Rabu, 4 Disember 2024
NAJIB TIDAK BERSALAH
Shahrol sepatutnya berada di kandang tertuduh, bukan saya – Najib
KUALA LUMPUR – Najib menyatakan beliau tidak terlibat atau tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan dengan kerugian RM1 bilion yang dialami 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui usaha sama dengan PetroSaudi International Limited (PSI).
Bekas Perdana Menteri itu berkata, bukan beliau yang sepatutnya berada di kandang tertuduh untuk membela diri, sebaliknya tempat itu diisi bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Dakwanya, bukti dokumen jelas menunjukkan bahawa dalang utama penyelewengan 1MDB adalah Shahrol, pengurusan 1MDB yang lain serta ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Najib, yang juga bekas Menteri Kewangan, mendakwa Shahrol mengingkari arahan Lembaga Pengarah 1MDB dan bersekongkol dengan Jho Low serta pengurusan lain untuk menggelapkan dana AS$700 juta yang sepatutnya digunakan bagi usaha sama dengan PSI.
“Bukankah dia (Shahrol) sangat bernasib baik kerana saya yang dituduh? Jika saya bukan bekas Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, saya yakin dia bukan di kandang saksi tetapi di kandang tertuduh,” katanya.
Najib berhadapan dengan empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.
Pada 2009, sebanyak AS$700 juta daripada AS$1 bilion dana 1MDB yang diperuntukkan untuk usaha sama dengan PSI didakwa telah dialihkan ke akaun entiti luar pesisir Good Star Limited yang dikaitkan dengan Jho Low.
Menurut Najib, beliau juga tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana arahan yang diberikan kepada Lembaga Pengarah supaya meluluskan resolusi untuk menyertai usaha sama PSI, atau mana-mana dakwaan jenayah.
“Shahrol Azral tidak pernah diberi kuasa untuk memeterai perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Limited kerana ia bertentangan langsung dengan resolusi Lembaga Pengarah pada 26 September 2009.
“Ini juga kali pertama PetroSaudi Holdings (Cayman) Limited timbul dan tidak pernah disebut dalam dokumen dibentangkan kepada Lembaga Pengarah atau disebut secara lisan ketika mesyuarat Lembaga Pengarah.
“Sebenarnya Shahrol yang tidak sabar menandatangani perjanjian usaha sama yang merugikan. Alasan kononnya pemindahan AS$1 bilion kerana percaya arahan itu daripada saya adalah tidak masuk (akal) kerana bercanggah dalam dokumen,” ujarnya.
Menurut Najib, dakwaan itu juga lebih bermotifkan politik serta merosakkan krediblitinya.
“Shahrol bertanggungjawab dengan semua ini namun dia dibenarkan berselindung di sebalik menjadi saksi dalam kes penyalahgunaan kuasa terhadap saya,” katanya.
Sebelum ini, ketika prosiding 1MDB Shahrol ketika memberi keterangannya menyatakan perjanjian usaha sama di antara 1MDB dan PSI meninggalkan hutang berjumlah AS$700 juta. –
PEMIMPIN
MELAYU ISLAM
BERNAMA NAJIB
TIDAK BERSALAH
AMIN
NAJIB JADI
MANGSA JO LOW
AMIN
TANGKAP JO LOW
BEBASKAN NAJIB
KHALAS
KEZALIMAN MAHADANON !!!
Ramasamy disekat keluar negara
KUALA LUMPUR – Presiden Urimai, P. Ramasamy dilaporkan berada dalam senarai hitam Jabatan Imigresen dan dihalang keluar negara.
Menurut Setiausaha Interim Urimai Satees Muniandy, bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu telah disekat daripada menaiki penerbangan ke Aceh, Indonesia pagi ini.
“Beliau yang dijadualkan untuk menerima Anugerah Keamanan dari Wali Nanggoroe Aceh, di Banda Aceh, malam ini, dimaklumkan oleh pegawai imigresen, bahawa beliau telah disenarai hitam dari meninggalkan negara.
“Difahamkan keputusan imigresen ini disebabkan oleh sekatan yang dikemukakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Apabila dihubungi, pihak SPRM memberitahu bahawa sekatan adalah atas arahan Putrajaya.
“Difahamkan pihak SPRM sedang menyiasat Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang sejak minggu lepas. Sehingga kini, beliau tidak dipanggil oleh pihak SPRM, tetapi pihak SPRM terus meletakkan senarai hitam ke atasnya,” katanya dalam kenyataan.
Satees mendakwa terdapat beberapa individu yang menyasarkan Ramasamy berhubung isu membabitkan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang.
“Adakah menjadi satu kesalahan untuk kritik Kerajaan Madani sekarang, sehingga perlu dilayan seperti seorang penjenayah?
“Mereka yang didakwa dalam mahkamah pun dibenarkan meninggalkan negara, dengan kebenaran dari mahkamah; apakah asas untuk seorang dihalang dari keluar negara atas alasan ‘siasatan’,” katanya.
Ramasamy dalam perkongsian sebelum ini berkata, beliau akan menerima anugerah keamanan daripada Wali Nanggoroe Aceh, Indonesia.
Anugerah tersebut didakwa sebagai pengiktirafan usaha Ramasamy dalam proses keamanan di Aceh yang menjadi tonggak kejayaan Perjanjian Helsinki pada 15 Ogos 2005 di antara Indonesia Dan Gerakan Aceh Merdeka (GAM).-
MAKIN JELAS
MAHADANON
LEBIH ZALIM
DARI MAHANAJIB
AMIN
KHALAS
GAZA JADI BUMI ZIONIS
AS bimbang mengenai laporan pembinaan pangkalan Israel di Gaza
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyatakan kebimbangan berhubung sebarang usaha Israel membina pangkalan kekal di Semenanjung Gaza, susulan laporan The New York Times (NYT) mengenai tindakan tentera Israel mempercepatkan pembinaannya.
Jabatan Negara AS menyatakan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan laporan akhbar itu, yang menganalisis imej satelit menunjukkan peningkatan pembinaan pangkalan, selain perobohan lebih 600 bangunan di Gaza tengah, yang mencerminkan kehadiran jangka panjang.
Menurut Jabatan Negara AS, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken sebelum ini menegaskan tentangan terhadap kehadiran kekal Israel di Gaza pada permulaan perang.
Ketika ditanya mengenai laporan itu, jurucakap Jabatan Negara, Vedant Patel, berkata jika laporan itu benar, maka ia jelas bertentangan dengan beberapa prinsip yang dinyatakan oleh Blinken.
"Tidak boleh ada sebarang pengurangan wilayah Gaza. Selain itu, tidak boleh berlaku pemindahan paksa rakyat Palestin dari kediaman mereka," katanya kepada pemberita.
The New York Times turut memetik jurucakap tentera Israel yang menyatakan bahawa kerja-kerja pembinaan itu dilakukan atas sebab operasi, dan bangunan tersebut boleh dirobohkan dengan cepat.
Presiden Joe Biden menyokong tindakan Israel dalam perang yang berterusan di Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan dahsyat pada 7 Oktober 2023, namun turut meluahkan kebimbangan terhadap nasib orang awam.
Presiden yang dilantik, Donald Trump, pula berjanji untuk memberikan sokongan penuh kepada Israel sebaik sahaja mengambil alih jawatan bulan depan. - AFP
GAZA AKAN
TERUS JADI
WILAYAH ISRAEL
AMIN
PANTAI JADI
WILAYAH HOTEL
KONDO MEWAH
AMIN
DALAM LAUT
ADA GAS
ADA MINYAK
AMIN
WAJIB TERUS
PERANG SAMPAI
ISRAEL HANCUR
KHALAS
ANWAR LEBIH ZALIM DARI MADEY !!!
ANWAR LEBIH
ZALIM
DARI MADEY
KHALAS
Rank&File commented on
"ANWAR MAKIN
ZALIM DARI MADEY"
Itu baru betul REFORMASI dimana yang kurang ketat diketatkan lagi dan yang kurang zalim dizalimkan lagi. Pastu siapa yang break the law bukan saja kena denda atau penjara tapi akan kena denda, penjara dan sebat ala hukuman yang dijatuhkan keatas Syed Sadiq
DATA MYCARAD BOCOR
Data MyKad
17 juta rakyat
Malaysia
didakwa bocor
Data kad pengenalan atau MyKad seramai 17 juta rakyat Malaysia didakwa bocor dan dijual di laman web gelap.
Pengguna laman X, Fusion Intelligence Center @ StealthMole mendakwa, sampel MyKad Malaysia telah dikongsi secara terbuka di laman web gelap berkenaan.
“Didakwa bahawa data 17 juta MyKad warga Malaysia telah dibocorkan dan sedang dijual di web gelap.
“Sebagai bukti, mereka telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan Malaysia di web gelap.
“Pelanggaran data besar-besaran ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan,” katanya pada Selasa.
Pada 2022, pentadbir laman Facebook Pendakwah Teknologi mendedahkan hampir 13 juta maklumat pengguna dari Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Astro telah bocor.
Mengikut hantaran di Forum Breach di bawah sub tajuk 13 juta pengguna bank bocor pada 25 Disember 2022 dikatakan kira-kira 3.5 juta maklumat pengguna Astro bocor disusuli dengan 1.8 juta maklumat Maybank dan 7.2 juta maklumat SPR.
Antara maklumat yang bocor itu melibatkan nama pengguna, nama dan nama bapa, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan.
HABIS KENA
JUAL
AMIN
APA TUJUAN
BUAT DATA
MYCARD INI?
AMIN
SAPA PUNYA
KERJA?
AMIN
APA PANDANGAN
RAFIZI FORMULA
KHALAS
ANWAR MAKIN ZALIM DARI MADEY
Wartawan berarak ke parlimen bantah cadangan pinda Akta Mesin Cetak
Lebih 50 petugas media dan ahli NGO berarak ke Parlimen hari ini untuk menyampaikan memorandum memperjuangkan kebebasan media sambil membantah cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP).
Perarakan anjuran Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ), Geramm, dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), bermula di Taman Tugu dan menempuh jarak kira-kira 500 meter sebelum tiba ke Parlimen.
Selain wartawan - termasuk dari cawangan NUJ Malaysiakini - antara yang hadir ialah aktivis Fahmi Reza dan wakil dari Suaram, Sisters in Islam dan ramai lagi.
JELAS MAKIN
JELAS
AMIN
ANWAR IBRAHIM
MAKIN ZALIM
DARI MADEY
AMIN
MAHADANI LEBIH
MENINDAS DARI
MAHAFIRAUN
KHALAS
KES ROSMAH DI KOREA SELATAN
Krisis politik di Korea Selatan, apa sebenarnya terjadi
SEOUL: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, menarik balik pengisytiharan undang-undang darurat pada Rabu selepas ahli Parlimen menentang keputusan itu dan ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan.
Cubaan mengejut Suk-yeol untuk melaksanakan undang-undang darurat, yang pertama dalam lebih empat dekad, mencetuskan krisis paling teruk dalam sejarah demokrasi moden Korea Selatan dan mengejutkan sekutu rapatnya di seluruh dunia.
Dekri enam perkara daripada komander undang-undang tentera yang baharu, diikuti pantas dengan kenyataan ketua tentera Jeneral Park An-su, mengharamkan aktiviti politik dan parti, 'propaganda palsu', mogok dan 'perhimpunan yang mencetuskan kekacauan sosial'.
Arahan itu juga membawa semua media di bawah kuasa undang-undang tentera dan mengarahkan semua kakitangan perubatan, termasuk doktor yang mogok, kembali bekerja dalam tempoh 48 jam.
Pasukan keselamatan menutup Dewan Negara, dengan helikopter mendarat di atas bumbung dan tentera memasuki bangunan itu untuk masa yang singkat.
Amerika Syarikat (AS), yang menempatkan hampir 30,000 tentera di Korea Selatan untuk melindungi negara itu daripada ancaman Korea Utara yang bersenjata nuklear, pada mulanya menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap pengisytiharan itu, sebelum meluahkan rasa lega apabila ia ditarik balik.
Perkembangan dramatik ini turut mengancam kedudukan Suk-yeol, seorang ahli politik konservatif dan bekas pendakwa raya terkenal yang dipilih sebagai presiden pada 2022.
Parti pembangkang utama Korea Selatan, yang ahlinya melompat pagar dan bertempur dengan pasukan keselamatan untuk membolehkan mereka mengundi menolak undang-undang darurat – mendesak Suk-yeol segera meletak jawatan atas cubaan 'pemberontakan' itu.
Kesatuan buruh terbesar negara itu turut menggesa mogok umum tanpa had sehingga Suk-yeol meletak jawatan.
Malah, pemimpin parti Suk-yeol sendiri, Parti Kuasa Rakyat (People Power Party), menyifatkan tindakan itu sebagai 'tragis' dan menyeru supaya mereka yang terlibat diambil tindakan.
Suk-yeol akhirnya mengalah selepas Dewan Kebangsaan sebulat suara menolak pengisytiharan tersebut.
"Dewan Kebangsaan meminta darurat ditarik balik, dan kami telah menarik balik tentera yang dikerahkan untuk operasi undang-undang darurat," kata Suk-yeol dalam ucapan yang disiarkan pada jam 4.30 pagi (7.30 malam waktu GMT, Selasa).
"Kami akan menerima permintaan Dewan Kebangsaan dan menarik balik undang-undang darurat melalui mesyuarat Kabinet," katanya.
Agensi berita Yonhap melaporkan bahawa Kabinet Suk-yeol telah meluluskan usul untuk menarik balik perintah tersebut.
Keputusan tersebut disambut dengan sorakan di luar Parlimen, di mana penunjuk perasaan yang berdepan suhu sejuk malam berkumpul menentang perintah darurat Suk-yeol.
Penunjuk perasaan yang mengibarkan bendera Korea Selatan sambil melaungkan 'Tangkap Yoon Suk-yeol' meraikan kemenangan mereka.
Walaupun dikawal ketat pasukan keselamatan, 190 ahli Parlimen berjaya memasuki Dewan Kebangsaan dan sebulat suara mengundi untuk menolak undang-undang darurat.
Mengikut perlembagaan Korea Selatan, undang-undang darurat mesti ditarik balik jika majoriti ahli Parlimen menggesanya.
Suk-yeol memberikan beberapa sebab untuk mempertahankan keputusan undang-undang darurat, yang pertama dalam lebih 40 tahun.
"Untuk melindungi Korea Selatan yang bebas daripada ancaman komunis Korea Utara dan menghapuskan elemen anti-negara yang merampas kebebasan dan kebahagiaan rakyat, saya dengan ini mengisytiharkan undang-undang darurat kecemasan," katanya dalam ucapan yang disiarkan malam Selasa.
Beliau turut menuduh Parti Demokratik pembangkang utama, yang menguasai majoriti daripada 300 kerusi parlimen, sebagai 'kuasa anti-negara yang mahu menggulingkan kerajaan'.
Hubungan antara Suk-yeol dan pembangkang turut tegang berikutan pertikaian mengenai bajet negara untuk tahun depan, dengan pembangkang minggu lalu meluluskan pelan bajet yang dikurangkan secara ketara melalui jawatankuasa Parlimen.
Pengisytiharan undang-undang darurat itu berlaku selepas tahap sokongan Suk-yeol menjunam kepada 19 peratus dalam tinjauan pendapat Gallup minggu lalu, dengan ramai tidak berpuas hati terhadap cara beliau menguruskan ekonomi dan kontroversi melibatkan isterinya, Kim Keon-hee.
AS, sekutu utama Korea Selatan di Asia, mengakui tidak diberi makluman awal mengenai rancangan Suk-yeol untuk melaksanakan undang-undang darurat.
"Kami lega Presiden Suk-yeol telah membatalkan pengisytiharan darurat dan menghormati keputusan Dewan Kebangsaan Republik Korea," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS dalam satu kenyataan.
China, sekutu utama Korea Utara, menggesa rakyatnya di Korea Selatan supaya bertenang dan berhati-hati, manakala Britain menyatakan ia sedang 'memantau perkembangan dengan teliti'. - AGENSI
WOIT
ISTERI PRESIDEN
NI ADA KES
RASUAH
KAH KAH KAH
MACAM ROSMAH
JUGA
KAH KAH KAH
RAKYAT TURUN
KE JALAN RAYA
AMIN
NAK SELAMAT
ISTIHAR DARURAT
KHALAS
RASUAH DARI DULU SAMPAI SEKARANG
KERAJAAN
HARI INI RASUAH
SAMA SEPERTI
KERAJAAN
YANG DULU
KHALAS
Unknown commented on
"INI NAMANYA
KERAJAAN MADANI"
Nama tak penting tetapi agenda sangat penting kah kah kah Hadhari atau Madani agenda merompak merasuah kena teruskan, sejak merdeka banyak rasuah samun rompak dibuat atas nama DEB, kemudian atas nama penswastaan kemudian penyatuan ummah kemudian koporat kah kah
segala harta kerajaan dipindahkan milik kepada kaum kerabatku kaum pemodal kaum pelaburan kah kah kah punca sebenar kita semuanya beres belaka jadi selama mana dapat merasakan nikmat jalan pintas ini mesti makan free saja selamat kah kah kah janji ayat ada untuk halal
ISLAM IALAH KEPERCAYAAN
ISLAM IALAH
KEPERCAYAAN
BUKAN
DEMOKRASI
AMIN
Unknown commented on
"SENI SEBAGAI SENJATA
PERJUANGAN"
Regim iran...iran bukan demokratik kira isle nie tak demokratik ..serupa diktator macam korea utara...ini kenapa TT dan pejuang melayu isle tak bising bising boikot boikot probok probok?asyik yahudi zionis bagai? Dah kena jubo planta otak dah alih ke lutut atau kote ke?
PAGI INI
PAGI INI
RABU 4 DISEMBER 2024
BANJIR DAH REDA?
ATAU ADA OMBAK KE DUA?
KES KES KES
KES RASUAH MENJADI JADI
KES DI HEBOH
BAGAI NAK KIAMAT
TAPI AKHIRNYA
NATO
NO ACTION TALK ONLY
APA JADI DENGAN KES
FASHION VALET
APA TINDAKAN
HEBOH BUKAN MAIN
RUMAH DI SERBU
KEDAI DI SERBU
KINI KENAPA SENYAP
ADA JUAL BELI KE?
JENG JENG JENG
APA JADI DENGAN KES PASIR
KES HEBOH ADA 5 JUTA RINGGIT
DITEMUI DALAM RUMAH SELAMAT
SPRM KATA
AKAN DI PANGGIL SEORANG POLITIKUS
YANG DI KENALI DARI SELANGOR
BILA NAK PANGGIL?
SAPA POLITIKUS?
ADA JUAL BELI KE?
JENG JENG JENG
PALING TERNOW
KES RASUAH DI SABAH
ADA VIDEO
ADA MUKA
ADA SEMUA
HEBOH HEBOH HEBOH
APA JADI
SEDANG NAK BUAT
JUAL BELI KE?
JENG JENG JENG
KOREA SELATAN
KEMARIN MALAM
PRESIDEN ISTIHAR DARURAT
AHLI PARLIMEN BANTAH
KINI KRISIS BERMULA
FRANCE
MUNGKIN KERAJAAN JATUH
UNDI TAK CAYA
PADA KERAJAAN
AMERIKA
BIDEN AMPONKAN
ANAKNYA
MAKA TRUMP MINTA
KES DUIT PELACUR
YANG DIHADAPI DI HAPUS
SIAM
SEORANG AKTIVIS
KENA PENJARA 2 TAHUN
KERANA FITNAH RAJA
AMERIKA
TRUMP CADANGA
CANADA JADI WILAYAH
AMERIKA KE 51
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
HUJAN KEMARIN
KL & KL SENTRAL BERKABUS
MATA HARI BELUM KELIHATAN
LANGIT PUCAT
HA HA HA
HARI INI HARI GAGAK
ENTAH KENAPA
BERPULUH PULUH
GAGAK BERKUMPUL
ATAS DUA POKOK
TERBANG SAMBIL BERSUARA
RIUH SATU HOKKIEN
GUA HARAP
JAP LAGI AKAN PANAS
JIKA PETANG HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI RABU
BRO
LU MINTA MAAF
BUKAN BERMAKNA
LU SALAH
TAPI TANDA DEWASA
BRO
CINTAI SOSOK
YANG SEBATAL
DENGAN LU
BRO
LU BANGGA DENGAN DIRI LU
LU JANGAN AMBIK POT
CARA ORANG LAIN
LIHAT LU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)