Sabtu, 25 Januari 2025

NEGARA AKAN HANCUR DI BAWAH ANWAR BLACKROCK



Kebebasan kehakiman: Anwar ketinggalan di belakang Mahathir, Muhyiddin dan Ismail, kata peguam terkemuka

Sekumpulan peguam terkemuka dalam memberikan penilaian negatif terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata kerajaannya ketinggalan di belakang tiga pentadbiran terdahulu termasuk Dr Mahathir Mohamad dalam soal memastikan kebebasan badan kehakiman.

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan semalam, sembilan bekas presiden Badan Peguam Malaysia turut mengalu-alukan peringatan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat baru-baru ini yang menggesa kebebasan kehakiman dilindungi, isu yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengamal undang-undang sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

"Tekanan yang dikenakan ke atas badan kehakiman dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh kuasa luar, adalah jelas kepada ramai yang sangat arif mengenai tanda-tandanya," kata kenyataan ditandatangani Zainur Zakaria, Mah Weng Kwai, Kuthubul Zaman Bukhari, Yeo Yang Poh, Ambiga Sreenevasan, Ragunath Kesavan, Lim Chee Wee, Christopher Leong dan Steven Thiru.

"Adalah diketahui secara meluas bahawa tiga kerajaan terdahulu lebih menghargai dan menghormati kebebasan kehakiman berbanding kerajaan sekarang, sesuatu yang amat mengecewakan."

Kerajaan sebelum ini dipimpin Ismail Sabri Yaakob, Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad, yang memerintah untuk kali kedua selepas menumbangkan Barisan Nasional pada 2018.

Dalam ucapannya di Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 pada 8 Januari lalu, Tengku Maimun mengimbas kembali kenyataan Anwar ketika menjadi pembangkang, di mana beliau mempersoalkan campur tangan politik dalam pelantikan hakim kanan.

Tengku Maimun turut memberi amaran kepada semua pihak termasuk parti politik supaya tidak campur tangan dalam urusan pelantikan hakim dengan mengesyorkan nama kepada perdana menteri.

Kenyataannya itu di sebalik kebimbangan mengenai pelantikan bekas peguam negara Ahmad Terrirudin Salleh sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.

Dalam kenyataan mereka, kumpulan sembilan bekas presiden Majlis Peguam itu berkata terdapat keperluan mendesak untuk mempertahankan kebebasan badan kehakiman, sambil menambah apa yang dikecapi kini merupakan hasil usaha "bertahun-tahun membina semula strukturnya yang lemah".

"Sebarang langkah kembali ke masa lampau yang malang perlu segera dibendung supaya negara dan rakyat tidak lagi menjadi mangsa," tambah mereka.

"Di negara-negara di mana pemerintahan kuku besi bermaharajalela, kebebasan badan kehakiman selalunya menjadi korban pertama. Mengapa? Kerana ia adalah institusi di antara rakyat dan penyalahgunaan kuasa kerajaan, sekali gus memantau mereka."

Sejak mengambil alih jawatan utama negara pada 2022, Anwar dikecam bukan sahaja atas kegagalan memenuhi janji reformasi, tetapi juga atas beberapa keputusan menyebelahi penyokongnya, khususnya timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, presiden Umno itu, yang sokongannya kepada Anwar menjadi tiang kepada terbentuknya kerajaan selepas pilihan raya umum 2022, berdepan 47 pertuduhan rasuah membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada September 2023, Zahid dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA), tidak lama selepas salah seorang peguam pendakwa mengumumkan persaraannya secara mengejut.

Bulan lalu, peguam negara memutuskan untuk tidak merayu pembebasan Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah lain berkait pengurusan visa asing (VLN).

Awal bulan ini, Anwar sekali lagi mengejutkan banyak pihak apabila mendakwa beliau sendiri yang membangkitkan permohonan bekas perdana menteri Najib Razak dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk mendapatkan pengampunan diraja.

Najib, yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas disabit dalam kes membabitkan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, diberikan pengampunan separa awal tahun lepas di mana hukuman penjaranya dikurangkan kepada enam tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta, di samping percubaan selanjutnya untuk meneruskan baki hukuman sebagai tahanan rumah.

NEGARA AKAN

HANCUR DIBAWAH

ANWAR

BLACKROCK

AMIN

INI PANDANGAN

PEGUAM HEBAT

AMIN

BUKAN PEGUAM

JENIS

LOKMAN ADAM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: