Jumaat, 13 Disember 2024
LAWAK BARU DARI NAJIB
LAWAK BARU
DARI NAJIB
KAH KAH KAH
NAJIB
REKRUT ALLAH
KAH KAH KAH
KES BUNUH ALTANTUYA
SAPA BERI ARAHAN
P I BALA KATA
NAJIB MAIN JUBO ALTANTUYA
KES SEKSA SIRUL & AZILAH
APA CERITA
ALLAH TAK TAHU KAH
KAH KAH KAH
YUSOFF RAWTHER INI DIANIAYA
Peguam bertegas Yusoff Rawther mangsa penganiayaan, akan mohon peguam negara buang kes
Peguam pembelaan dalam kes mengedar dadah membabitkan seorang pemuda yang mendakwa dirinya mangsa serangan seksual Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertegas bahawa Muhammed Yusoff Rawther merupakan mangsa penganiayaan pihak yang tidak senang dengannya, sambil berkata identiti mereka yang terlibat telah dikenal pasti.
"Kita boleh sahkan setakat ini siapa yang menganiayai dia," kata Rafique Rashid kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas menerima laporan rakaman percakapan Yusoff, gambar kenderaan dan gambar siasatan lain semasa sebutan kes hari ini.
Rafique berkata pihaknya masih menunggu Borang Pol-31, iaitu borang polis mengenai penyerahan barang kes ke Jabatan Kimia.
"Tangkapan ini dibuat dengan tidak betul dan dia telah nyatakan dari awal bahawa dia adalah mangsa perangkap," katanya.
Rafique berkata berdasarkan dokumen yang diterima hari ini, pihaknya yakin Yusoff tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.
Menurutnya, representasi akan dibuat kepada Pejabat Peguam Negara untuk mempertimbangkan kes Yusoff.
"Kita akan gunakan segala ruang yang ada. Representasi yang kita minta bukan pengurangan atau pengakuan, tetapi buang kes ini terus kerana peguam negara ada kuasa. Kita mahu (Yusoff) dilepaskan dan dibebaskan, dan bukan dilepas tanpa dibebaskan," tambahnya.
Yusoff, 31, ditahan pada 6 September selepas polis mendakwa menemui dua pistol dan 305g ganja di dalam keretanya, dalam apa yang disifatkan Yusoff sebahagian usaha musuh dan "orang berkuasa" yang mahu memerangkapnya.
Insiden itu berlaku seminggu selepas memfailkan senarai saksi dalam samannya terhadap Anwar.
Dia berdepan tuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 36 Akta Senjata Api.
Yusoff, yang juga cucu aktivis pengguna terkenal Pulau Pinang, Allahyarham SM Idris, pernah bertugas sebagai bekas pembantu penyelidik Anwar di sebuah pejabat bungalow di Petaling Jaya pada 2018. Tidak lama selepas itu, dia membuat laporan polis mendakwa presiden PKR itu secara seksual pada Oktober 2018, beberapa hari sebelum Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang menyaksikan Anwar kembali ke Dewan Rakyat empat tahun selepas disabitkan kesalahan liwat.
Pada Julai 2021, Yusoff memfailkan saman sivil terhadap Anwar.
Yusof turut memfailkan saman sivil terhadap bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak selepas diserang secara fizikal. Dia juga menyaman setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah susulan kenyataan mengenai saman terhadap Farhash.
Tunku Nashrul diperintah membayar ganti rugi RM200,000 kepada Yusoff oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Minggu lalu, Yusoff mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar kanabis seberat 300.1 gram di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam kenyataan kepada hakim, Yusoff yang kini direman di Penjara Sungai Buloh menggesa mahkamah mempercepatkan perbicaraan dan memberikan keadilan kepadanya.
"Dinafikan hak saya, saya merana dalam penjara. Tekanannya tidak boleh dibayangkan.
"Saya berdepan serangan seksual oleh seseorang yang pernah saya kagumi, dipukul, dicedera, diugut, diancam untuk dianiayai dan dibunuh, difitnah, diikuti dan diganggu sejak dua tahun lalu," katanya.
WOIT
TUAN PEGUAM
LU CAKAP
MAMAT INI KENA
DIANIAYAI
AMIN
APAKAH DIA AKAN
SELAMAT DALAM
PENJARA
JENG JENG JENG
AMIN
SATU LAGI PROJEK PERANG AMERIKA
China dakwa Filipina 'cetuskan masalah' di Laut China Selatan dengan sokongan AS
BEIJING: China menuduh Filipina mencetuskan ketegangan di Laut China Selatan, dengan mendakwa tindakan itu dilakukan "dengan hasutan dan sokongan Amerika Syarikat.
"Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian, menyatakan melalui akaun rasmi kementerian itu di WeChat:
"Filipina sepenuhnya sedar bahawa skop wilayahnya ditentukan oleh beberapa siri perjanjian antarabangsa dan tidak pernah merangkumi Kepulauan Spratly dan Terumbu Scarborough milik China," katanya.
Bulan lalu, imej satelit menunjukkan banyak kapal awam China berlabuh berhampiran Pulau Thitu, lokasi pemantau utama Manila di Laut China Selatan, namun pegawai kanan tentera laut Filipina berkata ia 'bukan sesuatu yang perlu dikhuatirkan'.
Salah satu imej yang diambil oleh Maxar Technologies pada 25 November menunjukkan kira-kira 60 kapal, berada dalam jarak dua batu nautika dari Thitu, pulau strategik digunakan Manila untuk memantau kapal dan pesawat China di laluan maritim yang sibuk itu.
Keputusan pada 2016 oleh Mahkamah Timbang Tara Tetap di Hague mendapati bahawa tuntutan meluas Beijing ke atas kawasan maritim Laut China Selatan tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa.
INI SATU LAGI
WILAYAH PERANG
YANG AKAN
DI BUKA
AMIN
SELESAI UKRAINE
SELESAI GAZA
PERANG AKAN
BERALIH KE IRAN
AMIN
SELESAI IRAN
PERANG AKAN
BERALIH KE ASIA
AMIN
SEMUA TELAH
DI RANCANG
KHALAS
DADAH UNTUK TAN SERi YANG MANA?
Pihak berkuasa Pakistan gagalkan cubaan seludup 700 kg methamphetamine ke Malaysia
RAWALPINDI: Pasukan Anti-Narkotik (ANF) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram methamphetamine ke Malaysia dengan menyamar sebagai penghantaran kalsium karbonat, dan suspek yang terbabit berjaya ditahan.
Menurut jurucakap ANF, operasi ini dijalankan berdasarkan maklumat risikan.
Pegawai ANF menyerbu sebuah kontena penghantaran yang ditempah untuk Malaysia di Terminal Asia Selatan Pakistan (SAPT) di Karachi.
Semasa pemeriksaan terhadap 854 beg yang dilabelkan sebagai kalsium karbonat, sebanyak 700kg methamphetamine ditemui tersembunyi dalam 28 beg.
Kontena itu dijadualkan dihantar ke Kuala Lumpur oleh sebuah syarikat swasta yang berpusat di Karachi.
Seorang suspek, yang dikenal pasti sebagai penduduk Karachi, ditahan di lokasi, namun pihak berkuasa belum mendedahkan nama mereka.
Siasatan sedang dijalankan untuk mengesan dan menahan individu-individu lain yang mungkin terbabit dalam rangkaian penyeludupan itu.
Jurucakap ANF menegaskan komitmen agensi itu dalam memerangi penyeludupan dadah di peringkat nasional dan antarabangsa, sambil menekankan bahawa operasi yang berjaya ini mencerminkan dedikasi mereka untuk membanteras aktiviti dadah haram.
DATUK DAN
TAN SERI MANA
YANG AKAN TERIMA
KONTENA INI
AMIN
KONTENA DI TUJU
PADA SYARIKAT
DATUK DAN
TAN SERI MANA
AMIN
MUSTAHIL POLIS
KITA TAK DAPAT
SIASAT DENGAN
BANTUAN POLIS
PAKISTAN
JENG JENG JENG
AMIN
SUARA BURUNG
Kenapa suara burung penting untuk kita
Bayangkan anda berjalan melintasi bukit-bukau yang membentang sejauh batu, dengan cahaya matahari yang hangat dan kicauan burung di sekelilingnya.
Pemandangan yang aman dan tenang ini adalah pemandangan yang semakin jarang berlaku di dunia moden.
Pemandangan bunyi semula jadi kami menjadi senyap apabila populasi burung berkurangan. Manusia kurang berinteraksi dengan alam semula jadi, dalam apa yang kadang-kadang disebut sebagai "kepupusan pengalaman". Ini telah dikaitkan dengan kemerosotan kesihatan dan kesejahteraan awam.
Burung sering berwarna-warni dan lagu mereka memberikan runut bunyi kepada aktiviti luar kami. Mendengar paduan suara subuh sepatutnya seperti mendengar orkestra penuh, dengan tali, tiupan kayu, loyang dan perkusi yang mengagumkan dengan kelantangan dan kerumitannya. Tetapi jika satu-satunya yang muncul ialah gendang bes dan trompet, muziknya akan menjadi kurang menggembirakan, jika tidak membosankan.
TIAP PAGI
GUA MENDENGAR
SUARA BURUNG
UNTUK MENCERIAKAN
HIDUP MODEN
AMIN
MENUSUK ZIONIS TEMPATAN
BILA PENYOKONG
ZIONIS
MENYERANG
ERTINYA
APA YANG KITA
BUAT MENUSUK
DADA ZIONIS
KHALAS
Unknown commented on
"PEMBERONTAL AJEN ZIONIS"
bagus dan padan muka. konon israel akan kalah, angkat bendera putih. sekarang sampai kain pun terlondeh! Kau ingat israel heran sangat dengan kerja bodoh kau tu? cerminkan muka bapok kau tu dulu. Kah kah kah!
Unknown commented on
"AWAS !!! ADA TALIBAN
LEBIH DARI TALIBAN"
taliban bongok seterusnya adalah TT. semua tak sokong dia, dia kata agen zionis. lanciaolah! Kah kah kah!
PERENTAH ADD DENDAM
Minit mesyuarat sahkan jemaah menteri setuju gugurkan rayuan kepada ICJ mengenai Batu Puteh
Minit mesyuarat Kabinet pada 2018 yang dipengerusikan Dr Mahathir Mohamad dan dihadiri 13 menteri menyatakan mereka bersetuju untuk menggugurkan permohonan Malaysia menyemak semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menganugerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, sekaligus bercanggah dengan dakwaan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa keputusan itu dibuat secara unilateral oleh perdana menteri ketika itu.
Petikan minit mesyuarat bertarikh 23 Mei 2018 - tarikh sama kerajaan PH ketika itu mengumumkan untuk tidak meneruskan permohonan Malaysia menyemak semula keputusan ICJ itu - didedahkan Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan, di Dewan Rakyat hari ini.
"Jemaah menteri bersetuju supaya permohonan semakan dan permohonan tafsiran keputusan 'Sovereignty over Pedra Branca, Middle Rocks and South Ledge' oleh Malaysia di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, tidak diteruskan," kata ahli Parlimen Kota Bharu itu yang membacakan perenggan daripada dokumen minit mesyuarat yang menurutnya dihantar ke pejabatnya oleh "seorang yang saya tak kenal".
"Ini keputusan Kabinet. Beberapa ahli Kabinet ada pada masa itu.
"Bagi saya, ini adalah satu minit Kabinet yang telah diputuskan pada 23 Mei, 2018. Sehingga tidak dinafikan sebaliknya, bagi saya ini adalah dokumen sah daripada minit Kabinet pada hari tersebut," tambahnya.
Pendedahan minit itu dibuat ketika tiga pemimpin PH yang pernah berkhidmat di bawah Kabinet Mahathir pada 2018 mendakwa keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran ICJ dalam isu Batu Puteh itu dibuat tanpa dirujuk kepada mereka.
Ketiga-tiga mereka - Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anthony Loke dan Mohamad Sabu - menjawab gesaan Mahathir kepada pemimpin PH yang berkhidmat di bawah beliau untuk menyatakan sama ada mereka pernah menentang keputusan itu atau berdiam diri.
"Semua orang ini berada dalam mesyuarat Kabinet, tetapi jika mereka mempunyai apa-apa untuk mengadu atau memutuskan keputusan, itu harus diambil dan mereka sepatutnya bercakap. Tetapi mereka tidak berkata apa-apa. Jadi kita harus menganggap bahawa semua menteri bersetuju," kata Mahathir pada Selasa, ketika menjawab laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Laporan itu mengesyorkan Mahathir disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana menarik balik permohonan Malaysia untuk menyemak semula keputusan ICJ.
"Saya menjadi perdana menteri dua kali, mereka yang dalam Kabinet tahu bahawa beberapa cadangan saya pada masa lalu pernah ditolak oleh anggota Kabinet," kata Mahathir.
Wakil rakyat kerajaan pertahan Mahathir
Sementara itu, sekurang-kurangnya dua wakil rakyat kerajaan - Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PH Hassan Karim dan Ahli Parlimen Puncak Borneo dari GPS Willie Mongin - bangun membantah sebarang tindakan menyiasat atau membawa pertuduhan jenayah terhadap Mahathir seperti yang disyorkan RCI.
"Kalau kita hukum Dr Mahathir, adakah kita boleh semula Pulau Batu Puteh?
"Saya bukan pentaksub Dr Mahathir, saya pengkritik tegar sejak muda lagi, tetapi kita hendaklah berlaku adil," kata Hassan.
Hassan kemudian menyenaraikan sumbangan Mahathir sepanjang lebih dua dekad mengetuai kerajaan.
"Cukup-cukuplah, takkan langsung Dr Mahathir tak ada jasa kepada negara kita? Ramai menteri yang ada sini, pejabat mereka di Putrajaya, siapa yang bina?
"Lepas kita bersidang, ada yang balik ke Kangar, ke Johor Bahru, siapa yang bina lebuh raya itu?
"Bila kita keluar daripada Parlimen ini, bangunan apa yang bercahaya, berseri-seri, terkenal di seluruh dunia, siapa yang bina itu semua?" tanya Hassan disambut dengan tepukan pihak pembangkang.
Hassan turut memuji Mahathir sebagai satu-satunya perdana menteri yang berani mempertahankan kuasa rakyat, merujuk kepada Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan, iaitu hasil usaha pemimpin veteran itu untuk menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu daripada pendakwaan jenayah.
Manakala Willie memberi amaran tentang implikasi buruk sekiranya tindakan jenayah dibawa terhadap Mahathir.
"Adakah semua menteri kita pak turut? Mereka ada hak untuk mengatakan mereka tidak bersetuju dengan perdana menteri," katanya disambut tepukan blok pembangkang.
"Kita tidak boleh membenarkan Parlimen ini jadi precedent (duluan) untuk diperkudakan oleh orang-orang tertentu."
Menurut Willie, apa-apa tindakan terhadap Mahathir akan hanya menggalakkan pemimpin kerajaan di masa depan untuk tidak bersuara.
"Kita tidak boleh membawa perkara peribadi, atau kalau ada hasad dengki, tidak boleh digunakan. Parlimen ini tidak boleh diperkudakan."
Sementara itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga sebahagian daripada kerajaan PH di bawah Mahathir, membidas bekas menteri yang gagal bersuara tetapi pada masa sama tidak mahu mengambil tanggungjawab kolektif.
"Kalau kamu tidak bersetuju, kamu bangun bangkit dan tidak bersetuju, bukan berdiam diri," katanya.
Syed Saddiq berkata sekiranya menteri merasakan mereka tidak cukup butiran mengenai Batu Puteh, mereka sepatutnya meminta Mahathir supaya diberikan masa mengkaji isu itu dengan lebih lanjut.
"Ada seorang pun menteri tak yang bangkit dan bangun? Tidak ada," kata Syed Saddiq, yang masih belum dilantik menteri ketika keputusan dibuat untuk menggugurkan permohonan Malaysia kepada ICJ.
WOIT
AGONG ADA
TITAH ADDENDUM
ANWAR ADA
PERENTAH
ADD DENDAM
KAH KAH KAH
DENDAM
TAMBAHAN
KAH KAH KAH
AMIN
AWAS ! URUT URUT
Lelaki Singapura, penyanyi Thailand maut lepas urut di Thailand
SINGAPURA: Seorang warga republik ini dilaporkan meninggal dunia di Phuket, Thailand pada 7 Disember sejurus selepas mendapatkan khidmat urut.
Menurut beberapa saluran media Thailand, lelaki berusia 52 tahun, yang dikenal pasti sebagai Lee Mun Tuck, meninggal dunia selepas menjalani urutan minyak selama 45 minit di sebuah rumah urut di Pantai Patong di Phuket.
Ketua Polis Patong, Chalermchai Hernsawad berkata polis menerima panggilan pada sekitar 11 malam, lapor The Straits Times (ST).
Beliau berkata lelaki itu tertidur semasa prosedur tersebut dan berdengkur dengan kuat.
Isteri Mun Tuck, yang bersamanya di pusat urut semasa tragedi itu, tidak membenarkan bedah siasat dilakukan dan membawa mayat pulang untuk upacara keagamaan.
Ia adalah kematian kedua yang dilaporkan di rumah urut Thai minggu ini.
Dalam satu kes berasingan, seorang penyanyi wanita Thailand meninggal dunia pada 8 Disember selepas menerima khidmat urut di Udon Thani.
Menurut media Thailand, penyanyi itu, yang dikenal pasti sebagai Phing Chyada, mendapatkan rawatan tersebut bagi melegakan sakit bahunya.
Namun, beliau mengalami kesakitan pada belakang leher dua hari kemudian, diikuti dengan lengan kanannya menjadi lemah, sebelum beliau lumpuh separuh badan beberapa minggu kemudian.
Kes itu mendapat perhatian orang ramai apabila halaman Facebook 'Drama Addict' mengumumkan bahawa Chyada telah meninggal dunia.
Laman itu juga mengingatkan orang ramai bahawa leher dianggap sebagai bahagian yang lemah, dan urutan terlalu kuat boleh merosakkan saluran darah ke otak atau saraf tunjang.
"Orang ramai harus mengelak daripada mendapatkan urutan pada bahagian leher atau tulang belakang.
"Mereka yang mengalami pening kepala, muntah, atau lemah pada lengan dan kaki perlu berjumpa doktor dengan segera," kata paparan itu.
Laman itu juga mendakwa bahawa urutan di bahagian leher tidak dilakukan dalam urutan tradisional Thailand, sambil menggesa tukang urut menghentikan rawatan seumpamanya bagi mengelakkan kecederaan.
Sementara itu, pakar neurologi Thailand, Thiravat Hemachudha, berkata di laman Facebook bahawa urutan pada leher atau tulang belakang boleh menyebabkan kelumpuhan. - AGENSI
AWAS !
URUT
HAPPY ENDING
DI SIAM
ATAU OLEH
AYAM SIAM
KAH KAH KAH
PALING SELAMAT
URUT ORANG BUTA
DI BRICKFEILD
KHALAS
KENALI SAPA KAWAN SAPA LAWAN
KENALI
SAPA KAWAN
SAPA LAWAN
AMIN
Unknown commented on
"JAGA BONTOT SENDIRI"
macam mana nak jaga bontot sendiri....
kalau tolak dapat ganja.. ?
DISERANG TANDA BERJAYA
BILA KAMU
DISERANG ITU
TANDA BAIK
AMIN
APA YG KAMU
BUAT TELAH KACAU
MUSUH
AMIN
KALAU MUSUH
TAK AMBIL POT
KAMU PALAT
KHALAS
Unknown commented on
"KENAPA HANYA
BATU PUTIH ?"
Semakin lama semakin rosak otak semakin lebur kepala pemikiran semakin reput daya ketahanan, semuanya demi kemajuan demi kemakmuran demi curi mencetuskan huru hara pemikiran, paling jahat orang politik ini suka kacau bilau suka hasut sama macam perangai Tukar Tiub, walaupun sekarang ini semua pakai tayar tubeless, kah kah kah
orang manusia tak pakai tiub, hanya untuk kenderaan berat seperti lori bas, lama kelamaan tiub ini menyusahkan, kerana kepincangan pemikiran kah kah kah jadi jangan layan sangat karenahnya jangan boikot McD tapi boikot orang terencat akal penghasut seperti Tukar Tiub kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 13 DISEMBER 2024
JENG JENG JENG
FRIDAY THE THIRTEEN
KAH KAH KAH
HEBOH HEBOH HEBOH
LEPAS TITAH
MUNCUL PROJEK
TANGKAP MADEY
KAH KAH KAH
INI PROJEK DENDAM KESUMAT
KAH KAH KAH
BATU PUTIH
OOO BATU PUTIH
KAH KAH KAH
WOIT
KENAPA BATU PUTIH
KENAPA TAK KLIM SINGAPURA
PULAU INI ADALAH
SEBAHAGIAN DARI
BUMI TANAH MELAYU
GILA HEBOH HAL
PULAU KOCIK DI SELAT MELAKA
KENAPA TAK KLIM
SINGAPURA
INI ASAL USUL TANAH MELAYU
JATUH KE TANGAN PENDATANG
SILAP SILAP
PULAU PINANG JUGA
AKAN HILANG
DARI KEDAH BESAR
BAGAIMANA DENGAN
AMBALAT ?
SAPA JUAL PADA JOKOWI
JENG JENG JENG
PAKISTAN
NEGARA INI GAGALKAN
RANCANGAN NAK SELUDUP
700 TAN DADAH SYABU
KE MALAYSIA
SIAM
KES GURU DERA KANAK KANAK
SECARA SEXUAL
KENA PENJARA
111 TAHUN
RUSIA
PROJEK SCAM
DARI TIGA PUSAT PANGGILAN
DI MOCOW DI TUMPAS POLIS
SCAM INI MENIPU PELANGGAN
BERJUTA DOLAR
DARI 20 BUAH NEGARA
ITALI
40 BAKAL PENDATANG HARAM
MATI LEMAS
DI LAUT TENGAH
DALAM PERJALANAN
DARI TUNISIA KE ITALI
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
MATA HARI DAH KELUAR
SINAR MASIH LEMAH
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BERAWAN PUTIH
DI PINTU MASUK
CENGKERIK BERSIMPONI
RUMPUT DAH TINGGI
BUMI TERUS BASAH
DARI ATAS BUKIT
TERKUKUR BERLAGU
DAR JAUH JANTAN BERKOKOK
BEBERAPA EKOR TIONG
MENCARI REZEKI
ATAS JALAN
HEBOH HEBOH
SUARA WARGA HOKKIEN
MARAH BILA KAMI MELINTAS
DEPAN KAMPUNG MEREKA
HARI INI AKAN PANAS
SINAR MATAHARI DAH SAMPAI
TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI MANDI CAHAYA
PETANG JIKA HUJAN
MALAM UJUNG MINGGU
ENAK SANTAI
BRO
SENYUM
SENYUM PADA
FRIDAY THE THIETEEN
BRO
LU WAJIB HORMATI
WARGA EMAS
KERANA MEREKA LULUS PEREKSA
TANPA BANTUAN
GOOGLE
BRO
BILA NAK MASUK RESTORAN
TENGOK DOMPET
DULU
BRO
LU KETAWAKAN
DIRI LU
LU AKAN HIDUP LAMA
LU KETAWAKAN ORANG LAIN
LU AKAN HIDUP SINGKAT
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT
Langgan:
Catatan (Atom)