Khamis, 30 Januari 2025
NAJIB PENCURI PERASUH DAN PENJENAYAH !!!
Najib tak layak dikasihani - NGO
Sempena ulang tahun pertama Najib Razak diberikan pengampunan sabitan rasuah menyelewengkan dana SRC International, empat NGO berkata bekas perdana menteri itu tidak layak menerima belas kasihan.
“Hari ini ulang tahun pertama Najib Razak diberi pengampunan,” kata kumpulan itu pada satu kenyataan bersama.
Mereka menegaskan pendirian menolak pengampunan atau sebarang bentuk kelonggaran hukuman terhadap Najib.
“Hari ini juga, kami, badan masyarakat sivil dan warga Malaysia secara tegasnya menyatakan bahawa kami benci rasuah dan Najib tidak layak untuk menerima belas ihsan - pengampunan atau tahanan rumah,” kata NGO berkenaan.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA), Bersih, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), serta Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM), dengan sokongan 48 organisasi lain dan lebih 800 individu.
Kumpulan ini turut mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman Najib sebanyak 50 peratus - dari 12 tahun penjara kepada 6 tahun - serta hukuman denda RM210 juta yang dikurangkan kepada RM50 juta (pengurangan sebanyak 76 peratus).
“Hari diskaun besar-besaran,” perli mereka.
Terdahulu, Malaysian Corruption Watch (MCW) pada satu kenyataan berasingan berkata Najib berhak diberi peluang menebus kesilapannya.
Presiden MCW, Jais Abdul Karim, menggesa semua pihak menghormati proses berkaitan pengurangan hukuman dan menegaskan Najib harus diberikan peluang sama seperti individu lain.
“Walaupun kita berpegang teguh kepada usaha memerangi rasuah, kita juga mesti patuh dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Raja, seperti yang termaktub dalam perlembagaan kita,” kata MCW.
Namun, empat NGO tersebut menolak keras pandangan ini dan menegaskan Najib masih berdepan perbicaraan lain berkaitan pecah amanah serta salah guna kuasa.
“Najib tidak pernah mengaku bersalah dalam mana-mana kes ini.
"Sebaliknya, dia berulang kali mendakwa dia mangsa penganiayaan politik dan dia menuntut pengampunan dan kelonggaran bagi hukuman yang sudah dijatuhkan oleh mahkamah untuk kes SRC International sementara tiga kes lainnya masih belum selesai.
“Sebarang keputusan untuk Najib diberi pengampunan atau tahanan rumah sebelum semua kes-kes terhadapnya selesai di mahkamah adalah satu tindakan yang mempromosi dan menormalisasi rasuah,” tegasnya.
Kumpulan tersebut turut memberi amaran tindakan pengampunan ini akan mewujudkan masyarakat dua darjat, dengan penjenayah besar diberi layanan istimewa berbanding rakyat biasa.
Tahanan rumah: Kuasa parlimen gubal
Empat NGO ini juga menegaskan sebarang undang-undang berkaitan tahanan rumah mesti dibuat secara telus melalui parlimen.
“Sebarang undang-undang untuk tahanan rumah mesti dibuat secara telus di parlimen, bukan melalui sebarang dokumen atau kaedah lain,” kata kenyataan itu lagi.
Mereka turut menuntut Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar untuk memfailkan semula pertuduhan baru terhadap Najib dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC) yang melibatkan dana RM6.6 bilion.
“Menteri Kewangan Anwar Ibrahim mesti membantu pihak pendakwaan mendapatkan akses kepada dokumen-dokumen yang diperlukan," kata NGO berkenaan lagi.
Najib sebelum ini diberikan keputusan DNAA (dilepaskan tanpa dibebaskan) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 November 2024, selepas pihak pendakwaan gagal mengemukakan dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.
Menurut pihak pendakwaan, dokumen-dokumen tersebut diklasifikasikan sebagai Rahsia Rasmi di bawah Kementerian Kewangan.
Pun begitu, NGO berkenaan berkata keadilan tidak boleh dikompromi dan sebarang tindakan membebaskan Najib sebelum semua kesnya selesai hanya akan merosakkan sistem keadilan negara.
“Jika Najib dilepaskan daripada sebarang akauntabiliti kerana kegagalan di pihak pendakwaan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan berkaitan pelantikan dan tempoh perkhidmatan Peguam Negara, serta ada kuasa untuk membatalkan klasifikasi mana-mana dokumen Rahsia Rasmi di bawah Kementerian Kewangan, harus menanggung sepenuhnya tanggung jawab politik,” tegas mereka.
NAJIB IALAH
PENCURI
PERASUAH
DAN PENJENAYAH
AMIN
NAJIB JUGA
TERLIBAT DALAM
KES BUNUH
AMIN
SIMPAN TERUS
NAJIB DALAM
PENJARA
KHALAS
PENDATANG HARAM JADI MUSUH
Trump mahu tahan 30,000 PATI lakukan jenayah di Guantanamo
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan rancangan untuk menahan 30,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didakwa melakukan jenayah, di penjara tentera Teluk Guantanamo Bay.
Pengumuman mengejut itu dibuat ketika beliau menandatangani rang undang-undang (RUU) yang membenarkan penahanan praperbicaraan terhadap pendatang tanpa dokumen yang didakwa atas kesalahan mencuri dan jenayah kekerasan.
Undang-undang berkenaan dibuat selepas seorang pelajar AS dibunuh oleh PATI dari Venezuela.
"Saya menandatangani perintah eksekutif mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri untuk memulakan persiapan kemudahan bagi menahan 30,000 PATI di Teluk Guantanamo.
"Kita mempunyai 30,000 katil di Guantanamo bagi menahan PATI yang paling berbahaya dan mengancam rakyat AS.
"Ada dalam kalangan mereka begitu teruk sehingga kita tidak mempercayai negara asal untuk menahan mereka, kerana kita tidak mahu mereka kembali semula ke sini," katanya di Rumah Putih.
Menyifatkan Guantanamo sebagai 'tempat yang sukar untuk meloloskan diri', Trump berkata langkah yang diumumkan semalam akan membawa negara itu selangkah lebih dekat untuk menghapuskan jenayah berkaitan PATI, sekali gus menamatkannya untuk selama-lamanya.
Trump turut menjemput ibu bapa Laken Riley, pelajar kejururawatan berusia 22 tahun yang dibunuh dan namanya diabadikan dalam RUU jenayah pendatang baharu itu, ke Rumah Putih bagi menghadiri majlis menandatangani RUU berkenaan.
"Kita akan sentiasa mengenang Laken dan dengan tindakan hari ini, namanya juga akan terus tersemat dalam undang-undang negara kita, dan ini adalah undang-undang yang sangat penting," kata Trump.
Ia adalah RUU pertama yang ditandatangani Trump sejak kembali ke Rumah Putih, selepas diluluskan Kongres AS yang dikuasai Republikan, hanya dua hari selepas majlis angkat sumpahnya pada 20 Januari lalu.
Jose Antonio Ibarra, 26, seorang warganegara Venezuela tanpa dokumen, disabitkan kesalahan membunuh Laken Riley pada 2024 selepas mangsa dilaporkan hilang ketika bersenam pada waktu pagi berhampiran Universiti Georgia di Athens.
Sebelum ini, penjara di Teluk Guantanamo itu dibuka susulan serangan 9/11 oleh Al-Qaeda ke atas AS dan digunakan untuk menahan suspek tanpa tempoh yang jelas.
Ramai dalam kalangan mereka tidak pernah didakwa atas sebarang kesalahan dan ditahan ketika perang di Afghanistan serta Iraq, selain operasi lain.
Pada awal pembukaan penjara berkenaan, kira-kira 800 individu dipenjarakan di kemudahan yang terletak di hujung timur Cuba itu.
Laporan daripada bekas tahanan mengenai penderaan dan penyeksaan oleh pegawai keselamatan AS mencetuskan kecaman berterusan pada peringkat domestik serta antarabangsa.
Semalam, Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel, menyifatkan rancangan Trump sebagai satu tindakan zalim dengan menyatakan bahawa PATI akan ditahan berhampiran kemudahan yang digunakan AS untuk menyeksa dan menahan individu secara haram.
Bekas Presiden AS daripada Demokrat, Joe Biden dan Barack Obama, pernah berjanji untuk menutup penjara berkenaan, namun kedua-duanya meninggalkan jawatan dengan kemudahan itu masih beroperasi. - AFP
INI LANGKAH
GANAS DARI
TRUMP
AMIN
PENDATANG
HARAM
KINI GANTI
PENGGANAS
SEBAGI MUSUH
AMERIKA
KAH KAH KAH
AMIN
MARI BERDEMO SELAMATKAN MALAYSIA
MARI BERDEMO
SELAMATKAN
MALAYSIA
AMIN
Unknown commented on
"PERKARA INI MUDAH DISELESAI"
tu la ajak anak semua bangsa tolak benci rasuah blackrock ketimbang madani terhormat 3R sakau47 bebas DNAA dengan TURUN ramai2 demo lawan sampai putarjaya tungging langgang kahkahkah
ISRAEL MAKIN MELUAS
PERANG
BERALIH
DARI GAZA
KE TEBING
BARAT
AMIN
INI PROJEK
LUASKAN
ZIONIS
ISRAEL
BLACKROCK
AMIN
BERGADUH - HARGA BARANG MAHAL
Peniaga, pelanggan bergaduh angkara barang mahal di Bazar Tahun Baharu Cina
PASIR GUDANG – Gara-gara tidak berpuas hati dengan harga yang didakwa mahal, seorang peniaga dan pelanggan bergaduh di Bazar Tahun Baru Cina di Johor Jaya di sini Isnin lalu.
Video yang berdurasi 1 minit 40 saat itu memaparkan tiga lelaki bergaduh dan cuba ditenangkan seorang wanita tular dalam media sosial.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya terkesan dengan video itu dan siasatan mendapati kejadian berlaku berlaku pada pukul 11.30 malam, kelmarin.
“Susulan itu pihak polis menahan kedua-dua lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 28 tahun kira-kira pukul 6 petang kelmarin di sekitar kawasan Taman Johor Jaya.
“Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat salah faham antara peniaga dan pelanggan kerana isu harga barang mahal,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula 29 Januari hingga esok bagi membantu siasatan.
Hasil semakan ujarnya, mendapati kedua-dua suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing ke atas mereka negatif dadah.
Menurut Mohd Sohaimi, seorang lagi suspek lingkungan usia 30-an dipercayai pelanggan yang turut terbabit dalam pergaduhan masih diburu dan diminta tampil membantu siasatan.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar, Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hamizan menerusi talian 010-4338032 atau Pusat Kawalan Daerah Seri Alam di talian 07-3871422,” ujarnya.-
WOIT
APA DAH JADI
HARGA BARANG
MAKIN MAHAL
AMIN
RAKYAT JADI
SUSAH GADUH
SESAMA SENDIRI
AMIN
PROJEK BERSIHKAN PALESTIN DARI RAKYAT PALESTIN
Mesir tidak akan terbabit dalam pemindahan paksa penduduk Palestin
KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, menegaskan pada Rabu bahawa negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai 'satu kezaliman yang tidak boleh kami sertai', lapor Agensi Anadolu (AA).
Bercakap pada sidang media bersama Presiden Kenya William Ruto, di Kaherah, al-Sisi mengulangi pendirian tegas Mesir terhadap perjuangan rakyat Palestin.
"Pendirian Mesir mengenai isu Palestin sejak dahulu lagi adalah tidak boleh dirunding," katanya sambil menegaskan komitmen negara itu terhadap penyelesaian dua negara.
Keselamatan negara Mesir tidak boleh ditolak ansur. Kami bertekad untuk bekerjasama dengan Presiden (Donald) Trump bagi mencapai penyelesaian damai berasaskan penyelesaian dua negara," katanya.
Trump sebelum ini menggesa supaya Gaza 'dibersihkan' dan rakyat Palestin dipindahkan ke Mesir dan Jordan, menyifatkan wilayah itu sebagai 'tapak runtuhan' susulan serangan genosid Israel.
Bagaimanapun, Kaherah dan Amman menolak keras sebarang cadangan pemindahan atau penempatan semula rakyat Palestin dari tanah mereka.
Cadangan Trump itu dibuat selepas perjanjian gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada 19 Januari, dan menghentikan serangan Israel yang telah mengorbankan lebih 47,400 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 111,000 orang sejak 7 Oktober 2023.
PROJEK
MELUASKAN
ISREAL DENGAN
BUNUH & HALAU
WARGA PALESTIN
AMIN
INI RANCANGAN
ZIONIS
BLACKROCK
KHALAS
MADANI LAWAN RASUAH ?
DAKWA ZAHID
DULU BARU
RAKYAT PERCAYA
MADANI LAWAN
RASUAH
AMIN
Unknown commented on
"ANWAR BLACKROCK
DAN RASUAH"
x retard tapi nampak baik , prima facie tarik diri heitech padu kata nak check lepas tu diam, nak hapus x hapus tambah 3R sakau47 bebas dll kahkahkah ramai hanya boleh tengok!;
TENGKU FRAUD
BETUL JUGA
MACAM MANA
TENGKU FRAUD
JADI BILIONAIRE?
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"KES RASUAH TERBONGKAR
DALAM DBKL"
sejak bila pula dbkl tak ada rasuah?
Kah kah kah!
PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 30 JANUARI 2025
HARI INI
HARI KE DUA RAYA CHINA
RAMAI MASIH BERCUTI
ADA YANG AMBIL HINGGA
UJUNG MINGGU
SETAHUN SEKALI
MASA RAYA CHINA
NAK MASUK KE LE CHATEAU
AMAT SUSAH
JEM GILA
KERANA RAMAI CHINA
PERGI SEMBAHYANG
ADA TOK PEKONG
DI SEBELAH LE CHATEAU
JEM MALAM SEBELUM RAYA
JEM PAGI RAYA
JEM DI HARI RAYA
HARI INI HARI KEDUA
GUA TAK TAHU
TAPI KAMI NASIB BAIK
ADA JALAN BELAKANG
IKUT TEPI KUBUR
MASUK KE BELAKANG ISTANA
LALU DEPAN DEWAN BAHASA
KAH KAH KAH
JALAN INI TAK POPULAR
RAMAI TAKUT NAK MASUK
KERAN LALU DALAM KUBUR
KAH KAH KAH
AMERIKA
TRUMP NAK GUNAKAN
PENJARA GUANTANAMO BAY
UNTUK 30 RIBU
PENDATANG HARAM
ISRAEL
JENIN DI TEBING BARAT
TERUS DISERANG DARI UDARA
10 PALESTIN TERKORBAN
DIBUNUH
OLEH ZIONIS BLACKROCK
INDIA
40++ MATI TERPIJAK
DALAM PERAYAAN AGAMA
DI TEPI SUNGAI GANGES
AMERIKA
META BAYAR TRUMP
25 JUTA DOLAR
KERANA DULU
BATALKAN AKAUN TRUMP
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU BERSAMA
AWAN PUTIH
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
HA HA
DI TEPI PAGAR
GUA DI SAMBUT OLEH
KOKOK JANTAN
BUKAN MUDAH
DALAM KOTA KUALA LUMPUR
ADA AYAM BERKOKOK
DI BELAKANG RUMAH
PAGI INI TIDAK ADA
BUNYI RUMPUT DI POTONG
HANYA KAMI BERTIGA
DALAM HOKKIEN
TERKUKUR BERSUARA
HOW WOW BERLAGU
DARI POKOK TINGGI
DARI WILAYAH JAUH
SUARA GAGAK MENDAYU
MENJADIKAN PAGI INI INDAH
DI JALAN PULANG
JANTAN BERKOKOK LAGI
INDAH SUNGGUH
BUMI KITA INI
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS
BRO
YANG PENTING
KITA LAKUKAN
BUKAN KITA
SEMBANGKAN
BRO
JIKA LU SEDANG BERCINTA
SEMUA INDAH
KENTUT PUN
JADI WANGI
BRO
JIKA DIA PAKAI SERBAN
TAK BERMAKNA DIA
TAK JILAT BURIT
PEREMPUAN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)