Isnin, 4 November 2024
ANJING SAPA DALAM QUNUT NAZILAH
DALAM DOA
QUNUT NAZILAH
ADA DISEBUT ANJING
AMIN
INI ANJING SAPA
SAJE TANYA JANGAN
MARAH
AMIN
SAYA ULANG - BLACKROCKS IALAH RAKAN NIAGA KITA
Kerajaan cadang senaraikan syarikat ada kaitan dengan Israel di Malaysia – PM
KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk menyenaraikan syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan rejim Israel di negara ini.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu boleh direalisasikan di Dewan Rakyat dengan menyenaraikan syarikat yang mempunyai kepentingan secara langsung mahupun tidak langsung.
“Kita boleh sediakan peluang di Parlimen berapa puluhan syarikat yang bertapak di semua negeri mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung termasuk kelengkapan atau pun sebahagian saham senjata dan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel.
“Keputusan itu harus tidak hanya retorik untuk menarik perhatian orang ramai kerana daripada segi ketegasan..saya bukan nak takbur tapi saya telah mengambil langkah yang melampaui kesanggupan banyak negara dan ramai daripada mereka yang mengingatkan saya tentang risiko ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penerangan sidang kemuncak tergempar negara-negara Arab dan Islam berkenaan isu Palestin yang akan diadakan di Riyard, Arab Saudi di Parlimen hari ini.
Anwar menjawab pertanyaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang menggesa agar kerajaan menyemak kembali penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat Blackrock Inc.
Mengulas lanjut, Anwar menegaskan, kerajaan mendapati ada syarikat-syarikat itu yang jelas mengadakan kerjasama dagangan dengan rejim Israel termasuk negeri yang diperintah oleh pembangkang.
“Kita kena ambil keputusan yang konsisten, apakah keputusan kita melibatkan bantahan terhadap mereka kerana penjualan itu dengan izin negara, tidak ada penjualan kelengkapan tentera yang boleh berlaku tanpa izin negara,” katanya lagi. –
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
SAYA ULANG
BLACKROCK
MASIH AKAN
BELI 39 AIRPORT
KITA
AMIN
BALACKROCK
AKAN TERUS BEKAL
SENJATA PADA
ISREAL
AMIN
SAYA ULANG
BLACKROCK
ADALAH RAKAN
NIAGA KITA
AMIN
KHALAS
LAWAN ISRAEL TAPI BLACKROCKS MASIH RAKAN SETIA
Malaysia gesa Israel hentikan kekejaman di Gaza
KUALA LUMPUR – Putrajaya akan menggunakan platform sidang kemuncak dalam kalangan negara-negara Arab dan Islam bagi menggesa rejim Israel menghentikan kekejaman mereka di Gaza, kata Anwar Ibrahim.
“Oleh yang demikian, kehadiran saya ke Sidang Kemuncak tergempar ini adalah untuk membawa mandat dewan ini iaitu untuk mengambil tindakan bagi menghentikan kekejaman berterusan Israel ke atas rakyat Palestin, pencerobohan dan pemusnahan pusat-pusat ibadah di Wilayah Palestin Yang Diduduki (OPT), serangan terbuka ke atas wilayah-wilayah di Lubnan dan Iran termasuk pembunuhan Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar,” katanya katanya dalam sesi penerangan mengenai situasi semasa di Gaza, Lubnan dan Iran di Dewan Rakyat hari ini.
KAH KAH KAH
BALACKROCKS
MASIH TERUS
JADI RAKAN
NIAGA MALAYSIA
AMIN
SAYA ULANG
BLACKROCKS
AKAN AMBIL ALIH
39 AIRPORT KTA
HAMDUL LIL
KAH KAH KAH
AMIN
PRABOWO BUKAN BUDAK AMERIKA ?
Latihan laut bersama Russia isyarat permulaan peralihan dasar luar Indonesia
JAKARTA: Latihan ketenteraan bersama pertama antara Indonesia dengan Russia, minggu ini menunjukkan bahawa Presiden baharu Prabowo Subianto sedang mencari peranan yang lebih besar untuk Jakarta di pentas dunia dan dilihat mampu menjadi pergeseran dasar luar negeri yang ketara, kata penganalisis.
Indonesia telah lama mengekalkan dasar luar yang neutral dan enggan berpihak dalam konflik Russia-Ukraine atau persaingan Amerika Syarikat (AS)-China, tetapi Prabowo menyeru agar hubungan yang lebih erat dengan Moscow meskipun ada tekanan Barat terhadap Jakarta.
"Ia adalah sebahagian daripada agenda yang lebih luas untuk mengeratkan hubungan dengan sesiapa sahaja, tanpa mengira blok geopolitik mereka, selagi terdapat manfaat untuk Indonesia," kata Pieter Pandie, penyelidik di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa.
Blok ASEAN yang mana Indonesia adalah ahlinya, sebelum ini mengadakan latihan bersama dengan Russia pada tahun 2021, tetapi negara anggota secara individu belum pernah mengadakan latihan bersama dengan Moscow.
Menurut pemantau senjata SIPRI, Jakarta mempunyai hubungan perdagangan bernilai berbilion dolar dengan Moscow, tetapi sejak beberapa kebelakangan ini, import senjata besar-besaran terhenti, apabila sekatan Barat dikenakan terhadap Russia selepas ia merampas Crimea pada tahun 2014 dan menyerang Ukraine pada tahun 2022.
Namun, Prabowo mengekalkan perjanjian pembelian jet pejuang Russia bernilai AS$1.1 bilion (RM4.81 bilion) yang dipersetujui pada tahun 2018 ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan, walaupun ada ancaman sekatan daripada AS.
Jakarta juga enggan mengalah apabila negara-negara Barat melobi Indonesia untuk tidak menjemput Russia ke sidang kemuncak G20 yang diadakan di Indonesia pada tahun 2022.
Prabowo bertemu Presiden Russia, Vladimir Putin di Kremlin pada bulan Julai dan kemudian mengumumkan latihan angkatan laut bersama yang menurut pakar menunjukkan betapa pentingnya peranan Moscow dalam dasar luar yang lebih luas.
Latihan lima hari bermula Isnin di Jawa Timur di mana Moscow akan menghantar tiga kapal perang kelas korvet, satu kapal tangki sederhana, sebuah helikopter tentera, dan sebuah kapal tunda.
"Ia menegaskan bahawa kami tidak akan mengasingkan satu atau dua negara dalam arena geopolitik," kata profesor di Sekolah Diplomasi Lanjutan Paramadina, Anton Aliabbas.
Semasa lawatannya ke Kremlin, Prabowo – yang juga bekas jeneral berusia 73 tahun – berkata, beliau ingin mengeratkan hubungan dengan Russia.
"Kami menganggap Russia sebagai sahabat yang besar dan saya ingin terus mengekalkan dan memperkukuh hubungan ini," kata Prabowo kepada Putin.
Sebelum pelantikannya bulan lalu, Prabowo berkata, beliau ingin membina 'jaringan persahabatan yang kuat' dan untuk tujuan itu, beliau melawat lebih dari sedozen negara termasuk China dan Australia, di mana beliau menandatangani perjanjian keselamatan penting, malah Jakarta turut memulakan proses untuk menyertai kumpulan BRICS ekonomi sedang membangun.
Pemimpin baharu ini sebelum ini diuji di laut, dengan kehadiran kapal pengawal pantai China tiga kali dari perairan yang dituntut oleh Indonesia.
Curie Maharani Savitri berkata, peluang untuk menjadi tuan rumah bagi salah satu angkatan laut paling maju di dunia adalah jelas dan membolehkan 'pembinaan kapasiti' dan untuk Jakarta 'bertukar idea' mengenai penyelenggaraan peralatan Russia yang sudah dimiliki.
Indonesia ketika ini mempunyai kereta kebal amfibia, helikopter, peluru berpandu dan jet pejuang buatan Russia dalam persenjataannya.
Jakarta dan Moscow mempunyai matlamat maritim yang berbeza, dengan Indonesia berdepan ancaman penyeludupan dan lanun manakala Russia mencari sekutu yang bersedia.
Pieter berkata, beliau menjangkakan latihan ini tidak akan serumit latihan tahunan Super Garuda Shield yang Indonesia adakan bersama AS dan sekutu lain.
"Saya fikir ia adalah fasa pengenalan kepada hubungan ketenteraan antara kedua-duanya, terutamanya dalam aspek angkatan laut," katanya.
Namun, latihan ini mungkin akan menimbulkan perhatian Washington, yang berusaha untuk mengasingkan Russia secara diplomatik.
Kedutaan AS di Jakarta bagaimanapun enggan mengulas mengenai latihan itu.
Pieter berkata, untuk Prabowo pula, latihan ini membolehkannya menghantar mesej mengenai dasar baharunya pada awal pemerintahan Presiden.
"Secara sejarah, AS sudah menjadi rakan pilihan untuk latihan ketenteraan. Tetapi… Indonesia juga cuba untuk mempelbagaikan rakan kongsi.
"Dan saya fikir terdapat trend yang lebih besar secara keseluruhan dalam hal itu," katanya. - AFP
SUHARTO
DINAIKKAN OLEH
AMERIKA UNTUK
LAWAN NASIONALIS
SUKARNO
AMIN
PRABOWO NAK
LARI DARI
AMERIKA?
JENG JENG JENG
KEMBALI PADA
DASAR SUKARNO
KHALAS
PM X JADI X PAM
PM X JADI X PAM
KAH KAH KAH
AMIN
ANTARA DUA DARJAT : PMX, exPMX,
President Donald Trump& President Kamala Harris
Wahai Para Pembacha TukarTiub Yang Budiman. Pabila DSAI kalah PRU ke 16, PMX sechara otomatis jadi exPM!
Bila keputusan Pilihan Raya President USA di ketahui dua tiga hari lagi, kalah atau menang President Trump tetap dikenali sebagai Mr President atau President Trump! Itu lah chara USA menghormati dan menyantuni mantan President.
Bagi Kamala Harris lain sikit.Kalau memang, dia tak dipanggil President Kamala Harris hinggalah dia angkat sumpah 6hb January depan.Dia hanya President Elect....! Tapi kalau Tangachi ni kalah ,dia akan dipanggil PRESIDENT YILEK!
KAH KAH KAH. DAPAN KUMA.....OOPS silap. PADAN MUKA. KAH KAH KAH
JANGAN SALAH KAN TUHAN
JANGAN
SALAHKAN
TUHAN
AMIN
ATUR SUSUN
BANGUN SENDIRI
LAWAN KE JALAN
KHALAS
Unknown commented on
"KRONI JADI KAYA"
Tuhan bagi segala kemudahan kemewahan kepada orang jahat, entah kenapa lagi jahat lagi hidup lama, lagi kuat merompak, lagi nak kaya, tapi sampai mana negara ini nak menampung biawak yang makan najis dengan mencuri merasuah merompak duit rakyat?
Duit negara duit rakyat, yang paling banyak bayar paling sedikit dapat kebaikan, yang paling banyak mencuri pulak dapat diskaun kah kah kah pelik tetapi benar kan? Segala pencuri jadi penyamun tarbiyah dengan sokongan agenda agama bangsa negara kah kah kah
RAKYAT TUNTUT KEADILAN
RAKYAT TUNTUT
KEADILAN
AMIN
Unknown commented on
"JURUIRING TMJ
AKAN DIDAKWA"
bayo denda seribu.. tangguh sampai 5 bulan... ini semua kerja bahalol
Unknown commented on
"JURUIRING TMJ
AKAN DIDAKWA"
begitulah yang boleh di ambil pengajaran iktibar bila biasa biasa cepat pantas tapi yang melibatkan ada kaitan kenamaan lama cikit kahkahkah ramai yg inginkan keadilan terlaksana!!!
JURUIRING TMJ AKAN DIDAKWA
Selepas 5 bulan, juruiring rombongan TMJ akhirnya dihadapkan tuduhan serang pemandu pekak
Selepas lebih lima bulan dan pelbagai bantahan daripada kumpulan hak asasi, peguam dan aktivis orang kurang upaya (OKU), seorang pegawai polis yang dirakam video dashcam menyerang seorang pemandu e-hailing akhirnya didakwa hari ini.
Individu itu difahamkan akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
Rakaman dashcam kejadian pada 28 Mei lalu menunjukkan pemandu pekak Grab, Ong Ing Keong, menunggu penumpangnya di luar Hotel St Regis di Kuala Lumpur apabila didatangi seorang lelaki yang memarahinya dan mengarahkannya mengalihkan kereta bagi memberi laluan kepada rombongan pemangku sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atau TMJ.
Ong kemudian menurunkan cermin keretanya untuk bercakap dengan seorang dipercayai pegawai polis, sebelum lelaki itu tiba-tiba bertindak menumbuk mukanya.
Dia menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas mengalami lebam pada bibir menyebabkan kesukaran untuk makan.
Kemarahan awam meningkat selepas pendedahan bahawa seorang "wakil istana" telah cuba memujuk Ong menarik balik laporan polis yang dibuat di balai polis Brickfields.
Ong turut menolak dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, bahawa dia menarik balik laporan polisnya kerana menganggap insiden itu "salah faham".
Sebaliknya, dia mendedahkan seorang pegawai polis memberinya pilihan sama ada menerima sejumlah wang daripada wakil istana, atau telefonnya dirampas jika kes itu dibawa ke mahkamah.
Kelewatan pihak berkuasa membawa pertuduhan turut dikecam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mempersoalkan sikap membisu Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Pada masa sama, kenyataan Anwar Ibrahim yang cuba mempertahankan kelewatan itu dengan mendakwa mendakwa siasatan insiden itu "mengambil masa" dan "masih belum ditutup", dikecam pengguna media sosial yang turut mengingatkan perdana menteri bahawa beliau sendiri pernah diserang ketika dalam tahanan polis beberapa jam selepas ditangkap pada September 1998.
"Ini bukan kes pembunuhan yang rumit atau skandal kewangan besar yang memerlukan banyak masa. Anwar nampaknya tidak mempunyai jawapan, tetapi hanya mengelak," kata Lawyers for Liberty (LFL), kumpulan hak asasi yang paling ke depan berkempen menuntut keadilan buat Ong.
WOIT
KALAU LU
KATA ANWAR
SCAMMER DALAM
MASA 5 HARI
LU KENA DAKWA
AMIN
KALAU LU
JURUIRING TMJ
HEBOH 5 BULAN
BARU ADA DAKWA
AMIN
KHALAS
DEMO TOLAK ISRAEL
Ribuan aktivis protes tuntut genosid di Gaza dihentikan menjelang pilihan raya AS
WASHINGTON: Ribuan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS), menuntut supaya pembunuhan beramai-ramai di Gaza dihentikan segera menjelang pilihan raya presiden dijadualkan pada Selasa ini, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Gelombang protes itu tercetus sebagai tindak balas terhadap kekejaman yang semakin meningkat oleh tentera Israel terhadap orang awam yang tidak berdosa di wilayah berkenaan.
Peserta melaungkan slogan yang mengecam sokongan AS terhadap penjajahan Israel, termasuk "No votes for genocide," (tiada undi untuk genosid) sebagai respons terhadap sokongan ketenteraan dan kewangan yang berterusan oleh pentadbiran AS sedia ada kepada rejim, hingga mengakibatkan lebih banyak kematian membabitkan orang awam.
Protes ini mencerminkan gerakan yang lebih meluas dalam kalangan ribuan aktivis serta komuniti Arab dan Islam yang mengumumkan boikot terhadap calon-calon dari parti Demokrat dan Republikan.
Sebaliknya, mereka menggesa sokongan kepada calon dari Parti Hijau, Jill Stein yang menentang perang di Gaza dan menyokong hak-hak Palestin. – BERNAMA-WAFA
KAMALA AKAN
TERUSKAN DASAR
BIDEN
AMIN
TRUMP AKAN
IKUT SETANYAHU
AMIN
AMERIKA DAH JADI
MILIK ZIONIS
AMIN
KHALAS
VIVY YUSOF KRONI SAPA?
VIVY YUSOF
KRONI SAPA?
JENG JENG JENG
AMIN
Unknown commented on
"PROJEK REMBAT
DUIT RAKYAT"
Bodo… yg boleh mintak maaf type C je kot... klu takat ko type m type eee type I ke, nak mintak maap buley jalan la, maap pm9 pun dah byebye dah, lu citer ape…
Unknown commented on
"PROJEK REMBAT
DUIT RAKYAT"
All in the family..ada depa kisah..idup berpesta pakai duit rakyat..kat luar kuatnya isle...bungkus semua..tapi sebenornya sama perangai cam taik...
KRONI JADI KAYA
KRONI
JADI KAYA
SAYA ULANG
KRONI JADI KAYA
AMIN
Unknown commented on
"APA HUBUNGAN VIVY YUSOF
DENGAN ANWAR IBRAHIM"
hari menang semua kroni kaya raya..saya ulam.. reformasi kepala bapak dia.. kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
SENIN 4 NOVEMBER 2024
KITA SEDANG HEBOH
DENGAN KES FESHEN VALET
FESHEN VALET INI
PAKAI DUIT RAKYAT
DAN DAH JATUH BANGKRAP
40 JUTA LEBIH LINGKUP
DAN TOWKAY
DAH MULA IKUT PERANGAI NAJIB
MINTA MAAF
DAH REMBAT BERJUTA JUTA
MINTA MAAF
MINAH INI KRONI SAPA?
SAPA LULUSKAN DUIT
BERJUTA JUTA DARI KHAZANAH
ROMPAK DUIT RAKYAT
KEMUDIAN MINTA MAAF
INI DAH JADI CARA BARU
UNTUK TIPU RAKYAT
JENG JENG JENG
AMERIKA
TRUMP KATA
DIA TIDAK SEPATUTNYA
MENINGGALKAN RUMAH PUTIH
PADA TAHUN 2020
JENG JENG JENG
KALAU KALAH KALI INI
APAKAH TRUMP AKAN TERIMA?
AMERIKA AKAN HURU HARA
INI BAIK UNTUK DUNIA
NEW YORK
SU PBB RISAU
KERANA SOLDADU
KOREA UTARA MASUK
KE RUSSIA
SEPANYOL
RAJA KENA PUKI MAK
DAN KENA BALING LUMPUR
OLEH WARGA YANG JADI
MANGSA BANJIR DI VALENCIA
200++ DAH MATI
PULUHAN MASIH HILANG
CHINA
DI LAPORKAN TAHUN INI
DAFTAR KAWIN
MAKIN KURANG
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEJUK
RENYAI RENYAI
INI REBAS RAHMAT
YANG DI NANTI
YANG SELAMA SEMINGGU
KITA BERPANAS
MATA HARI TAK NAMPAK
KL & KL SENTRAL BERKABUS
JALAN BASAH
DI BUKIT KIRI
DI BUKIT KANAN
TERKUKUR BERLAGU
DARI JAUH DENGAR MACAM
HOW WOW
HA HA HA
KALI INI WARGA HOKKIEN
RAMAI DATANG
TAPI TAK TAK
BUAT TAIKO
MASUK KAWASAN MEREKA
LAGI MEREKA MENYALAK KUAT
ADA 7 ATAU 8 EKOR
MEREKA DATANG MARAH
PAGI INI MASIH SEJUK BASAH
TAPI
JAP LAGI GUA RASA
AKAN PANAS
JIKA PETANG UJAN
MALAM SEJUK SANTAI
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN
BRO
KITA ADALAH PRODUK
DARI PILIHAN
BUKAN DARI KEADAAN
BRO
ILMU PENGETAHUAN
IALAH CAHAYA YANG MEMBUKA
PINTU DUNIA
BRO
JANGAN
TUNDA KEBAHAGAIAN
UNTUK ESOK
ENJOI DE MENJOI
HARI INI
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)