Selasa, 26 Ogos 2025

SATU LAGI KES MATI KERANA BULI ?


SATU LAGI

KES MATI

KERANA BULI?

AMIN

TENGKU FRAUD NAK BULURKAN ORANG MISKIN SEPERTI DI GAZA


10 TAHUN DULU

TENGKU FRAUD

 NAK BULURKAN

ORANG MISKIN

SEPERTI DI GAZA

AMIN

DEMO WAJIB DIBUAT DI SELURUH NEGARA


DEMO DEMO DEMO

BUAT DI SELURUH

NEGARA

AMIN

SUSUN SUSUN KITA BUAT DEMO BESAR


SUSUN SUSUN

KITA BUAT 

DEMO BESAR

AMIN

RAFIZI GANTI MADAFAKA !!!



Rafizi sindir k’jaan Madani - Ambil rasuah bisnes paling untung

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan pembebasan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad daripada 12 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram sebagai satu lagi contoh bagaimana kes berprofil tinggi boleh dilepaskan hanya dengan membayar kompaun.

Rabu lalu, Adam Radlan dibebaskan selepas melunaskan kompaun RM4.1 juta, meskipun pertuduhan asal melibatkan jumlah rasuah sekurang-kurangnya RM6.7 juta serta permintaan suapan tambahan sekitar RM6 juta.

“Ini bisnes paling untung - dituduh dapat RM6.7 juta, pulangkan balik dengan membayar kompaun RM4.1 juta, ada lagi RM2.6 juta.

“Margin keuntungan 39 peratus tanpa perlu buat apa-apa,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut itu sebelum ini berdepan dengan 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa.

Mengikut pertuduhan Adam Radlan didakwa atas satu pertuduhan meminta suapan wang tunai 3.5 hingga tujuh peratus daripada nilai projek yang akan diperoleh daripada Mat Jusoh Mamat yang merupakan Pengarah Urusan MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd.

Dia turut didakwa menerima suapan RM500,000 daripada individu sama sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.

Adam Radlan juga menghadapi tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4.1 juta daripada Lian Tian Chuan dan Mat Jusoh, sebagai upah tertuduh membantu Nepturis Sdn Bhd serta MIE Infrastructure & Energy mendapatkan dua projek Jana Wibawa dan juga secara rasuah, meminta wang RM2 juta daripada Lian, sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan projek sama.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Adam Radlan turut berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM3 juta mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya antara Mac 2021 hingga Januari 2023.

Bagaimanapun, kata Rafizi, peguam Adam Radlan mengemukakan representasi untuk menyelesaikan kes dengan membayar kompaun, dan pendakwa raya bersetuju.

“Dalam diam-diam, peguam Adam Radlan menulis surat representasi untuk membayar kompaun sebanyak RM4.1 juta untuk dibebaskan dari tuduhan-tuduhan ini.

“Dalam diam-diam, pendakwaraya bersetuju dan pada mulanya ingin memberikan DNAA (lepas tanpa bebas), tetapi peguam Adam Radlan memohon supaya dibebaskan terus kerana telah membayar kompaun.

“Akhirnya bebaslah Adam Radlan,” katanya.

Rafizi seterusnya membandingkan layanan terhadap kes berprofil tinggi dengan rakyat biasa yang dihukum penjara atas kesalahan kecil.

“Kalau orang biasa curi susu, hukumannya penjara enam bulan.

“Kalau kaum kerabat orang VIP dituduh rasuah atau mencuri, asal bayar balik boleh lepas.

“Lepas ini, kalau ada rakyat biasa yang dituduh mencuri susu atau makanan biasa, mohon maklum kepada saya.

“Saya nak cari peguam untuk buat permohonan yang serupa untuk mengembalikan susu yang dicuri dan minta dibebaskan,” katanya sinis.

Dia juga mendakwa terdapat trend terkini di mana kes rasuah besar diselesaikan dengan pembayaran balik.

“Begitulah al-kisah Malaysia,” katanya merujuk beberapa contoh melibatkan anak dua bekas perdana menteri.

“Dulu kita dengar anak tiri (bekas perdana menteri) Najib (Razak), sekarang ada laporan bahawa Adam Radlan ini sepupu kepada menantu Muhyiddin.,” katanya.

Rafizi turut membidas Perikatan Nasional (PN) yang menurutnya lantang melaungkan isu Melayu terancam, tetapi diam apabila kes melibatkan kroni atau keluarga pemimpin sendiri.

“PN bising pasal Melayu terancam, bab sepupu-sepupu terlepas tuduhan rasuah diam, sudahlah ia berkaitan projek Jana Wibawa dan melibatkan kontraktor bukan Bumiputra.

“Madani bising pasal benteras rasuah tetapi perkara ini tetap berlaku di bawah Perdana Menteri yang terpaling anti-rasuah,” kata bekas menteri ekonomi itu sambil mengingatkan kerajaan supaya serius melaksanakan agenda membanteras rasuah.

WOIT

RAFIZI INI

KERAJAAN MADANI

KERAJAAN 

MADAFAKA

KAH KAH KAH

MUSTAHIL HANG

TAK SEDAR

AMIN

DULU LU MENTERI

LU WAJIB BOCORKN

SEMUA YANG LU

TAHU

AMIN

KITA SESAMA

JATUHAKAN

MADAFAKA DAN

LU BOLEH 

JADI GANTI

KHALAS

LAGI KES BENDERA

 


Bendera: Pasar raya pula diarah tutup

PONTIAN — Selepas klinik gigi dihukum kerana memasang Jalur Gemilang terbalik, kini giliran pasar raya mini di Pekan Nanas pula diarahkan tutup selama 30 hari selepas mengibarkan bendera Johor secara terbalik yang tular di media sosial.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Abdul Azim Shamsuddin berkata, notis penutupan bermula pada Isnin dan telah diserahkan kepada pemilik premis.

Menurut beliau, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan (MDP) 2019, iaitu berhubung pengibaran bendera.

Tindakan penutupan ini dibuat mengikut UUK 49(2) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua untuk menutup mana-mana premis yang melanggar syarat lesen atau undang-undang kecil.

“Bagaimapun, pemilik premis masih boleh mengemukakan rayuan bertulis dalam tempoh penutupan itu, namun keputusan lanjut tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua MPPn,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Semalam tular video berdurasi satu minit 47 saat di media sosial memaparkan bendera Johor dipasang terbalik di Pekan Nanas sebelum dibetulkan semula.

Sementara itu, , Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nenas, Tan Eng Meng berkata, pasukan pemantau khas telah ditubuhkan bagi memastikan pemasangan Jalur Gemilang dan bendera Johor di kawasan itu dilakukan dengan betul sempena Sambutan Bulan Kebangsaan.

Jelas beliau, pasukan tersebut melibatkan Ahli Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), ketua kampung serta ketua masyarakat yang akan turun padang memantau premis perniagaan dan rumah kediaman.

“Sekiranya terdapat kesilapan dalam pemasangan bendera, pasukan berkenaan akan terus membantu serta membetulkannya. Kita berharap insiden melibatkan pemasangan bendera secara terbalik tidak berulang dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa,” katanya.  BebasNews

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

SATU LAGI

KES BENDERA

KAH KAH KAH

BULAN OGOS

DAH JADI

BULAN BENDERA

KAH KAH KAH

KHALAS

PUKI MAK - PBT MANA ?


3 individu termasuk pegawai kanan PBT ditahan disyaki rasuah

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga individu melibatkan seorang pegawai kanan gred Jusa B yang berkhidmat di agensi pihak berkuasa tempatan (PBT), seorang pemilik syarikat dan seorang orang awam kerana disyaki terlibat rasuah sejak tahun 2014.

Menurut sumber, dua suspek melibatkan pemilik syarikat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an masing-masing ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan sekitar jam 1 hingga 2 petang semalam.

Manakala, suspek lelaki yang berkhidmat di agensi PBT di ibu negara yang berusia lingkungan 50-an pula ditahan sekitar jam 4 petang tadi di pejabatnya.

“Ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat rasuah sejak 2014 di mana suspek berjawatan pemilik syarikat terbabit dipercayai telah membayar rasuah kepada pegawai PBT berkenaan sebagai balasan membantu mendapatkan projek di PBT terbabit.

“Susulan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek, SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM150,000, empat peranti telekomunikasi, dua unit kenderaan jenis Lexus RX500H serta Mini Cooper, beg tangan serta kasut berjenama Hermes dan Louis Vuitton,” katanya.

Sumber berkata, SPRM juga telah membekukan 19 akaun perbankan milik individu serta syarikat melibatkan nilai lebih RM7 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM,  Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. BebasNews

WOIT

MEDIA PUKI MAK

BERILAH TAHU

PBT MANA?

AMIN

NAK SOROK

PANTAT APA

MEREKA ORANG

JAHAT

KHALAS

DEMO - BELAJAR DARI INDONESIA



Protes di Indonesia bantah elaun perumahan ahli Parlimen AS$3,000 sebulan


JAKARTA: Ribuan rakyat Indonesia mengadakan protes membantah elaun perumahan baharu serta kenaikan elaun bulanan kepada ahli Parlimen ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi dan langkah penjimatan kerajaan.

Elaun perumahan bulanan baharu sebanyak 50 juta rupiah (hampir RM13,000) untuk ahli Parlimen adalah hampir 10 kali ganda gaji minimum di ibu kota dan bandar terbesar Indonesia, Jakarta.

Elaun itu diumumkan beberapa hari selepas Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menegaskan langkah penjimatan ketat dan perbelanjaan kerajaan yang lebih berkesan.

Justeru pengumuman itu dianggap 'tidak peka' oleh penganalisis serta rakyat biasa.

Selepas beberapa hari meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial, ribuan rakyat daripada kumpulan pelajar dan pertubuhan lain mengadakan protes di luar bangunan Parlimen di Jakarta.

Penunjuk perasaan turut menuntut pemansuhan beberapa undang-undang, termasuk yang memperluaskan peranan tentera dalam pentadbiran.

Mereka cuba merempuh penghadang besi dan konkrit menyebabkan pihak berkuasa bertindak balas dengan gas pemedih mata dan meriam air.

Beberapa peserta mendakwa mereka hadir kerana kecewa dengan sikap wakil rakyat yang seolah-olah tidak mempedulikan kesusahan rakyat biasa.

Ini kerana ramai masih berpendapatan kurang daripada 50,000 rupiah (RM12) sehari.

Gaji guru di negara itu pula hanya sekitar 1.2 juta hingga 7 juta rupiah (RM310 hingga RM1,814) sebulan.

Dalam pada itu, polis di Jakarta berjaya menahan penunjuk perasaan kira-kira 500 meter dari pintu utama Parlimen, namun mereka berkumpul semula beberapa jam kemudian.

Selepas itu, cubaan kedua dibuat untuk merempuh masuk dan sekali lagi pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata.

Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat tangkapan atau kecederaan dalam tunjuk perasaan itu. Protes di Jakarta turut menyebabkan beberapa jalan ditutup serta perkhidmatan tren dan bas tergendala selama beberapa jam.

Penunjuk perasaan di beberapa bandar lain di seluruh Indonesia juga mengadakan demonstrasi serentak semalam.

Elaun ahli Parlimen itu diumumkan oleh Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Adies Kadir, beberapa hari selepas Prabowo membentangkan Belanjawan tahun depan dalam ucapan sulung Kenyataan Negara pada 15 Ogos lalu.

Adies memberi penjelasan kepada media mengenai sama ada belanjawan Parlimen akan ditingkatkan tahun depan. Indonesia mempunyai 580 ahli Dewan Perwakilan Rakyat, iaitu dewan rendah yang lebih berkuasa.

Setiausaha Agung Dewan Perwakilan Rakyat, Indra Iskandar, sebelum ini pada Oktober tahun lalu berkata, ahli Parlimen tidak lagi disediakan kediaman rasmi kerana banyak rumah berkenaan sudah usang dan tidak sesuai diduduki.

Sebelum ini, mereka ditempatkan di sebuah kompleks perumahan berpagar yang dibina pada akhir 1980-an, kira-kira 10 kilometer dari bangunan Parlimen.

Ahli Parlimen kemudian memohon diberikan elaun tunai, dan Indra berkata jumlah elaun perumahan itu masih dalam perbincangan pada ketika itu.

Selain elaun perumahan, ahli Parlimen juga akan menerima kenaikan elaun beras daripada 10 juta rupiah (RM2,591) kepada 12 juta rupiah (RM3,109) sebulan, serta elaun bahan api daripada 5 juta rupiah (RM1,295) kepada 7 juta rupiah (RM1,814) sebulan.

Menurut kumpulan advokasi ketelusan, Fitra, tanpa elaun perumahan sekali pun, ahli Parlimen sudah pun memperoleh sehingga 230 juta rupiah (RM59,603) sebulan daripada pelbagai elaun dan bayaran kehadiran yang mereka layak terima. – AGENSI

  WOIT

WAJIB BELAJAR

DARI INDON

AMIN

BUAT DEMO

SERENTAK

SELURUH NEGARA

AMIN

TAKTIK BARU

SELEPAS DEMO 

ARWAH ZARA

AMIN

BELAJAR DARI

YANG BIJAK

KHALAS

SELAMATKAN NEGARA TOLAK MADAFAKA


SELAMATKAN

NEGARA

TOLAK MADAFAKA

AMIN

Unknown commented on 
"KESEDARAN LAMBAT SAMPAI"

katun dalam madafaka & madani nak jaga jawatan ma!! tunggang madafaka dan madani, rakyat atau apa saja yg boleh balun pulun kah kah kah tunggang tungging tali kecapi kenyang kenyang suka hati!


Unknown commented on 
"BERANI MAHU TOLAK UMDAP"

aitt macam fire down below kah kah kah umno umdap dua2 dalam madafaka sapa api dalam sekam hehehehe

HINA SEJARAH PERANAN MELAYU


HINA SEJARAH

PERANAN MELAYU

AMIN

JANGAN GANGGU MENTERI PENDIDIKAN


Menteri Pendidikan Fadhlina Tiada Sifat Kepimpinan


Kementerian Pendidikan sepatutnya menjadi benteng pertama melindungi anak-anak kita. Namun, kelemahan kepimpinan yang ada hari ini menjadikan sekolah semakin jadi tempat tidak selamat.

Menteri Pendidikan  Fadhlina Sidek dilihat lebih sibuk mempertahankan imej politik, sibuk mengajak murid sekolah mengucapkan Happy Birthday kepada PM, daripada memberi fokus jaminan terhadap keselamatan pelajar.

Kes terbaru melibatkan Zara Qairina menjadi bukti paling jelas. Bagaimana tragedi ini berlaku di dalam kawasan sekolah yang seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk setiap pelajar. Kejadian ini mendatangkan keresahan ibu bapa.

Malangnya, respon kementerian terlalu lambat, terlalu retorik, dan langsung tidak menampilkan pelan tindakan konkrit. Menteri hanya mengulangi kenyataan umum, tanpa strategi jelas untuk mencegah kes serupa daripada berulang.

Isu buli bukan perkara kecil. Ia bukan sekadar “kenakalan pelajar” seperti yang cuba digambarkan oleh pihak tertentu, tetapi persoalan keselamatan nyawa dan masa depan anak-anak.

Apabila seorang pelajar boleh dipukul, dihina, dan dibiarkan tanpa perlindungan yang sewajarnya, itu bermakna sistem kawalan keselamatan di sekolah sudah runtuh.

Lebih membimbangkan, kementerian gagal memberi garis panduan yang tegas kepada pihak sekolah  bagaimana menangani aduan buli, bagaimana melindungi mangsa, dan bagaimana menghukum pelaku secara adil.

Akibatnya, guru terpaksa bertindak tanpa arah, ibu bapa hilang keyakinan, manakala pelajar terus hidup dalam ketakutan.

Kelemahan Menteri Pendidikan ini bukan sahaja soal kelemahan individu, tetapi kelemahan sistemik yang sedang membahayakan generasi. Seorang menteri yang gagal menjamin keselamatan pelajar di sekolah telah gagal dalam tanggungjawab asasnya.

Malaysia tidak boleh terus dipimpin dengan sikap acuh tak acuh. Kementerian Pendidikan memerlukan seorang peneraju yang berani, jelas visinya, dan pantas bertindak.

Selagi kepimpinan lemah dibiarkan, kes buli di sekolah akan terus menghantui sekolah-sekolah kita dan masa depan anak bangsa akan terus terancam.


FADHLINA ADALAH

MENTERI TERBAIK

AMIN

DIA SEDANG

 MENAIKKAN

KEBENCIAN

RAKYAT PADA

MADAFAKA

AMIN

TERUSKAN

JANGAN GANGGU

KERJA BAIK

DARI MENTERI INI

KHALAS

DAH MINTA MAAF


PAK CIK INI

DAH NGAKU SILAP

DAH MINTA MAAF

TAK PERLU DISEBAT

KHALAS

GUNA OTAK SENDIRI



SEBELUM GUNA

ROBOT AI SILA

GUNA OTAK

SENDIRI

AMIN

Unknown commented on 
"APA TERJADI DENGAN 
PESAWAT MAS370 ?"

Setiap orang sembang pasal AI semuanya nak ke depan tetapi lupa ada manusia tiada tempat tinggal, ada manusia tiada pekerjaan, ada manusia tiada makanan, ada manusia yang masih papa kedana tunggu bantuan Madafaka kah kah kah, kemudian cat jalan tidak diuruskan, 

longkang sumbat tidak dikorek, sampah sarap tidak dibersihkan, pendatang haram tidak dihapuskan, jenayah dadah penipuan terus diabaikan kemudian nak harapkan AI selesai segala masalah manusia kah kah kah