Sabtu, 23 November 2024

RAMAI TAK FAHAM PERANAN SPRM



SPRM digesa siasat Anwar selepas pengakuan syarikat swasta 'payung' rombongan rasmi 5 negara

Ketua Pemuda Bersatu Muhammad Hilman Idham menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Perdana Menteri Anwar Ibrahim susulan pengakuannya semalam bahawa kos rombongan rasmi ke beberapa buah negara baru-baru ini sebahagian besarnya ditaja syarikat swasta yang ada kepentingan dengan lawatan tersebut.

Hilman, yang juga Adun Gombak Setia, berkata ia jelas melanggar undang-undang sedia ada yang melarang penerimaan tajaan.

"Justeru, kami menggesa satu siasatan dimulakan oleh SPRM berdasarkan kenyataan dan pengakuan YAB Perdana Menteri yang direkodkan dalam hansard Parlimen," katanya.

"Biarpun tanpa sebarang laporan, SPRM boleh membuka kertas siasatan selaras dengan Seksyen 29(3) Akta SPRM. Siasatan ini penting demi menyelamatkan maruah negara dan mempertahankan integriti institusi kenegaraan."

Menurutnya, Anwar boleh didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 

Hilman merujuk kepada kes melibatkan bekas menteri pengangkutan Singapura S Iswaran yang dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.  

"Undang-undang yang dikuatkuasakan di Singapura adalah sama dengan undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia kerana Malaysia dan Singapura mempunyai sistem perundangan yang serupa berdasarkan English Common Law," katanya dalam kenyataan akhbar.

Semalam, Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa 75% daripada kos rombongan rasmi beliau ke lima buah negara baru-baru ini - China, Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil - ditanggung syarikat swasta yang mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan di negara yang dilawati.

Rombongan Anwar itu turut mencetuskan kontroversi di media sosial apabila anaknya Nurul Izzah Anwar dilihat aktif mengambil bahagian sepanjang lawatan.

Anwar menyifatkan pembiayaan swasta itu "cara lain" di bawah pentadbirannya mengurangkan kos kerajaan, melibatkan beberapa syarikat seperti Yinson, Sapura Energy dan sebuah syarikat semikonduktor yang tidak disebut namanya, di samping Petronas dan Proton.

"Saya lihat kos perjalanan selalunya agak tinggi, jadi kali ini apa yang kita lakukan adalah dengan kerjasama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Mereka bayar tambang dan kos," katanya.

Sebelum lawatan terbaru ini, Anwar melakukan 39 lawatan luar negara yang memakan belanja RM13.7 juta, menurut jawapan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa.

Di bawah Seksyen 165, penjawat awam yang didapati bersalah menerima barang berharga daripada orang yang ada kaitan dengan apa-apa urusan dijalankan penjawat awam itu, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sekiranya disabitkan.

Hilman, yang juga bekas pemimpin PKR, menyifatkan pengakuan Anwar semalam sebagai bukti terkuburnya "reformasi" yang dilaungkan pemimpin parti itu selama ini.

Tindakan Anwar menerima tajaan swasta turut dibidas parti Muda dan PAS, yang membangkitkan isu konflik kepentingan apabila syarikat-syarikat terbabit mengharapkan pulangan.

"Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat bahawa bergantung kepada syarikat swasta untuk membiayai lawatan negara boleh mewujudkan kumpulan sekutu korporat yang kuat, yang berpotensi membawa kepada kronisme dan mendedahkan ketelusan kerajaan," kata Muda semalam.

Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden pula berkata syarikat yang menaja lawatan sudah tentu berbuat demikian dengan harapan mendapatkan pulangan, memandangkan Anwar berkata syarikat yang terlibat ada kaitan dengan lawatan tersebut.

"Jadi sudah tentulah syarikat ini mendapat pulangan. Takkanlah satu-satu syarikat itu mengeluarkan jumlah wang yang besar tanpa mendapat apa-apa pulangan perniagaan kepada syarikat dia?" kata Afnan, yang juga ahli Parlimen Alor Setar, dalam sidang media di Parlimen semalam.

MASIH RAMAI

TAK FAHAM

PERANAN SPRM

DIBAWAH ANWAR

AMIN

DIBAWAH ANWAR

SPRM DIGUNA

UNTUK SIASAT

TANGKAP DAKWA

MUSUH POLITIK

ANWAR

AMIN

UNTUK TUNJUK

MOLEK SPRM

AKAN TANGKAP

PAK LEBAI BUBUH

NAMA ISTERI UNTUK

TERIMA ZAKAT

KAH KAH KAH

BUAT HEBOH

SIASAT 

FASHION VALET

KAH KAH KAH

INI SEMUA

SANDIWARA

AMIN

KHALAS

RUSIA AKAN SERANG BARAT - INI BERITA BAIK




Russia mungkin serang Barat jika perang Ukraine bertukar 'global'

DNIPRO: Presiden Russia, Vladimir Putin, berkata konflik di Ukraine kini menunjukkan ciri-ciri peperangan 'global' dan tidak menolak kemungkinan Moscow akan melancarkan serangan terhadap negara Barat.

Beliau membuat kenyataan itu susulan ketegangan yang memuncak ketika Russia menguji pelancaran peluru berpandu jarak sederhana baharu ke arah Ukraine – yang menurutnya, berkemungkinan membawa kepala peledak nuklear.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menganggap serangan itu sebagai peningkatan besar dalam skala dan kekejaman perang oleh 'negara jiran', manakala Amerika Syarikat (AS) sebagai penyokong utama Kyiv, menegaskan Russia bertanggungjawab atas peningkatan konflik terbabit.

Putin berkata Russia telah menjalankan 'ujian dalam keadaan peperangan bagi salah satu sistem peluru berpandu terbaharu' yang dinamakan 'Oreshnik'.

Peluru berpandu jarak sederhana lazimnya mempunyai jarak sehingga 5,500 kilometer (km), cukup untuk menzahirkan ancaman Putin untuk menyerang negara Barat.

Putin dalam satu ucapan negara yang penuh bersemangat, mengecam sekutu Ukraine kerana memberi kebenaran kepada Kyiv untuk menggunakan senjata yang dibekalkan Barat bagi menyerang sasaran di wilayah Russia, sambil memberi amaran akan ada tindak balas.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, Ukraine buat kali pertama melancarkan peluru berpandu dibekalkan oleh AS dan United Kingdom (UK) ke wilayah Russia sehingga meningkatkan lagi ketegangan yang sudah pun memuncak dalam konflik berlangsung hampir tiga tahun.

"Kami berhak untuk menggunakan senjata itu terhadap kemudahan ketenteraan negara yang membenarkan senjata mereka digunakan terhadap kemudahan kami," kata Putin.

Beliau turut menyatakan bahawa Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) yang dihantar oleh AS dan Storm Shadow dari UK sudah ditembak jatuh oleh pertahanan udara Moscow, sambil menambah: "Usaha yang ingin dicapai oleh musuh, tidak tercapai".

Jurucakap Kremlin, Dmitri Peskov, bagaimanapun menyatakan bahawa Moscow sudah memaklumkan kepada Washington mengenai pelancaran peluru berpandu berkenaan setengah jam sebelum ia dilancarkan, melalui saluran komunikasi automatik untuk mengurangkan ketegangan nuklear, menurut laporan media negara.

Sebaliknya, Jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre, memberitahu wartawan bahawa Washington tidak melihat keperluan untuk mengubah dasar nuklear AS sebagai tindak balas.

Jurucakap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Farah Dakhlallah, berkata penggunaan peluru berpandu oleh Russia tidak akan 'mengubah hala tuju konflik mahupun menghalang' pakatan pertahanan yang diketuai AS daripada menyokong Kyiv.

Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, Stephane Dujarric, berkata penempatan peluru berpandu baharu itu adalah 'perkembangan yang membimbangkan dan merisaukan' serta memberi amaran bahawa perang itu 'menuju ke arah yang salah'.

Duta Rusia ke London, Andrei Kelin, berkata perkembangan terbaharu itu bermakna UK 'sekarang terlibat secara langsung' dalam perang Ukraine dan tembakan itu tidak mungin berlaku tanpa sokongan UK dan NATO.

Malah, beberapa negara Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan peluru berpandu buatan AS dan Britain ke atas Russia, yang mencetuskan kemarahan Moscow hingga ia mempertimbangkan serangan balas nuklear.

Jerman negara terbaharu memberi maklum balas terhadap perkembangan krisis itu yang mungkin mencetuskan peranmg besar-besaran apabila menyatakan kesediaan menjadi 'medan bagi NATO' jika perang sampai ke Eropah Timur.

Menurut dokumen Operationsplan Deutschland setebal 1,000 muka surat, Berlin akan menjadi 'pangkalan' kepada ribuan askar negara anggota NATO dan berfungsi sebagai hab logistik besar peralatan ketenteraan, makanan serta ubat-ubatan ke unit barisan hadapan.

Laporan Der Spiegel pada musim panas lalu menyatakan Berlin boleh menerima sehingga 800,000 anggota tentera daripada blok keselamatan tersebut sebelum pasukan itu dikerahkan ke pos masing-masing.

Tentera Jerman turut mengarahkan syarikat berkaitan dan orang awam supaya melindungi infrastruktur utama serta menggerakkan pertahanan negara, ketika ancaman perang hibrid seperti operasi pengintipan dan serangan sabotaj yang semakin meningkat di seluruh Eropah.

Sektor perniagaan juga disarankan supaya melaksanakan pelan krisis yang memperincikan tanggungjawab pekerja ketika darurat termasuk menyimpan stok generator diesel sebagai sumber tenaga.

Finland pula mengingatkan rakyat mereka mengenai kewajipan mempertahankan negara, malah turut melancarkan laman sesawang baharu mengenainya, manakala Sweden menyediakan garis panduan cara mencari tempat berlindung seperti kubu dan apa yang perlu dilakukan jika berlaku serangan nuklear.

Manual arahan itu juga dikeluarkan beberapa negara Baltik seperti Norway dan Denmark yang memperincikan senarai semak untuk bekalan makanan serta persediaan ubat-ubatan penting.

Senarai semak dikeluarkan Norway termasuk stok makanan untuk jangka masa panjang, ubat-ubatan penting dan tablet iodin jika berlaku serangan nuklear.

Ketika krisis semakin memuncak, Kremlin mengesahkan Kyiv melancarkan satu lagi peluru berpandu jarak jauh milik Britain, Storm Shadow, ke wilayah Kursk di Russia, sehari selepas ia menggunakan ATACMS.

Bagi menghadapi ancaman ATACMS yang berupaya mencapai sasaran sejauh 300km, unit udara Moscow mengesahkan ia telah mengerahkan jet pejuang dan pesawat pengebom strategik tambahan ke lokasi dalam jarak jangkauan peluru berpandu itu, lebih jauh di timur.

Susulan serangan ATACMS di Bryansk pada Selasa, Kementerian Kecemasan Rusia mengumumkan ia telah mula membina tempat perlindungan bom mudah alih yang boleh menahan gelombang kejutan dan radiasi letupan nuklear, KUB-M.

KUB-M boleh memberi perlindungan kepada sehingga 54 individu dalam satu masa selama dua hari daripada bahaya semula jadi atau buatan manusia.

Rantau Eropah menjadi 'kecoh' seperti di ambang perang angkara keputusan melulu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang membenarkan Ukraine guna peluru berpandu ATACMS selain menghantar bekalan periuk api kepada Kyiv bagi menyekat kemaraan tentera Moscow.

Pentadbiran Biden dilihat cuba mengukuhkan benteng pertahanan Ukraine sebelum beliau meninggalkan Rumah Putih tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung blok Eropah jika provokasi sedemikian mencetuskan tindak balas Kremlin yang lebih agresif.

Terdapat juga kebimbangan jika pentadbiran penggantinya, Donald Trump, mungkin mengumumkan gencatan senjata segera yang memerlukan Kyiv menyerahkan sebahagian besar wilayah mereka kepada Moscow.

Prospek sedemikian menyebabkan kedua-dua negara bekas Kesatuan Soviet itu cuba menawan sebanyak mungkin kawasan musuh bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing menjelang proses rundingan yang masih samar-samar. - AGENSI

GERTAK GERTAK

TAK GUNA

AMIN

SERANG DULU

BARU UMUM

AMIN

JANGAN UMUM

DULU KEMUDIAN

 SERANG

KAH KAH KAH

KHALAS

KADUK NAIK JUNJUNG


KADUK NAIK

 JUNJUNG

CACING NAIK

KE MATA

KHALAS

TANGKAP SETANYAHU DULU



TANGKAP

SETANYAHU DULU

SEBELUM DIBUNUH

KHALAS

Unknown commented on 
"TANGKAP SETANYAHU"

Tangkap2 ni tak rock lah.
Houti Hesbollah patut ikat kaki tangan setanyahu&askar2 zionis berbaris depan firing squad.
Samada Kalashnikov AK-47 atau hunjam dengan Molotov

Darah dibayar darah.

PAKAI PLANTA NAK BUAT APA ?



PAKAI PLANTA

NAK BUAT APA?

AMIN

Unknown commented on 
"ANWAR MENYOROK   DALAM SELUAR DALAM RAJA"

Sebaik manusia adalah yang tidak hipokrit, tidak berbohong tidak berbelit-belit lidah, pakai planta untuk roti saja bukan untuk lain kah kah kah pelakon terhebat serantau dunia semuanya berkumpul dalam parlimen negara amin kah kah kah

PAGI INI



PAGI INI


SABTU 23 NOVEMBER 2024
APA JADI DENGAN KES
FASHION VALET
DUA MINGGU DULU HEBOH
SIASAT SANA
SIASAT SINI
SERBU SANA SERBU SINI

TUP TUP 
SENYAP
APAKAH SEMUA INI TEATER?
KAH KAH KAH

TUJUAN TEATER DI PENTAS
UNTUK TUTUP CERITA 5G
DI MANA ADA MATA MATA
TAK PUAS HATI

FASHION VALET
DI GUNA UNTUK TUTUP
CERITA TOWKAY CHINA
DAPAT PROJEK BILION BILION
IKUT PINTU BELAKANG?

IKUT PINTU BELAKANG???
KAH KAH KAH
INI SAH  JUAL BELI
INI SAH DAPAT KONTREK
DI LUAR TABII
KAH KAH KAH
AMIN

RUSIA
PUTIN BERJANJI
AKAN GUNAKAN LAGI
  PELURU BERPANDU
JARAK JAUH
YANG TERCANGGIH 
DALAM DUNIA

LAOS
AWAS 
SAPA MELAWAT LAOS
JANGAN MINUM BEER DISANA
6 PELANCUNG DAH MATI
BEER DARI LAOS TIPU

AZERBAIJAN
COP29 PATUT HABIS KEMARIN
TAPI HARI INI MASIH BINCANG
BANYAK NEGARA MEMBANGUN
YANG BUKAN PENCEMAR ALAM
KINI JADI MANGSA
MALAPETKA IKLIM
MEREKA MAHU DANA
UNTUK BAIKI KEADAAN

INDIA
DI NEW DELHI
KANAK-KANAK DIKURUNG
KERANA UDARA
MAKIN TOKSIK

HOKKIEN
PAGI INI SEJUK  BASAH SEGAR
UJAN KEMARIN
KL & KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS

LANGIT CERAH BIRU PUTIH
TAPI AWAN GELAP
MASIH KELIHATAN ARAH 
SUNGAI BESI
MATA HARI BELUM MUNCUL

AWAL PAGI
GUA DENGAR JANTAN BERKOKOK
KEMUDIAN SENYAP
HOKKIEN PAGI INI
AGAK SENYAP
MUNGKIN SEMUA BASAH
HUJAN BERTERUSAN KEMARIN

GUA BERJALAN ARAH SUNGAI
WOW
AIR SUNGAI  JERNIH
WALAU PUN UJAN
ERTINYA
DI ATAS TIDAK ADA TANAH RUNTUH

JAP LAGI
GUA AKAN KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN
HA HA
MINGGU LALU
BAWANG JATUH HARGA
SAYUR PUN JATUH HARGA
YANG MAHAL UDANG & SOTONG
GUA TIAP MINGGU
AKAN BELI IKAN
UDANG DAN SOTONG
UDANG BUKAN UDANG LAUT
UDANG KOLAM
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI SABTU
YANG INDAH

BRO
GEMUK ADALAH PENYAKIT
JADI GEMOK
MEMBERATKAN DUNIA

BRO
BILA LU JATUH CINTA
LU LUPA SEMUA
GRAVITI PUN
LU LUPA

BRO
BILA  LU NAMPAK
MINAH GEMOK ITU
LU PASTI NAK DELETE
BILA LU NAMPAK
MINAH SLIM ITU
LU PASTI NAK DOWN LOAD

BRO
BAYANGKAN
NIKMAT YANG ADA PADA NAJIB
HARI INI
DIA BEBAS DARI DIHIMPIT
OLEH ROSMAH
AMIN

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI