Jumaat, 24 Januari 2025

AL-FATAH & PLO JADI MUSUH PALESTIN DI TEBING BARAT

 


WARGA PALESTIN

DI TEBING BARAT

HADAPI DUA MUSUH

AMIN

ZIONIS BLACKROCK

DAN

AL-FATAH & PLO

KHALAS

HAMAS MASIH MENTADBIR GAZA

 

HAMAS MASIH

MENTADBIR GAZA

KHALAS

ZIONIS BLACKROCK INGKAR GENCATAN SENJATA

 

GENCATAN SENJATA

DI INGKARI ZIONIS

AMIN

KERAJAAN ANWAR BLACKROCK LEBIH JAHAT DARI KERAJAAN MADEY

 

KERAJAAN ANWAR

BLACK ROCK

LEBIH JAHAT DARI

KERAJAAN MADEY

KATA PEGUAM

AMIN

MAT SABU KATA TURUN TURUN - TURUN BERDEMO


MAT SABU KATA

TURUN TURUN

TURUN BERDEMO

KHALAS

KITA TURUN BERDEMO KITA LAWAN RASUAH


Suhakam gesa benarkan himpunan Sogo, persoal syarat penganjur dapat kebenaran 'pemilik premis'


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini tampil menyeru pihak berkuasa membenarkan sebuah perhimpunan anti-rasuah yang dijadualkan di Kuala Lumpur esok, di sebalik usaha kerajaan dan polis menghalang perhimpunan itu dengan meletakkan syarat penganjur mendapatkan kebenaran daripada pemilik dan penghuni dua tempat awam itu di mana perhimpunan itu akan diadakan.

Pengerusi Suhakam, Mohd Hishamudin Yunus berkata syarat yang dikenakan kepada penganjur adalah tidak relevan kerana kedua-dua Dataran Merdeka dan kawasan luar pusat beli-belah Sogo merupakan tempat awam.

Beliau berkata Akta Perhimpunan Aman (PAA) menetapkan penganjur hanya perlu memaklumkan kepada polis lima hari sebelum perhimpunan bagi memastikan ia berjalan lancar.

"Pendirian Suhakam ialah perhimpunan itu dibenarkan," kata Hishamudin memberitahu MalaysiaNow ketika ditanya mengenai pendirian Suhakam mengenai perkara itu.

"Isu mendapat kebenaran tuan punya premis tak timbul sebab diadakan di tempat awam dan bukan dalam kawasan harta peribadi sesiapa," katanya sambil menambah hak untuk berhimpun termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Polis sebelum ini mendakwa perhimpunan anjuran Sekretariat Rakyat Benci Rasuah itu melanggar PAA dengan alasan penganjur tidak mendapat kebenaran daripada pemilik premis, pendirian yang diulangi Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution.

Peguam Zaid Malek berkata, bukan sahaja syarat dikenakan kerajaan dan polis itu tidak masuk akal, ia juga menunjukkan sikap hipokrit gabungan Pakatan Harapan (PH).

"Taktik mengenakan syarat yang melanggar undang-undang dan tidak wajar ini merupakan taktik yang kita pernah lihat sebelum ini di bawah kerajaan BN, dan ia adalah memualkan jika ia diteruskan kerajaan perpaduan yang dipimpin PH," kata Zaid, yang juga peguam kepada sekretariat penganjur.

Perhimpunan itu dirancang akan bermula di luar pusat beli-belah Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka, dua kawasan yang menjadi tumpuan pelbagai protes anjuran PH selama lebih dua dekad gabungan itu menjadi pembangkang.

"Semasa Bersih 4, pemimpin PH mengecam tuntutan serupa oleh polis untuk mendapatkan kebenaran memasuki Dataran Merdeka. Oleh itu, Saifuddin Nasution dan kerajaan Madani bersikap hipokrit dalam mendesak kami mendapatkan kebenaran untuk berarak ke Dataran," kata Zaid.

Zaid berkata penganjur telah mematuhi sepenuhnya PAA.

"Tidak timbul soal kebenaran daripada pemilik atau penghuni premis kerana perhimpunan itu akan diadakan di tempat awam. Dataran Merdeka dan jalan di hadapan Sogo adalah 'tempat awam' di bawah Seksyen 3 Akta Perhimpunan Awam," katanya, sambil berkata polis tidak melayan permintaan penganjur untuk bertemu berbincang perkara itu.

"Ia menunjukkan niat mereka untuk menghalang perhimpunan itu daripada berlangsung."

TURUN TURUN

KITA TURUN

BERDEMO

AMIN

KITA

LAWAN RASUAH

AMIN

KHALAS

AWAS !!! BANGLA MENYAMAR JADI DOKTOR



Imigresen, KKM serbu 10 klinik haram, tahan 10 warga Bangladesh menyamar doktor

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu 10 premis di ibu kota yang disyaki beroperasi sebagai klinik secara haram sejak setahun lalu dan berhasil menahan 10 lelaki warga Bangladesh menyamar sebagai doktor di setiap tempat terbabit.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban, berkata JIM bersama Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan operasi khas terhadap 10 lokasi membabitkan enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu dan satu di Jalan Silang semalam.

Beliau berkata, operasi yang bermula jam 11.45 pagi itu membabitkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa (Farmasi) KKM Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Operasi dibantu pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, operasi ini turut disertai Timbalan Ketua Pengarah Operasi Imigresen, Jafri Embok Taha; Pengarah Bahagian Perisikan Dan Operasi Khas, Mohamad Anas Mohamad Dzarib; Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mohd Zawawi Abdullah dan Timbalan Pengarah, Cawangan Perisikan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mohd Azaruddin Jais.

"Berdasarkan aduan awam dan maklumat risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi diatur gerak ke lokasi premis perniagaan dan berjaya menahan 10 orang lelaki warga Bangladesh berusia di antara 31 hingga 50 tahun.

"Semakan awal, mendapati seorang yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Sektor Perkhidmatan, enam orang memiliki PLKS Sektor Pembinaan, dua orang tinggal lebih masa, manakala seorang lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini," katanya.

Beliau berkata, pasukan operasi merampas peralatan doktor palsu, ubat-ubatan dan wang tunai RM800 dipercayai adalah hasil rawatan dan jualan ubat.

"KKM juga merampas sebanyak 502 jenis ubat tidak berdaftar dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM265,192.00.

"Warga asing ini disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun 1952, Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Racun (Bahan bahan Psikotropik) 1989, dan Peraturam 7(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.

Zakaria berkata, modus operandi digunakan adalah menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit melalui doktor warga Bangladesh yang tidak bertauliah dengan menyasar warga negara terbabit sahaja.

"Ubat-ubatan yang dijual mereka tidak berdaftar dan tiada kelulusan KKM yang dibawa masuk oleh warga Bangladesh yang datang sebagai pelancong dengan bayaran sebanyak RM200 hingga RM500 setiap seorang.

"Kegiatan ini berselindung di sebalik kedai makan atau kedai runcit bagi mengaburi pihak berkuasa. Bayaran rawatan dan penjualan ubat-ubatan yang dikenakan adalah sebanyak RM50 hingga RM200 bagi setiap pelanggan warga Bangladesh dan dipercayai telah beroperasi selama satu tahun.

"Kesemua warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, dua lelaki warga Bangladesh dan enam wanita tempatan diberi notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

PENDATANG

HARAM SEPERTI

INI BAWA BAHAYA

AMIN

MENYAMAR DOKTOR

JUAL RACUN

SEBAGAI UBAT 

PADA WARGA

NEGARA

AMIN

WAJIB DI KENAKAN

HUKUMAN BERAT

KHALAS

HANYA SATU JAWABPAN - LAWAN !!!

 



Penduduk pulang ke Gaza disambut bau mayat mereput


KAHERAH: Penduduk yang mula pulang ke Gaza disambut suasana suram dengan bau mayat mereput dan kemusnahan hampir kesemua kawasan perumahan yang ditinggalkan sejak perang Israel Hamas bermual 15 bulan lalu.

Difahamkan, sejumlah besar mayat masih tertimbus dibawah runtuhan bangunan dan belum dapat dikeluarkan lagi susulan musim sejuk yang sudah bermula memerlukan penduduk yang masih hidup menyediakan tempat berlindung.

Penduduk Palestin di utara Gaza semalam mula melakukan persiapan dengan menyediakan khemah untuk ahli keluarga yang hilang tempat tinggal, dua hari sebelum mereka dijangka kembali ke rumah masing-masing.

Sekumpulan lelaki mula mendirikan deretan khemah putih di kawasan lapang dikelilingi bangunan musnah untuk menerima keluarga yang merancang kembali ke utara, esok.

Persiapan itu dibuat ketika kumpulan pejuang Hamas dijadual membebaskan kumpulan kedua tebusan sebagai pertukaran bagi puluhan warga Palestin yang dipenjarakan Israel, seperti dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata.

Ramai daripada ratusan ribu warga Palestin yang dijangka kembali ke utara Gaza akan pulang ke rumah yang musnah akibat serangan ketenteraan Israel selama 15 bulan, membunuh lebih 47,000 penduduk wilayah itu.

Pada Oktober lalu, pasukan Israel kembali ke utara Gaza dalam operasi besar-besaran anti-Hamas yang menumpukan pada kem pelarian Jabalia berhampiran Bandar Gaza, Beit Hanoun dan Beit Lahiya.

Operasi itu mengakibatkan penduduk kawasan berkenaan melarikan diri dan sebahagian besar bangunan di situ dirobohkan.

Hamas dalam kenyataan semalam, berkata keluarga yang hilang tempat tinggal akan mula kembali ke utara Gaza selepas pertukaran tebusan selesai esok, selain pasukan Israel berundur dari jalan pesisir menuju ke utara.

Katanya, orang ramai akan dibenarkan pulang dengan berjalan kaki melalui jalan pesisir, beberapa kilometer ke kawasan rasmi di utara sebelum boleh cuba mendapatkan kenderaan yang akan diperiksa di pusat pemeriksaan.

Hamas juga menegaskan, individu yang kembali ke utara Gaza tidak dibenarkan membawa senjata.

Sekurang-kurangnya empat tebusan dijangka diserahkan kepada Israel, esok.

Sementara itu, pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata kumpulan itu sedang berhubung dengan beberapa pihak Arab dan antarabangsa yang akan membantu operasi membawa pulang dan bantuan, termasuk menyediakan khemah.

Beliau berkata, Hamas yang mentadbir wilayah itu akan segera memulakan usaha membaiki rumah yang tidak musnah sepenuhnya.

"Kami akan menggunakan semua kemampuan untuk membantu rakyat. Majlis perbandaran sudah merancang untuk menyambut keluarga yang kembali ke utara, termasuk mendirikan khemah untuk mereka," katanya.

Di Jabalia, ramai yang sudah kembali mendiami rumah mereka yang rosak, menyalakan api untuk cuba memanaskan badan anak-anak mereka.

Mengenai kebimbangan rakyat Palestin terhadap pelaksanaan gencatan senjata itu, perkhidmatan kecemasan awam tempatan melaporkan, dua penduduk Gaza di Rafah terbunuh susulan bedilan kereta kebal Israel.

Tentera Israel dalam kenyataan pula berkata, askar melepaskan tembakan ke arah individu bersenjata di Rafah, namun tidak menyatakan sama ada pihak terbabit terkena tembakan atau sebaliknya.

Tentera juga memaklumkan pihaknya melepaskan tembakan ke arah individu di lokasi berbeza di Gaza, tetapi tidak mengesahkan sama ada berlaku kecederaan atau kematian. - REUTERS

HANYA SATU

JAWABPAN 

AMIN

LAWAN TERUS

HINGGA NEGARA

PALESTIN

BEBAS MERDEKA

KHALAS

HIZBULLAH BERI PERINGATAN !!!


HIZBULLAH BERI

PERINGATAN !!!

AMIN

KEMPEN TRUMP SAMPAI KE KUALA LUMPUR


KEMPEN TRUMP

SAMPAI 

KE KUALA LUMPUR

AMIN

DATARAN MERDEKA MILIK KITA SEMUA



DATARAN MERDEKA

MILIK KITA SEMUA

AMIN

Unknown commented on
 "DATARAN MERDEKA
 MILIK KITA SEMUA"

tak sapa punya dataran merdeka jadi rakyat merdeka berhimpun lagi Aman lagi benci rasuah blackrock & pakatan terhormat 3R kahkahkah demo & TURUN ramai2

ESOK PETANG JUMPA DI SOGO


ESOK PETANG

JUMPA DI SOGO

AMIN

Unknown commented on
 "DEMO SABTU INI DI DATARAN"

pm eksekutif pusat sekarang pun main jalanan jlnraya & Adam adli fahmi fadhil dll!! aiseyman jgn marah kahkahkah putarjaya TURUN bagi org lain pulak!


Unknown commented on 
"TURUN DEMO 
LAWAN RASUAH - SABTU INI"

Semua tahu siapa jenama mencuri duit negara, siapa merasuah paling terkaya, siapa proksi siapa boneka siapa tukang atur susur cerita sinopsis lakon layar adegan semuanya bermula dalam agenda daulah terpendam kah kah kah lain-lain tukang turut tukang pengikut setia tanpa mengetahui perancangan ulung dalaman kah kah kah


Unknown commented on 
"TURUN DEMO LAWAN RASUAH - 
SABTU INI"

yang tak berkuasa kita sama2 boleh buat banyak demo demi kebaikan rakyat tak peduli halangan ugutan dari k'jaan madani terhormat 3R sebab perlembagaan benarkan himpunan Aman bukan nak buat apa2 kat bukit Aman kahkahkah titah perlembagaan polis BERSIH berkhidmat jaga rakyat & negara!!

KITA BERDEMO SABTU INI


KITA BERDEMO

SABTU INI

KHALAS

ZIONIS DAN MADANI


ZIONIS DAN MADANI


Saya menjadi sosok buruan politik bermula pada subuh Ahad    8 Disember 1974. Pada subuh itu  Polis , FRU,  Polis Hutan dan Special Branch telah masuk menyerbu ke dalam kampus Universiti Malaya. Nama saya tersenarai untuk di tangkap. Pada subuh itu -  saya seorang setinggan di Kolej Ke Tujuh berjaya melarikan diri.

Saya melintasi beberapa benua sebagai pelarian politik. Saya tahu apa itu penjara. Saya mengalami perasaan takut dan gentar  jika ditangkap.

Saya faham apa itu penindasan. Saya mendengar dan melihat apa itu penindasan. Saya sendiri mendengar, melihat dan mengalami apa itu  kezaliman.  Saya sendiri melalui menjadi orang pelarian tanpa negara.  Saya juga pernah menjadi pendatang haram. Menumpang  secara gelap tanpa kedudukan yang sah di Pakistan.

Ketika saya sampai ke Belgium tahun 1982 musim salji dan musim dingin menyambut saya.  Menjejak kaki ke  Rumah Pelarian di 14 Rue Pere Damien  Braine  le-Comte saya menjadi bisu dan  buta huruf. Tidak tahu sepatah pun perkataan Peranchis atau Belanda. 

Malam pertama di Belgium saya menginap di Rumah Pelarian yang di dirikan oleh komuniti Katolik sesudah Perang Dunia Ke Dua. Sejarah  rumah  ini ialah menyambut  dan memberi perlindungan kepada mangsa pelarian perang – masyarakat  Yahudi yang di zalimi oleh Hitler.

Ketika   di Braine le-Comte saya sampai bukan sebagai pelarian perang tapi  orang pelarian   dari penindasan dan  kezaliman. Saya melarikan diri dari  kezaliman kerajaan United Malays National Organisation.

Kesah kezaliman dan cerita Perang Dunia Ke Dua ini telah banyak saya ketahui. Ada melalui  buku cerita, buku sejarah  dan banyak sekali  melalui filem yang saya tonton di Panggung Ruby Kuala Klawang.

Malah di Panggung Ruby saya mengenali bahaya perang dan azab sengsara perang. Filem seperti The Guns of Navarone dan  Two Women membuka mata saya untuk memahami  perang. Ketika ini saya tidak tahu mendalam tentang Yahudi atau Nazi. 

Di Belgium dan di Eropah saya berpeluang  mendengar sendiri dari mulut sosok-sosok Yahudi  yang di zalimi oleh Hitler. Kenalan saya Robin anak muda Yahudi dari Luxembourg bercerita bagaimana hampir ke semua keluarga ibunya mati dalam penjara  kem tahanan Yahudi di Poland.

Dunia diberitahu bagaimana Hitler dan kaum Nazi telah menzalimi masyarakat Yahudi di Eropah.  Kem-kem tahanan di dirikan di German, di Poland atau di Austria untuk memenjarakan Yahudi. Nama seperti Auschwitz, Bergen dan Dachau  adalah nama kem tahanan di mana Yahudi – kecil tua  muda – lelaki dan perempuan -  dikumpulkan sebelum dibunuh beramai-ramai  melalui gas beracun.

Saya juga berpeluang  membaca  surah-surah sejarah tentang bagaimana Yahudi ditangkap dan di seksa di German.  Dari buku sejarah saya mendapat tahu bagaimana Hitler membangunkan Parti Nazi. Saya mula mendengar nama seperti Goebbels dan Himmler.  Saya juga  mengetahui apa itu SS dan Gestapo  - polis rahsia Hitler. 

Saya membaca dan memahami bagaimana Hitler menuduh, mencerca , menangkap dan memenjarakan musuh politiknya. Dan  akhirnya Hitler berkuasa untuk  menjadi Canselor German.

Dari filem saya menyaksikan  bagaimana rumah dan bangunan runtuh dibom. Pekan, bandar . sekolah dan bangunan awam di bedil terbarai oleh kereta kebal Nazi dalam Perang Dunia Ke Dua.

Dari filem juga saya melihat bagaimana masyarakat Yahudi diperlakukan dalam tahanan.  Anak-anak kecil di pisah dari ibu. Ayah  ditembak mati untuk menyelamatkan keluarga. 

Saya sendiri melihat benteng-benteng batu di sempadan German dan Belgium yang dirikan untuk menghalang kemasukan kereta kebal. Di Belgium saya juga  dapat melihat bangkai kereta kebal yang masih tersadai di tepi pantai. 

Saya membaca sejarah  Holocaust  dimana lebih dari 6 juta suku sakat kaum Yahudi  telah bunuh dan di dimusnahkan  dalam Perang Dunia Ke Dua. 

Sah dan terbukti Bani Yahudi dizalimi, di penjara dan dibunuh. Sah dan terbukti masyarakat Yahudi  dan sesiapa saja yang melawan kezaliman ini walau pun bukan Yahudi akan di zalimi sama oleh Hitler.

Beralih ke 8 Oktober 2023. Beralih dari German ke Palestin. Beralih dari Berlin ke Gaza dan ke Tebing Barat. Kita melihat bagaimana Yahudi Zionis telah  menangkap, memenjara dan membunuh warga Palestin.

Kita lihat kereta kebal Zionis Blackrock meledakkan rumah , sekolah, hospital , gereja dan masjid. Kita melihat anak-anak mati dalam pelukan ibu. Kita lihat ayah mati di hadapan mata anak. Kita lihat tangisan tanpa henti bila bom memusnah  bukan  sebuah rumah tapi menghancurkan satu kampung.

Buku sejarah Gaza belum di tulis. Filem – The Guns of Gaza  atau The Women of Gaza belum di buat. Tetap ingatan kita masih cerah segar tentang kezaliman Zionis Yahudi Blackrock terhadap warga Palestin. 

Mustahil pada awal 2025 ini ada sosok dalam dunia ini yang tidak sedar apa yang  telah dan yang sedang dilakukan oleh Zionis Israel Blackrock di Gaza dan di Tebing Barat. Mustahil ada yang tidak tahu apa itu genosid.

Sosok yang tidak tahu genosid - pembunuhan beramai-ramai di Palestin pada 2025 hanyalah sosok yang sedang mati  dan yang belum lahir.

Pada 1930  Parti Nazi sedang berkempen mencari kuasa di German. Pada tahun 1940’an Zionis  pula berkempen untuk mendirikan negara.  Mari kita beralih ke 1948 di Israel  ketika kaum  Zionis telah berkuasa.   Auschwitz  1945 kini menjadi    Khan Yunus 2024.

Dari Khan Yunus  saya bawa para pembaca beralih ke Malaysia. Dari tahun 1998 ke 2018   rakyat Malaysia yang ingin menegak keadilan   berjuang  menentang dan melawan kezaliman kerajaan   Mahathir a.k.a Mahafiraun dan kerajaan pencuri bernama Najib Razak.

Ramai warga ditangkap. Ramai warga  di dakwa. Ramai dibedil dengan gas pemedih mata. Ramai  merasa di tembak oleh air  gas beracun.  Ramai juga di denda. Ramai juga masuk ke dalam penjara.

Seperti di Berlin,  seperti di Gaza -  anak muda mahasiswa abang dan kakak di Malaysia  terus  bangun melawan. Beratus ribu turun ke jalan raya. Aksi dan bentrokkan berlaku disana sini. Polis dan FRU mengganas. Polis rahsia SB terus mengintip mencari sosok yang berani melawan.

Laman blog, laman berita dan laluan Internet di kawal rapi. Malah blog saya Tukartiub dipadamkan di zaman Najib Razak berkuasa.  Segala macam akta dan undang-undang untuk mematahkan semangat juang digunakan.  Hukum hakam digunakan untuk menakutkan sesiapa yang berani bersuara.  Akta ISA dan Akta Hasutan 1948 menjadi raja. 

Tapi  rakyat yang tertindas  dari tahun 1998 ke 2018 tidak gentar. Rakyat yang cinta keadilan  terus melawan. Akhirnya  seperti Parti Hitler berjaya mendapat kuasa di Berlin pada 30 Januari 1930  Parti Anwar Ibrahim Blackrock juga mendapat Kuasa di Putrajaya dan mendirikan Kerajaan Madani  pada 24 November 2022.

Dari sini saya bawa pembaca beralih untuk mengingati arwah Profesor Edward Said (1935-2003) intelektual dan pemikir dari Palestin.  Edward pernah berkata : “ Kami datang dari sejarah kebencian dan penindasan. Tetapi ini tidak mengecualikan keupayaan kita, sebagai orang yang tertindas, untuk menjadi penindas..”

Beralih ke 2025 kita melihat bagaimana kerajaan Madani Anwar Ibrahim Blackrock menjadi kerajaan yang menindas. Satu ketika dulu bengolan-bengolan dan kuncu-kuncu Anwar Ibrahim Blackrock ini menentang kezaliman. Mereka melawan penindasan. 

Satu ketika dulu kuncu-kuncu Anwar Ibrahim Blackrock  menentang wujudnya Akta Hasutan 1948. Hari ini mereka menghidupkan Akta Hasutan  1948 . Kini kerajaan Madani mendakwa kiri dan  kanan sesiapa sahaja yang berani bersuara.

Satu ketika  dulu kuncu-kuncu Anwar Ibrahim Blackrock mahu segala akta zalim dan menindas ini di hapuskan. Kebebasan bersuara di benarkan. Berhimpun, berkumpul menunjuk perasaan  tidak dihalang.

Satu ketika dulu kuncu-kuncu Anwar Ibrahim Blackrock mahu  rakyat bersuara bebas melalui Internet. Mahu media cetak  tidak di kekang.

Menegak keadilan, melawan rasuah, menobatkan hak  kebebasan bersuara kini tidak lagi menjadi tiang seri perjuangan Anwar Ibrahim Blackrock. Semua berubah bila mendapat kuasa.

Tidak cukup dengan ini Anwar Ibrahim BlackRock menakut-nakutkan orang ramai  dengan apa yang di panggil 3R. Walhal 3R ini tidak wujud. Ianya diguna oleh kerajaan Madani untuk menakutkan rakyat. 

Hitler menggunakan Gestapo – polis rahsia – untuk menakutkan rakyat German. Zionis Israel mengguna Shin Beth dan Mossad untuk menakutkan rakyat Palestin.  Madani  hari ini menggunakan SB dan SKMM sama seperti Zionis menggunakan Shin Beth dan Mossad.

Satu ketika dulu ramai benggolan dan kuncu-kuncu Anwar Ibrahim Blackrock akan keluar berdemo di jalan raya untuk melawan Mahathir  dan Najib. Hari ini  benggolan Madani yang bersarang  di tampuk kuasa ini sedang melarang dan akan menangkap sesiapa saja yang berani turun ke jalan  raya menunjuk perasaan.

Satu ketika dulu kuncu-kuncu Anwar Ibrahim Blackrock semuanya menentang rasuah.  Hari ini kerajaan Madani  telah membebaskan para rasuah. Rasuah tidak lagi di tentang. Malah kerajaan Madani Blackrock sedang melarang dan menangkap  sesiapa sahaja yang berani turun ke jalan raya  melawan rasuah.

Betul kata Edward Said. Yahudi satu ketika dulu di seksa, dizalimi dan dibunuh oleh Hitler di Eropah. Hari ini Yahudi  telah menjadi penzalim. Satu ketika dulu Yahudi di zalimi Nazi hari ini Yahudi menzalimi Palestin. 

Betul kata Edward Said orang tertindas berupaya juga menjadi penindas. Inilah yang sedang berlaku kepada kerajaan Madani Anwar Ibrahim Blackrock. 

Anwar Ibrahim Blackrock yang melawan kezaliman Mahathir Mahafiraun kini telah berubah. Kerajaan Madani  telah menjadi lebih zalim dari kerajaan Mahafiraun. Kerajaan Madani kini sama seperti  kerajaan Zionis.

Cukup susah untuk kita memisahkan Madani dengan Zionis. Amin (TT)
 
TULISAN  INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
BEBAS NEWS .COM
https://bebasnews.my/2025/01/24/nazi-zionis-mahafiraun-pesakau-dan-madani-satu-analisis-kritis/













UMAT ISLAM NAK CAKAP APA?




Arab Saudi rancang pelaburan AS$600 bilion dengan AS dalam tempoh 4 tahun


KUALA LUMPUR: Arab Saudi merancang untuk meluaskan pelaburan dan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh empat tahun akan datang yang dianggarkan bernilai AS$600 bilion dan mungkin lebih daripada itu.

Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), perkara itu antara topik yang dibincangkan oleh Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman ketika panggilan telefon dengan Presiden AS, Donald Trump pada petang semalam.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan peluang kerjasama antara Arab Saudi dan AS untuk menggalakkan keamanan, keselamatan, dan kestabilan di Timur Tengah selain meningkatkan kerjasama dua hala untuk memerangi keganasan.

Mereka juga membincangkan cara untuk mengeratkan hubungan dalam pelbagai bidang, dan Putera Mahkota menekankan keupayaan pentadbiran AS untuk mencipta kemakmuran dan peluang ekonomi yang tidak pernah berlaku melalui pembaharuan yang dijangka di AS.

Beliau menambah bahawa Kerajaan Arab Saudi berhasrat untuk turut serta dalam peluang perkongsian dan pelaburan ini.

Sepanjang panggilan itu, Putera Mahkota turut berkenan menyampaikan ucapan tahniah daripada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan mengucapkan tahniah secara peribadi kepada Presiden Trump atas pelantikannya sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Beliau turut mendoakan rakyat Amerika mencapai lebih banyak kemajuan dan kemakmuran di bawah kepimpinan Trump.

Sementara itu, Trump menzahirkan rasa terima kasihnya kepada Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota atas ucapan tahniah mereka.

Beliau menegaskan komitmennya untuk bekerjasama dengan Arab Saudi dalam semua perkara yang memberi manfaat kepada kepentingan kedua-dua negara.- BERNAMA

 UMAT ISLAM

NAK CAKAP

APA?

KAH KAH KAH

TOK ARAB

KAKI TIPU

DARI DULU

SAMPAI SEKARANG

KAH KAH KAH

LEPAS INI

IBRAHIM ACCORD

CIUM ZIONIS

BLACKROCK

KHALAS

PEMUDA PAS DAN BERSATU TURUT SAMA BERDEMO


SABTU INI

PEMUDA PAS

ARMADA BERSATU

TURUN SAMA

BERDEMO

AMIN