Selasa, 8 Oktober 2024

IRON DOME GAGAL


IRON DOME

GAGAL 

AMIN

TEL AVIV DISERANG ROKET


TEL AVIV

DISERANG ROKET

AMIN

KENAPA ANWAR TAK SAMAN BLOOMBERG ?


KENAPA ANWAR

TIDAK SAMAN

BLOOMBERG ?

AMIN

SEWA SENJATA PERTAHANAN ?


SEWA  SENJATA

PERTAHANAN ?

INI BERAT

AMIN

AHAD CUTI - JUMAAT CUTI ?


PERTUKARAN 

HARI CUTI DI JOHOR: 

JUMAAT BEKERJA 

DAN AHAD CUTI REHAT


Satu Pandangan
Hassan Abdul Karim 
Ahli Parlimen Pasir Gudang 


Cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu di Johor bukan sekadar cuti biasa.

Ia ada makna dari segi sejarah dan budaya Johor.

Johor adalah sebuah negeri Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu dari kumpulan Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu.Sama seperti negeri-negeri Kelantan, Trengganu dan Kedah.

Di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu ini, cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.

Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu ini adalah negeri yang paling kurang pengaruh jajahan Inggeris yang mengenakan pengaruh budaya ke atas tanah jajahannya seperti negeri-negeri Selat: Melaka dan Pulau Pinang serta negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan yang kesemua negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini dipaksa cuti ikut kehendak penjajah Inggeris iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

Jadi perubahan yang akan berlaku di Johor ini dalam soal hari cuti hujung minggu ini mempunyai makna yang tersendiri iaitu melupakan pengertian budaya dan sejarah politik Johor itu sendiri.

Johor dirahmati Allah dengan segala kemajuaan duniawi dari segi kebendaan dan material berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia walaupun cuti hujung minggunya selama ini adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.

Hari Jumaat adalah hari yang mulia dalam budaya Islam.Di Johor adalah antara negeri yang paling banyak mesjid.Hari Jummat punya pengertian yang besar bagi masyarakat Islam di seluruh dunia.Tidak akan jadi Johor mundur jika dikekalkan Jumaat adalah hari cuti bagi Johor di mana memberi penghormatan yang tinggi kepada rakyat Islam di Johor.Rakyat Johor yang bukan Islam menerima hakikat budaya dan sejarah politik Johor mengapa hari Jumaat adalah hari cuti di Johor.

Perubahan untuk menjadikan hari Jumaat sebagai hari bekerja dan hari Ahad sebagai hari cuti di Johor pernah berlaku beberapa tahun yang lalu Tetapi perubahan itu tidak bertahan lama kerana rakyat Islam di Johor tidak menyokongnnya.

Jadi pada pandangan saya, walaupun sebagai rakyat biasa, sebagai seorang ahli parlimen biasa dari negeri Johor saya tidak boleh berbuat apa-apa.Tetapi saya masih ada satu hak untuk bersuara.Hak itu tidak boleh ditekan dan dirampas dari saya.

Dengan rendah hati saya selaku anak jati Johor seorang anak Melayu berbudaya Melayu dan beragama Islam yang menghormati sejarah dan budaya Johor maka izinkan saya menzahirkan rasa tidak bersetuju saya dengan perintah yang dibuat oleh  raja pemerintah negeri Johor ini yang ingin menukar hari Jumaat menjadi hari bekerja dengan menggantikan hari Ahad seperti yang dikehendaki penjajah Inggeris selama ini sebagai hari cuti.

Hassan bin Abdul Karim 
Ahli Parlimen Pasir Gudang 
Isnin 07 Oktober 2024

TAMRIN BERTANYA


DI MANA MEREKA ? 


Tamrin  Tun Ghafar
Isnin  -  07/10/24

1.   Tentu  pehak  Imegresen  TIDAK  SETUJU   malah  ada  yang   marah  jika  di katakan  Jabatan  imegresen  AMAT  LEMAH   malah  mungkin  ada  pegawai - pegawai  nya  sudah  di beli oleh  agen - agen  tertentu  atau  dalam  kata mudah ,  RASUAH

2.  Pegawai - pegawai  tersebut menggunakan  berbagai  cara atau  taktik  bagi  mengelakan  diri  dari di hidu  dan  di tangkap  Pegawai - pegawai  dari  SPRM atau  Polis

3.  Malangnya  pula  ada pegawai - pegawai  dari  Jabatan tersebut  pun  makan  sama

4.   Ini  yang  di katakan  :

       HARAPKAN
       PEGAR
       PEGAR
       MAKAN  PADI

5.  Di hujung  minggu  dan  hari  cuti  umum  terutama  di beberapa  lokasi    
di Kuala  Lumpur  ramai  orang  Bangla  yang  berniaga ;   di  sekitar  KLCC  sebagai  contoh  mereka  berhimpun  seolah  - oleh  Negara  ini sudah  di kuasai  mereka

6.  Di Pasar  Selayang  Pendatang  boleh  berbuat  apa  saja  sehingga  di satu  ketika  dulu  Pendatang  ini  MENUNTUT  Kemerdekaan  sendiri

7.  Pehak  Berkuasa seperti  Imegeresen ,  Polis  dan  Majlis  Bandaran  dan  DBKL   bertindak  seperti :

     MELEPASKAN
     BATUK
     DI TANGGA

mereka  TIDAK  BERSUNGGUH - SUNGUH ,  malah  ada  yang  gilakan  publisti  murah  samada  melalui  rakaman  TV  dan ada yang sudah disogok 

8.    Tidak  lama  selepas  operasi ,  perkara  sama  akan  berulang

9.   Di Singapura ,  di  Australia  dan  di England  sebagai  contoh  ,  BUKAN   SENANG    hendak  masuk  ke Negara  tersebut  ,  apatah  lagi  HENDAK   BEKERJA   DAN  BERNIAGA

10.  Di Taman  Connaught ,  Cheras  pula  ia  di penuhi  oleh  mereka  dari  Afrika ,  buka  Bar  dan  Kelab  Malam 

11.  Isu  yang  PALING  SERIUS  ialah  kira -  kira  1.2  juta   rakyat  China   yang  masuk  ke Negara  ini  sebagai  Pelancung  tapi  sehingga  hari  ini  mereka  'HILANG' ;  Imigresen  
'TIDAK'   DAPAT  MENGESAN'   mereka ? -  ini  namanya  
PELIK  BIN  AJAIB   kerana   Imigresen  yang  mengeluarkan  Visa   kepada  mereka

12.  Keadaan  bertambah  rumit  lagi  dengan  ribuan   kemasukan  mereka  atas  konsep   MM2H  ,  mereka  di beri  beberapa  kemudahan  dan  kelongaran Khas sepert  Cukai  dan  lain - lain  lagi  asalkan  mereka  membeli  unit  perumahan  di  beberapa  Kawasan  tertentu  seperti  di Forest  City ,  Johor  Bahru  ;  saya  TIDAK  MENUDUH  tapi  ingin  tahu  apa  keistimewan  projek  tersebut  sehingga  Kerajaan  Tatakelola  SANGGUP  memberi  keistimewan  kepada  pembeli  Forest  City  terutama  dari  China ,  Singapura  ,  Hong Kong  dan  Indonesia 

13.  Apakah  ini  merupakan  Projek Istimewa  Kerajaan  Tatakelola   sehingga  SANGGUP  menjadikan  Agong  kita  semacam  peminta  sedekah  dengan   MENGHANTAR  beliau 
yang  kebetulan  dari  Johor juga  MELOBI  BANTUAN  KEWANGAN  CHINA untuk  projek High - speed  Train  ( HST ) dari  Kuala  Lumpur  ke Singapura   TAPI  MISTI  melalui  Forest  City

14.  Sepatut nya dari  segi  Protokol Menteri  Luar  atau dan  salahseorang  Timbalan  Perdana  Menteri  ikut  sama  sebagai  Menteri  Pengiring  BUKAN  HANYA  menghantar  Anthony  Loke  ,  Menteri  Pengangkutan  dan  Nga Koh  Meng  ,  Menteri  Perumahan  walaupun  Agong  ini  punyai  darah  Cina  dan  Inggris

15.  Walaupun  ramai  Bangsa  Johor  menggangap  Agong , yang  kebetulan  dari  Johor  juga mempunyai  kepentingan  peribadi  dalam  Forest  City  ini ,   saya  yakin beliau seorang  yang  berpelajaran  tinggi  tambah  pula  telah  BERSUMPAH  dengan  nama  ALLAH  AKAN  memerintah  secara  Adil  dan  Mengikut  Perlembagaan  dan Undang - Undang  Negara  TIDAK  AKAN  membenarkan  diri nya  di  perguna  oleh  sesiapa  pun

16.    Mulut  Ahli - Ahli  Parilmen  seolah  -  olah  TERKUNCI  

17.  Dr.  Akmal  ,  Ketua  Pemuda  UMNO  dan Wan  Faisal , Ketua  Pemuda  BERSATU   boleh  bersuara  dan mengarahkan    setiap  Pemuda Bahagian  dan  Cawangan  BERTINDAK  sehingga  mereka  di usir  keluar dari Negara ini

18.  Ahli Kabinet  JIKA    bercakap  pun  terpaksa berhati - hati kerana  ini  MENYENTUH   rakan setia  mereka ,  DAP

19.  PMX TERPAKSA  IKUT  RENTAK  DAP JIKA MAHU  KEKALKAN   JAWATAN NYA  WALAUPUN MENGGADAI  BANGSA  SENDIRI

Wassalam 
Terima  Kasih

DAPUR INDONESIA



Indonesia lancar program makanan percuma tahun depan

JAKARTA: Indonesia akan melancarkan ribuan dapur di seluruh negara bermula tahun depan susulan kerajaan baharu yang dipimpin oleh Presiden, Prabowo Subianto melaksanakan program makanan percuma berjumlah berbilion dolar, kata ketua agensi yang mengendalikan inisiatif itu hari ini.

Prabowo akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia yang baharu pada 20 Oktober ini.

Dalam fasa pertama pelan ini, makanan akan diberikan kepada sekitar 20 juta pelajar mulai Januari dengan kos sebanyak 71 trilion rupiah (RM20.61 bilion).

Apabila program makanan percuma ini diadakan dalam kapasiti penuh, ia secara tidak langsung dapat menamatkan masalah kekurangan zat makanan di negara itu yang setakat ini mencapai 83 juta penerima, termasuk ibu hamil serta menelan kos sekitar AS$28 bilion (RM127.12 bilion) setiap tahun.

Ketua agensi pemakanan nasional, Dadan Hindayana memberitahu sebuah forum pelaburan bahawa sekurang-kurangnya 5,000 dapur yang dipanggil 'unit perkhidmatan', akan ditubuhkan tahun depan, sebelum meningkat kepada 30,000 unit menjelang tahun 2027.

"Unit ini bukan sahaja akan beroperasi sebagai dapur tetapi juga akan berperanan sebagai pembeli bagi produk pertanian tempatan," kata Dadan, sambil menambah bahawa unit-unit itu akan memberikan lebih sejuta pekerjaan baharu.

Menurut pengiraan Reuters berdasarkan data agensi dan mengambil kira enam hari seminggu, jumlah keseluruhan makanan yang dianggarkan di bawah program ini untuk tahun depan adalah sebanyak 312,000 tan beras, 546,000 tan daging ayam atau 4.68 bilion biji telur, 936 juta liter susu dan 546,000 metrik tan sayur-sayuran.

Dadan berkata, satu dapur yang akan memberikan perkhidmatan kepada 3,000 kanak-kanak akan mempunyai penggunaan harian sebanyak 200kg beras, 350kg daging ayam atau 3,000 biji telur, 600 liter susu dan 350kg sayur-sayuran.

Agensi pemakanan akan mengutamakan pengambilan makanan daripada petani tempatan dan juga akan menyesuaikan menu berdasarkan ketersediaan, kata Dadan. - REUTERS

WOIT

KITA DI KL

ADA DAPUR

JALANAN

SETIAP PETANG

AHAD

AMIN

INDONESIA ADA

MAKAN PERCUMA

UNTUK SELURUH

RAKYAT

AMIN

INI SAH KERAJAAN

RAKYAT

AMIN

KITA HARAPKAN

PROJEK INI

BERJAYA AGAR

BANYAK NEGARA

AKAN IKUT SAMA

AMIN

KHALAS

HIZBULLAH SERANG KOTA HAIFA


TERKINI

HIZBULLAH

SERANG KOTA HAIFA

AMIN

SETAHUN TAUFAN AL-AQSA HIZBULLAH TERUS MENYERANG


SETAHUN

TAUFAN AL-AQSA

HIZBULLAH TERUS

MENYERANG

AMIN

PERANG DI TERUSKAN !!!

 


PERANG

 DI TERUSKAN !!! 

AMIN

Unknown commented on 

"BERSEDIA PERANG 

SETAHUN LAGI !!!"

kalau israel guna senjata nuklear, segala-galanya akan selesai dalam 30 minit. Dengan kau sekali. Kah kah kah!


Unknown commented on 

"SELAMAT PAGI"

kata israel dah kalah, tenteranya cabut lari. bagaimana pula mereka boleh mengebom lubnan? gua cuntfuse. siapa yang berbohong ? Kah kah kah!


nknown commented on 

"BANGUN DAN LAWAN"

ayuh angkat senjata dan lawan israel di gaza. mari beramai-ramai ke gaza. Kah kah kah!

JUMAAT DEMO - SABTU BERDEMO


DEMO JUMAAT

WARGA KL

AMIN

DEMO SABTU

WARGA LUAR

KUALA LUMPUR

KHALAS




ORANG BAIK ADA DIMERATA PELUSUK


ORANG BAIK

BERADA

DI MERATA PELUSUK

AMIN

SABH SARAWAK MERDEKA !!!


Jangan pandang mudah perbuatan turunkan Jalur Gemilang, kerajaan digesa bertegas

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa bertindak pantas dan tegas terhadap mana-mana pihak yang berkempen dan berusaha bagi mempromosi gerakan mendesak Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, provokasi sedemikian tidak boleh diambil mudah meskipun sesetengah pihak berpendapat gerakan tersebut tidak serius atau agak mustahil untuk berlaku.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, walaupun kumpulan pendesak itu tidak bertapak di negara ini, namun doktrin tersebut pastinya ditanam oleh rakyat Malaysia sendiri atau yang mempunyai hubung kait dengan negara ini.

Menurut beliau, perbuatan sekumpulan individu yang menurunkan Jalur Gemilang untuk digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak yang berlaku di Melbourne, Australia pada 16 September lalu seperti yang tular di media sosial sangat membimbangkan.

Tindakan ini, tegas beliau boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia yang hidup harmoni antara satu sama lain termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Insiden provokasi yang kononnya sebagai simbolik penamatan ‘penjajahan’ Malaysia ke atas kedua-dua negeri itu serta usaha menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah republik boleh mencetuskan ketidakselesaan dan keharmonian antara rakyat di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan juga Sarawak.

“Ini bukanlah kali pertama gerakan dan desakan seumpama ini berlaku.

“Oleh itu, saya bimbang semakin lambat tindakan tegas diambil, kesalahan ini mampu meluaskan pengaruh pemikiran bahawa Sabah dan Sarawak ini dijajah oleh Semenanjung seterusnya membawa kepada desakan untuk keluar dari Persekutuan Malaysia,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau semalam.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, rakyat kini menunggu hasil siasatan insiden tersebut yang dijalankan polis mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ujar beliau, kerajaan harus segera dan tegas dalam mengambil tindakan terhadap kejadian itu seperti yang dilakukan terhadap kumpulan Al-Maunah yang didakwa kerana menentang Yang di-Pertuan Agong.

“Saya sekali lagi berharap agar perhatian serius diberi terhadap isu ini bagi menghilangkan kegusaran rakyat terhadap isu ini,” katanya. – 

WOIT

INI BUKAN

PROVOKASI

INI NIAT NAK

MERDEKA

AMIN

SALAH SATU SEBAB

SABAH SARAWAK

NAK MERDEKA

IALAH MEREKA

TAK SUKA DASAR

PARTI ISLAM PAS

AMIN

HIDUP MEREKA

DIGANGGU

AMIN

PAKAIAN MAKANAN

MEREKA DI HINA

AMIN

HADI PERNAH

LARANG CAWAT

DI PAKAI WALHAL

PAKAI CAWAT ADALAH

PAKAIAN ASLI

WARGA SABAH

WARGA SARAWAK

AMIN

KHALAS

KERAJAAN PALING ROSAK DALAM SEJARAH


KERAJAAN

PALING ROSAK

DALAM SEJARAH

AMIN

Unknown commented on 
"RASUAH DISERATA PELUSUK"

kabel ini mmg serata pelusuk mengguna pakai kaedah yang sama.. orang yang dikenali lebih atau direkomendasi oleh orang yang dikenali lebih mudah dapat dari orang yang tidak dikenali. tak kira dalam apa jua situasi. merit akan dilihat perkara kedua terpenting. 

contoh kita boleh lihat bagaimana nuar melantik menteri2 bodoh dalam kerajaan..hasilnya kita dapat kerajaan yang paling rosak dalam sejarah malaysia... semoga para rakyat dan pengundi sedar bahaya dan memilih untuk melawan.. amin

BERITA BAIK - KALI PERTAMA


BERITA BAIK

KALI PERTAMA

PENDATANG HARAM

DARI CHINA MERAH

DI TANGKAP

AMIN

BILA NAK DAKWA KES RASUAH ZAHID


BILA NAK

DAKWA KES

RASUAH ZAHID

AMIN

Unknown commented on 
"ZAHID ADA 47 KES -
 KEMPEN RASUAH GAGAL"

Bukan cerita baru, sudah lama ada begitu, lagi banyak lagi cemerlang, lagi hebat pendekar, sama saja dengan kroni yang menjaga kantung duit politik, setiap projek ada komisen, setiap anugerah ada bahagian, inilah cara orang politik bergerak, mesti ada penjaga duit tunai, siapa tak buat? 

Semua buat sama, cuma orang bukan lagi dipercayai, lagi diyakini daripada bangsa agama sendiri, sama saja setakat borak kosong buang masa tetapi semuanya tetap berjalan seperti biasa, kalau kaunter imigresen diupah dijaga kemasukan jangan cerita bab lain buang masa kah kah kah

SENJATA NUKLEAR KOREA UTARA



Korea Utara percepat langkah jadi kuasa nuklear - Kim Jong Un

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata negaranya akan mempercepatkan langkah untuk menjadi kuasa ketenteraan dengan senjata nuklear dan tidak akan menolak untuk menggunakannya jika musuh menyerang, lapor media negara KCNA.

Jong Un berkata demikian ketika membuat ucapan di universiti yang dimiliki sepenuhnya oleh KCNA.

Beliau berkata, pihaknya tidak ada niat untuk menyerang Korea Selatan, namun tidak menolak sebarang kemungkinan jika musuh menggunakan kekerasan terhadap Korea Utara.

"Jika musuh cuba menggunakan kekerasan terhadap negara kita, tentera Korea Utara akan menggunakan semua tindak agresif tanpa ragu, dan tidak menolak kemungkinan penggunaan senjata nuklear," katanya.

Menurut KCNA, Jong Un turut menyeru pengukuhan pertahanan Korea Utara secara menyeluruh.

Beliau juga menghantar mesej hari jadi kepada Presiden Russia, Vladimir Putin.

Jong Un yang menggelar Putin sebagai sahabat terdekatnya, berkata hubungan strategik dan kerjasama antara kedua-dua negara akan ditingkatkan ke tahap baru, untuk bekerja dalam mempertahankan keamanan serantau dan global serta keadilan antarabangsa.

KOREA SELATAN

JUGA AKAN

ADA SENJATA

NUKLEAR

AMIN

LEPAS ITU JEPUN

VIETNAM SIAM

INDONESIA

JENG JENG JENG

MALAYSIA ??

JENG JENG JENG

KHALAS

KEBENARAN MANGSA PERANG PERTAMA


MANGSA PERANG

PERTAMA IALAH

KEBENARAN

AMIN



Unknown commented on 
"20,800 SOLDADU
                            UKRAINE TEWAS"

betapa manusia saekor dua yang gila habis orang lain jadi mangsa dunia rosak ekonomi merosot harga barang terganggu jadi mahal menyusahkan lagi orang yang sedia susah.

kepada saekor dua tuan presiden yang gila nak berperang, gwa sedang aminkan doa ini: semoga peluru berpandu sampai ke bilik tidur ketika tuan sedang nyenyak tidur!


Unknown commented on 
"20,800 SOLDADU 
                            UKRAINE TEWAS"

Ini cerita perang macam susah nak percaya kah kah kah terlalu perang sampai tak habis peluru dana logistik macam cerita CNN, inilah susah percaya ulang tayang setiap masa sampai percaya kah kah kah dunia oh dunia

RASUAH DISERATA PELUSUK


RASUAH DISERATA

PELUSUK

AMIN

Unknown commented on 
"RASUAH PEGAWAI IMIGRISEN"

Semua tempat sama saja, bukan saja imigresen, PBT lagi hebat, penjaja atas jalan , masuk meja dibiarkan, parking sekejap akan disaman ditarik ditolak, tegas amat penguatkuasaan undang-undang kepada yang tidak berbayar, yang bagi sedekah senyuman sampai ke telinga kah kah kah, bukan baru bukan baru sedar dah lama, 

sebahagian hidup dengan rasuah duit haram, pun demi menjaga kepentingan politik kepartian sanggup dibiarkan semata-mata kah kah kah,.mana satu tempat bersih suci murni woit, nak pergi sucikanlah dirimu pun pakai kabel kuota tiket syurga tertentu hampeh sungguh kah kah kah

SELAMAT PAGI



SELAMAT PAGI

SELASA 8 OKTOBER 2024
BERITA PERANG
MASIH DI BACA
LEBANON DI SERANG
GAZA DI BOM

MALAM TADI
KAMI BUAT RAPAT
DEWAN PENUH
TAPI UNTUK GUA
MASIH PERLU KE JALAN RAYA

MAKA
JUMAAT DAN SABTU
KITA KE JALAN RAYA
11 DAN 12 OKTOBER
KITA KE JALAN RAYA
UNTUK SEBARIS
DENGAN WARGA DUNIA
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI KERING CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
TERKUKUR BERLAGU

HA HA 
SAEKOR KENG KENG MELINTAS
DI SEBELAH POK ARA
SUARA KUAT SEKALI
CREEP CREEP CREEP
BURUNG KECIL BERSUARA BESAR

HARI INI
AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI
JIKA PETANG HUJAN
MALAM SANTAI SEJUK
AMIN

BRO
LAKUKAN
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BEKERJA