Jumaat, 17 Januari 2025
NIAGA JUAL MOHONG
NIAGA JUAL
MOHONG
AMIN
Unknown commented on
"AJENSI JUAL AGAMA"
o
Orang kita apa lagi tak tipu? Semua tipu kiri kanan atas bawah semuanya tipu belaka kemudian salahkan DAP salahkan Yahudi kerja siang malam woit kah atau tidak langsung menjadi duta harapan kah kah kah
Unknown commented on
"INDUSTRI JUAL AGAMA"
Saja tanya orang politik jual agama salah atau tidak? Berlakon alim ulama tetapi kuat mohong siang malam? Tolong beri pencerahan sedikit atau kena tanya ustaz Azhar Idrus? Kah kah kah
TURUN JALAN RAYA MENANG PILIHANRAYA
TURUN JALAN RAYA MENANG
PILIHAN RAYA
Wajib diberitahu disini bahawa tunjuk perasaan atau demo sahaja tidak akan menjatuhkan kerajaan. Saya ulang - demo sahaja tidak akan menjatuhkan kerajaan. Wajib wujud syarat dan hukum-hukum yang lain yang sama seiring berjalan dengan tunjuk perasaan.
Saya telah bersurah memberi pencerahan bagaimana kerajaan Iran di bawah Shah Reza Pahlavi runtuh pada 11 Februari 1979. Saya telah menggunakan Revolusi Iran sebagai rujukan untuk kita memahami teori dan praktis politik jalan raya.
Ketika revolusi Iran sedang berjalan - dari pandangan mata kasar - kita terbaca dan terlihat ribuan rakyat Iran turun ke jalan raya. Bukan sehari bukan dua hari tapi berminggu-minggu jalan raya di Tehran, di Mashhad atau di Bandar Abbas di penuhi oleh para penunjuk perasan.
Mak Cik, Minah, Kakak , Pak Lebai, Pak Haji, Mullah, Imam , Tok Kadi , Ayatollah, Pelajar, Mahasiswa, Anak Muda, Abang , Ayah dan Adik semua turun berdemo. Semua melaungkan : Marga Shah – Mampus Shah anjing Amerika. Semua sehati sejiwa dengan satu tuntutan : Jatuhkan kerajaan Ahmad Reza Pahlavi. Khalas.
Ombak di Tehran ini meluas dan dibaca di seluruh dunia. Warga Iran di luar negara bersama warga asing telah keluar sama bersolidariti. Tunjuk perasaan telah merebak ke Karachi, ke London, Washington DC dan Berlin.
Ribuan rakyat diatas jalan raya ini telah memberi tekanan kepada pemerintah. Ribuan rakyat di jalan raya ini menjadikan elit politik yang berkuasa di Tehran gelabah.
Mereka mula beramuk sesama sendiri. Mereka mula tuduh menuduh. Bila ini berlaku adalah pertanda bahawa tunjuk perasaan dan demo adalah gerakan politik yang efektif. Ini bukti jalan raya menjadi wadah politik yang ampuh dan menjanjikan kejayaan.
Bertengkar sesama sendiri ? Mula tuduh menuduh? Betul kah ini ?
Kita tidak perlu pergi jauh merujuk Google untuk melihat politik Iran 1979. Lihat diri kita sendiri. Baca laporan media kita di Malaysia awal tahun ini.
Apakah kita semua lupa apa yang terjadi sebelum Senin 6 Januari 2025. Pada tarikh ini satu demo telah disusun. Para penyokong Najib mahu keluar berdemo di Putrajaya untuk menunjuk sokongan pada Najib dalam kes Titah Tambahan.
Apa terjadi ?
Belum pun demo berjalan telah berlaku perbalahan antara elit politik dalam kerajaan yang memerintah. Lim Guan dari parti DAP menyelar langkah UMNO untuk keluar berdemo. Pemuda AMK juga menyelar Dr Akmal Ketua Pemuda UMNO yang merancang demo.
Sebagai jawapan kepada Guan Eng Presiden UMNO Zahid Hamidi memperlekeh Guan Eng dengan gelaran pemimpin yang sudah ‘expired ‘. Tibai menibai berterusan. Suasana menjadi lebih hangat apabila Parti PAS mencelah masuk menyokong untuk sama turun berdemo.
Langkah PAS ini telah menjemput Anwar Ibrahim mengutuk dan mempersoalkan kejujuran PAS. Tuduh menuduh berpanjangan.
Suara sokongan muncul di sana sini. Suara membantah dan mengutuk juga muncul sama. Wal hal DAP, PKR dan UMNO adalah parti pemerintah. Mereka dalam satu pasukan yang mendirikan kerajaan. Amin.
Jangan lupa bagaimana Ketua Polis Negara masuk setakuk melarang orang ramai dari turun berdemo. Tuan OCPD Putrajaya juga mencelah sama untuk menakut-nakut orang ramai agar jangan berdemo. Tindakan akan diambil jika turun berdemo.
Jangan lupa Istana Negara juga mengeluarkan kenyataan.
Zahid sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Perdana Menteri mungkin mendapat tekanan dari Cik Gu Anwar Blackrock lalu membuat kenyataan bahawa ahli UMNO yang turun berdemo bukan dari arahan parti.
Apa-apa berlaku ditanggung sendiri. Parti UMNO tidak mengambil tanggung jawab kepada ahli yang di tangkap polis kerana berdemo menyokong Najib. UMNO dilihat retak terbelah bagi.
Kenyataan Zahid Pengerusi BN ini telah memaksa Parti MIC beralih tempat berdemo dari Putrajaya ke Batu Caves kerana takut di tangkap polis.
Bayangkan jika tidak ada demo isu Titah Tambahan dan kes rayuan Najib akan berlalu begitu saja. Tidak ada sesiapa ambil pot. Orang ramai tidak peduli apa yang berlaku pada pagi Senin itu.
Perbalahan dan pertengkaran ini berlaku kerana adanya demo. Sama ada demo ini betul, afdal, jujur atau suci sokongan terhadap Najib tidak penting. Apa yang penting disini demo itu telah menimbulkan perbalahan antara parti-parti pemerintah.
Saya amat yakin Najib di jatuhkan pada 9 Mei 2018 dalam PRU14 kerana tunjuk perasaan, kerana demo dan kerana politik jalan raya.
Tetapi awal telah saya kata kan demo TIDAK menjatuhkan kerajaan. Justeru bagaimana disini di klim Najib di jatuhkan keran demo dan politik jalan raya?
Sabar dulu biar saya berikan teori dan praktisnya. Ini kerana saya bukan sahaja terlibat bersama dan menyusun demo-demo ini malah dari pengalaman ini saya mengumpul ilmu pengetahuan. Dari ilmu dan pengalaman ini saya mengajukan teori bahawa salah satu cara untuk menjatuhkan kerajaan di negara Dunia Ke Tiga seperti di Malaysia ialah melalui politik jalan raya.
Dari fakta sejarah budaya politik jalan raya ini bukan satu yang baru. Orang Melayu dengan politik jalan raya telah berjaya membatalkan Malayan Union pada tahun 1946.
Jalan lupa titik sejarah DEMO Baling pada 3 Disember 1974 yang membawa kepada penangkapan berbelas-belas pelajar dan pensyarah. Syed Husin Ali, Ibrahim Ali, Anwar Ibrahim dan Kamarazaman Yacob adalah diantara sosok yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana Demo Baling.
Dari fakta sejarah sebelum kerajaan Najib di jatuhkan wujud Gerakan Reformasi melawan Mahathir a.k.a Mahafiraun. Penyokong Anwar Ibrahim telah keluar setiap Sabtu di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1998.
Sekali lagi Akta Keselamatan Dalam Negeri telah diguna untuk menangkap dan memenjarakan 10 aktivis Reformasi yang melawan Mahafiraun.
Dari fakta sejarah Bersih1 telah mengadakan demo pertama pada 10 November 2007. Ini permulaan menghidupkan kembali budaya politik jalan raya sesudah zaman Reformasi. Bersih meneruskan lagi budaya jalan raya dengan Bersih2, Bersih3 Bersih4 dan Bersih5.
Demo Bersih1 telah disambut oleh Demo Hindraf pada 25 November 2007. Ribuan warga India yang terpinggir telah berhimpun di hadapan Bangunan Berkembar Petronas. Akta keselamatan Dalam Negeri telah digunakan untuk menahan beberap orang pemimpin Hindraf.
Jangan kita lupakan bahawa Akta Keselamatan dalam Negeri atau ISA ini juga telah di lawan dengan demo besar pada 1 Ogos 2009. Pada 11 September 2011 akta ini telah di mansuhkan. Satu kejayaan pertama politik jalan raya.
Orang Asal juga telah menyambut budaya politik jalan raya. Pada 17 Mac 2010 mereka berhimpun di Putrajaya membantah pencerobohan ke atas tanah adat mereka.
Langkah Orang Asal ini telah di sambut oleh Majlis Peguam Negara. Para peguam dan pengamal undang-undang telah keluar berdemo di Putrajaya pada 16 Oktober 2014 untuk membatalkan Akta Hasutan 1948.
Anak muda penyokong demokrasi telah memperluaskan lagi wadah jalan aya. Mereka menyambut dan menyokong langkah Orang Asal dan Majlis Peguam. Justeru Kita Lawan disusun. Anak muda bermalam berhari hari di sebelah Dataran Merdeka pada bulan Mac 2015.
Kita juga jangan melupakan peranan Himpunan Hijau. Tahun 2012 gerakan Himpunan Hijau telah aktif berdemo menentang wujudnya kilang sisa radio aktif di Lynas Kuantan. Di penghujung tahun 2012 aktivis alam sekitar telah berdemo dan berarak dari Kuantan ke Dataran Merdeka menuju ke Parlimen.
Budaya politik jalan raya telah merebak. Lagi di tentang lagi di lawan. Gerakan menentang GST telah berdemo menyambung budaya jalan raya.
Wajib saya hitam putihkan dalam tulisan ini tentang Mahathir Muhamad yang menjadi PM selama 22 tahun. Mahathir adalah sosok yang paling anti demo. Bila saja ada demo Dr Mahathir terus beratip dengan mantra bahawa : Demo bukan budaya kita.
Hakikatnya Mahathir tahu dan sedar tentang peranan demo yang akhirnya akan membawa perubahan. Justeru pada 19 November 2016 Mahathir sendiri telah sama turun berdemo di Dataran Merdeka.
Mahathir di jalan raya di Bersih5 untuk saya adalah satu kejayaan. Sosok pemegang kuasa yang kental menolak demo kini sebaris dengan ribuan rakyat berpolitik di jalan raya.
Apa rumusan yang wajib kita fahami disini ialah demo ini ialah tunjuk perasaan. Kita berdemo untuk menunjuk perasaan kita. Ini perasaan marah yang kita tunjukkan kepada mereka yang berkuasa. Lagi ramai kita berdemo lagi besar impak terhadap politik negara. Ribuan orang di jalan raya ini akan mempengaruhi sosok-sosok di atas pagar untuk satu ketika nanti akan bersama kita.
Ribuan penunjuk perasaan di jalan raya juga menunjukkan kekuatan kita. Kekuatan kita ini seperti yang telah dirakam akan menakutkan Sang Penguasa.
Maka diri sinilah kita terjemahkan kemarahan kita dari jalan raya ke peti undi. Jalan raya itu hanya cara untuk mengolah persetujuan - untuk menghasut orang ramai agar membawa undi mereka ke peti undi.
Inilah yang telah berlaku pada 9 Mei 2018. Kemarahan dan hasutan yang telah kita susun bertahun-tahun telah berjaya kita arahkan ke peti undi. Hasilnya Najib kalah. Pada 10 Mei 2018 kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih untuk pertama kalinya.
Saya pendakwah wadah dan politik jalan raya akan terus mendakwah. Saya akan menyebarkan teori dan praktik budaya politik jalan raya ini untuk generasi sekarang dan yang akan datang. Saya akhiri dengan : Tidak turun ke jalan raya tidak akan menang pilihanraya. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
BEBAS NEWS. MY
KEMBANGKAN BUDAYA DEMO
DEMO RKYAT BENCI RASUAH
DARI SOGO KE DATARAN MERDEKA
SABTU 25 JANUARI 2025
Sekretariat Rakyat Benci Rasuah akan menganjurkan satu perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah di ibu negara pada 25 Jan ini.
Sekretariat itu yang mewakili 50 organisasi dan 38 individu menuntut tindakan segera terhadap kes rasuah melibatkan ahli politik, siasatan yang telus, dan komitmen daripada semua pemimpin politik termasuk pembangkang untuk menamatkan gejala rasuah di negara ini.
"Adakah kerajaan buta atau tuli terhadap suara rakyat? Atau adakah pembangkang lebih bebal dengan menjadikan rasuah sebagai modal politik semata-mata?
"Kami turun ke jalanan kerana itu sahaja cara suara rakyat didengari. Baru-baru ini, Perdana Menteri sendiri menasihati supaya belia usah sibuk pertahankan pemimpin rasuah. Maka, kami sambut seruan tersebut," kata mereka dalam satu kenyataan.
Perhimpunan itu dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang, dengan peserta dijadualkan berkumpul di hadapan Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Dalam kenyataannya, Sekretariat itu mempersoalkan mengapa isu-isu rasuah besar seperti skandal rasuah di Sabah yang didedahkan Malaysiakini, pelantikan pemimpin yang diragui integritinya, dan kegagalan menyelesaikan isu korupsi melibatkan ahli politik "terus disapu ke bawah karpet".
"Kerajaan Madani yang kononnya membawa slogan keadilan, kini turut bergelumang dengan isu-isu integriti. Malangnya, pembangkang juga gagal menawarkan alternatif yang lebih baik. Dalam kedua-dua belah pihak, integriti seolah-olah telah mati," katanya.
Sekretariat itu berkata rakyat kecewa dengan pelbagai skandal seperti penyelewengan dana awam berbilion ringgit dan pemimpin tertinggi yang terlepas daripada hukuman melalui "keputusan mahkamah yang meragukan".
Walaupun tidak menjelaskan secara terpeinci, ia dipercayai merujuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi pada 2023.
Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut melepas dan membebaskan isteri Najib Razak, Rosmah Mansor daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7 juta dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Kenyataan bersama itu antaranya ditandatangani Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Borneo Komrad, Muda dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), selain beberapa persatuan pelajar.
BAGUS HEBAT
ANAK MUDA
BANGUN MELAWAN
AMIN
KEMBANGKAN
BUDAYA DEMO
AMIN
JADIKAN DEMO
SENJATA POLITIK
KHALAS
SEMUA MAKANAN ENAK
SEMUA MAKANAN
ENAK TERMASUK
BURIT & PELIR
AMIN
Unknown commented on
"PAGI INI"
u are what u eat la bang... sapa makan kambing, dia baik mcm kambing la.. tuhan ckp lu jgn consume babi..sapa makan babi, dia mmg makan taik2 la.. apa nak kesah, mmg tabiat dia mcm tu..
cumanya tuhan nak bagi jd badan kita balik keadaan asal.. mcm baby suci murni sebelum masuk sorga, sbb sorga suci.. tu pun klu smpt mengucap la.. mmg kena proses balik la kot... nak kasi menitik minyak2 daging yg tumbuh dari babi tu mmg kepakaran melaykat yg kat dalam kubo tu la nnti... sama-sama la kita nnti yea...
teringat mak ak beli berger2 murah dulu tu, kembang tekak2 nie bile diingatkan.. arwah mamu CAP dolu2 ada ckp, baik punya daging babi tukang buat berger pakai.. itu belum cerita rembat mangga dgn rambutan org lain lg tu... hahahahahaaa mampoos...
SELAMAT BERSEGAMA
SELAMAT
BERSEGAMA
AMIN
Unknown commented on
"PAGI INI"
Aku beli sendiri masak sendiri. Jika boleh masak sendiri, itu tiket mendapat syurga. Aku tidak harapkan kedai nasik untuk syurga diantara dua kaki itu, ia terlalu mainstream. Oh tidak. Ulilah roti dengan tangan sendiri. Rebuskan sup. Bakarlah daging. Bukalah air anggur untuk dua orang. Akan berlalu malam itu dengan habgatnya syurga.
PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 17 JANUARI 2025
WOW
DEMO DEMO DEMO
POLITIK JALAN RAYA
MAKIN MENGAMPUH
MARI RAMAI RAMAI
KITA KEMBANGKAN BUDAYA
POLITIK JALAN RAYA
PAK TANI DARI KEDAH
AKAN TURUN BERDEMO
DI PUTRAJYA
RABU INI
KUMPULAN ANTI RASUAH
AKAN TURUN SABTU 25 JANUARI 2025
DARI SOGO KE DATARAN MERDEKA
PADA 26 AHAD SATU LAGI DEMO
DI PASAR TANI TAMAN TASIK
SIBERJAYA
DEMO DEMO DEMO
INI PETANDA BAIK
AMAT BAIK
AWAS
SABAH SABAH SABAH
SILAP SILAP SABAH
AKAN JADI WILAYAH PERANG
FILIPINA KLIM
SABAH MILIK MEREKA
AMERIKA SOKONG FILIPINA
JENG JENG JENG
APAKAH DALAM MASA TERDEKAT
AMERIKA AKAN KACAU
WILAYAH INI
JENG JENG JENG
GAZA
PERJANJIAN GENCATAN SENJATA
HAMAS-ISRAEL
BERMULA AHAD INI
KEMARIN ZIONIS ISRAEL
BUNUH 80 WARGA PALESTIN
ISRAEL
TIDAK SEMUA DALAM KERAJAAN
SETUJU UNTUK BUAT
GENCATAN SENJATA
MENTERI DALAM NEGERI ISRAEL
ANCAM AKAN LETAK JAWATAN
TAK SETUJU DENGAN
GENCATAN SENJATA
INDONESIA
GUNUNG BERAPI IBU
TERUS MELEDAK
RATUSAN PENDUDUK
TELAH DI PINDAHKAN
KINI DALAM TAHAP
PALING BAHAYA
SIAM
KERAJAAN SIAM
SERU RAKYATNYA
YANG BEKERJA DI MALAYSIA
PULANG UNTUK
MEMBINA NEGARA
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
KEMARIN UJAN
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BERAWAN BIRU PUTIH
MATA HARI DAH MUNCUL
CAHAYA MASIH MUDA
YANG KEDENGARAN
PAGI INI MESIN POTONG RUMPUT
DI SELANG SELI
OLEH SUARA TIONG
SATU KUMPULAN
WARGA HOKKIEN MARAH
KAMI MELINTAS WILAYAH MEREKA
INI KUMPULAN BARU
DI WILAYAH BARU
GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
BALKONI JUGA TELAH
BERSINAR
JIKA PETANG HUJAN
MALAM ENAK DI HUJUNG MINGGU
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI JUMAAT
BRO
LU BELAJAR LAGI
JIKA LU GAGAL
LU BELAJAR
HINGGA LU BERJAYA
BRO
MONYET YANG ATAS
POKOK JUGA WAJIB BELAJAR
LOMPAT MELOMPAT
BRO
LU BELAJAR HAL DEMO
DENGAN TURUN SAMA
BERDEMO
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT
Langgan:
Catatan (Atom)