Isnin, 1 April 2024

DATA PADU TAK SELAMAT ?



Bimbang keselamatan data, ramai enggan isi maklumat tepat dalam PADU


Di sebalik krisis keyakinan yang dihadapi Kementerian Ekonomi dalam usaha menggalakkan orang ramai berdaftar dengan  Pangkalan Data Utama (PADU), timbul persoalan sama ada lebih 9 juta yang dikatakan sudah mendaftarkan diri telah memberikan butiran yang tepat dan ikhlas.

Ia berikutan beberapa individu yang tampil mengakui mereka tidak memberikan maklumat tepat meskipun diberi amaran.

Mereka memberitahu MalaysiaNow mengenai rasa berasa tidak yakin dengan pihak berkuasa berhubung keselamatan data, khususnya melibatkan butiran akaun bank dan maklumat peribadi lain. 

Antara butiran itu termasuk jumlah pinjaman atau hutang, jumlah tanggungan yang spesifik dalam rumah serta nombor telefon peribadi ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR).

Syafiqah, 28, berkata dia tidak setuju ibunya memenuhi kehendak sistem tersebut untuk mendedahkan butiran kewangan dan pinjamannya. 

Syafiqah menceritakan bagaimana ibunya yang merupakan seorang guru tadika Kemas, meminta bantuannya untuk mengemaskini PADU.

"Saya pertama kali membuka laman web tersebut dan mengisi maklumat seperti biasa, sehinggalah ke bahagian tertentu yang bertanyakan jenis-jenis pinjaman. 

"Ibu saya menulis segala butiran atas kertas untuk memudahkan kerja. Tetapi saya isi dengan menaip angka '0000' sahaja," Syafiqah memberitahu MalaysiaNow. 

"Saya tak pasti mengapa tiba-tiba diminta butiran seperti itu. Ibu saya hanya guru tadika Kemas yang akan bersara beberapa tahun lagi. Ini bahaya, jika data bocor, duit simpanan ibu boleh hilang," katanya.

Syafiqah berkata dia hanya mengikuti apa yang dilakukan rakannya yang bekerja di sebuah firma audit swasta. 

Menurutnya, ruang untuk soalan wajib perlu diisi jika tidak borang menjadi "tidak lengkap". 

"Tapi kalau saya letak 0000, sistem terima sebagai jawapan ataupun kita dah isi bahagian wajib itu." 

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan maklumat dalam pangkalan data itu akan dijadikan panduan oleh kerajaan dalam menentukan mereka yang layak menerima bantuan dan subsidi kerajaan. 

Syafiqah berkata dia mempunyai alasan kukuh di sebalik kebimbangan berkongsi maklumat seperti akaun bank, nombor kad pengenalan dan nombor telefon. 

Menurutnya, maklumat peribadi arwah ayahnya yang disimpan oleh sebuah syarikat kredit komuniti untuk membeli telefon bimbit secara ansuran pernah jatuh ke tangan pihak lain.

Tahun lalu, mereka mendapati masih ada tunggakan 3 bulan, walaupun ayahnya meninggal dunia pada 2021.

"Bila diperiksa, ada yang gunakan gambar MyKad ayah dan nombor kad bank untuk langgan penapis air pada tahun 2019." 

Kerisauan seperti yang diluahkan Syafiqah itulah yang menyebabkan kerajaan Sarawak bertindak menangguhkan kempen pendaftaran PADU bagi rakyat negeri itu.

Menurut Sarawak, kebimbangan orang ramai terhadap kebocoran data ada asasnya, lebih-lebih lagi apabila PADU menuntut pelbagai butiran yang tidak relevan.

Rafizi telah menolak segala kritikan mengenai keselamatan data dalam PADU. Sebaliknya beliau mengucapkan terima kasih kepada 10.6 juta yang telah mengemaskini butiran mereka sebelum tarikh tutup pendaftaran hari ini.

Timbalan presiden PKR itu yang pernah mengasaskan Invoke, syarikat berkait PKR yang menerbitkan laporan sentimen politik rakyat menggunakan data, terus mempertahankan PADU dengan berkata ia selamat daripada sebarang bentuk serangan di samping privasi data yang dikawal ketat.

Sebaik sahaja PADU dilancarkan awal tahun ini, kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty memberi amaran tentang risiko maklumat sensitif didedahkan tanpa memberikan peluang kepada orang ramai mengambil tindakan undang-undang.

Ini kerana Rafizi berkata kerajaan tidak terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi.

Seperti Syafiqah, seorang pengawal keselamatan yang hanya dikenali sebagai Kak Mala, 45, juga mengemaskini butirannya dalam PADU tanpa memberikan maklumat lengkap mengenai kewangannya. 

Jika Syafiqah menaip "0000", Kak Mala pula cuma meletakkan "X" pada bahagian tertentu yang tidak ingin dikongsi. 

Bagaimanapun, Kak Mala berkata sistem tersebut tidak menerima kemaskini yang telah diisi. 

"Bila sampai bahagian pengakuan, tiba-tiba jadi masalah. Saya nak klik apa-apa pun tak boleh. 

"Jadi saya biarkan sahaja," katanya ketika dihubungi MalaysiaNow. 

Kak Mala berkata tidak semestinya golongan berpendapatan rendah sepertinya tidak wajar bimbang dengan pendedahan data peribadi kepada pihak ketiga. 

"Kalau dalam bank ada RM40 sahaja, RM40 pun boleh hilang," cuitnya.

Kak Mala, yang pernah berdaftar untuk BR1M, skim bantuan tunai dimulakan bekas perdana menteri Najib Razak, berkata belum pernah berlaku kerajaan menuntut butiran yang "pelik-pelik" bagi menerima bantuan yang diperlukan.

MalaysiaNow telah menghubungi Kementerian Economy untuk mendapatkan respons.

WOIT

HANYA SATU

PENCERAHAN

AMIN

SEMUA DATA

DI MALAYSIA

BOLEH DI BELI

DARI ORANG

DALAM YANG

NAK BUAT DUIT

AMIN

PKR PUN BELI

DATA NO PONE

UNTUK ANTA SMS

MASA KEMPEN PRU

AMIN

SATU SOALAN

APAKAH DATA

DI PADU AKAN

BOCOR DAN KAKI

SCAM AKAN GUNA ?

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada aku kesah? Semuanya aku bantai je. Biarlah kerajaan dan scammer dapat maklumat pelsu. Mampuslah semua.