Ahad, 4 Mei 2025
TANAH MELAYU
Malaysia selamanya Tanah Melayu, jangan jadi `kaduk naik junjung’ – Akmal
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Mohamad Akmal Saleh menegaskan Malaysia selamanya merupakan Tanah Melayu dan perkara itu tidak akan berubah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan Timbalan Pengerusi Biro Hubungan Etnik dan Agama MCA, Roger Yapp supaya memahami sejarah dan asas pembentukan negara terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan, dan tidak menjadi seperti kaduk naik junjung.
Tegas beliau, sekiranya Roger Yapp beranggapan beliau warganegara Malaysia, maka beliau sepatutnya memahami Perkara 152 dan 153 Perlembagaan negara.
“Jika terlupa, maka kami nak ingatkan disini: Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.
“Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan walau bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam
“Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan Yang di-Pertuan Agong (Raja Malaysia) tanggungjawab untuk “menjaga kedudukan istimewa ‘Melayu’ dan penduduk asli mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah komuniti lain,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Roger Yapp dalam kenyataan berkata, Malaysia bukan milik mana-mana kaum secara eksklusif, sebaliknya adalah milik semua warganegaranya tanpa mengira kaum.
Tambah Roger Yapp, masa depan negara ini juga mesti diasaskan kepada kepercayaan, persefahaman dan cita-cita bersama antara pelbagai kaum, bukannya ketakutan, kebencian atau perpecahan.
TANAH MELAYU
NAMA ASAL
AMIN
KEMBALIKAN
NAMA INI
AMIN
MALAYA
MALAYSIA
TIDAK ADA
MAKNA
KHALAS
AHLI PKR TETAP SETIA DENGAN RAFZI
Adun Bersatu: Tindakan Rafizi bercuti panjang tak bertanggungjawab
Adun Taman Medan, Afif Baharuddin menyifatkan keputusan berkenaan yang dibuat ketika rakyat dihimpit kos sara hidup yang tinggi sebagai tidak bertanggungjawab.
"Ketika rakyat terus dihimpit kos sara hidup yang meningkat, pelabur asing makin ragu-ragu dengan dasar ekonomi negara, dan ekonomi global semakin mencabar, tindakan Rafizi Ramli mengambil cuti panjang sehingga hujung Mei adalah tidak bertanggungjawab dan sangat mengecewakan.
"Sebagai Menteri Ekonomi, beliau sepatutnya tampil ke hadapan memimpin usaha pemulihan ekonomi, bukan menyepi tanpa penjelasan yang munasabah kepada rakyat.
"Lebih memalukan, hanya perdana menteri yang tampil mempertahankan cuti tersebut – seolah-olah portfolio sepenting ini boleh ditinggalkan sesuka hati,” katanya dalam kenyataan.
Afif berkata, tindakan itu memberikan mesej yang salah kepada pelabur antarabangsa.
"Apakah mesej yang cuba disampaikan kepada rakyat dan pelabur antarabangsa? Bahawa kepimpinan ekonomi negara boleh diremehkan?
"Bahawa kegagalan dalam pemilihan parti lebih penting daripada kesejahteraan ekonomi negara?
"Kami tegaskan – negara memerlukan Menteri Ekonomi yang stabil, efektif dan komited sepenuhnya kepada tanggungjawab. Bukan menteri yang menghilang waktu krisis.
"Jika Datuk Seri Rafizi tidak mampu lagi menunaikan amanah ini, beliau wajar meletakkan jawatan dengan segera," katanya.
‘Ada pun macam tak ada’
Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman pula menyifatkan tindakan Rafizi bercuti sebagai tidak munasabah ketika situasi ekonomi yang amat kritikal berikutan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
“Agak tidak munasabah dalam tempoh ini dalam Kabinet tidak ada Menteri Ekonomi yang boleh menasihati, memberikan pengesyoran kepada Kabinet, memandu Jemaah Menteri dalam aspek ekonomi luar dan juga dalam negara," ujarnya seperti dilapor Harakahdaily,
Syahir berkata rakyat kini berdepan isu kenaikan kos sara hidup dan bakal menghadapi pelaksanaan subsidi bersasar yang dijangka bermula Julai tahun ini.
Menurutnya sehingga kini butiran untuk pelaksanaan subsidi bersasar yang telah dinyatakan Perdana Menteri pada Belanjawan 2025 tahun lalu masih samar.
“Ini amat mengecewakanlah dan amat janggal apabila tempoh sebegini Menteri Ekonomi mengambil cuti yang panjang. Cuma seingat sayalah, kita sebagai rakyat ni kira YB Rafizi telah lama menyepi dan menghilang. Ada pun seperti tidak ada," katanya.
Rafizi, yang juga timbalan presiden PKR, dilaporkan ketika ini mengambil cuti sehingga 31 Mei. Sebelum ini seorang menteri kabinet, yang enggan namanya didedahkan mengesahkan perkara itu tengah-tengah spekulasi Rafizi mungkin meletakkan jawatan dalam kerajaan.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata cuti Rafizi tidak menjadi masalah malah secara berseloroh mengatakan dia juga sedang mencari masa yang sesuai untuk bercuti.
Ketika ditanya sama ada cuti Rafizi dikaitkan dengan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan PKR, Anwar menafikannya.
Pada hari yang sama, Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Harris Idaham Rashid menggesa cuti Rafizi dibatalkan, dengan alasan negara memerlukan semua menterinya bekerja dalam tempoh ini.
Sementara itu, ketua jawatankuasa pemilihan PKR Dr Zaliha Mustafa semalam menafikan dakwaan bahawa penangguhan pencalonan bagi jawatan kepimpinan parti – yang mulanya dijadualkan hujung minggu ini – mempunyai kaitan dengan cuti Rafizi.
Pencalonan kini ditetapkan pada 8 dan 9 Mei. Rafizi dijangka mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden PKR.
BAKAL PM
KENA SAILANG
AMIN
AHLI PKR
TETAP SETIA
DENGAN RAFIZI
KHALAS
AWAS !!! TANAH MELAYU TERGADAI
AWAS !!!
TANAH MELAYU
TERGADAI
AMIN
Unknown commented on
"BEKAS ASKAR MULA NAIK DARAH !!!"
patut puak2 DAP ni suka sgat kalau ada kes tanah orang asli... rupanya senang .. mudah dikencingkan
Unknown commented on
"BEKAS ASKAR MULA NAIK DARAH !!!"
Kah kah kah orang peluh setiap hari, ada juga yang tidak pernah bersyukur, ada juga masih menuntut macam-macam, kalau 1.6 juta penjawat awam, berapa juta pencen, campur dua berapa kena bayar sebulan? Siapa nak tanggung?
Kalau masa negara kaya tidak apa juga, apabila ekonomi merundum fikir sejenak, terlalu manja sampai dibelai dengan wang ringgit secara percuma sekian lama, kah kah kah kalau bagi Bangla pun lari woit ops pendatang tanpa izin asalkan orang kita menjadi saja kah kah kah
RAFIZI BERCUTI KE MANA?
RAFIZI BERCUTI
KE MANA?
AMIN
Unknown commented on
"BAKAL PM KENA SAILANG"
Ada pun serupa tak ada, baik tak ada terus, ada pun berjuta penjawat awam tertinggi dalam dunia pun masalah ringkas tak selesai, begitulah atas sampai bawah, pekerja kutip sampah pun ramai kalau tidak buat kerja sampah menjadi busuk, jadi kurang kan seluruh jentera kerajaan atas sampai bawah, semuanya dipencenkan lagi bagus kah kah kah
Unknown commented on
"BAKAL PM KENA SAILANG"
tak hilang bercuti untuk negara ekonomi keadilan formula & enjoy d menjoy kah kah kah jgn marah formula sedang berjalan lah bodoh bahaloh!!!?
CARI MAKAN JADI WAKIL TUHAN
CARI MAKAN
JADI WAKIL
TUHAN
AMIN
Unknown commented on
"MANUSIA MENCIPTA"
& saya manusia hidup berfikir, berdemo, dah mati habis x leh dah kah kah kah hargai masa, berfikir yang benar khalas
Unknown commented on
"MANUSIA MENCIPTA"
Golongan pengantara yang menggelar diri sebagai wakil Tuhan, ramai cari makan menjadi pengantara sedemikian, tidak kira agama apa, masing-masing menggunakan MO sama, seperti biasa berurusan syurga neraka dan kenal siapa layak ke mana kah kah kah, selalunya orang kita percaya dengan mudah semua medium ini, ramai juga menyerahkan sebahagian kewangan mereka,
akhirnya para medium menjadi kebal berkuasa dengan ketandusan otak kita juga kah kah kah ada juga pakai buluh, ada pakai tongkat sakti, ada batu berubat macam-macam lah jadi ingat urusan kita dengan Tuhan tak payahlah pakai medium, urusan terus sudah kah kah kah
MANUSIA MENCIPTA
MANUSIA
MENCIPTA
AMIN
Unknown commented on
"MARI KITA BERFIKIR"
Ciptaan manusia..khalas.
TURUN JALAN RAYA BUKTI SOKONG PALESTIN !!!
MAPIM kemuka 6 tuntutan henti serangan terhadap wartawan di Gaza
KENYATAAN RASMI MEDIA
3 hb 2025
MENJELANG 15 MEI 2025 – 77 TAHUN NAKBAH PALESTIN -
KEGAGALAN KOMUNITI ANTARABANGSA MENGHENTIKAN PENJAJAHAN DAN GENOSID ISRAEL
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menzahirkan rasa dukacita dan kemarahan terhadap dunia antarabangsa yang terus gagal menamatkan penindasan, penjajahan, dan penghapusan etnik yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin selama 77 tahun sejak berlakunya Peristiwa Nakbah pada 15 Mei 1948.
Nakbah bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi bencana kemanusiaan yang berterusan. Ia menandakan permulaan pembersihan etnik, pemusnahan kampung dan kota Palestin, pelarian lebih 750,000 rakyat Palestin, serta pendudukan tanah yang berterusan sehingga hari ini.
MAPIM mengisytiharkan pendirian berikut:
1. Dunia telah gagal. PBB, kuasa-kuasa besar, dan sistem antarabangsa telah membiarkan penjajahan Israel terus berlangsung selama lebih tujuh dekad, dengan kemuncaknya pada genosid kejam di Gaza sejak Oktober 2023.
2. Selama 77 tahun penderitaan tidak boleh dimaafkan. Saat ini Lebih 60,000 rakyat Palestin dibunuh di Gaza dalam masa 17 bulan, dengan wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa utama, disertai pemusnahan hospital, masjid, dan infrastruktur awam.
3. Israel adalah entiti kolonial dan apartheid. Ia mengamalkan dasar diskriminasi perkauman yang melanggar undang-undang antarabangsa dan perjanjian kemanusiaan global.
4. Komuniti antarabangsa bersubahat. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, dan Kesatuan Eropah terus membekalkan senjata dan memberikan perlindungan diplomatik kepada Israel.
5. Umat Islam mesti bangkit. Kegagalan dunia memerlukan kebangkitan seluruh umat Islam – negara, NGO, gerakan massa, dan ulama – untuk menyatukan usaha membebaskan Palestin dari penjajahan.
6. 77 Tahun Nakbah adalah simbol pengkhianatan dan keperluan untuk kebangkitan. Dunia yang berteraskan keadilan tidak akan lahir selagi kezaliman Israel tidak dihentikan.
Tuntutan MAPIM:
1. Segera hentikan segala bentuk kerjasama dengan Israel, termasuk ekonomi, diplomatik, dan ketenteraan.
2. Desak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mempercepatkan proses pendakwaan terhadap pemimpin Israel.
3. Gesa negara-negara OIC dan negara Global South bertindak tegas, bukan hanya sekadar mengutuk.
4. Beri sokongan penuh kepada perlawanan rakyat Palestin – di Gaza, Tebing Barat dan diaspora – sebagai perjuangan sah di bawah undang-undang antarabangsa.
MAPIM menyeru agar 15 Mei disambut sebagai Hari Solidariti Global untuk Palestin, bukan sahaja untuk memperingati Nakbah, tetapi untuk memperhebatkan tekanan terhadap penjajah Israel dan menyatukan gerakan pembebasan Palestin di seluruh dunia.
Keadilan mesti ditegakkan. Penjajahan mesti ditamatkan. Palestin mesti dibebaskan.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden, MAPIM
3 Mei 2025
RAFIZI JANGAN LETAK JAWATAN
RAFIZI JANGAN
LETAK JAWATAAN
AMIN
Unknown commented on
"BAKAL PM
NAK LETAK JAWATAN"
tolong la jangan letak jawatan sekarang .. gua belum puas nak pukimak kan beliau..
TENTERA ISRAEL MASUK KE GAZA SEKALI LAGI
Israel kerah puluhan ribu tentera simpanan untuk serang Gaza
BAITULMAQDIS: Israel mengeluarkan kerahan memanggil puluhan ribu anggota tentera simpanannya bagi menyertai serangan besar-besaran ke atas Gaza.
Media tempatan melaporkan perkembangan itu, ketika Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, mengkritik Qatar kerana gagal dalam peranannya selaku pengantara gencatan senjata.
Beberapa saluran berita melaporkan, pihak tentera sudah mula menghantar arahan kepada tentera simpanan bagi menggantikan anggota kerahan dan tentera aktif yang kini ditempatkan di Israel serta Tebing Barat yang diduduki.
Difahamkan, sebahagian besar menerima arahan melapor diri dan dipindahkan ke Gaza dalam masa terdekat.
Jurucakap tentera tidak mengesahkan mahupun menafikan laporan itu, namun saudara kepada beberapa wartawan AFP adalah antara yang menerima arahan mobilisasi berkenaan.
Menurut penyiar awam Israel, mesyuarat Kabinet keselamatan dijadualkan berlangsung hari ini untuk meluluskan peluasan operasi ketenteraan di Gaza.
Israel menyambung semula operasi besar-besaran di seluruh Gaza pada 18 Mac lalu susulan kebuntuan rundingan berhubung gencatan senjata selama dua bulan yang sebelum ini berjaya meredakan konflik selepas serangan Hamas pada Oktober 2023.
Qatar yang menjadi tuan rumah pejabat politik Hamas bertindak sebagai pengantara rundingan gencatan senjata bersama Amerika Syarikat (AS) dan Mesir, yang mula berkuat kuasa pada Januari lalu.
Namun, usaha untuk mendapatkan persetujuan baharu dilihat semakin sukar sejak beberapa minggu kebelakangan ini akibat percanggahan syarat yang diletakkan oleh Israel mahupun Hamas.
Netanyahu dalam kenyataan di platform X menuduh Qatar yang kaya dengan hasil gas, 'bersikap talam dua muka', 'mempermainkan kedua-dua pihak' dan berselindung di sebalik kata-kata manis.
Katanya, Qatar perlu 'memilih sama ada berada di pihak yang menghormati peradaban atau menyokong kekejaman Hamas'.
Perdana Menteri Israel kini tertekan dengan desakan penyokong sayap kanan yang menjadi tulang belakang kerajaannya, kerana semakin lantang mendesak supaya perang diteruskan sejak serangan semula ke atas Gaza bermula.
"Israel akan menang dalam perang yang adil ini dengan cara yang adil," katanya lagi.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Qatar, Dr Majed Al-Ansari, menegaskan Qatar menolak sekeras-kerasnya kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Israel.
"Kenyataan itu langsung tidak memenuhi piawaian asas tanggungjawab politik dan moral," katanya dalam hantaran di X awal pagi tadi.
Al-Ansari turut mengkritik naratif bahawa konflik di Gaza adalah demi mempertahankan peradaban dan menyamakan kenyataan itu dengan rejim terdahulu yang menggunakan alasan palsu untuk menghalalkan kekejaman terhadap orang awam.
Dalam kenyataan sama, beliau mempersoalkan sama ada pembebasan 138 tebusan dicapai menerusi tindakan ketenteraan atau hasil usaha rundingan yang kini sedang dipertikaikan dan cuba digagalkan.
Beliau turut merujuk krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza dengan menyifatkannya sebagai 'sekatan yang mencekik' dan 'kebuluran sistematik'.
Katanya, kekurangan ubat dan tempat perlindungan serta penyalahgunaan bantuan kemanusiaan digunakan sebagai alat tekanan politik. – AFP
ZIONIS ISRAEL
MENERUSKAN
PERANG
AMIN
NEGARA ARAB
DAN NEGARA YG
SOKONG PALESTIN
WAJIB MULA FIKIR
CARA BARU UNTUK
SOKONG PALESTIAN
AMIN
BANTUAN MAKAN
DAH HANTAR
SEKARANG
PERLU HANTAR
PASOKAN TENTERA
UNTUK LAWAN ZIONIS
KHALAS
PEGAWAI KERAJAAN BIJAK MAKAN RASUAH
PEGAWAI
KERAJAAN
BIJAK MAKAN
RASUAH
AMIN
Unknown commented on
"RASUAH BESAR DALAM
KAKI TANGAN KERAJAAN"
Ini sistem dicipta oleh penjajah, bukan orang kita yang suci murni, akhlak mulia, pakai kopiah, pegang tasbih, mulut kumut kamit mencari syurga setiap masa, terlalu ramai dari negeri serambi, terlalu ramai pekat loghat, terlalu ramai pesawah masuk kerajaan, terlalu ramai nelayan jadi penguasa kah kah kah, itu belum ternak lembu dalam kondominium,
Bossku makan billion anak jati semua makan juta, satu negara lingkup, siapa juara ? Akhirnya anak-anak Mahathir terpaling juara selagi ada Bapa kah kah kah, patut Bapa Rasuah Negara diberikan kepada Bossku kah kah kah selagi ada UMNO selagi itu negara lingkup teruskan legasi penjajah amin kah kah kah
HIDUP MODEN OTAK LEMAH
HIDUP MODEN
OTAK LEMAH
KHALAS
Unknown commented on
"TIKAM ANAK ?"
Semakin ramai sakit jiwa, walaupun hidup senang lenang setiap hari dapat bantuan sampai naik lemak, tak payah berusaha tak payah peluh semua kaya serta merta kah kah kah cuba masuk penjara bagi kerja berat macam zaman dahulu kala, pecah batu pecah cucuk tanam kah kah kah baru otak segar
PAGI INI
PAGI INI
AHAD 4 MEI 2025
PRU DAN TRUMP
Australia baru selesai PRU. Kerajaan lama kembali berkuasa. Canada minggu lepas. Hasil sama.
Apa yang jelas ialah sikap rakyat Canada dan Australia kepada pemimpin tempatan yang di lihat pro Trump.
Pembangkang di Canada dan di Australia – bawa agenda Trump di lihat bungkus.
TETAPI saya ULANG – di UK PRU Kerajaan Tempatan dan PRK – Parti dan garis simpati dengan dasar TRUMP menang besar. Kerajaan yang Pro Ukraine Pro Perang kalah.
BOEING macam mana ? Jeng jeng jeng
Kena pikiak.
WHO
Sedang merancang satu lagi pendemik. Projek ini sedang di rancang untuk kayakan syarikat ubat. Dunia akan di paksa sekali lagi. Tapi kali ini kita ada Maharaja Trump yang yang tolak projek jahat ini.
SINGAPURA
Parti PAP kembali berkuasa. Kali ini menang besar.
ISRAEL
BERPULUH RIBU askar simpanan sedang di kerah untuk mulakan kempen SERANG GAZA.
SIAM
Kerajaan Siam mula putar rakyat agar jangan takut pada wabak ANTRAK. Mungkin ini projek syarikat ubat ?
YAMAN
PM Yaman letak jawatan. Ini negara Yaman yang di sokong oleh Saudi. Bukan Yaman Houthi yang berjuang melawan Zionis Blackrock.
BRAZIL
Lady Gaga buat konsert percuma di tepi pantai Copacabana dalam kota Rio de Jenerio. Satu juta datang ke konsert ini.
HOKKIEN
Pagi ini cerah basah segar. KL & KL Sentral Cerah .Petang dan malam kemarin ujan. Matahari dah keluar. Langit berawan biru dan putih. Tidak ada awan gelap.
Ha ha rumput basah. Hanya Tekukur didengar bersuara. Juga Keng Keng melaung kuat arah KL Sentral.
Di jalan pulang di tepi belukar pintu pagar suara Murai berkicau – ha ha – jika pagi Murai berkicau tanda hari ini baik.
Ketika gua mengetik gua dengar suara jantan berkokok di hadapan dan di belakang flet. Pasti Ayam Hutan gumbira pagi basah banyak cacing boleh di cakar.
Hari ini akan panas. Tapi kita wajib sedar dah masuk BULAN LIMA – patutnya ini musim panas tapi hujan setiap petang. Ini tanda malapetaka iklim. KESIAN warga TAMAN SERI MUDA.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI AHAD
Elok parang jika dibaji
Di baji dengan roket awan
Mana hilang Mamat Rafizi
Kena tipu tidak melawan
Bila bertiup angin selatan
Segera singgah sampai berhenti
Kenapa Rafizi takut melawan
Bukakah dia calon Perdana Menteri
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Ulasan (Atom)















