Ahad, 6 Julai 2025
SAH: PEMILIK SERVER AKAN TENTUKAN SAPA MENANG
SAH LAGI SAHIH
PEMILIK SERVER
AKAN TENTUKAN
SAPA MENANG
KHALAS
GENDANG MULA DI PALU
Kira-kira 100 hadir bantah 'cukaiman' di Shah Alam
Kira-kira 100 hadir dalam Himpunan Turun Anwar peringkat Selangor hari ini di kawasan parkir belakang Hotel Concorde, Seksyen 9, Shah Alam sebagai bantahan terhadap kempimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Himpunan yang dianjurkan Sekretariat Himpunan Turun Anwar itu dibuat susulan pelbagai isu yang dikatakan kian menekan rakyat ketika ini.
Antara isu itu termasuklah peningkatan kos sara hidup dan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperluaskan mulai 1 Julai.
Peserta himpunan yang hadir dilihat membawa sepanduk dan plakad bertulis “Turun Anwar”, “Rakyat Terbeban”, “Rakyat Susah, Cukaiman Selamba”, “Kami nak pemimpin, bukan cukaiman.”
Hadir sama Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar; Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Kamal Mohamad; bekas pemimpin PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor; Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid; Naib Ketua Pemuda PAS, Muhammad Hanif Jamaluddin dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohammad Azamuddin Sahar.
Rafique dalam ucapannya meminta Anwar berundur atau bercuti dan seterusnya menyerahkan jawatan kepada individu lain bagi menggalas tanggungjawab.
Katanya, ini kerana pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu terpalit pelbagai isu termasuk kes mahkamah yang sedang dihadapinya melibatkan bekas pembantunya Yusoff Rawther.
“Kita berhimpun tak pakai senjata kerana senjata kita yang paling kuat adalah dengan kenyataan dan suara.
“Suara rakyat mesti bergema pada 26 Julai ini. Mesti jadi bukti rakyat akan turun dan kenapa rakyat perlu turun sebab dia (Anwar) bermasalah.
“Isu cukai SST, elektrik, kebobrokan, soal kehakiman, isu Jabatan Peguam Negara bersepah, kos barang, isu tong gas yang tidak hanya melibatkan Melayu-Islam sebaliknya ia melihat semua rakyat tanpa mengira kaum
“Jadi, sebab itu kita perlu desak supaya Anwar turun,” katanya dalam ucapan pembukaan himpunan hari ini.
Ezam pula mendakwa rakyat kecewa dengan kepimpinan Anwar kerana janji-janji yang dibuat semasa menjadi pembangkang gagal ditunaikan apabila beliau berada di tampuk kuasa Putrajaya.
“Dulu cakap berdegar-degar, nak turun harga minyak. Sekarang bila berkuasa, tak buat. Kita bukan nak bertempur dengan pihak berkuasa, bukan nak bertempur dengan polis. Kita nak suarakan perasaan kepada pemerintah. Ramai marah dulu orang kecil sahaja yang marah, sekarang orang kaya pun marah. Mereka semua kena cukai.
“Dulu Anwar dianiaya, orang PAS bangkit pertahankan. Sekarang bila berkuasa, pemimpin Umno datang jilat dan bersama,” katanya.
Manakala, Hanif pula meminta kerajaan pimpinan Anwar agar selesaikan dahulu isu kesusahan rakyat sebelum berbangga dengan rancangan pembangunan Kota Madani.
“Sebelum nak wujudkan Kota Madani, kotakan dulu janji kamu. Kotakan segala yang pernah kamu ucapkan sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang media, Hanif berkata himpunan hari ini merupakan pra-himpunan menjelang kemuncak “Himpunan Turun Anwar” pada 26 Julai ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang dijangka dihadiri 50,000 peserta.
Katanya, selain NGO seluruh negara, antara pimpinan politik yang dijangka hadir termasuk mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, seluruh pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin Yassin, serta Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bergantung kepada faktor kesihatan masing-masing
GENDANG MULA
DI PALAU
JENG JENG JENG
SABTU
26 JULAI 2025
DI DATARAN
MERDEKA
JENG JENG JENG
TURUN TURUN
KHALAS
WARISAN WAJIB MARA KE DEPAN
DUN Sabah terbubar sendiri 11 Nov Ini – Speaker
KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 akan terbubar secara sendiri pada 11 Nov ini sekiranya DUN tidak dibubarkan sebelum tarikh itu, kata Speaker DUN Sabah Kadzim M Yahya.
Kadzim berkata tempoh lima tahun DUN Sabah dikira bermula dari tarikh persidangan pertama DUN Sabah Ke-16 iaitu pada 12 Nov 2020, justeru tempoh tamat penggal lima tahun itu adalah pada 11 Nov ini.
Beliau berkata berlaku salah faham dalam kalangan masyarakat mengenai tarikh DUN Sabah akan terbubar secara sendiri dengan menganggap permulaan tempoh lima tahun DUN Sabah adalah pada tarikh mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada 26 Sept 2020, atau 22 Sept 2020 untuk undian awal.
“Ada orang luar salah faham tentang tarikh (tempoh) pembubaran Dewan Undangan Negeri (bubar secara sendiri). Ada yang kira bermula dari tarikh mengundi, ada juga orang fikir dari tarikh ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) angkat sumpah (9 Okt 2020).
“(Sebenarnya) ia (tempoh lima tahun DUN Sabah) bukan (dikira) dari tarikh bila mengundi, keputusan (PRN16) keluar, dan bukan juga tarikh dari ADUN angkat sumpah. Ia dikira dari tarikh sidang pertama penggal dewan yang baharu itu,” katanya kepada Bernama.
Kadzim berkata sekiranya DUN terbubar dengan sendiri pada 11 Nov ini, Yang Dipertua Negeri Sabah Musa Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan diberitahu secara rasmi oleh pihaknya mengenai perkara tersebut.
“Pilihan raya untuk negeri ini kemudian perlu dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh DUN bubar itu,” katanya.
Mengulas tentang persidangan DUN Sabah yang akan berlangsung dua hari bermula esok, beliau berkata empat rang undang-undang (RUU) akan dibentangkan melibatkan pembekalan tambahan, cukai jualan negeri, hutan, dan perubahan iklim serta tadbir urus karbon.
“Kita setahun sekurang-kuranya ada tiga persidangan, jadi (kali ini) ‘hype’ sikit kerana kalau bubar (DUN) selepas ini ia jadi sidang terakhir penggal ini. Kalau belum bubar akan menjadi sidang ketiga tahun ini. Tiada yang luar biasa kali ini, hanya sidang seperti biasa,” katanya.
Dalam pada itu, Kadzim berkata penyiaran sidang DUN Sabah secara langsung di media sosial antaranya Youtube adalah bagi membolehkan rakyat mengikuti perbahasan terutama melibatkan dasar negeri tanpa perlu hadir ke dewan.
“Saya rasa lebih baik dapat tengok secara langsung sebab tumpuan kita hanya kepada perbahasan…memang banyak kebaikannya apabila ia diadakan secara langsung,” katanya.
Beliau berkata penyiaran secara langsung itu juga dapat mendorong ADUN untuk menjaga tingkah laku dan tertib semasa persidangan, selain memastikan perbahasan berkualiti kerana menyedari mereka diperhatikan rakyat.
“Kalau saya pun sebagai ADUN, saya akan menjaga tertib sebab saya tahu saya diikuti secara langsung oleh orang ramai. Baiknya ia (siaran) akan lebih menyeluruh sebab tidak semua yang dapat datang ke dewan,” ujarnya.
Beliau menegaskan bahawa kawasan DUN Sabah telah diwartakan sebagai kawasan keselamatan, justeru terdapat had tertentu yang perlu dipatuhi di sekitar dewan itu bagi mengelakkan ketidakselesaan untuk urusan melibatkan negeri ini.
“Bukannya kita halang orang datang tapi kita tidak mahu dewan ini menjadi macam satu acara di pusat konvensyen, semua orang berpusu-pusu. Memandangkan kawasan dewan ini sudah pun diwartakan sebagai tempat dan kawasan keselamatan, jadi ada hadnya, patuhilah,” katanya.
Ditanya tentang penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau AI, Kadzim menjelaskan pihaknya pada masa ini masih belum dapat menggunakan sepenuhnya teknologi itu kerana berdepan beberapa kekangan antaranya dari segi terjemahan bahasa.
“Jika suatu hari nanti AI ini boleh digunakan untuk persidangan, kita boleh gunakan untuk membantu tugas kita antaranya dalam menyediakan hansard dan sebagainya,” katanya.- BERNAMA
MASANYA DAH
SAMPAI UNTUK
WARISAN MARA
MEMIMPIN
AMIN
HALAU PERASUAH
SELAMATKAN
SABAH
KHALAS
PELURU BERPANDU DARI YAMAN
Tentera Israel dakwa pintas peluru berpandu dilancar dari Yaman
ISRAEL: Tentera Israel mendakwa pihaknya berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman ke arah Israel.
Tentera Israel dalam kenyataan berkata, beberapa siren amaran diaktifkan di beberapa kawasan di Israel mengikut prosedur keselamatan.
Israel turut mengeluarkan amaran akan mengenakan sekatan udara dan laut ke atas pergerakan Houthi di Yaman sekiranya kumpulan yang disokong Iran itu terus melancarkan serangan ke atas Israel, kononnya atas solidariti dengan Gaza.
Sejak tercetusnya perang di Gaza pada Oktober 2023, kumpulan Houthi beberapa kali melepaskan tembakan ke arah Israel serta kapal-kapal dagang di Laut Merah, sekali gus menjejaskan perdagangan global.
Bagaimanapun, kebanyakan puluhan peluru berpandu dan dron yang dilancarkan berjaya dipintas atau tidak sampai ke sasaran.
Israel juga melancarkan beberapa serangan balas terhadap kumpulan berkenaan.
HOUTHI DARI
YAMAN TERUS
BELASAH ZIONIS
AMIN
INI CONTOH
NEGARA ARAB
YANG WAJIB
DIIKUTI
KHALAS
KITA MISKIN SUSAH KERANA RASUAH
NEGARA KITA
KAYA - RAKYAT
MISKIN SUSAH
KERANA
RASUAH
KHALAS
Unknown commented on
"MADA FA KA JUAL TAIK MINYAK"
Macam mana nak jual barang? Setiap hari setiap masa setiap minit otak berfikir bagaimana nak curi, bagaimana nak korek lubang, bagaimana kira komisen, bagaimana bagi projek, akhirnya negara ketandusan idea kerana rasuah curi rompak oleh orang-orang 'cerdik' politik terus berjalan setiap masa kah kah kah,
tangki air tak boleh penuh kalau lubang tidak tutup, lubang bermula dari kerabat, PMO, Munke sampai lah tukang sapu tepi jalan, projek berkisar kepada golongan ini, sampai jalan tak ada garisan, lubang tiada tampal, lampu hilang separuh jalan, rumput tak potong, longkang tak bersih, sampah tidak kutip, tetapi penjawat awam campur kontrak berjuta-juta manusia dengan gaji imbuhan elaun tetap, yang dahulu kerja susah, korek pakai tangan,
sekarang korek pakai mesin pun jadi lebih malas, kah kah kah sindrom malas ini penyakit keturunan penyakit asal usul kah kah kah nak ubah bagaimana? Jadi modal utama bermula dengan penipuan, maka PMX tidak salah kena tipu selalu supaya terus berkuasa amin
IKUTI MEDIA SOSIAL
AKHBAR TV
RESMI SEMUA
DITINGGALKAN
AMIN
IKUTI TIK TOK
MEDIA SOSIAL
KHALAS
Unknown commented on
"VIDEO SEX USTAD"
Pendakwah ini sorry ya tiada nama, tiada alamat tiada pengenalan diri kah kah kah, seorang pendakwah ulama terkenal, seorang Tan Sri, seorang Datuk, seorang Pengarah, seorang kakitangan awam kah kah kah semuanya tiada nama tiada alamat, teruskan agenda memperkasa rasuah memperkasakan undang-undang songsang kah kah kah
EROPAH TERBAKAR
Kebakaran hutan merebak di seluruh Eropah
ISTANBUL: Beberapa kebakaran hutan dilaporkan berlaku semalam di beberapa negara Eropah termasuk Greece, Turkiye dan Perancis, yang kawasan selatannya kini berdepan pelbagai kebakaran susulan gelombang haba berpanjangan.
Di Turkiye, lebih 600 kebakaran direkodkan di kawasan dilanda kemarau sejak minggu lalu dan pihak berkuasa memaklumkan seorang pekerja perhutanan yang cedera ketika memadamkan kebakaran di wilayah Izmir meninggal dunia akibat kecederaannya itu.
Kebakaran itu berlaku kira-kira 100 kilometer (km) ke timur pusat peranginan pesisir Izmir, sebelum ini meragut nyawa seorang lelaki berusia 81 tahun yang terlantar sakit serta seorang lagi pekerja perhutanan berusia 39 tahun pada Khamis lalu.
Menteri Pertanian dan Perhutanan Istanbul, Ibrahim Yumakli, berkata kebakaran berkenaan berjaya dikawal kelmarin bersama enam lagi kebakaran hutan lain yang kebanyakannya berlaku di bahagian barat dan tengah Turkiye.
Bagaimanapun, pasukan bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di kawasan pesisir selatan Dortyol, berhampiran sempadan Syria, semalam.
Turkiye setakat ini terselamat daripada gelombang haba yang melanda Eropah selatan kebelakangan ini, namun angin kencang memburukkan lagi kebakaran hutan di negara itu.
Semalam, Perkhidmatan cuaca Perancis, Meteo-France, memaklumkan gelombang haba yang bermula pada 19 Jun secara rasmi berakhir pada semalam menjadikan tempohnya 16 hari sama seperti gelombang haba maut negara itu pada 2003.
Namun pada hari yang sama, kebakaran besar pertama musim ini dilaporkan di selatan negara itu, termasuk di wilayah Bouches-du-Rhone dan Herault, memaksa pihak berkuasa menutup beberapa bahagian lebuh raya utama sempena hujung minggu pertama musim cuti musim panas.
Kesibukan lalu lintas menyebabkan kesesakan hingga 10km di kedua-dua arah di lebuh raya A9, dengan air diagihkan kepada para pemandu yang terperangkap di bawah panas terik.
Di Mireval, berhampiran bandar selatan Montpellier, kebakaran yang marak akibat angin kencang memaksa pasukan bomba memindahkan kira-kira 10 orang penduduk
MUSIM PANAS
SABAN TAHUN
SEMAKIN PANAS
AMIN
INI BUKTI
MALAPETAKA
IKLIM
KHALAS
26 JULAI DEMO LAWAN MADAFAKA
SABTU 26 JULAI
TURUN TURUN
LAWAN MADAFAKA
KHALAS
Unknown commented on
"KEMPEN MA DA FAKA"
tenang is bad...turun lawan madafaka
FANTA MASUK MENCELAH
Elon Musk umum tubuh parti baharu
WASHINGTON: Elon Musk, bekas penasihat rapat Presiden Donald Trump, pada Sabtu menyatakan beliau menubuhkan parti politik baharu di Amerika Syarikat (AS) untuk mencabar sistem satu parti di negara itu.
Musk, individu terkaya di dunia dan penyumbang dana politik terbesar Trump dalam pilihan raya tahun lalu bertikam lidah dengan Trump selepas mengetuai usaha Republikan untuk mengurangkan perbelanjaan dan memotong jumlah kakitangan kerajaan ketika mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan.
"Apabila berkaitan muflis negara dengan pembaziran dan rasuah, kita hidup dalam sistem satu parti, bukan demokrasi," kata pemilik Space X dan Tesla itu menerusi ciapan di X.
"Hari ini, Parti Amerika ditubuhkan untuk memberikan kembali kebebasan kamu," tulisnya.
Musk memetik tinjauan pendapat yang disiarkan di X pada Jumaat iaitu Hari Kemerdekaan AS di mana beliau bertanya sama ada responden mahukan kemerdekaan daripada sistem dua parti (ada yang mengatakan uniparti) yang menguasai politik AS selama kira-kira dua abad.
Tinjauan ya-atau-tidak itu memperoleh lebih daripada 1.2 juta jawapan.
"Dengan faktor 2 berbanding 1, kamu mahukan parti politik baharu dan anda akan memilikinya!" tulis Musk dalam hantaran di X pada Sabtu.
Pertelingkahan Trump-Musk tercetus semula secara dramatik lewat bulan lalu. Musk menyatakan tentangan hebat terhadap rang undang-undang 'One Big Beautiful Bill' .
Musk kemudian berikrar untuk menubuhkan parti politik baharu untuk mencabar penggubal undang-undang yang berkempen untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan hanya untuk mengundi rang undang-undang itu, yang menurut pakar akan menambah AS$3.4 trilion (RM14.4 trilion) dalam tempoh sedekad kepada defisit AS.
Selepas rang undang-undang perbelanjaan utama itu diluluskan Kongres, Trump mengancam untuk mengusir dan memotong dana kerajaan disalurkan kepada Musk.
DI AMERIKA
ADA DUA PARTI
AMIN
KOKO KOLA
PEPSI KOLA
KAH KAH KAH
SEKARANG
FANTA NAK
MASUK MENCELAH
KAH KAH KAH
KHALAS
APAKAH ISU ANWAR NAK ISAP PELIR YUSUFF RAWTHER ISU NEGARA ?
ISU ANWAR
NAK ISAP PELIR
YUSUFF RAWTHER
ISU NEGARA ?
AMIN
GELOMBANG KEMARAHAN RAKYAT
Bersatu tidak boleh bergantung kepada gelombang kemarahan rakyat
SERDANG – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh lagi bergantung kepada gelombang kemarahan rakyat yang menghukum kerajaan memerintah untuk memperoleh sokongan bagi memenangi pilihan raya akan datang.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah berkata, sebaliknya Bersatu akan memastikan rakyat menerima parti itu kerana kemampuan untuk melaksanakan reformasi yang gagal ditunaikan kepimpinan Anwar Ibrahim.
“Saya fikir rakyat marah itu sudah pasti, tetapi kita tak nak bergantung hanya atas kemarahan rakyat.
“Kita nak juga menawarkan sesuatu yang lebih konkrit iaitu Konsensus Nasional baharu, itu adalah suatu kerangka besar dari segi kesepaduan rakyat.
“Kita sudah ada cadangan reformasi pendidikan, sebab itu kita ikut betul-betul apa yang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang lakukan.
“Kita bukan hanya pergi meraih undi dan sokongan kerana rakyat marah kepada kerajaan yang ada, kami faham, kami pun marah kepada kerajaan sedia ada, tetapi kami juga ada perkara-perkara yang ingin kami tawarkan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Terdahulu Saifuddin menyempurnakan Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan 14 Bahagian Bersatu 2025 di Selangor.
Menurut Saifuddin, Bersatu tidak boleh mengambil manfaat kemarahan rakyat semata-mata tanpa menawarkan pendekatan yang konkrit seperti mana dilakukan Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 70-an selepas peristiwa 13 Mei.
“Berlaku reset yang melahirkan antaranya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan rukun negara, selepas itu, Malaysia menikmati zaman aman, harmoni dan kejayaan ekonomi yang cukup baik sehingga kita dikenali sebagai salah sebuah Asian Tigers.
“Sekarang kita berhadapan dengan masalah begitu besar juga, walaupun tidaklah berlaku perselisihan kaum macam 13 Mei, tetapi kesusahan rakyat, ekonomi dan politik kita begitu teruk.
“Kita memerlukan konsensus nasional yang baharu dengan tiga batu asas yang dicadangkan termasuk kemakmuran bersama,” katanya lagi. –
RAKYAT SAH
MARAH
AMIN
HASUT LAGI
TURUN KE JALAN
BERDEMO
AMIN
RASA MARAH
DI JALAN RAYA
TERJEMAH JADI
UNDI PILIHANRAYA
AMIN
TAK TURUN
JALAN RAYA
TAK MENANAG
PILIHANRAYA
KHALAS
LAGI SEKATAN KE ATAS RUSIA
Trump bayang kenakan sekatan lebih ketat ke atas Russia
MORRISTOWN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin, mengenai perang di Ukraine 'tidak menggembirakan'.
Menurutnya, pemimpin itu hanya mahu 'terus melihat lebih ramai terbunuh'.
"Keadaan sangat sukar. Saya memberitahu anda, saya sangat tidak berpuas hati berhubung panggilan dengan presiden Putin.
"Dia mahu meneruskannya, membunuh lebih ramai, ini tidak baik," katanya kepada pemberita di Air Force One.
Trump turut memberi bayangan beliau mungkin mengetatkan lagi sekatan terhadap Russia, setelah menangguhkan keputusan itu selama enam bulan dalam usahanya memujuk Putin untuk menamatkan perang.
"Kami banyak bercakap mengenai sekatan. Dia faham bahawa ia mungkin akan dilaksanakan," katanya.
Kata Trump lagi, beliau dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berhubung menerusi 'panggilan yang sangat strategik' pada Jumaat, ketika kebimbangan meningkat di Kyiv mengenai penghantaran bantuan ketenteraan AS.
Zelensky sebelum ini berkata, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk bekerjasama bagi 'menguatkan' pertahanan udara Ukraine.
Ia susulan Russia melancarkan dron dan peluru berpandu terbesar dalam pencerobohannya ke atas negara itu.
Trump berkata, beliau juga berbincang untuk menghantar peluru berpandu pemintas Patriot ke Ukraine dalam panggilan berasingan dengan Canselor Jerman, Friedrich Merz pada Jumaat, walaupun belum menyatakan persetujuan untuk berbuat demikian. - AFP
WOIT
NAK SEKAT
APA LAGI
KAH KAH KAH
SELAMA INI
SEMUA SEKATAN
GAGAL RUNTUHKAN
EKONOMI RUSIA
KHALAS
Langgan:
Ulasan (Atom)










