Isnin, 20 Januari 2025

DEMO LAWAN RASUAH


SABTU 25.1.25

DEMO LAWAN

RASUAH

HIMPUN DI SOGO

JAM 2 PETANG

BERARAK KE

DATARAN MERDEKA

KHALAS

LOKMAN ADAM TETAP LOKMAN ADAM


LOKMAN ADAM

TETAP

LOKMAN ADAM

KHALAS

SAEKOR MALAON DI LANTIK



Terirudin mungkin ikut perintah orang atas isu titah adendum, kata Zaid

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim menggesa semua pihak bersikap adil terhadap hakim Mahkamah Persekutuan yang baru dilantik Ahmad Terrirudin Mohd Salleh di tengah-tengah tuntutan peletakan jawatannya.

Pengkritik mendakwa Ahmad Terrirudin bertanggungjawab menyembunyikan titah adendum yang menetapkan bekas perdana menteri Najib Razak harus menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

“Mari berlaku adil kepadanya. Bagaimana jika dia hanya mengikut arahan? Bagaimana jika seseorang yang lebih tinggi mengarahkannya untuk menyembunyikannya?” soal Zaid dalam catatan media sosial.

Kenyataan Zaid itu dibuat sebagai menjawab tuduhan yang mengaitkan Ahmad Terrirudin, semasa menjadi peguam negara, dengan pengendalian titah adendum itu yang kini menjadi kontroversi.

Bekas menteri itu mempersoalkan sama ada Ahmad Terriruddin, sebagai penjawat awam, hanya berpegang kepada mantera “menurut perintah”.

“Bagaimana jika, kerana taat dan setia, dia diberi ganjaran dan dengan itu dinaikkan ke Mahkamah Persekutuan? Patutkah dia meletakkan jawatan?” soalnya.

Menurutnya, adalah lebih baik untuk polis menentukan sama ada wujud konspirasi, seperti yang didakwa Khairy Jamaluddin, untuk menyembunyikan titah tambahan itu.

Bagaimanapun, Zaid meragui bahawa polis akan mengaitkan mana-mana pihak atasan dalam konspirasi sedemikian.

"Inilah sebabnya saya sebelum ini mencadangkan agar perdana menteri dan seluruh kabinet meletakkan jawatan," tambahnya, sambil menyatakan bahawa "menyembunyikan" titah adendum itu merupakan tindakan yang menyalahi undang-undang.

Zaid menjawab soalan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, yang mendakwa bekas peguam negara itu sepatutnya mengakui kewujudan titah adendum itu dan membahaskan kesahihannya dan bukannya menyembunyikannya.

Sebelum ini, pendahulu Terrirudin, Mohamed Apandi Ali juga menggesa dia disingkirkan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.

Apandi berkata Terrirudin dan penggantinya, peguam negara semasa Mohd Dusuki Mokhtar, harus digugurkan kerana tidak telus mengenai kewujudan titah adendum itu.

Semalam, Umno Gua Musang, yang diketuai ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah, berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu bertanggungjawab berhubung isu itu.

WOIT

MALAON INI

DILANTIK

UNTUK IKUT

ARAHAN

KAH KAH KAH

MANA ADA

YANG NGOK

DILANTIK JIKA

TAK SEDIA JADI

MACHAI

KAH KAH KAH

KHALAS

OKU DISERANG - PEGUAM AKAN SAMAN


Individu serang lelaki OKU bakal disaman RM1 juta, G57 harap keluarga tak tarik balik laporan polis

  INSIDEN seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dengan masalah mental dibelasah beberapa individu mendapat perhatian Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57).

Susulan kejadian menyayat hati di pasar tani di Chukai, Terengganu pada pagi Jumaat itu, Pengerusi G57,  Zulkarnain Mahdar berkata pihaknya sedia untuk menyaman individu yang terlibat sebanyak RM1 juta.

Saman berkenaan sebagai pampasan kerana mengasari dan mencederakan mangsa OKU terbabit dan satu amaran keras kepada penganiayaan dan penindasan terhadap golongan tidak berdaya.

“Saman ini adalah nilai yang perlu dikenakan ke atas kumpulan penyerang itu kerana bertindak di luar batas undang-undang.

“Kumpulan peguam kami akan menghubungi keluarga lelaki itu bagi berbincang dan berharap mereka bersetuju untuk memulakan proses saman,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Zulkarnain turut mengaitkan insiden itu dengan penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.

“Rakyat Malaysia tidak seharusnya double standard dalam memperjuangkan prinsip kemanusiaan.

“Kita menentang kekejaman Israel, tetapi pada waktu sama kejadian menimpa lelaki OKU itu jelas menggambarkan perilaku yang serupa dengan negara haram berkenaan,” ujarnya.

Tambah Zulkarnain, dia berharap keluarga mangsa tidak menarik semula laporan polis yang dibuat.

“Kami juga bersedia untuk melangsaikan kerugian peniaga yang terjejas akibat kesilapan mangsa OKU terbabit,” katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan mangsa diseret di atas jalan serta ditendang di bahagian badan dan kepala mengakibatkan kecederaan pada muka.

Ketegangan dikatakan bermula apabila mangsa yang menunggang motosikal melanggar sebuah gerai di pasar tani itu sehingga menyebabkan barangan jualan bertaburan.

Pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. – mStar

MEREKA YANG

SERANG OKU

WAJIB DI DAKWA

DI DENDA BERAT

AMIN

AJARAN PADA

YANG LAIN

AMIN

KHALAS

TANGKAP DAN DAKWA


TANGKAP

DAN

DAKWA

AMIN

PUKUL OKU OTAK KURANG AJAR

 

PUKUL OKU

KERANA OTAK

KURANG AJAR

KHALAS

Unknown commented on 
"SCAM CHINA KE 
SCAM MELAYU ?"

tak apa, oku kan ada. boleh balun sesuka hati.

Unknown commented on 
"TANGKAP ZAHID - 
LAWAN RASUAH"

pukul oku amalan serta ajaran puak tt. lepas tu salahkan blackrock dan bukan melayu. Kah kah kah!

NEGARA ZALIM 50 BERDEMO ADALAH HEBAT



DALAM NEGARA

ZALIM 50 ORANG

BERDEMO 

ADALAH

HEBAT

AMIN

Unknown commented on 
"DEMO HINGGA KE PRU16"

demo sampai semua orang faham... dan turun demo... demo tak sampai 50 orang lebih baik buat reunion sekolah je.. kah kah kah


Unknown commented on 
"DEMO HINGGA KE PRU16"

demo demi demo turun & turun jlnraya hingga pilihanraya peluang bukti,usaha yang tak putus asa, ujian pada sesiapa yang terbaik niat dan amalannya sebab ini real bukan teater?!;

PAGI INI


PAGI INI


SENIN 20 JANUARI 2025
KITA HEBOH DENGAN KES OKU
SOSOK OKU INI KENA PUKUL
KENA BELASAH DALAM HUJAN
INI LAPORAN MEDIA SOSIAL
POLIS DAH TAHAN
MALAON YANG MEMUKUL

DILAPORKAN
SI OKU INI NAIK MOTOR
MOTOR KENA TENDANG
KENA KUALI CHOW KUEH TIOW
LALU KENA PUKUL

DI LAPORKAN
MAMAT OKU INI
SAKIT OTAK
MAKA HAIRAN DALAM KAMPUNG
DALAM PASAR TANI
DALAM PEKAN KECIL
MUSTAHIL SOSOK INI
TIDAK DI KENALI
INI BERLAKU BUKAN
DI KL ATAU DI NEW YORK
INI  TERJADI DALAM PEKAN  KECIL
PASTI OKU DIKENALI UMUM

JENG JENG JENG
SAMPAI PULAK PEGUAM
NAK SAMAN 1 JUTA
INI PEGUAM UMNO KE?
NAK AMBIK KESEMPATAN
NAK TUNJUK NEGERI  ISLAM PAS
PERKARA INI BERLAKU

APA PUN TIDAK LIHAT
APA AKAN TERJADI
APAKAH  YANG DI TAHAN
AKAN DI DAKWA

BIASANYA DI KAMPUNG
JIKA BERLAKU SELISEH FAHAM
AKAN ADA ORANG TENGAH MASUK
SELESAIKAN
BUAT BACA DOA SELAMAT
MAKAN MAKAN
BERSALAMAN MINTA MAAF
ADIK KAKAK

TAK PERLU POLIS
TAK PERLU MAHKAMAH
TAK PERLU SAMAN

BUDAYA INI MAKIN
BERKURANG
MODEN KONON
KAH KAH KAH

AMERIKA
HARI INI TRUMP ANGKAT SUMPAH
KEMARIN DIA BERCERAMAH
PADA PENYOKONG
DAH SEDIA ADA
200+++ ARAHAN EKSEKUTIF
ARAHAN PERTAMA HALAU
PENDATANG HARAM

GAZA
GENCATAN SENJATA BERJALAN
ISREAL BEBASKAN 90 TAWANAN
HAMAS JUGA BEBASKAN
3 TAWANAN

AMERIKA
TRUMP MAHU
HIDUPKAN KEMBALI TIK TOK
YANG DI HARAM
DI AMERIKA

GAZA
RIBUAN PENDUDUK GAZA
MULA PULANG KE  TEMPAT ASAL
RUMAH SEMUA
DAH  RUNTUH

ISRAEL
PARTI KUASA YAHUDI
KELUAR DARI KERAJAAN
KERANA TAK SOKONG
GENCATAN SENJATA
MAKIN RAMAI MENTERI
TAK SETUJU GENCATAN

HOKKIEN
PAGI INI KELAM BASAH
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
MATA HARI TIDAK KELIHATAN
LANGIT PUCAT KELAM

TERDENGAR SUARA
MACAM BURUNG MERBAH
JAUH TERDENGAR SUARA TERKUKUR
CUACA DI PAGI KELAM
TIDAK MEMANGGIL UNGGAS KELUAR

GUA RASA
HARI AKAN PANAS
PEGAWAI KAJI CUACA LE CHATEAU
TUAN TAK TAK
SUDAH MENJALAR
DI BALKONI

PETANG HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI

BRO
SENYUM
SENYUM
PAGI SENIN

KAMALA KELUAR DI IKUTI BIDEN
MEMANAS BADAN MEMBAKAR BARA
DONALD TRUMP MASUK JADI PRESIDEN
DUNIA GENTAR AKAN HURU HARA

BUAT MEJA DARI KAYU JATI
MEJA DIBUAT UNTUK BERJUDI
DUNIA MENUNGGU APA AKAN JADI
CHINA DAN RUSIA DUDUK MENANTI

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKERJA