika tangkapan dibuat, OKT masih bertindak agresif hingga merosakkan barang-barang milik balai polis malah mengakibatkan kecederaan terhadap dua anggota polis serta seorang polis bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, penahanan lelaki itu telah dibuat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Akta yang sama.
Hussein juga memaklumkan, semasa proses dokunentasi, OKT tidak sedarkan diri dan telah diberikan rawatan awal oleh doktor sebelum disahkan meninggal dunia.
“Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang semalam. Namun punca kematian belum dikenal pasti dan memerlukan keputusan siasatan makmal.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan diteruskan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,” jelasnya.
Pada masa sama katanya, siasatan akan dijalankan daripada pelbagai sudut sebelum diserahkan kepada koroner.
Hussein menjelaskan, kes ini juga akan dirujuk ke Suruhanjaya Bebas Tatakelakukan Polis (IPCC) selaras dengan kehensak Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakukan Polis 2022 (Akta839). –
WOIT
HANYA SATU
NAK TANYA
AMIN
MAMAT NI DARI
NEGARA MANA?
PASAL APA MALU
NAK SEBUT
AMIN
KALAU NIGERIA
KALAU BANGLA
KALAU INDON
KALAU MYAMAR
KALAU INDIA
INI DAH BIASA
MATI
KAH KAH KAH
AWAS
KALAU MAT SALEH
KES INI PASTI
PANJANG
KAH KAH KAH
KHALAS
GAJI 10 RIBU DOLAR SEBULAN - PERLU LULUS HANYA SPM
39 warga asing termasuk rakyat Malaysia mangsa pemerdagangan manusia larikan diri dari Myanmar
BANGKOK: Seramai 39 warga asing melarikan diri dari sindiket penipuan dalam talian di Myanmar dan menyeberang sempadan ke Thailand, di mana pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti mangsa pemerdagangan manusia, kata polis kepada AFP hari ini.
Sindiket penipuan berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar, membabitkan warga asing yang sering diperdagangkan dan dipaksa bekerja, menipu sesama rakyat mereka dalam industri yang menurut penganalisis bernilai berbilion dolar.
Warg asing dari Sri Lanka, Nepal, Malaysia, dan Russia itu menyeberang ke wilayah Tak di Thailand, menurut ketua polis di bandar Mae Sot.
Mereka melarikan diri dari Myawaddy, yang terletak tidak jauh dari sempadan, kata Kolonel Pittayakorn Petcharat kepada AFP.
Myawaddy dikuasai oleh militan yang bersekutu dengan tentera dan juga pusat pengeluaran dadah serta penipuan dalam talian, menurut pemerhati.
Kedutaan Sri Lanka di Bangkok sudah meminta bantuan pihak berkuasa Thailand selepas dimaklumkan bahawa 32 warganya terperangkap di Myanmar, kata Petcharat.
Lima warga Nepal, seorang Malaysia, dan seorang Russia juga berada dalam kumpulan yang melarikan diri dan tiba di Thailand.
AFP sudah menghubungi kedutaan empat negara berkenaan untuk mendapatkan komen.
Kumpulan itu menyeberang ke Thailand malam tadi, kata seorang anggota pasukan keselamatan di Mae Sot yang meminta untuk tidak dikenali ketika bercakap dengan media.
Pegawai imigresen sedang berusaha mengenal pasti kemungkinan mangsa pemerdagangan manusia, kata Petcharat.
Media tempatan Thailand melaporkan bahawa kumpulan itu bertindak balas terhadap iklan di media sosial yang menjanjikan pekerjaan bergaji tinggi tetapi kemudiannya dipaksa bekerja dalam keadaan yang sangat berat di pusat penipuan.
Beberapa pekerja Sri Lanka kemudiannya berjaya menghubungi kedutaan mereka.
Sempadan utara Myanmar dengan China sebelum ini adalah pusat sindiket penipuan dalam talian, yang sering dikendalikan oleh militan yang bersekutu dengan junta yang memerintah.
Namun, serangan besar-besaran oleh pakatan pemberontak etnik pada tahun lalu telah menutup banyak pusat penipuan berkenaan.
Lebih daripada 40,000 orang yang disyaki terbabit dalam penipuan siber di Myanmar telah diserahkan kepada China pada 2023, kata media Beijing tahun ini.
Media tempatan Myanmar melaporkan bahawa ketua penipuan yang melarikan diri dari serangan itu telah membuka pusat penipuan baru di selatan, sepanjang sempadan dengan Thailand.
Pada Disember tahun lalu, ketua junta Myanmar dan pegawai tentera Thailand sudah bersetuju untuk bersama-sama membasmi perjudian dan penipuan dalam talian di kawasan sekitar Myawaddy", menurut media negara Myanmar. - AFP
DOKUMEN SULIT !!!
DOKUMEN SULIT
JENG JENG JENG
MAKNANYA ADA PEGAWAI DALAM
YANG BOCORKAN
ERTINYA RAMAI PEGAWAI KERAJAAN
TIDAK PUAS HATI
TANPA PEGAWAI KERAJAAN INI
MUSTAHIL DOKUMEN INI
DAPAT KITA BACA
KHALAS
INTERNET JADIKAN KITA SEMUA PENGAMAL MEDIA
INTERNET
JADIKAN KITA
PENGAMAL MEDIA
AMIN
Unknown commented on
"HOT HOT HOT TER KINI
TER NOW TER HOTT"
CERITA NI
MACAM PERNAH DENGAR
tapi di mana ya?
dengan internet dunia ini jadi kecil.
berita dari england boleh sampai ke tanah melayu sekejap saja.
2tahun lepas kata syarikat swasta tak boleh taja. sekarang lupa dan boleh dia sendiri boleh pula.
lepas itu kena cari idea untuk menipu lagi dan lagi. mungkin dia ingat semua 33juta rakyat ini seperti orang di tambun dan ceruk tokun. bodoh macam pintu. apa yang terbit daripada mulut pembohong maka semua akan angguk belaka. kamu sepatutnya mereput dalam penjara. keluar habis negara ini tunggang langgang.
BERAK DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH
GUA NGAKU BERAK
DI JALAN SULTAN
AZLAN SHAH
KAH KAH KAH
AMIN
Ricesaffron@gmail.com commented on
"JHO LOW JADI SAKSI -
NAJIB AKAN BEBAS"
TT gua tanya sama lu, Lu berak tepi jalan ada cctv lu mahu mengaku ke?
PAGI INI
PAGI INI
SELASA 26 NOVEMBER 2024
KES KES TERGANTUNG
MAKIN BANYAK
APA DAH JADI
KES SIMBAH ASID
KES PUKUL OKU
KES PEGAWAI TINGGI POLIS
MINUM KETUM
APA JADI ?
PALING HANGAT
APA JADI DENGAN KES
FASHION VALET
JENG JENG JENG
PALING HANGAT
APA JADI DENGAN KES
RASUAH YB DI SABAH
JENG JENG JENG
NAMPAKNYA SPRM INI
MAKIN JELAS
MAKIN AKTIF
BERGERAK
TAPI HANYA SATENGAH
JALAN
KAH KAH KAH
OTEK OTEK
NAK TUNJUK GEMPAK
KAH KAH KAH
BETUL KE PEGUAM NEGARA
KITA YANG BARU INI
AMAT BIJAK ?
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH
AMERIKA
TRUMP NAK ADAKAN TARIF
PADA CANADA CHINA DAN MEXICO
ERTINYA BARANG IMPOT
DARI NEGARA INI AKAN
DI CUKAI
INI DASAR TRUMP
DULUKAN AMERIKA
TRUMP BUKAK MULUT
TIDAK MOHONG
PAKISTAN
PENUNJUK PERASAAN
PRO IMRAN KHAN
MULA BERTEMPUR
DENGAN POLIS
SATU TEWAS
ISRAEL
KABINET SETANYAHU
AKAN BINCANG SAMA ADA
NAK BUAT GENCATAN SENJATA
DENGAN LEBANON
INI KERANA
HIZBULLAH KUTIP
BERBELAS SOLDADU ISREAL
SETIAP HARI
LEBANON
WARTAWAN MATI KENA BOM
BOM INI BUATAN AMERIKA
INI JENAYAH PERANG
KERANA BUNUH WARTAWAN
GERMAN
SENARAI KUBU BAWAH TANAH
DI UMUM PADA RAKYAT
PERSEDIAAN KERANA
SUASANA PERANG
HOKKIEN
PAGI INI BASAH CERAH SEGAR
KL & KL SENTRAL CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT
HUJAN KEMARIN BAWA SEJUK
TERKUKUR
BERSUARA DALAM SAWAH RUMPUT
SUARA WARGA ASAL
TERDENGAR JAUH
JALAN PULANG
DI TEPI PAGAR
DENGAR JANTAN BERKOKOK
HA HA HA
PASTI JANTAN YANG SAMA
PAGI PETANG BERKOKOK
DARI WILAYAH
YANG SAMA
KOKOK JANTAN MENJADIKAN
PAGI INI INDAH
BRO
SENYUM
SENYUM PAGI
SELASA
BRO
LU JANGAN KATA
TAK MUNGKIN
SEBELUM LU MENCUBA
BRO
PERJALANAN HIDUP LU
AKAN JADI RINGAN
JIKA LU BERJALAN
TANPA DENDAM DAN MARAH
BRO
JIKA LU BOSAN
DENGAN WILAYAH ITU
LU PINDAH TEMPAT LAIN
TAK PERLU MERUNGUT
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)