Selasa, 31 Disember 2024

SELAMAT SAMPAI 2025





UCAPAN

SELAMAT

MENYAMBUT

TAHUN BARU

2025

KEPADA

 PEMBACA 

PEMINAT

PEMBENCI 

TUKAR TIUB

KITA JUMPA 

TAHUN DEPAN

HOUTHI YAMAN SERANG ZIONIS BLACKROCK


HOUTHI YAMAN

SERANG ZIONIS

BLACKROCK

AMIN

AJEN ZIONIS BLACKROCK DI TANGKAP


AJEN ZIONIS 

BLACKROCK

 DITANGKAP

DI YAMAN

AMIN

MARI KITA TUMBANGKAN DIA GANTI KERAJAAN BARU


MARI KITA

TUMBANGKAN DIA

DAN GANTI 

KERAJAAN BARU

KHALAS

HADI SERANG ANWAR BLACKROCK


HADI SERANG

ANWAR

BLACKROCK

AMIN

TAK TURUN JALAN RAYA TIDAK AKAN MENANG PILIHANRAYA


TAK TURUN 

JALAN RAYA

TAK AKAN MENANG

PILIHANRAYA

AMIN

JANGAN BEBASKAN NAJIB - DIA PENCURI


Panduan untuk banduan
Oleh A Kadir Jasin

PADA, 28 Disember, Jabatan Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bertajuk “Pengampunan banduan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong”.

2. Ia menyebut perkara-perkara berikut:

i. Berdasarkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

ii. Perkara 42(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan antara lain bahawa Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.

iii. Dalam hal ini, keputusan yang dibuat oleh Yang diPertuan Agong, atas nasihat Lembaga Pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, juga adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang terpakai bagi mengelakkan tindakan sedemikian dicabar di mahkamah kerana tidak sah dari segi undang-undang.

iv. Sehubungan dengan itu, Kamar ini telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan bahawa semua permohonan mengenai pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut tatacara dan saluran yang telah ditetapkan di bawah undangundang dan bukannya mana-mana saluran lain.

v. Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan termasuk Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak menghabiskan baki tempoh hukumannya dengan ditahan di rumahnya, permohonan berkenaan perkara tersebut hendaklah dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut tatacara dan saluran yang telah ditetapkan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Jabatan Peguam Negara
28 Disember 2024.

3. Dipendekkan cerita, mana-mana pihak yang ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan, termasuk Mohd Najib, menghabiskan baki hukuman dengan ditahan di rumah, hendaklah kemukakan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.

4. Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong akan buat keputusan ikut tatacara dan saluran yang telah ditetapkan di bawah undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

5. Natijahnya, dengan kenyataan ini, kontroversi dan soal jawab mengenai “titah adendum” Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong berkaitan pemenjaraan di rumah ke atas Mohd Najib Abdul Razak terhenti dengan sendirinya.

6. Sama ada titah itu wujud atau tidak adalah akademik dalam erti kata ia tidak lagi mempunyai sebarang aplikasi praktikal. Maaf kalau interpretasi saya tidak betul.

7. Secara lojiknya, kita sudah boleh meramalkan yang Mohd Najib akan merayu.

8. Yang dihukum kerana curi Milo atau roti dari pasar raya pun kena dipertimbangkan juga. Para peguam hak asasi mohon bantu banduan tanpa payung ini!

9. Sekadar perbincangan. Dalam hal pengampunan ini, faktor jenayah atau kesalahan sangat penting. Pengampunan diberikan kerana si pemohon telah melakukan kesalahan jenayah yang menyebabkan dia dihukum.

10. Daripada sudut falsafah dan pengertian, orang yang tidak melakukan kesalahan jenayah tidak akan dihukum dan dengan itu tidaklah perlu memohon pengampunan.

11. Hanya orang yang melakukan kesalahan jenayah dan dihukum saja perlu atau boleh memohon pengampunan.

12. Betullah, kalau tidak buat salah, pasal apa hendak minta diampunkan?

13. Satu lagi, tempat buat jenayah itu pun relavan kepada proses pengampunan. Orang yang merancang lakukan perbuatan jenayah dan bercadang minta pengampunan kalau masuk jel, kena tahu.

14. Undang-undang kata, kuasa pengampunan ke atas kesalahan jenayah yang dilakukan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong. Kesalahan yang dilakukan di negeri-negeri lain, kuasa pengampunan adalah di tangan Raja, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing.

15. Sebaik-baiknya, janganlah buat jenayah. Apatah kalau kamu itu Perdana Menteri atau orang politik tersohor yang siang malam melaungkan slogan demi agama, bangsa dan negara.

16. Katakanlah gian sampai tahap gaban. Nak kena buat juga. Pergilah buat di tempat yang kegianan kamu itu bukan kesalahan. Katakan gian nak lari bogel. Pergilah ke tempat yang ada kem orang bogel (nudist camp). Google ada bagi “list of places where social nudity is practised”.

Sekian. Terima kasih.


SIAPA SAJA ASALKAN BUKAN ANWAR BLACKROCK



Tahun 2024, tahun kedua reformasi dan janji diketepikan

Tahun 2024 sekali lagi menyaksikan pelbagai kenyataan dan tindakan pentadbiran Anwar Ibrahim yang berpaling daripada semangat reformasi, serta melanggari pelbagai janji beliau yang dibuat selama lebih dua dekad.

MalaysiaNow menyorot kembali beberapa berita yang menyebabkan slogan reformasi tajaan Anwar menjadi bahan sindiran sejak mengambil alih kuasa pada 2022.

Januari

MP belot dibawa masuk ke dalam kerajaan

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Syed Abu Hussin Hafiz dilantik mengetuai jawatankuasa berkaitan kos sara hidup dan kenaikan barang, dalam apa yang dilihat sebagai balasan kepadanya kerana mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

anwar_planeAnwar berulang kali ke luar negara

Lawatan berulang kali ke luar negara oleh Anwar sepanjang 2024 - sebanyak 16 negara - mengundang persoalan mengenai manfaat ekonomi, di mana pengkritik turut menggesa kerajaan telus dengan kos yang dibelanjakan. Kritikan dihangatkan dengan pengakuan Anwar yang beberapa syarikat swasta menaja perjalanan rombongan kerajaan.

Februari

Bekas ahli Parlimen disiasat hina institusi raja

Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepasa dikatakan menghina institusi diraja berhubung pengampunan kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.

Mac

Farhash_thumbFarhash muncul pemegang saham HeiTech Padu
Bekas pembantu Anwar, Farhash Wafa  Salvador Rizal Mubarak muncul sebagai pemegang saham HeiTech Padu Bhd dengan 15.9% pemilikan. HeiTech padu kemudian memenangi kontrak RM892.19 juta untuk projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Oktober. 

April
Akta Hasutan digunakan terhadap aktivis

Aktivis pembangkang Badrul Hisham Shaharin ditahan dan didakwa atas Akta Hasutan kerana membincangkan laporan Bloomberg mengenai cadangan mewujudkan kasino di Forest City, Johor.

Mei

ongingkeong_dashcam_video'Keadilan' yang tertangguh

Walaupun wujud bukti video dashcam menunjukkan pemandu Grab pekak Ong Ing Keong dicederakan seorang individu yang mengiringi rombongan Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sikap peguam negara berdiam diri mengundang kecaman. Anggota polis Taufik Ismail didakwa hanya lima bulan kemudian, selepas pelbagai bantahan daripada kumpulan hak asasi dan komuniti OKU. Pengkritik juga mempersoalkan bagaimana pelaku dilindungi daripada media sepanjang masa di mahkamah sebelum dibebaskan selepas membayar denda RM1,000.

Jun

diesel_hike_thumbDiesel melonjak

Walaupun berdekad-dekad Anwar berjanji untuk menurunkan harga minyak jika mengambil alih kerajaan, Putrajaya memutuskan untuk menarik balik subsidi pukal diesel, menyebabkan bahan api yang digunakan secara meluas dalam sektor logistik itu meningkat kepada paras tertinggi iaitu RM3.35 seliter.

Julai

RUU mufti WP dibentangkan

RUU Mufti Wilayah dikritik sebagai tidak berpelembagaan apabila mengehadkan jawatan mufti kepada individu yang beraliran Asyairah dan Maturidiyyah, termasuk kritikan ia cuba mengambil alih kuasa Agong. Kerajaan kini menangguhkan bacaan kali kedua RUU tersebut selepas ditentang hebat.

Speaker enggan kosongkan kerusi 6 bekas ahli Bersatu
Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul menolak permohonan Bersatu mengosongkan kerusi enam ahli Parlimennya yang berpaling tadah, walaupun Akta Anti-Lompat Parti memerlukan pilihan raya kecil diadakan di kerusi-kerusi itu.

Ogos

fahmi_thumbMedia sosial diwajibkan mohon lesen

Kementerian Komunikasi mengumumkan lesen media sosial akan berkuatkuasa mulai 2025, mengundang kritikan kerana membuka ruang kepada kerajaan menyalahgunakan lesen bagi menutup mulut pengkritik. Ia dijangka memberi kesan kepada kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara di bawah pentadbiran Anwar, di mana pada Mei, Indeks Kebebasan Akhbar sedunia merosot 34 anak tangga.

Dua aktivis pro-Palestin ditahan polis

Dua aktivis pro-Palestin ditahan pada perhimpunan pro-Palestin anjuran kerajaan kerana membawa sepanduk "sensitif" menggesa Putrajaya membatalkan perjanjian membawa mythreyar_thumbmasuk syarikat milik firma pelaburan terkait Israel, BlackRock, sebagai kongsi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). 

Muhyiddin didakwa di bawah Akta Hasutan

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya semasa ceramah PRK Nenggiri yang didakwa menyentuh isu berkait 3R.

Oktober

Bekas pemimpin Umno disiasat

Orang kuat Najib Razak, Isham Jalil, disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, manakala telefonya turut dirampas selepas kenyataannya menggesa Anwar menyaman Bloomberg. 

Pindaan kerakyatan diluluskan

Dewan Rakyat meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 membabitkan kewarganegaraan, yang menghapuskan perlindungan kepada kanak-kanak yang tidak memiliki kewarganegaraan tetapi dilahirkan di negara ini.

'Bapa negara' maafkan Najib

Anwar mempertahankan tindakan menerima baik permohonan maaf daripada Najib sambil menyifatkan dirinya sebagai "bapa negara". Najib memohon maaf namun tidak mengaku bersalah terhadap salah laku terhadap skandal kewangan membabitkan 1MDB. Kenyataan Anwar itu dibidas pelbagai pihak yang mengingatkan beliau mengenai kerugian besar skandal 1MDB.

anwar-heliNovember

Pajakan berbilion ringgit untuk 28 helikopter

Keputusan kerajaan memajak 28 helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi kerajaan pada nilai RM16.5 bilion menerima kecaman pelbagai pihak. Ia dihangatkan lagi apabila ramai mengaitkan syarikat Weststar Aviation dengan pemiliknya yang pernah membantu Anwar pada pilihan raya umm lepas dengan meminjam helikopter untuk berkempen.

U Mobile menang kontrak 5G 

Kerajaan menganugerahkan projek Rangkaian 5G Kedua kepada U Mobile, iaitu syarikat terkait dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Iskandar menerusi pemilikan sahamnya. Keputusan itu mencetuskan kontroversi lebih-lebih lagi apabila beberapa nama besar dalam industri telekomunikasi tempatan diketepikan.

Disember

Lagi pindaan kekang kebebasan bersuara

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 yang disifatkan regresif diluluskan oleh Dewan Rakyat. Ia bakal menyekat kebebasan bersuara di internet dan memberikan kuasa meluas kepada SKMM. Pengkritik berkata ia umpama membawa balik akta berita tidak benar, yang pernah dimansuhkan Pakatan Harapan, melalui jalan belakang.

rosmahmansor_thumbRosmah mansor bebas

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati isteri Najib tidak bersalah dalam 17 tuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan cukai, menjadikan beliau seorang lagi personaliti zaman Barisan Nasional yang dibebaskan daripada tindakan undang-undang.

Anwar dakwa 'pendakwaan terburu-buru' pada 2018

Anwar berkata pendakwaan dalam beberapa kes yang dilakukan selepas PRU  2018 sebagai cacat, memandangkan ia dibuat secara 'terburu-buru.'

Kerajaan tarik balik rayuan DNAA Zahid

Zahid_protestJabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik semua rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan melepas dan membebas (DNAA) Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkait tuduhan rasuah berhubung pengurusan visa asing.

Fahmi disiasat polis

Aktivis Fahmi Reza disiasat polis susulan grafik mengenai pelantikan Yang Dipertua Negeri Sabah baharu, Musa Aman

PETANG INI

SABAH

 MEMULAKAN

GERAKAN SABAB

SABAB

SAPA SAJA

ASALKAN  BUKAN

ANWAR

BLACKROCK

AMIN

PADA 6 JANUARI

GERAKAN SABAB

AKAN BERDEMO

DI PUTRAJAYA

AMIN

TAK TURUN 

JALAN RAYA

TAK AKAN

MENANG

PILIHANRAYA

KHALAS

BERITA BAIK



Mangsa banjir di Kelantan berkurangan

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 476 orang pagi ini.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, semua mangsa membabitkan 135 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga kini, hanya satu daerah saja masih dilanda banjir iaitu Tanah Merah manakala Kuala Krai dan Machang sudah kembali pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 10.4 meter.

Sementara itu, di Terengganu hanya daerah Besut yang masih ditenggelami air. – MalaysiaGazette


BERITA BAIK

BANJIR MAKIN

REDA

AMIN

GERAKAN SABAB


SABAB

SIAPA SAJA

ASALKAN

BUKAN ANWAR

BLACKROCK

KHALAS

Unknown commented on 
"PETANG INI JAM 2 DEMO 
TOLAK ANWAR BLACKROCK"

Betul setuju tetapi siapa alternatif lain? Adakah calon alternatif ini lebih baik atau lebih buruk? United Gerombolan nak bawa Najib Razak balik sebab ada orang percaya dia lebih baik berbanding dengan yang ada ini kan ? 

Kah kah kah pilihan tak banyak sebab semuanya perangai tetap sama kah kah kah nak pilih pencuri atau menyondol atau sapu Planta? Pilihan siapa lebih baik kah kah kah

TOWKAY CHINA GUNA CARA SAMA DI AFRIKA SEPERTI DI MALAYSIA


MOZAMBIQUE

DI MAPUTO
IBU KOTA MOZAMBIQUE
TOWKAY  CHINA 
GUNA CARA SAMA
SEPERTI DI MALAYSIA
MEREKA  MERASUAH 
 BUMIPUTERA TEMPATAN
YANG BERKUASA
TAPI
RAKYAT CEPAT SEDAR
MEREKA BANGUN MELAWAN
MEMBAKAR KEDAI CHINA
AMIN

GUNA AYAT ARAB UNTUK MOHONG


GUNA

AYAT ARAB

UNTUK MOHONG

KHALAS

Unknown commented on
 "PAK LEBAI TALIBAN 
KLIM WAKIL ALLAH"

Kah kah kah ramai cuba jadi wali ramai juga nak jadi alim ulama seluruh dunia, ada juga lupa sendiri ada kes sondol bontot, bukan sekali tetapi dua tiga kali, tetapi depan khalayak ramai bukan main ucapan ayat-ayat Arab power belaka, 

ini cara teater dimainkan supaya dapat menipu akhir sekali semua akan tahu budi pekerti, tetap juga menjadi perompak perogol pencuri seluruh negara malah seluruh dunia terkenal kah kah kah

bukan menghentam sesiapa tetapi ramai dah kenal para pemimpin bekas pemimpin sedang memimpin akan memimpin terus sama perangai amin kah kah kah

ANWAR BLACKROCK BUKAK MULUT MOHONG


ANWAR

BLACKROCK

BUKAK MULUT

MOHONG

AMIN

Unknown commented on
 "TANDA TANDA KERUNTUHAN
 MADANI BLACKROCK"

tuduh menuduh
balah berbalah
saling tak mengaku
saling menunding jari
namun harga tetap akan naik. dan rakyat tak boleh berbuat apa2.

sekelian mp macam celaka!
(kecuali Hassan Karim/Pak Hassan)

BERSIH SOKONG DEMO LAWAN AJEN ANWAR BLACKROCK DI SABAH


BERSIH SOKONG

DEMO LAWAN

AJEN ANWAR

BLACKROCK

DI SABAH

AMIN

PKR - PEMILIHAN AKAN DI TUNDA ?



Pemilihan PKR dijangka saksikan perebutan jawatan pimpinan kanan

KUALA LUMPUR: Pemilihan PKR yang dijadual berlangsung sekitar pertengahan tahun depan dijangka menyaksikan banyak perebutan jawatan pimpinan kanan di peringkat induk dan sayap parti, kecuali penyandang presiden yang dijangka kekal tidak dicabar.

Kecenderungan itu selari kedudukan semasa parti diterajui  Anwar Ibrahim itu yang menjadi antara tunjang Kerajaan Perpaduan dan presidennya pula Perdana Menteri.

Mandat barisan pimpinan parti ketika ini berakhir Mei tahun depan, namun Anwar sebelum ini mahu pemilihan disegerakan yang akan membuka ruang kerjasama di antara tenaga muda dengan pemimpin lama berganding bahu menguruskan parti dengan lebih efektif.

Menurut pemerhati politik, individu yang rapat dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan mungkin membuat penampilan semula dalam politik arus perdana, termasuk mencalonkan diri merebut jawatan lebih tinggi dalam parti pada pemilihan akan datang.

Antaranya ialah  Shamsul Iskandar Md Akin yang kini Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri dan berpengalaman luas dalam politik, pernah berkhidmat sebagai bekas Ketua Penerangan PKR, Ahli Parlimen Hang Tuan Jaya dan Timbalan Menteri Industri Utama.

Nama beliau pernah menjadi bualan dan digelar 'giant killer' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selepas menewaskan Ketua Menteri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam. Pada PRU15, beliau menentang satu lagi nama besar politik negara,  Ahmad Zahid Hamidi di kerusi Parlimen Bagan Datuk, namun tewas tipis.

Ketika dihubungi BH, Shamsul Iskandar mengesahkan bakal mencalonkan diri pada pemilihan parti nanti, namun tidak memperincikan apa jawatan mahu ditandingi.

Bagaimanapun, sumber dalaman parti memberitahu BH, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR itu mungkin mengintai jawatan naib presiden, mengambil kira pengalaman dan jawatan kanan disandangnya sekarang dalam pentadbiran Perdana Menteri.

Empat Naib Presiden yang menang pemilihan bagi penggal 2022-2025 ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Sementara itu, BH difahamkan, jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini disandang Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli juga mungkin dicabar sekali lagi oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang juga Ketua Setiausaha Sekretariat PH dan bekas Setiausaha Agung PKR.

Mereka pernah bersaing pada pemilihan penggal 2022-2025 yang menyaksikan Ahli Parlimen Pandan itu menang dengan kelebihan lebih 16,000 undi mengatasi bekas Setiausaha Agung PKR itu.

Selain Shamsul Iskandar dan Saifuddin Nasution, Muhammad Kamil Abdul Munim yang kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan merangkap Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mungkin mencalonkan diri merebut jawatan ketua sayap itu yang disandang Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Bagi jawatan Ketua Wanita PKR yang ketika ini disandang Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dua Ahli Parlimen disebut bakal mencabar Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.

TIM RAFIZI

TERBUKTI AMAT

KUAT DALAM PKR

AMIN

BILA BILA

MASA TIM INI

BOLEH TOLAK

ANWAR 

BLACKROCK

AMIN

UNTUK SELAMAT

ANWAR 

BLACKROCK

AKAN TUNDA 

PEMILIHAN PARTI

ATAS ALASAN

AKAN ADA PRU

KAH KAH KAH

KHALAS

INDONESIA BELI BUKAN SEWA


Indonesia terima jet pejuang T-50 Korea Selatan pada 2025, 2026

JAKARTA: Tentera Udara Indonesia akan memperoleh beberapa jet pejuang T-50 yang dikeluarkan Korea Aerospace Industries (KAI) sepanjang 2025 dan 2026, kata Ketua Turus Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU), Marsyal Mohamad Tony Harjono, lapor Agensi Berita Indonesia (ANTARA).

"Berdasarkan pemeriksaan saya, pesawat dari KAI adalah luar biasa. Kami telah menggunakan jet sedemikian dan akan menerima lebih banyak daripada mereka bermula 2025 hingga 2026," katanya kepada media semasa perbincangan yang diadakan di ibu pejabat TNI AU di Jakarta Timur pada Isnin.

Bagaimanapun, Mohamad tidak mendedahkan butiran mengenai jumlah jet pejuang yang akan diterima mahupun nilai kontrak perolehan mereka.

Marsyal menyatakan bahawa pesawat yang ditempah akan ditempatkan di beberapa skuadron, dengan objektif utama untuk meningkatkan pertahanan ruang udara Indonesia.

Selain itu, ketua tentera udara itu mendedahkan Indonesia akan memperkukuh kuasa udaranya dengan memperoleh pesawat dari negara lain, termasuk jet pejuang serba guna Perancis, Dassault Rafale, pada 2026.

Beliau juga mendedahkan bahawa pada tahun ini, Kementerian Pertahanan Indonesia telah bersetuju dengan kontrak untuk perolehan 12 dron Anka yang dihasilkan oleh Turkish Aerospace.

Kontrak tersebut menetapkan bahawa separuh daripada dron itu akan dihasilkan di Indonesia, dan selebihnya akan dihantar ke negara itu dalam tempoh 32 bulan selepas kontrak berkuat kuasa.

WOIT

INDONESIA

BIJAK BELI

KAPAL TERBANG

BUKAN SEWA

UNTUK 

KESELAMATAN

NEGARA

AMIN

MALAYSIA SEWA

HELI TIDAK BELI

UNTUK KAYAKAN

KRONI

AMIN

KHALAS