Isnin, 14 Oktober 2024

SOLDADU ZIONIS SERANG ASKAR BANGSAR BERSATU


SOLDADU ZIONIS

SERANG AKSAR

BANGSA BERSATU

AMIN

BANGGA JADI MELAYU - BAHASA NYA INDAH SENINYA DALAM


BANGGA  JADI

MELAYU

AMIN

BAHASANYA  INDAH

SENINYA DALAM

KHALAS

PENJAJAH BARU CHINA MERAH


PENJAJAH BARU

CHINA MERAH

AMIN

AWAS !!! SEJARAH BOLEH BERULANG


SEJARAH KAIT

BERKAIT

AMIN

AWAS !!!

SEJARAH JUGA

BOLEH BERULANG

AMIN

BUNUH ALTANTUYA - NAJIB WAJIB DI DAKWA


BUNUH ALTANTUYA

NAJIB WAJIB

DI DAKWA

AMIN

ZAHID KALAH PRU15 - KENAPA BARU SEKARANG HEBOH



Pendedahan arahan lewat malam Anwar supaya biarkan Zahid menang cetus tanda tanya

Pendedahan mengejutkan oleh setiausaha politik Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa beliau diarahkan presiden PKR itu untuk tidak mencabar kemenangan tipis lawannya, Ahmad Zahid Hamidi, sekali lagi mengembalikan kontroversi di sebalik pembentukan kerajaan beberapa hari selepas pilihan raya umum yang lalu.

Ditemubual sebuah podcast pro-kerajaan baru-baru ini, Shamsul Iskandar Md Akin berkata beliau merasakan sesuatu yang pelik apabila pengiraan kertas undi di Bagan Datuk masih belum muktamad sehingga lewat malam, walaupun jelas beliau bakal menewaskan Zahid di kubu kuat presiden Umno itu.

"Saya dapat panggilan telefon Anwar pada 2.30 pagi," katanya ketika ditanya kemenangan tipisnya sebanyak 348 majoriti di Bagan Datuk.

Itu yang menarik sebab di Bagan Datuk ini 60 ribu sahaja undi. Tempat-tempat lain dah umum dah... di Bagan Datuk, tak umum-umum lagi."

Menurut Shamsul, beliau mahu pengiraan semula kertas undi, yang lazimnya diminta oleh calon sekiranya terdapat perbezaan undi tipis.

Shamsul berkata beliau ketika itu bersemangan untuk meneruskan perjuangan.

"Ketika itu, saya cakap, kita mesti lawan. Kita kena pastikan kita kira betul-betul. Undi rosak pun dekat 800. Macam mana pulak, saya kalah 348 (majoriti). Kita mahu terus lawan."

Bagaimanapun, Shamsul berkata Anwar tidak mengambil pendirian yang sama.

"Dia (Anwar) telefon, dia kata, 'Okay saya kagum dengan anda punya kerja kuat di Bagan Datuk dan sebagainya. Tapi Sam, kita nak tubuh kerajaan. Zahid telah pun keluar surat tandatangan untuk menubuhkan kerajaan'," kata Shamsul dalam podcast "Apa Cerita".

Kemenangan tipis Zahid di Bagan Datuk memberikan BN 30 kerusi dalam prestasi pilihan raya paling teruk gabungan itu sejak ditumbangkan pada 2018.

Shamsul berkata dengan 82 kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH), gandingan dengan BN boleh memberikannya majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan.

Beberapa hari selepas itu, Perikatan Nasional (PN) tampil dengan sokongan 115 kerusi, di mana pengerusinya Muhyiddin Yassin mendapat kepercayaan menerusi akuan bersumpah yang dihantar kepada Istana Negara.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, melantik Anwar sebagai PM selepas Zahid membawa 30 kerusi BN untuk menyokong pengerusi PH itu, di samping kerusi GPS dan beberapa parti lain.

Shamsul berkata beliau ketika itu meragui dakwaan Anwar bahawa PH bakal mendapat sokongan menerusi sokongan dibawa Zahid.

"Saya tak mahu jadi macam dululah. Tak nak kena 'game'. Macam-macam orang kata kat dia (Anwar), PM-tepilah dah sebagainya. Kali ni kita nak buat betul-betul. 

"Dan dia kata, 'Ya Sam kita akan bentuk kerajaan'." 

Shamsul berkata beliau akur dengan arahan Anwar untuk mengaku kalah di Bagan Datuk kerana mementingkan parti. 

"Macam saya sebutkan tadi, dalam peperangan tak boleh ada dua general. Arahan general, ikut.

"Mestilah sedih. Kita dah kerja kuat dan beri segala-galanya. Kita mahu meraih kemenangan peribadi kita, betul tak?" tambahnya.

Pendedahan Shamsul itu mengesahkan pelbagai laporan mengenai pakatan sulit antara Anwar dan Zahid.

Malah dua minggu sebelum PRU15, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin berkata Anwar sengaja meletakkan Shamsul untuk melawan Zahid kerana mahu menamatkan karier Shamsul yang dilihat "orang Azmin", merujuk bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dipecat parti pada 2020.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut berkata Anwar dan Zahid sudah mengadakan pakatan sulit untuk membentuk kerajaan selepas PRU15, dakwaan yang ditolak oleh kedua-dua ahli politik itu.

Dakwaan itu tidak memeranjatkan, memandangkan Zahid pada Oktober 2020 pernah mengutus surat kepada Istana Negara bagi menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri, dalam usaha menjatuhkan kerajaan Muhyiddin di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Pada April 2021, rakaman perbualan telefon bocor antara Anwar dan Zahid membongkar pakatan mereka untuk memastikan perwakilan Umno di Perhimpunan Agung Umno waktu itu bersetuju dengan usul memutuskan hubungan PN.

Ia dilihat bercanggah dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk langsung tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP dalam mana-mana pakatan akan datang.

'Siasat salah guna nama istana'

Pendedahan Shamsul itu menarik perhatian peguam Rafique Rashid, yang berkata ia bukti berlaku perancangan awal untuk membentuk kerajaan. 

Rafique berkata ia bercanggah dengan dakwaan Anwar dan Zahid selama ini bahawa kerajaan campuran mereka dibentuk atas titah Agong.

"Rupanya Zahid dah sediakan dokumen awal lagi. Benarlah seperti yang dispekulasikan.

"Bagaimana nama Tuanku boleh dipergunakan?" katanya kepada MalaysiaNow, sambil menggesa polis menyiasat pendedahan terkini itu.

Menurutnya, tindakan menggunakan nama Agong dengan alasan "terpaksa akur" untuk tubuh "kerajaan perpaduan" pernah dilaporkan kepada pihak polis oleh badan bukan kerajaan Sekretariat Selamatkan Malaysia pada November tahun lalu, tanpa apa-apa perkembangan lanjut. 

Rafique berkata polis kini berpeluang memanggil Shamsul.

INI BERITA LAMA

ZAHID KALAH UNDI

DALAM  PRU15

AMIN

ANWAR ARAH

SHAMSUL JANGAN

MINTA ULANG KIRA

AMIN

UNDI ROSAK LEBIH

BANYAK DARI

UNDI MENANG

AMIN

KERANA AKUR

SHAMSUL KINI

DILANTIK JADI

PEGAWAI ANWAR

WALAU PUN

ORANG AZMIN

KAH KAH KAH

TAPI KENAPA

SHAMSUL BOCOR

SEKARANG

KAH KAH KAH

KHALAS

KERAJAAN MADANI MENDERA KANAK-KANAK ?


402 kanak-kanak GISBH: GPAAK kemuka 12 tuntutan terhadap kerajaan – Tun Faisal

PUTRAJAYA – Gerakan Pulangkan Anak-Anak Kami (GPAAK) mendakwa terdapat banyak kecelaruan, tangkapan dan tahanan tidak mengikut undang-undang dalam isu 402 kanak-kanak dipisahkan daripada ibu bapa mereka kerana dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH).

Jurucakapnya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ia termasuk, pelanggaran peraturan, hak asasi manusia, Artikel 9 dan 18 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dalam Op Global.

Ia susulan tindakan kerajaan didakwa merampas, menahan, memisah dan menyembunyikan 402 kanak-kanak daripada ibu bapa mereka kerana dikaitkan dengan GISBH.

Sehubungan itu, GPAAK menyenaraikan 12 tuntutan untuk dilaksanakan kerajaan dan pihak berkaitan termasuk memulangkan anak-anak yang ditahan kepada ibu bapa masing-masing.

“Ini kerana ia merupakan suatu kesilapan tangkapan dan kecelaruan risikan serta siasatan di pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak awal lagi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Tun Faisal, kerajaan juga mesti mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai polis dan JKM yang telah melakukan kesalahan menangkap dan risikan terhadap 402 kanak-kanak dari 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GISBH.

“Ibu bapa ini dipaksa dan ditipu atau diperdayakan mereka ini untuk menandatangani dokumen yang boleh mengakibatkan mereka didakwa di mahkamah,” katanya.

Selain itu, kerajaan mesti segera membuat semakan kehakiman ke atas perintah lanjutan tahanan anak-anak ini kerana ada kemungkinan permohonan JKM itu dibuat menggunakan maklumat diambil secara menipu, memaksa dan memperdaya ibu bapa anak-anak terbabit.

“Kerajaan mesti segera memaklumkan ibu bapa mengenai keberadaan anak-anak mereka dan membenarkan mereka bertemu anak-anak mereka.

“Kerajaan mesti segera memberi akses kepada media dan GPAAK untuk melihat keadaan ibu bapa dan anak-anak yang masih ditahan di pusat tahanan JKM,” katanya.

Tun Faisal juga mendesak kerajaan meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender Parlimen memanggil dan menyiasat Ketua Polis Negara, i Razarudin Husain dan Ketua Pengarah JKM, Che Murad Sayang Ramjan.

“Ini kerana mereka telah melanggar Artikel 9 dan 18 Konvensyen Hak Kanak-Kanak dan hak asasi ibu bapa anak-anak yang terlibat.

“Kerajaan mesti menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat pelaksanaan Op Global didakwa celaru, melangkaui skop dan melanggar undang-undang, hak asasi manusia, Artikel 9 dan 18 Konvensyen Hak Kanak-Kanak,” katanya.

Di samping, Tun Faisal turut menuntut kerajaan menyiasat latar belakang dan kredibiliti pemberi maklumat kepada polis iaitu Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) dan wanita yang dikatakan bekas ahli GISBH yang telah membuat pendedahan.

“Sampai ke hari ini kita pun tak tahu siapa sebenarnya PUKAS dan wanita ini, adakah mereka ini benar-benar bekas ahli GISBH atau sebaliknya,” katanya.

Tun Fasial turut mendesak Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menghentikan kenyataan-kenyataan berkaitan GISBH yang tidak bersandarkan fakta, mengarut, menambah fitnah dan memalukan mereka.

“Di atas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan secara tidak bertanggungjawab oleh beberapa pihak mengenai GISBH sehingga mengakibatkan ibu bapa dan anak-anak ini ditahan mengalami penderitaan, trauma, gangguan psikologi serta kemurungan.

“GPAAK menuntut Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Mufti Perlis meletakkan jawatan.

Katanya lagi, GPAAK menuntut agar Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  Nancy Shukri bertanggungjawab dan juga wajar meletakkan jawatan.

“Ia bagi kesalahan kerana menangkap, menahan, memisahkan anak-anak daripada ibu bapa mereka, memaksa perakuan palsu, melanggar Artikel 9 dan 18 Konvensyen Hak Kanak-Kanak.

“GPAAK turut berasa marah dan kesal terhadap SUHAKAM, Majlis Peguam dan Persatuan Peguam Muslim yang gagal menghalang kerajaan daripada mencabul hak asasi ibu bapa dan kanak-kanak terbabit.

“Malah mereka gagal bertindak pantas untuk melindungi mereka daripada sebarang bentuk kezaliman, salah guna kuasa dan penindasan,” katanya lagi. – 

ANAK DIPISAH

DARI IBU AYAH

ADALAH DERA

AMIN

JELAS PENDERAAN

SEDANG BERLAKU

AMIN

TAK PERLU

BERSINDUNG 

ATAS AJARAN

SESAT

AMIN

PENGUASA ITU

SENDIRI PUN

PENGAMAL

PERBUATAN SESAT

KHALAS

BANJIR BERTAMBAH BURUH


BANJIR 

BERTAMBAH BURUK

AMIN

JUBO SAIPOL JIKA MILIK KERAJAAN AKAN DISWASTAKAN ?

 



JUBO SAIPOL

JIKA MILIK 

KERAJAAN AKAN

DISWASTAKAN

AMIN

Unknown commented on 

"APAKAH BONTOT SAIPOL MILIK KERAJAAN"

kalau milik kerajaan mmg rabak jubo saipol... hari2 lubang kunyit ditebuk tupai.. lagu oh jijah beh tukar jadi oh saipol.. kah kah kah

SOLDADU MATI DI BOM KETIKA BERPESTA


SOLDADU ISREAL

SEDANG BERPESTA

DI BOM HIZBULLAH

AMIN

KJ PERLU KEMBALI MEMIMPIN



SAYA ULANG

KJ  PERLU

KEMBALI 

MEMIMPIN 

AMIN 

Unknown commented on 
"SAYA ULANG - SAYA ULANG"

KJ...kalau lu masuk politik lagi...gue sokong lu 100%.
                                        

Unknown commented on 
"SAYA ULANG - SAYA ULANG"

Orang yang membohong mereka tak marah...orang ajuk apa yang diucap oleh pembohong pula mereka marah. Apa punya baraghal maalaun ni!!!!

GELARAN BARU UNTUK TOK MAT


GELARAN BARU

UNTUK TOK MAT

AMIN

Unknown commented on 
"UMNO KALAH 
INI KATA TOK MAT"

mat langau...

DAPAT KONTREK 1 BILION $$ TANPA TENDER !!!


SYARIKAT SAPA

DAPAT KONTREK

SATU BILION RM$$

TANPA TENDER

KHALAS

APAKAH CHINA MERAH AKAN GUNAKAN CHINA MALAYSIA UNTUK JAJAH TANAH MELAYU ?




Bawa masuk tentera China: PN tuntut penjelasan Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dituntut untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia rasional disebalik sambutan luar biasa yang diberikan kepada kelasi dan kadet Tentera Laut China (PLAN) baru-baru ini.

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Ikhmal Hisham Abdul Aziz berkata, gabungan pembangkang musykil  pemilihan Pulau Pinang oleh Task Group 83 negara itu sebagai pelabuhan persinggahan berbanding pelabuhan lain di Malaysia.

“Melalui pemerhatian saya, aktiviti port-call yang dibuat oleh PLAN Task Group 83 ini adalah sesuatu yang di luar norma kebiasaan.

“Dua buah kapal besar PLAN Task Group 83 yang melaksanakan port-call ini iaitu Kapal Qi Jiguang dan Kapal Jinggang Shan telah melaksanakannya secara bersama dalam satu masa di Pulau Pinang, walaupun sebenarnya tiada keperluan logistik untuk mereka melaksanakan ‘port-call’ ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikhmal yang juga Ketua Portfolio Pertahanan PN berkata demikian mengulas mengenai dakwaan kehadiran tentera dari China ke sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanah Merah itu berkata, sambutan berkenaan tidak sepatutnya dibuat sempena pelaksanaan latihan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahupun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Sambutan luar biasa dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada kelasi dan kadet Tentera Laut RRC (Republik Rakyat China) yang sebelum ini jarang-jarang melaksanakan aktiviti port-call di pelabuhan awam di Malaysia.

“Apatah lagi aktiviti port call yang dibuat oleh Task Group 83 ini tidak dibuat sempena pelaksanaan eksesais dengan ATM atau TLDM,” ujarnya lagi.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu turut menegaskan sambutan luar biasa oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu telah menghantar mesej yang salah kepada rakyat Malaysia serta tidak sensitif terhadap isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

“Mengambil kira PLAN China ini secara 24 jam meletakkan aset kapal tentera laut mereka dengan disokong oleh pasukan pengawal pantai RRC di kawasan Beting Patinggi Ali dalam usaha mereka menuntut wilayah berkenaan sebagai wilayah laut RRC,” katanya.

Media melaporkan kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan kedatangan kira-kira 1,000 pelatih tentera laut China ke negeri itu menaiki dua kapal iaitu Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang untuk kunjungan silaturahim.

Pasukan tugas ke-83 Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dan pelatihnya dibawa melawat beberapa tempat menarik di Pulau Pinang dan turut berkesempatan berinteraksi dengan penduduk tempatan ketika sesi lawatan berkenaan.

Bagaimanapun, lawatan itu mencetuskan kontroversi apabila kunjungan sebahagian daripada anggota tentera laut China berkenaan ke satu majlis di Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) tular di beberapa platform sosial media. – 

AWAS !!!

APAKAH

 CHINA MERAH

AKAN GUNAKAN

CHINA MALAYSIA

UNTUK JAJAH

TANAH MELAYU ?

AMIN

KERAJAAN MADANI

YG TAK DISOKONG

MELAYU MAKIN

JELAS JADI

KUDA CHINA

AMIN

KHALAS

PERANG SAMPAI ISRAEL MUSNAH

 



'Perluasan perang di Lubnan tangguh gencatan senjata


ISTANBUL: Perluasan perang di Lubnan menghalang usaha untuk mencapai gencatan senjata, kata ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin memberi amaran hari ini.

"Saya baru sahaja pulang dari Lubnan yang orang ramai hidup dalam ketakutan dan kebimbangan," lapor Agensi Anadolu memetik Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini di platform X.

"Ratusan ribu orang, sebahagian besar daripada mereka wanita dan kanak-kanak, telah terpaksa melarikan diri untuk mencari keselamatan."

Lazzarini berkata pasukan UNRWA bekerja sepanjang masa untuk menyediakan bantuan asas kepada rakyat di Lubnan, termasuk bantuan psikologi untuk kanak-kanak.

"Peluasan perang ke Lubnan menjauhkan kita daripada mencapai gencatan senjata yang diperlukan untuk memberikan kelegaan kepada orang awam di seluruh rantau ini," katanya memberi amaran.

"Sudah tiba masanya untuk pemimpin menunjukkan keberanian dan menamatkan tragedi kemanusiaan yang semakin meningkat di seluruh rantau ini."

Pada Sabtu lalu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengadakan perbincangan melalui telefon dengan Speaker Parlimen Lubnan Nabih Berri untuk membincangkan usaha menghentikan serangan Israel di Lubnan, menurut agensi berita negara Lubnan NNA.

Israel melancarkan serangan udara besar-besaran di seluruh Lubnan terhadap apa yang dikatakannya sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 September, membunuh sekurang-kurangnya 1,437 orang, mencederakan lebih 4,123 yang lain dan memaksa lebih 1.34 juta orang melarikan diri.

Kempen udara itu adalah peningkatan daripada setahun peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza tahun lepas, yang Israel telah membunuh lebih 42,200 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Walaupun amaran antarabangsa bahawa Asia Barat berada di ambang perang serantau akibat serangan tanpa henti Israel ke atas Gaza dan Lubnan, Israel memperluas konflik itu pada 1 Oktober dengan melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan.- BERNAMA-AGENSI ANADOLU

ALANG ALANG

BERPERANG

BIAR SAMPAI

ISRAEL MUSNAH

AMIN

BIAR SAMPAI

SAUDI RUNTUH

KHALAS

MELAYU TIPU MELAYU - CHINA UNTUNG


POLITIKUS MELAYU

TIPU MELAYU 

UNTUK GADAI 

TANAH MELAYU

PADA CHINA MERAH

KHALAS

APAKAH BONTOT SAIPOL MILIK KERAJAAN



APAKAH BONTOT

SAIPOL MILIK

SYARIKAT

KERAJAAN ? 

AMIN

Unknown commented on 
"BONTOT SAIPOL 
MILIK KERAJAAN ?"

Jika bukan mikik kerajaan sepenuhnya, mungkin separa kerajaan, agensi perlaksana, atau milik anak syarikat kerajaan yang di perbadankan.

Tapi gwa ada idea bagus untuk ujian litmus. untuk sahkan semua tuduhan, letakkan papa dalam bilik. Bersama budak lelaki jambu dan amoi siam cun
(bontot mereka milik kerajaan atau swasta kita bincang kemudian lah!)
Kita lihat dalam cctv kepada siapa kecenderungan papa.
Sekurang2nya kita tuduh papa berdasarkan bukti daripada papa sendiri.
Amen

AKAN DI ULANG


AKAN DIULANG

KHALAS

Unknown commented on
 "SAYA ULANG - SAYA ULANG"

Demo jalanan solidarity palestine ramai turun jlnraya jadi boleh ulanggg buat lagi boleh ulanggg buat lagi & mau lagi ramai turun turun okay semua semangat bersemangat!!!

PAGI INI


PAGI INI

SENIN 14 OKTOBER 2024
14 OKTOBER 1973
PERANG ARAB ISRAEL
PERANG RAMADAN
PERANG YOM KIPPUR

OKTOBER 2024
ISRAELI MASIH BERPERANG
DENGAN ARAB
PERANG GAZA
PERANG LEBANON
PERANG YAMAN
DAN PERANG IRAN 

LEBANON
KERETA KEBAL ISREAL
MASUK MEREMPUH
KEHEMAH TENTERA
PENGAMAN PBB
SOLDADU ISRAEL MENEMBAK
ASKAR PENGAMAN PBB

ISREAL
SETANYAHU BERUCAP
DIA MAHU PBB UNDUR DARI
SELATAN LEBANON
KERANA ISREAL MAHU
MENCARI TOROWONG HIZBULLAH

AMERIKA
SEORANG LAGI KENA TANGKAP
WARGA LAS VEGAS
DATANG KE CERAMAH TRUMP
DI CARLIFORNIA
MEMBAWA PISTOL DAN PELURU

UKRAINE
PRESIDEN ZELENSKIY
TUDUH KOREA UTARA
MEMBEKAL SENJATA
PADA RUSIA

LEBANON
DRONE HIZBULLAH
BERJAYA MEMBUNUH
4 SOLDADU ISRAEL
DI PEKAN BINYAMINA
SELATAN LEBANON

AMERIKA
ISRAEL GAGAL  DILEBANON
HIZBULLAH BERTAHAN
MAKA
AMERIKA KINI HANTAR
SISTEM THAAD
SISTEM PELURUH BERPANDU
UNTUK BANTU ISRAEL

PAGI INI
HUJAN RENYAI
GUA TAK PERGI HOKKIEN
HANYA JALAN JALAN
DI TEMPAT LETAK KERETA
LECAH DI SANA SINI

BILA GUA MENGETIK INI
HUJAN DAH BEREHENTI
MATA HARI DAH KELUAR

GUA YAKIN PANAS
AKAN DATANG
MUNGKIN PETANG HUJAN
DAN  MALAM SEJUK SANTAI

BRO
SENYUM
SAMBUT SENIN
DENGAN SENYUMAN

CIKAH SALAI MAKANAN SEMELAI
CIKAH DI SALAI  DI ATAS PARA
KES NAJIB BILA NAK SELESAI
BIK MAMA BILA NAK MASUK PENJARA

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA