Rabu, 13 Ogos 2025
SAMA SAMA KITA TUNGGU MUSA AMAN
AGC arah
kematian
KUALA LUMPUR — Susulan laporan siasatan kematian Zara Qairina Mahathir yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya prosiding inkues dilakukan.
AGC menerusi kenyataan berkata, keputusan untuk menjalankan inkues adalah , selaras peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).
“Prosiding inkues ini bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.
Proses ini akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang,” kata kenyataan itu, hari ini.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lalu.
Terdahulu, pelajar tingkatan 1 itu dimasukkan ke hospital selepas dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai.
Jumaat lalu, AGC mengarahkan kubur Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
AGC berpendapat terdapat keperluan untuk siasatan lanjut oleh PDRM bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Berikutan itu, pada 9 Ogos, kubur Zara Qairina digali semula dan jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat, sebelum selamat dikebumikan semula awal pagi Ahad di tanah perkuburan sama.
Kematian Zara Qairina mencetus perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.
Pada masa sama, pelbagai pihak mendesak pihak berkuasa membuat inkues kematian Zara Qairina.— BebasNews
SAMA-SAMA
KITA TUNGGU
BERITA KERABAT
MUSA AMAN
JENG JENG JENG
SELAMAT RUNTUH
KERAJAAN SABAH
AMIN
KHALAS
KES RASUAH TERHEBAT
5 Pegawai kanan
tentera dalangi
sindiket
penyeludupan
tumpas
KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan yang didalangi pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang beroperasi di selatan tanah air melalui Op Sohor yang dijalankan Bahagian Perisikan dengan bantuan pasukan Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS).
Menurut sumber, lima pegawai kanan tentera dan lima orang awam termasuk seorang warga Indonesia berusia lingkungan 30 sehingga 50-an telah ditangkap di sekitar Lembah Klang sejak operasi dilancarkan pada jam 6.30 pagi tadi.
“Pegawai-pegawai kanan itu adalah daripada bahagian perisikan ATM termasuk dua bekas anggota ATM daripada bahagian yang sama.
“Mereka telah ditugaskan untuk memantau dan mengekang aktiviti-aktiviti penyeludupan, namun mereka dipercayai telah bersekongkol dengan sindiket penyeludupan tersebut sejak lima tahun lalu dan disyaki telah mengumpulkan hasil rasuah kira-kira RM3 juta,” katanya.
Siasatan awal mendapati lima pegawai kanan yang menjadi suspek utama disyaki telah membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup dan bersekongkol dengan sindiket membawa masuk barangan larangan seperti dadah, rokok serta barang-barang lain dari negara jiran ke Malaysia yang kesemuanya membabitkan jumlah kira-kira RM5 juta sebulan.
“Kesemua suspek dipercayai menerima wang rasuah berjumlah kira-kira antara RM30,000 hingga RM50,000 bagi setiap trip penyeludupan yang dijalankan,” katanya.
Serbuan pada awal pagi tadi dilakukan Bahagian Perisikan menerusi Op Sohor berpandukan maklumat hasil risikan kira-kira 12 bulan.
Sejumlah wang tunai bernilai lebih RM63,000, beberapa bungkusan dadah, alat penimbang dan penyukat, minuman keras serta senjata tiruan turut ditemukan di premis-premis serbuan dan kesemuanya disita.
Menurut sumber, rangkaian penyeludupan membabitkan pegawai-pegawai kanan tentera ini adalah besar dan rumit untuk dibongkarkan.
Dalam pada itu, seorang wanita warganegara Indonesia yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah turut ditangkap semasa serbuan dijalankan, dan dipercayai menjadi wanita simpanan kepada salah seorang pegawai kanan tentera yang disyaki.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.
Beliau menegaskan tindakan operasi ini wajar dipandang serius semua pihak kerana ia melibatkan penyeludupan yang berupaya menjejaskan keselamatan negara.
“Walaupun kita mempunyai pelbagai agensi untuk memantau dan mengambil tindakan namun kegiatan penyeludupan tetap berlaku,” kata beliau.
Tambah beliau, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.— BebasNews
TAHNIAH SPRM
BERJAYA
TANGKAP
PEMBELOT
AMIN
MEREKA INI
PENJENAYAH
BESAR SAMA
MACAM MENTERI
DAN YB MAKAN
RASUAH
AMIN
DAKWA ROTAN
PENJARA RAMPAS
SEMUA HARTA
AMIN
KHALAS
HOT HOT HOT TERKINI TER NOWWWW !!!
Anak Rafizi
diserang lelaki
bermotosikal
dipercayai
cubaan
“tutup mulut”
PUTRAJAYA — Sekitar jam 145 petang ini (13 Ogos) semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat membeli belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.
Semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isteri saya. Pada hemat saya, mereka telah merancang serangan itu lebih awal.
Serangan itu melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya. Mereka telah menunggu lebih awal dan bergegas menyerang anak saya pada ketika yang sesuai.
Anak saya telah dibawa segera ke Hospital UPM untuk rawatan.
Pihak polis juga telah berada di tempat kejadian sejurus kejadian. Saya dan keluarga saya telah pun memberi kenyataan kepada pihak polis.
Sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian, siasatan dan keputusan pemeriksaan doktor sewajarnya dikeluarkan oleh pihak polis dan Hospital UPM.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PDRM dan Hospital UPM yang telah membantu keluarga saya melalui kejadian ini.
Sepanjang saya menjadi seorang ahli politik berprofail awam, inilah kali pertama keluarga saya menjadi sasaran serangan dan ugutan seperti ini. Saya percaya serangan ini adalah satu amaran kepada saya supaya tidak bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu.
Terima kasih kepada semua yang telah menghantar mesej dan bertanya khabar.
Insya Allah, sementara saya akan mengambil langkah susulan untuk meningkatkan kawalan keselamatan, saya juga tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas saya seperti biasa.
𝟭𝟯 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱
AKAN
JANGAN BUANG MASA
JANGAN BUANG
MASA
SUSUN KUMPUL
TURUN KE JALAN
AMIN
HINDRAF
SEKALI LAGI
AMIN
KUALA LUMPUR, 13 Ogos 25 – Peguam Kanan, Haniff Khatri Abdulla berpendapat bahawa saman sivil peguam Waytha Moorthy berkemungkinan tidak akan sampai ke proses perbicaraan kerana peguam Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan memohon pembatalan saman tersebut.
Dalam satu kenyataan kepada politiko, Haniff berkata, tanpa mendahului mahkamah, perkara yang sama telah dibangkitkan pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson 2018, namun ia telah dibatalkan pada 22 November 2018.
“Sudah dibangkitkan melalui tindakan semasa PRK PD 2018, walaupun kes itu dibatalkan kerana ketidakhadiran Pemohon sebab didengar lepas Anwar menang PRK pada 16 Okt 2018. Kes dibatalkan pada 22 Nov 2018.
“Dokumen Pengampunan pula, sebut “Pengampunan Penuh” yang dari segi undang-undang bermaksud ketidaklayakan Perkara 48(1)(e) dibaca dengan 48(3) telah dibatalkan melalui “Pengampunan Penuh” berkenaan.
Tambah Haniff, hujah maksud ” pengampunan penuh” dan kaitan dengan Perkara 42(1)(e) dan 42(3) yang sama juga telah beliau bawa hingga ke Mahkamah Persekutuan dalam Khairul Azam vs Anwar Ibrahim dengan keputusan muktamad pada 10 Jan 2023.
“Lagipun isu ketidaklayakan adalah isu Pilihanraya, dan wajib dicabar melalui Petisyen Pilihanraya selepas PRK PD dan PRU Tambun, yang telah gagal dilakukan dalam tempoh yang perlu pada masa itu. Ujarnya.
Semalam, Peguam P Waytha Moorthy memfailkan saman bagi mendapatkan deklarasi Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dipilih sebagai Ahli Parlimen Tambun pada November 2022 dan seterusnya dilantik sebagai perdana menteri.
Bekas menteri itu berhujah, pengampunan diraja yang diterima Anwar pada 2018 tidak menyatakan beliau dikecualikan daripada tempoh hilang kelayakan selama lima tahun untuk bertanding dalam pilihan raya selepas bebas dari penjara. @politiko.my
NEGARA ARAB & ISLAM BUAT APA ?
Bandar Gaza terus dihujani bom, serangan darat Israel
KAHERAH: Pesawat dan kereta kebal Israel terus membedil kawasan timur bandar Gaza sepanjang malam tadi, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang, demikian menurut saksi dan petugas perubatan.
Serangan itu berlaku di ketika pemimpin Hamas, Khalil Al-Hayya, tiba di Kaherah, Mesir untuk menghadiri rundingan bagi menghidupkan semula pelan gencatan senjata disokong Amerika Syarikat (AS).
Sejak rundingan demi rundingan tidak membuahkan hasil antara rejim Zionis dan Hamas, Israel semakin 'menggila' melancarkan serangan baharu bagi mengambil alih bandar Gaza dan memperluaskan lagi penguasaannya.
Pegawai Hamas, Taher al-Nono, berkata mesyuarat dengan pegawai Mesir dijadual bermula hari ini, menumpukan kepada beberapa agenda mustahak.
"Ia akan menumpukan usaha menghentikan peperangan, menyalurkan bantuan dan mengakhiri penderitaan rakyat kami di Gaza," katanya dalam satu kenyataan.
Pelan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memperluas kawalan ketenteraan di Gaza yang dijangka dilancarkan Oktober ini terus meningkatkan bantahan global yang semakin lantang.
Masyarakat antarabangsa bimbang akan kemusnahan besar-besaran, pemindahan paksa penduduk dan kebuluran berleluasa dalam kalangan 2.2 juta penduduk Gaza.
Pelan itu turut mengundang kritikan di Israel apabila ketua staf angkatan tenteranya sendiri memberi amaran ia berisiko membahayakan nyawa tebusan masih hidup selain menjadi perangkap maut kepada tentera rejim Zionis.
Ia juga mencetuskan kebimbangan akan berlaku pemindahan penduduk besar-besaran dan tekanan berterusan membabitkan kira-kira sejuta rakyat Palestin di bandar Gaza.
Semalam, Menteri luar dari 24 negara termasuk Britain, Kanada, Australia, Perancis dan Jepun menyuarakan kebimbangan bahawa krisis kemanusiaan di Gaza mencapai tahap tidak dapat dibayangkan.
Negara terbabit menggesa Israel membenarkan kemasukan bantuan tanpa sekatan ke wilayah berkenaan.
Semalam lima lagi mangsa termasuk dua kanak-kanak meninggal dunia di Gaza akibat kebuluran dan kekurangan zat menyaksikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 227 orang, membabitkan 103 kanak-kanak sejak perang bermula.
Israel pula terus menafikan pihaknya bertanggungjawab atas isu kebuluran yang berlaku di Gaza, dengan menuduh Hamas bertindak mencuri bekalan bantuan.
Rejim Zionis berkata pihaknya mengambil langkah untuk meningkatkan kemasukan bantuan termasuk menghentikan serangan di beberapa kawasan pada waktu tertentu setiap hari, serta mengumumkan laluan dilindungi bagi konvoi bantuan. - REUTERS
ZIONIS ISRAEL
TERUS MEMBUNUH
ARAB PALESTIN
AMIN
NEGARA ARAB
NEGARA ISLAM
HANYA BERANI
GARU TELOR
KHALAS
LAGI KES MENTERI BURIT HIJAU
LAGI KES
MENTERI
BURIT HIJAU
AMIN
Unknown commented on
"PROJEK UNTUK KRONI"
Bagi bendera buat duit, bagi jualan murah Madani buat duit, apa saja niat atas niat memang buat duit, dulu puak puak sekutu UMNO, sekarang sekutu Madani, amin ini cara mudah menjaga kroni menjaga sokongan supaya tangan cium selalu, kah kah kah,
apa boleh buat, boleh merungut saja tetapi berkuasa mereka yang penuh jalur gemilang kah kah kah, yang gemilang hanya puak cium tangan sekarang seperti biasanya, setiap kali berubah kepimpinan berubah juga suku sakat menyakat nanti apapun asal orang kita bahagia dengan projek rasuah imbuhan bantuan semuanya halal belaka, yang bising-bising ini semua tak dapat apa-apa lagi, kalau dapat akan terus sokong senyap menyap nanti amin hidup
BANTUAN TERJUN DARI UDARA
97 bungkusan bantuan digugurkan dari udara di Gaza
BAITULMAQDIS: Lima negara menggugurkan sejumlah 97 bungkusan makanan dari udara ke Gaza pada Selasa ketika kebuluran teruk melanda wilayah terkepung itu, lapor Xinhua.
Menurut tentera Israel, bungkusan itu dihantar oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jerman, Belgium, Perancis dan Itali sambil menyatakan bahawa penghantaran itu dibuat 'selaras dengan arahan pimpinan tertinggi politik'.
Pihak tentera berkata pengguguran udara itu dijangka akan diteruskan dengan kerjasama negara luar.
Juga pada Selasa, Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa, Mohammed Abu Salmiya memberitahu Al Jazeera TV bahawa kebuluran di wilayah itu telah memasuki 'peringkat yang kritikal dan berbahaya', menjejaskan semua peringkat umur.
Kira-kira 350,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami masalah kesihatan yang serius akibat malnutrisi.
Pihak berkuasa kesihatan Gaza melaporkan lima lagi kematian akibat kebuluran dan malnutrisi dalam tempoh 24 jam lepas, termasuk dua kanak-kanak, menjadikan jumlah keseluruhan kematian berkaitan kebuluran kepada 227 orang, termasuk 103 kanak-kanak.
Jumlah keseluruhan penduduk yang terbunuh akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 61,599 orang, dengan 154,088 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan itu.
CARA SELAMAT
UNTUK BERI
BANTUAN
AMIN
JALAN DARAT
JALAN LAUT
SEMUA TUTUP
AMIN
IKUT
JALAN UDARA
AMN
MANUSIA BAIK
TETAP
BERI BANTUAN
KHALAS
KES MATI KATAK RAMAI
KES
MATI KATAK
RAMAI
AMIN
Unknown commented on
"TAK BERDEMO
AKAN MATI KATAK !!!"
banyak kes macam ni.... tapi kebanyakan cuma dia tidak bersuara...
Unknown commented on
"HASIL TURUN
KE JALAN RAYA"
Entah-entah apa nak jadi dengan perkhidmatan kerajaan sekarang, semakin teruk setiap hari kah kah kah
MADANI TAHAP BUTIT HIJAU
MADANI
TAHAP
BURIT HIJAU
KHALAS
Unknown commented on
"NASIHAT : MENTERI BURIT HIJAU
JANGAN MEMBURIT"
Kenapa susah sangat nak faham? Inilah tahap yang ada dalam madani? Inilah tahap menteri woit, pegang portfolio penting sebagai menteri pendidikan pulak kah kah kah pun abah tak marah-marah lagi, anak presiden ABIM amin syukur alhamdulillah kita semua terpaling tak layak jadi pemimpin amin
PRODUK KONDOM
PRODUK KONDOM
DAH PAKAI BUANG
KHALAS
Unknown commented on
"PRODUK CHINA MURAH
TAK TAHAN LAMA"
Kalau beli produk RM 2 nak kualiti Harrods kah? Kah kah kah dahulu kala produk boleh guna selamat tetapi sekarang jenama pakai buang macam getah kondom, sekali pakai saja tak boleh cuci simpan kah kah kah pun ramai buat belon hiasan kah kah kah
Langgan:
Ulasan (Atom)











