Jumaat, 27 Disember 2024

RUSIA BOM JANA LETERIK


RUSIA BOM

JANA LETERIK

AMIN

ZIONIS BLACKROCK MAIN TEATER

 

INI TEATER ZIONIS

BLACKROCK

MAHU IRAN LALAI

KHALAS

UKRAINE NAZAK KENA BOM

 

UKRAINE

NAZAK KENA BOM

AMIN

APA TINDAKAN ANWAR BLACKROCK - KES RASUAH INI ?


APA TINDAKAN

ANWAR BLACKROCK

KES RASUAH INI ?

AMIN

ANWAR BLACKROCK MAKIN ZALIM


ANWAR BLACKROCK

MAKIN ZALIM 

AMIN

RAKYAT SETUJU ANWAR BLACKROCK GAGAL




Majoriti rakyat kekal bimbang hala tuju negara di bawah Anwar, menurut kajian

Perdana Menteri Anwar Ibrahim terus berdepan cabaran untuk memenangi hati pengundi Melayu setelah dua tahun mengambil alih kuasa, menurut dapatan kajian terbaru dikeluarkan Merdeka Center yang turut mendapati majoriti rakyat merasakan negara menuju ke arah yang salah.

Kajian dilaksanakan pada November hingga Disember baru-baru ini oleh badan pemikir itu menunjukkan lebih separuh daripada kaum Melayu yang ditinjau berpendapat bahawa negara menuju ke arah yang salah.

Jumlah yang besar di kalangan kaum India turut berkongsi pandangan yang sama.

Sementara itu, kaum Cina, iaitu golongan yang memberikan sokongan padu kepada gabungan Pakatan Harapan pimpinan Anwar, didapati berbelah-bahagi mengenai hala tuju negara.

Merdeka Center bagaimanapun melaporkan kajiannya menunjukkan rating Anwar sebagai perdana menteri meningkat sedikit 1% berbanding tempoh awal November lalu, di mana 54% responden menyatakan berpuas hati dengan beliau.

Pada masa sama, jumlah mereka yang tidak puas hati turut menunjukkan peningkatan, iaitu 2% berbanding tempoh awal November lalu.

Secara keseluruhannya, 53% responden berpandangan negara menuju ke arah yang salah manakala 39% berpendapat negara bergerak ke arah yang betul.

"Sentimen menunjukkan tambah baik beransur-ansur selepas tempoh negatif yang lama, walaupun sentimen negatif kekal dengan saiz yang besar," menurut dapatan yang dikeluarkan Merdeka Center bersempena tahun kedua pentadbiran kerajaan campuran.

Mengikut kategori usia pula, majoriti mereka yang merasakan negara bergerak ke arah yang salah terdiri daripada golongan dalam lingkungan usia 31-40, 41-50 dan 51-60 tahun.

Dari kalangan 1,207 responden yang ditinjau, 47% menekankan masalah ekonomi diikuti dengan pentadbiran tidak cekap, ketidakstabilan politik, kepimpinan lemah dan isu perkauman.

Di bawah kategori ekonomi, sebab utama mereka merasakan hala tuju negara adalah salah ialah keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, kos sara hidup yang tinggi, gaji minimum dan ringgit yang lemah.

"Isu-isu yang mendorong motivasi pengundi kekal tidak berubah: ekonomi dan inflasi. Kegusaran terhadap ketidakstabilan kian pudar, tetapi ada peningkatan dari segi identiti politik (perlindungan terhadap hak-hak Melayu)," tambahnya.

Majoriti (52%) meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi kerajaan dalam menjana pertumbuhan ekonomi, 64% tidak puas hati dengan langkah mengawal kos sara hidup, manakala kurang 50% merasakan kerajaan memberikan bantuan kewangan kepada golongan susah.

Isu-isu politik termasuk kebajikan rakyat, ketidakstabilan politik dan korupsi.

Majoriti (52%) menyatakan rasa tidak puas hati dengan prestasi kerajaan melawan korupsi, walaupun ia menjadi slogan utama Anwar dalam setiap ucapan beliau dalam dua tahun pentadbirannya.

Sementara hanya 42% merasakan kerajaan mengamalkan kedaulatan undang-undang, satu lagi elemen yang sering ditekankan Anwar dalam menyokong tindakan pihak berkuasa terhadap pemimpin pembangkang.

Secara keseluruhan, dapatan tersebut antara lain menunjukkan rakyat masih berbelah-bahagi berhubung prestasi kerajaan, dengan hanya 51% berpuas hati manakala 47% lagi tidak berpuas hati walaupun selepas dua tahun pelbagai kempen dan slogan dilancarkan oleh pentadbiran Anwar yang menggunakan tema Madani.


BUKTI SAH

ANWAR 

BLACKROCK

GAGAL

AMIN

BUKAK MULUT

MOHONG

AMIN

TIPU SANA

TIPU SINI

AMIN

PUTAR SANA

PUTAR SINI

AMIN

PEMBONGAK

GODANG

CAKAP ORANG

KOLO PILAH

KHALAS

ANWAR BLACKROCK MOHONG



Indonesia nafi Prabowo batal pertemuan dengan Anwar kerana demam

Seorang pegawai kanan kerajaan Indonesia menafikan Presiden Prabowo Subianto membatalkan lawatan ke Malaysia atas sebab kesihatan, seperti mana didakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam.

Prabowo dijadual mengadakan pertemuan dengan Anwar di Langkawi semalam.

Anwar berkata lawatan presiden Indonesia itu terpaksa dibatalkan kerana Prabowo demam dan meminta mesyuarat ditangguhkan beberapa hari.
Bagaimanapun, Setiausaha Kabinet Indonesia, Teddy Indra Wijaya, berkata Prabowo berada dalam keadaan sihat, sambil menambah beliau menghadiri beberapa siri mesyuarat selepas pulang dari Sidang Kemuncak D8 di Kaherah semalam.

“Sejurus tiba, beliau segera mengadakan mesyuarat tertutup,” kata Teddy dipetik akhbar Kompas.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

BUKAK MULUT

MOHONG

KAH KAH KAH

KHALAS

YAMAN SERANG ZIONIS BLACKROCK - SAUDI SERANG YAMAN


YAMAN SERANG

ZIONIS BLACKROCK

AMIN

SAUDI SERANG 

YAMAN 

AMIN

TRUMP HURU HARAKAN DUNIA - KITA WAJIB BERSEDIA


TRUMP AKAN

 HURU HARAKAN

 DUNIA

KITA WAJIB BERSEDIA

AMIN

CONTOH TERBAIK KERAJAAN MADANI

 

CONTOH TERBAIK

TATA KELOLA

KERAJAAN MADANI

KHALAS

MOHONG HINGGA KE KUBUR


MOHONG HINGGA 

KE KUBUR


Unknown commented on 
"PRABOWO MULA TAKUT"

Jika dia kejap lagi bisa mampus keras, kok di dalam liang lahat dia jugak bisa buka mulut menjawab soalan malaikat, terus aja bohong.

Mustahil malaikat bisa mempercayai tutur kata bohongnya.

Ngak bisa bercakap benar gitu.

Maka bohong itu sebutan sehari hari sampei ke kuburan.

MELAYU BUKAN ARAB


MELAYU SIBUK

NAK JADI ARAB

MENGONG!

AMIN

Unknown commented on 
"JANGAN LUPA KITA BUKAN ARAB -
 KITA MELAYU"

Tok arab pak arab mak arab pun tak peduli tak ambil pot nak jadi melayu.

Melayu pula yang sibuk terhegeh2 nak jadi lebih arab daripada tok arab itu sendiri.

TEATER BONTOT


TEATER BONTOT

AMIN

ZALIM MAKA SAKIT JIWA



SAFM tuntut keadilan kes anjing mati kena panah di Ladang Malaya

KUALA LUMPUR – Seekor anjing didakwa telah dipanah sehingga mengalami kecederaan parah sebelum mati hanya kerana dikatakan memasuki laluan yang salah.

Kejadian yang menimpa anjing yang dikenali sebagai Kutty itu didakwa berlaku pada 22 Disember lalu di Ladang Malaya, Selama, Perak dan perbuatan itu diyaki dilakukan oleh seorang pekerja di ladang yang sama.

Sehubungan itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Facebook hari ini menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menyiasat segera insiden terbabit.

Menurutnya, kejadian itu jelas melanggar undang-undang di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Justeru SAFM menyeru mana-mana saksi kejadian untuk tampil memberikan keterangan dan membantu siasatan.

Tegasnya, tindakan kejam itu sama sekali tidak boleh dibiarkan dan mencabar prinsip asas kemanusiaan, maka tindakan pantas dan tegas mesti diambil untuk menjamin keadilan terlaksana sepenuhnya.

“Laporan rasmi boleh dibuat di balai polis terdekat, manakala aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) juga diperlukan untuk memulakan siasatan formal terhadap pelaku.

“Keterangan saksi adalah bukti penting dalam memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Kami menuntut penguatkuasaan penuh Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015, yang memperuntukkan hukuman berat terhadap pelaku kekejaman haiwan.

“Seksyen ini menyatakan bahawa mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,” demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, SAFM melahirkan rasa kesal insiden kekejaman terhadap haiwan masih berleluasa walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan.

Jelasnya, situasi itu berpunca daripada kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang yang sering kali membolehkan pesalah terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Sudah tiba masanya untuk memperkukuh undang-undang serta memastikan penguatkuasaan yang lebih tegas dan berkesan.

“SAFM menyeru seluruh masyarakat untuk bersatu dalam menegakkan hak haiwan dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap pelaku.

“Keadilan untuk Kutty adalah keadilan untuk semua haiwan yang memerlukan perlindungan,” katanya. –


SOSOK KEJAM

INI WAJIB DIBERI

PENCERAHAN 

TENTANG HAIWAN

AMIN

SOSOK INI

SAKIT JIWA

DI MANIFESTASI

DENGAN ZALIM

TERHADAP

BINATANG

KHALAS

TRUMP AKAN SERANG PANAMA ?




Presiden Panama tolak rundingan dengan Trump mengenai ancaman Terusan Panama

PANAMA: Presiden Panama, Jose Raul Mulino, semalam menolak rundingan dengan bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai kawalan Terusan Panama.

Beliau juga menafikan China campur tangan dalam operasinya.

Bagaimanapun Mulino turut menolak kemungkinan mengurangkan tol untuk kapal AS sebagai tindak balas kepada ancaman Trump untuk menuntut kawalan laluan air penting yang menghubungkan lautan Atlantik dan Pasifik dikembalikan ke Washington.

"Tiada apa-apa lagi untuk dibincangkan. "Terusan itu adalah milik Panama dan milik rakyat Panama. Tiada kemungkinan untuk membuka apa-apa jenis perbualan mengenai realiti ini yang mengakibatkan darah, peluh dan air mata negara itu terkorban," katanya pada sidang akhbar.

Terusan yang dirasmikan pada 1914, dibina oleh AS tetapi diserahkan kepada Panama pada 31 Disember 1999, di bawah perjanjian yang ditandatangani kira-kira dua dekad sebelum itu oleh Presiden AS ketika itu, Jimmy Carter dan pemimpin nasionalis, Panama Omar Torrijos.

Semalam, Trump menyelar apa yang disebutnya bayaran 'tidak masuk akal' untuk kapal AS yang melalui terusan itu dan membayangkan pengaruh China yang semakin meningkat.

"Ia semata-mata untuk Panama untuk mengurus, bukan China atau orang lain," katanya dalam catatan di platform Truth Socialnya.

Dianggarkan lima peratus daripada trafik maritim global melalui Terusan Panama, yang membolehkan kapal-kapal yang melakukan perjalanan antara Asia dan Pantai Timur AS mengelak laluan yang panjang dan berbahaya di sekitar hujung selatan Amerika Selatan.

AS adalah pengguna yang menyumbang 74 peratus kargo, diikuti China dengan 21 peratus.

Sementara iru, Mulino berkata bayaran penggunaan terusan itu 'tidak ditetapkan mengikut kehendak Presiden atau pentadbir' laluan air antara lautan, tetapi di bawah 'proses awam dan terbuka' yang telah lama wujud.

"Tiada langsung campur tangan atau penyertaan China dalam apa-apa kaitan dengan Terusan Panama," katanya.

Rabu lalu, Trump menulis di Truth Social mendakwa tanpa bukti, bahawa askar China "Dengan penuh kasih sayang, tetapi secara haram, mengendalikan Terusan Panama."

Bagaimanapun, Mulino menafikan dakwaan itu."Tiada tentera China di terusan, kerana cinta kepada Tuhan," katanya.

Panama menjalin hubungan diplomatik dengan China pada 2017, selepas memutuskan hubungan dengan Taiwan, namun keputusan itu dikritik oleh pentadbiran pertama Trump.

Selasa lalu, berpuluh-puluh penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan AS di Panama City sambil melaungkan "Trump, haiwan, biarkan sahaja terusan" dan membakar imej Trump, bakal Presiden AS yang akan datang itu. - AFP



TRUMP DAH MULA

BERGERAK

AMIN

DASAR

MAKE AMERICA

GREAT AGAIN

BERMULA

AMIN

DUNIA AKAN 

HURU HARA 

AMIN

KITA WAJIB 

AMBIL PELUANG

BILA DUNIA KACAU

AMIN

BERSEDIA UNTUK

MENYEBAR

MEMPERKUKUH

MELAYU RAYA

KHALAS

TEATER TERHAD

 

TEATER TERHAD

KAH KAH KAH

KHALAS

PENDATANG HARAM BOLOS KERANA RASUAH



NEGARA PENUH

PENDATANG 

HARAM

KERANA RASUAH

AMIN

Unknown commented on 

"PINTU DI KLIA PUN BOCOR"


Bocor sebab duit

Bukan satu orang buat kerja. Ini sudah kawtim daripada malaon pemberi terus ke kepala turun ke sampai ke kerani cabuk.

masing2 cover. sama2 kenyang makan duit haram.

gaji elaun tak berusik.

melayu islam kapir kalau bab duit haram sama saja.

TAK MINAT NAK MASUK SYURGA

 

 TAK MINAT

NAK MASYUK

SYURGA

AMIN

NAK JUMPA

JOHN LENNON

DAN KARL MARX

KHALAS

Unknown commented on 

"AGAMA HANYA

 SATU KEPERCAYAAN"


Kapir akan masuk Neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya.............. Orang Islam yang berbuat dosa dan tidak bertaubat juga akan masuk neraka Adakah peluang masuk ke Syurga, Allah yang menentukan ............................. TT jangan Gundah Gulana, masih ada waktu bertaubat ...



PAGI INI


PAGI INI

JUMAAT 27 DISEMBER 2024
TAHUN 2024 NAK HABIS
TAHUN 2025 NAK MASUK

NAMPAKNYA
ADA PERKARA  MAKIN MENTAL
HARI INI LEPAS JUMAAT
ADA MAMAT KENA ROTAN
DI DEPAN MASJID
DI DEPAN KHALAYAK RAMAI
TERBUKA

INI KERJA MENTAL
TEORINYA DI ROTAN
DEPAN ORANG RAMAI
SUPAYA JADI TAULADAN
TAPI
HARI INI HANYA BEBERAPA
KERAT SAJA YANG DI BENARKAN
MELIHAT
BUKANKAH INI MENTAL
NAMANYA

DI PAKISTAN ADA HUKUMAN
ROTAN DEPAN ORANG RAMAI
DI ACEH PUN SAMA
DI SUDAN PUN SAMA
DI SAUDI PUN SAMA

PERSOALAN
APAKAH JENAYAH BERKUARANGAN
DI NEGARA NEGARA INI
KERANA RAMAI TAKUT
NAK MUNCURI
SATELAH  MELIHAT
BONTOT KENA ROTAN

JIKA JENAYAH TAK BERKURANG
HUKUMAN INI MENTAL
TAK MASUK AKAL

NAK TUNJUK ISLAM
BUAT KEBAJIKAN
BERI PERUBATAN PERCUMA
PADA ANAK SEMUA BANGSA
MAJLIS DIRIKAN RUMAH 
UNTUK SEWA MURAH
BERI PEMBELAJARAN PERCUMA
BERI BIASISWA PADA
BIJAK PANDAI
UNTUK BUAT KAJIAN
KEILMUAN YANG BERI
MANAFAAT KEPADA
ANAK SEMUA BANGSA

MEROTAN BONTOT
DEPAN ORANG RAMAI
KERJA MENTAL
AMIN

YAMAN
PANGARAH WHO
DARI NEW YORK
HAMPIR MATI KENA BOM
OLEH ZIONIS BLACKROCK
KETIKA BERADA
DI LAPANGAN TERBANG
DI YAMAN

PANAMA
TRUMP KLIM ADA
ASKAR CHINA MERAH
DI PANAMA
INI BAHAYA UNTUK AMERIKA
PRESIDEN PANAMA NAFI

AUSTRALIA
KAWASAN TERBAKAR
KERANA  PANAS HANGAT
DI ANGGAR SELUAS
SINGAPURA

TAIWAN
BEKAS DATUK BANDAR
DAN CALON PRESIDEN
DI TUDUH RASUAH
SALAH GUNA DANA POLITIK

HOKKIEN
PAGI INI  BERKABUS NIPIS
MATA HARI BELUM KELUAR
LANGIT PUCAT
KL & KL SENTRAL BERKABUS TEBAL
BANGUNAN KLCC HILANG

DI PINTU MASUK
CENKERIK BERSIMPONI
DARI ATAS BUKIT KIRI
TERKUKUR BERLAGU
BUNYI MESIN MEMOTONG RUMPUT
DAPAT DI DENGAR

HA HA HA
SATU KUMPULAN PIPIT
BERPULUH PULUH
AMAT RAMAI 
MELINTAS 
HITAM KAWASAN SAWAH
YANG MEREKA SINGGAHI

HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
MANDI CAHAYA DI BALKONI
JIKA PETANG HUJAN
MALAM UJUNG MINGGU
SEJUK SANTAI

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI JUMAAT

BRO
JADIKAN MAKANAN
SEBAGAI UBAT
JIKA TIDAK NANTI
LU AKAN JADIKAN
UBAT SEBAGAI MAKANAN

BRO
JIKA LU SEHAT
LU KAYA
JIKA LU SAKIT
LU MERANA

BRO
KETUM PAHIT
JADI UBAT
GULA MANIS
JADI RACUN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT