Rabu, 18 Disember 2024
PERANG DAN EKONOMI PERANG
PERANG DAN
EKONOMI PERANG
Bila saya menggarap tulisan ini terdapat 350,00 warga tanpa rumah di New York. Saban malam 147,518 dari mereka ini akan tidur di beberapa buah asrama yang disediakan oleh Majlis Kota New York. Hanya yang bernasib baik dapat tidur di asrama ini. Yang lain bermalam di tepi jalan, berkhemah dalam taman atau tidur dalam terowong laluan kereta api.
Manakala di Carlifornia terdapat 154,641 warga tanpa rumah. Hakikatnya hampir di semua kota-kota besar di Amerika pasti ada warga tanpa rumah.
Mengikut data tahun 2023 terdapat 653,104 warga miskin kota di seluruh Amerika. Ini angka mereka yang berdaftar tidak termasuk beribu-ribu lagi pendatang haram yang berkhemah tidur di pinggir kota. Mereka tidak termasuk dalam catuan.
Secara resmi dari data tahun 2022 terdapat 37.9 juta atau 11.5 % warga miskin di Amerika. Miskin di Amerika di tafsir sesiapa saja berpendapatan di bawah 5,000 dolar setahun.
Jangan silap faham Amerika bukan setaraf dengan India atau Nigeria atau Mesir. Amerika Syarikat dengan 50 buah negeri dalam Persekutuan Amerika masih lagi negara terkaya dalam dunia ini.
Sistem ekonomi kapitalis yang menjana ekonomi dunia ini kuncinya masih lagi di genggam Amerika walau pun di katakan China kini pesaing baru.
Statistik bulan November 2024 memperlihatkan wujud 756 sosok bilionair di Amerika. Hampir semua tidak kita tahu nama mereka kecuali Donald Trump dan Elon Musk.
Musk di laporkan adalah sosok terkaya dalam dunia kita ini. Dia memiliki harta kekayaan berjumlah 439.4 bilion dolar.
Terdapat juga 22 juta – saya ulang – ada 22 juta individu bertaraf jutawan di Amerika dari jumlah 334.9 juta warga. Sah ramai orang kaya di Amerika.
Tetapi saban malam di kota-kota besar seperti New York dan Los Angeles kita akan melihat warga Amerika yang papa kedana. Kontradiksi antara miskin dan kaya di Amerika cukup jelas. Yang miskin tidur bergelimpangan di jalan raya. Yang kaya menginap di kondo atau banglo diwilayah mewah yang di kawal rapi.
Kontradiksi ini mustahil dapat disorokkan.
Apa yang saya jadikan persoalan ialah kenapa negara yang begini kaya gagal menyelesaikan masalah kemiskinan yang menonjol. Soalan saya ini akan menjadi pertanyaan lucah apabila saya kaitkan 175 bilion dolar bantuan untuk Perang Ukraine.
Sejak perang bermula, Kongres Amerika telah mengundi melalui lima rang undang-undang yang telah menyediakan bantuan berterusan kepada Ukraine. Paling baru pada April 2024. Jumlah kuasa belanjawan di bawah rang undang-undang ini sering disebut oleh media - $175 bilion dolar untuk Ukraine.
Dari portal organisasi anti-Zionis Defund Israel Now saya membaca satu tweet baru-baru ini. Isi kicauan ini amat menarik. Ianya memberi perbandingan apa yang boleh di lakukan dengan bantuan berbilion dolar dana ke Ukraine dan ke Israel.
Apa yang dana ini boleh lakukan untuk Amerika?
1. Sebanyak $56 bilion boleh menghantar setiap warganegara Amerika ke kolej secara percuma.
2. Sebanyak $20 bilion boleh menamatkan kehilangan tempat tinggal dan selesai masalah warga tanpa rumah.
3. Sebanyak $6 bilion boleh menamatkan hutang pelajar.
4. Sebayak $12 bilion boleh memberi penjagaan kesihatan percuma untuk yang memerlukan.
Justeru tidak masuk akal kenapa kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan. Kenapa rakyat sendiri merempat tetapi dana di hantar ke Ukraine dan ke Israel.
Apakah perkara ini tidak dilihat oleh para politikus, ahli Dewan Kongres atau Dewan Senat. Apakah Presiden Biden buta mata dan pekak telinga tidak melihat semua ini. Apakah media The New York Times, The Washington Post yang terhebat dalam dunia ini gagal memberita fakta ini. Stesen Tv CNN dan CBS turut sama gagal. Amin.
Di mana hilangnya para pemikir dan intelektual dan pakar ekonomi Amerika hinggakan hutang negara terus meledak naik.
Data hutang negara Amerika Syarikat ialah $35.91 trilion dolar pada 5 November 2024. Hutang negara terdiri daripada hutang yang dipegang oleh orang ramai dan hutang antara kerajaan. Kira-kira 80% daripada hutang itu adalah hutang awam, termasuk hutang yang dipegang oleh negara asing.
Pada 15 November 2024 Reuters melaporkan- Pentagon – Jabatan Pertahanan - gagal mengaudit bebas sistem perakaunannya untuk tahun keenam berturut-turut.
Dalam keadaan separa nazak ini kenapa Amerika masih mengagihkan dana untuk Ukraine dan Israel ?
Hujah Presiden Biden bila meluluskan dana ialah untuk keselamatan Amerika. Warga Amerika di beritahu bahawa jika Amerika tidak mempersenjatai Ukraine atau Israel maka keselamatan Amerika akan diancam. Perang Ukraine dan Perang Gaza mengikut logik Biden ialah untuk memastikan tidak ada sesiapa yang akan mengancam Amerika.
Bagaimana Ukraine dan Israel yang hampir 10 ribu kilometer jauhnya dari New York dapat menyelamatkan Amerika. Pasti tidak masuk akal.
Ketika Bush dua beranak menyerang Iraq tujuan mereka ialah untuk membawa demokrasi. Saddam Hussein di lihat sebagai musuh utama demokrasi. Justeru wajib di bunuh.
Biden juga memberikan hujah yang sama. Ukraine wajib di selamatkan demi demokrasi. Walhal Presiden Zelensky telah membatalkan dua kali pilihan raya.
Akhbar berbahasa Inggeris tertua di Ukraine Kyiv Post telah menggantung penerbitan selepas 26 tahun kerana wartawannya menuduh pemilik, seorang oligarki yang berkuasa, "menyerang" mereka.
Pada 2015 akhbar The Guardian menggelar Ukraine sebagai "negara paling korup di Eropah". Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Ernst & Young pada 2017, pakar menganggap Ukraine sebagai negara kesembilan paling korup daripada 53 yang dikaji.
Tentang Israel saya tidak perlu menulis kerana Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memaparkan fakta-fakta yang membuktikan Israel tidak ada bau-bau bacang dengan demokrasi.
Amerika untuk terus mendominasi dunia memerlukan musuh. Amerika pada ketika ini memilih Rusia sebagai musuh. Sebagai musuh maka Rusia wajib di perangi. Rusia wajib di bom. Ekonomi Rusia wajib diporak perandakan.
Siapa di belakang dasar ini.
Jawabnya mudah. Di belakang dasar ini ialah MIC - Military Industrial Complex – industri senjata. Pengaruh industri senjata ini ke atas politik Amerika telah diberitahu oleh Presiden Dwight Eisenhower .
Presiden ke 34 Amerika ini adalah bekas jeneral lima bintang yang menjadi komander Tentera Bersekutu Eropah ketika Perang Dunia Ke Dua.
Pada 17 Januari 1961 Eisenhower telah memberi ucapan Selamat Tinggal kepada warga Amerika. Dalam ucapan ini Eisenhower telah memberi ingatan akan bahaya pengaruh industri senjata.
‘ Tetapi sekarang kita tidak lagi boleh mengambil risiko penambahbaikan kecemasan pertahanan negara; saya telah dipaksa untuk mewujudkan industri persenjataan kekal dengan perkadaran yang luas. . . . Gabungan penubuhan tentera yang besar dan industri senjata yang besar ini adalah baharu dalam pengalaman Amerika. . . .Namun kita tidak boleh gagal untuk memahami implikasi besarnya. . . . Dalam jabatan kerajaan, kita mesti berwaspada terhadap pengaruh yang tidak wajar, sama ada dicari atau tidak dicari, dari kompleks perindustrian senjata. Potensi untuk kebangkitan kuasa yang tidak sepatutnya wujud dan akan berterusan...’
Ini petikan ucapan yang dilafazkan lebih 50 tahun dulu. Ucapan jujur dari bekas soldadu yang menjadi Presiden dua penggal. Bekas jeneral ini telah memberi ingatan tentang bahaya pengaruh industri senjata. Hari ini terbukti amaran dan ingatan Eisenhower itu telah terjadi.
Dasar luar Amerika kini dikendalikan oleh industri senjata. Malah lebih tepat lagi politik Amerika hari ini di kendalikan oleh industri senjata.
Amerika Syarikat mempunyai hampir 800 pangkalan tentera di lebih 70 negara dan wilayah. Soldadu Amerika berada di merata tempat dalam dunia ini. Di Jepun: 53,246 soldadu , di Jerman: 35,188 , di Korea Selatan: 24,159 soldadu , di Itali: 12,405 dan di United Kingdom: 9,949 soldadu.
Ini angka soldadu yang duduk di khemah dan memakai pakaian askar. Kita tidak tahu berapa jumlah soldadu rahsia dan ajen CIA yang beroperasi di seluruh dunia.
Sekali lagi saya terangkan Kompleks industri ketenteraan (MIC) atau industri senjata ini memberi makna bahawa wujud gabungan tidak formal antara individu dan organisasi yang terlibat dalam industri ketenteraan dan pertahanan swasta dengan kerajaan.
Ada lima kontraktor "utama" Amerika yang telah lama mendominasi senarai pengeluar senjata terbesar di dunia.
Syarikat Lockheed Martin, Northrop Grumman, RTX, Boeing dan General Dynamics kekal teratas rangking pembuat senjata pada tahun 2000.
Syarikat senjata ini akan berusaha untuk memberikan pengaruh yang luar biasa ke atas dasar kerajaan.
Hari ini dasar kerajaan Amerika ialah Perang Berterusan – non stop war. Bagaimana syarikat senjata ini berjaya mempengaruhi dasar kerajaan Amerika. Tunggu minggu hadapan. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI . COM
MAT MOHONG UMUR PLANTA ADA LAGI
MAT MOHONG
UMUR PLANTA
ADA LAGI
KHALAS
Unknown commented on
"GEROMBOLAN KENA KENCING"
Ini berita lanchow..dibelakang tabir si musa aman jadi gabenor sabah..apa punya ketimbang kepukian kejuboan planta ini? Konon nak gi hunting kat kl sebelum jadi agung podah pundek patut la batu putih pon ilang la nie nak bising kat mamak dei. Ini cam citer ali baba dan 40 menyakau..tapi suka 69.
Unknown commented on
"ANGKA MATI DI PALESTIN TERUS MENINGKAT"
Kau tu bila pula nak mampos
PAGI INI
PAGI INI
18 DISEMBER 2024
HEBOH HEBOH
HAL TOWKAY CHINA SIAM
AKAN JADI PUNAHSEHAT
KEPADA MAT MOHONG
KAH KAH KAH
APO NASEHAT
NASEHAT BUNUH ORANG KO
KAH KAH KAH
KITO KONO TUNGGU
KAH KAH KAH
BANJIR
APAKAH DAH REDA
APAKAH OMBAK KEDUA
TELAH MENGENDUR
KUALA LUMPUR TERUS PANAS
BERITA BANJIR
TAK SEHEBOH DUA MINGGU DULU
GUA RASA
SEMUA SEDANG BERSEDIA
PENGALAMAN JADI GURU
UNTUK HADAPI BANJIR
KAH KAH KAH
MAT MOHONG
LANTIK MAHARASUAH
JADI KEPALA SABAH
KAH KAH KAH
OOOLA LA
KAH KAH KAH
BERAT MAT MOHONG
MAKIN LAMA HANCUR NEGARA
WAJIB DI TERAJANG
SEGERA
AMIN
AMERIKA
TRUMP SAMAN SURAT KHABAR
DI IOWA
KERANA BUAT BERITA PALSU
LAPOR KAMALA MENGATASI TRUMP
KETIKA PENGUNDIAN BERJALAN
KOREA SELATAN
KETUA TENTERA DI TAHAN
ATAS DAKWAAN
PEMBERONTAKAAN
AMERIKA
DRONE BERTERABANGAN
DI SANA SINI
TIDAK DI KETAHUI
TUAN EMPUNYA
APAKAH UFO ?
UKRIANE
ADA BERITA MELAPORKAN
BERATUS SOLDADU
KOREA UTARA
TELAH GUGUR DI UKRAINE
RUSIA
SEORANG JENERAL
MATI DIBUNUH
MELALUI BOM JANGA
DI MOSCOW
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
KEMARIN HUJAN LEBAT
MATA HARI MASIH TERLINDUNG
KL& KL SENTRAL CERAH BERSIH
JEREBU DI BASUH HUJAN
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
HOW WOW
BERSUARA JAUH
SEKUMPULAN PIPIT BERTERBANGAN
TERKUKUR BERSUARA
LAWAN BERLAWAN
KENG KENG TERDENGAR
DARI BUKIT JAUH
PAGI INI GUA MELINTAS
WILAYAH WARGA ASAL HOKKIEN
SEMUA SENYAP
MANA MEREKA PERGI
BERHIJRAH KE MANA?
HARI INI GUA RASA AKAN PANAS
PETANG JIKA HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI RABU
BADAN JADI OKAY BILA KITA BEREHAT
REHAT DILANTAI TUNGGU ANGIN BAYU
LANTIK TOWKAY CHINA JADI PENASEHAT
TOWKAY DARI TAK BAI PAKAR BUNUH MELAYU
LALUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMATA BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)