Isnin, 26 Mei 2025

BARUA BERMASALAH AKAN JADI BARUA SETIA

 

BARUA BERMASALAH

AKAN JADI BARUA

SETIA

AMIN 

RAFIZI KENA TIPU


RAFIZI KENA

TIPU

KAH KAH KAH

AMIN

TENGOK ANAK BULAN - ISLAM BUDAYA




Jika esok anak bulan kelihatan, 1 Zulhijjah jatuh pada Rabu, Aidiladha 6 Jun - Pakar falak

KUALA LUMPUR: Penentuan tarikh sambutan Aidiladha berbeza berdasarkan lokasi dengan peluang anak bulan kelihatan di negara terletak di sebelah Barat biasanya lebih tinggi berbanding di bahagian Timur, termasuk Malaysia.

Pensyarah Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr Ahmad Irfan Ikmal Hisham, berkata penentuan Aidiladha dibuat berdasarkan matlak.

Matlak merujuk kawasan yang berada pada jangka masa waktu terbit dan terbenam matahari atau bulan yang hampir sama atau membabitkan negara yang berkongsi siang dan malam yang sama.

Justeru, tegasnya, kenyataan Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menjangkakan Aidiladha pada 6 Jun di kebanyakan negara, tidak boleh dijadikan sandaran.

"Data hisab dikeluarkan Pusat Astronomi Antarabangsa adalah berdasarkan lokasi mereka. Kenyataan itu hanya sesuai di rantau mereka, tidak sesuai di negara kita kerana lokasi matlak yang berbeza.

"Dalam sistem kalendar Islam, adalah menjadi kebiasaan sekiranya negara belah Barat lebih awal nampak hilal atau anak bulan berbanding negara belah Timur," katanya kepada BH.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pusat Astronomi Antarabangsa yang menjangkakan kebanyakan negara Islam akan menyambut Aidiladha pada 6 Jun ini.

Lapor Agensi Berita Emirates (WAM), pusat yang berpangkalan di Abu Dhabi itu memaklumkan bahawa anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah 1446H dijangka dapat dilihat esok, iaitu 27 Mei.

Tambah Ahmad Irfan, melihat kepada data hilal dan hisab berasaskan kriteria Imkanurrukyah di Malaysia, ketika hari cerapan esok, iaitu pada 29 Zulkaedah 1446, kemungkinan besar hilal tidak kelihatan.

Maka, katanya, Zulkaedah digenapkan kepada 30 hari pada hari berikutnya dan Aidiladha dijadualkan pada 7 Jun.

Namun, katanya, sekiranya hilal kelihatan di mana-mana stesen cerapan pada proses esok, maka 1 Zulhijjah akan jatuh pada Rabu dan Aidiladha disambut pada 6 Jun.

"Umat Islam dinasihatkan agar taat kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan dibuat pada malam esok. Tidak perlu bimbang dengan fenomena raya mengejut kerana Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah, bukan 1 Zulhijjah," katanya.

Beliau turut mengingatkan umat Islam bahawa sambutan Aidiladha adalah mengikut lokasi semasa mereka.

"Sekiranya berada di Arab Saudi, maka patuhilah tarikh Arab Saudi. Jika berada di Malaysia, patuhilah tarikh yang diisytiharkan oleh pihak berkuasa Malaysia," katanya.

Menurut takwim Islam yang dikemaskini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tarikh jangkaan Aidiladha tahun ini pada 10 Zulhijjah 1446H bersamaan Sabtu 7 Jun.

PENYIMPAN MOHOR

BESAR RAJA-RAJA

MELAYU

ADA BUDAYA KITA

AMIN

SEMBUR CAT KE MUKA PENAJAHAT INI



TULAR: Lelaki sembur cat ke badan monyet, pencinta haiwan gesa tindakan tegas


KUALA LUMPUR: Dua klip video tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki menyembur cat ke badan dan muka seekor monyet, mencetus kecaman kumpulan pencinta haiwan.

Berdasarkan dua klip masing-masing berdurasi dua dan 50 saat, monyet berkenaan dilihat meronta-ronta di dalam sangkar besi ketika cta berkenaan disembur ke badannya.

Video berkenaan didakwa dirakam di sebuah kawasan perumahan sekitar Sungai Buloh.

Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), R Kalaivanan mengecam tindakan individu di dalam video terbabit dan menggesa tindakan segera diambil ke atas pelaku.

"SAFM menggesa saksi kejadian ini segera tampil membuat laporan polis serta kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) supaya tindakan tegas dapat diambil tanpa kompromi.

"SAFM juga menuntut PERHILITAN mengambil tindakan segera dan menyeluruh dalam menyiasat kes ini," katanya melalui kenyataan hari ini.

Kalaivanan berkata, SAFM turut berharap individu terbabit dibawa ke muka pengadilan sebagai amaran kepada orang ramai supaya tidak mendera haiwan.

Mengikut Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), katanya hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya boleh dikenakan jika disabit kesalahan.

"SAFM menegaskan tiada ruang untuk kezaliman terhadap hidupan liar dalam negara ini dan akan terus memantau perkembangan kes ini secara tegas," katanya.

Sementara itu, tinjauan di ruang komen mendapati ramai netizen mengecam tindakan itu yang disifatkan sebagai satu bentuk penderaan dan berisiko membahayakan nyawa monyet terbabit.

Netizen turut menggesa monyet terbabit segera diselamatkan sebelum haiwan itu mati akibat terhidu gas beracun atau termakan cat.

Namun ada juga yang menyokong dengan menyatakan amalan mengenakan cata pada badan monyet atau kera sebagai satu tindakan untuk mengawal tindakan haiwan itu yang mengganggu tanaman dan kawasan kediaman.

MAMAT INI

WAJIB DI HUKUM

AMIN

MUDAH SAJA

SEMBUR CAT

ITU KE MUKA

MAKAMT INI

KHALAS

KES LEMBU SHAHRIZAT - TERIMA KASIH RAFIZI




Maklumat bocor: Shafee mahu Public Bank bayar ganti rugi RM560 juta


PUTRAJAYA – Peguam yang mewakili National Feedlot Corporation (NFCorp) dan empat yang lain mahu Public Bank Bhd. membayar ganti rugi maksimum RM560 juta kerana melanggar kontrak sehingga menyebabkan maklumat sulit akaun anak guamnya bocor pada 2012.

Muhammad Shafee Abdullah berhujah di Mahkamah Persekutuan hari ini berkata, anak guamnya menuntut RM60 juta sebagai ganti rugi am dan RM250 juta masing-masing bagi ganti rugi teladan dan teruk.

Hujah beliau, perayu yang merupakan pelanggan Public Bank mengalami kerosakan yang ketara sambil menyifatkan salah laku bank itu sebagai `sesuatu yang tidak dapat dibayangkan’.

Menurut Muhammad Shafee, tindakan bank tersebut sengaja membocorkan maklumat kepada pemimpin politik pembangkang ketika itu sehingga membawa kepada penyebaran umum.

“Ladang terpaksa ditutup manakala keseluruhan projek yang dijalankan runtuh. Situasi itu akhirnya menyebabkan anak guam saya terpaksa berhutang dengan kerajaan sebanyak RM250 juta,” katanya.

Sementara itu, peguam Chan Kok Keong yang mewakili bank mempersoalkan kredibiliti tuntutan ganti rugi am RM60 juta NFCorp sambil menegaskan permohonan itu dibuat berdasarkan unjuran kewangan yang lapuk dan tidak boleh dipercayai.

Ujarnya, mahkamah terdahulu turut menolak keterangan penganalisis kewangan yang dipanggil NFCorp berhubung unjuran kewangan dan menyifatkan keterangan beliau tidak kredibel bagi membuktikan kerugian yang ditanggung oleh syarikat berkenaan.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya,  Hasnah Mohammed Hashim menetapkan 18 Jun ini bagi memutuskan taksiran ganti rugi.

Terdahulu panel berkenaan sebulat suara membenarkan rayuan balas NFCorp dan empat yang lain dan mengetepikan ganti rugi nominal RM10,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos 2023.

Hakim Hasnah yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak,  Abdul Rahman Sebli dan  Abu Bakar Jais memberikan mereka hak menuntut ganti rugi teladan dan teruk daripada bank berkenaan.

Pada prosiding itu juga, panel berkenaan menolak rayuan akhir Public Bank untuk mengetepikan saman NFCorp dan empat yang lain berhubung liabiliti bahawa bank itu melanggar kontrak sehingga maklumat sulit akaun syarikat itu bocor.

Koram berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Public Bank melanggar kewajipan statutori dan kerahsiaan dengan mendedahkan maklumat akaun pelanggannya.

Pada prosiding hari ini, mahkamah turut mengarahkan bank berkenaan membayar kos berjumlah RM300,000 kepada NFCorp dan anak syarikatnya.

Pada 22 Mei 2012, NFCorp dan empat yang lain memfailkan saman terhadap Public Bank atas pelanggaran kontrak untuk melindungi kerahsiaan akaun bank mereka.

Perayu menyatakan, maklumat akaun bank yang bocor itu digunakan oleh Naib Presiden PKR ketika itu,  Rafizi Ramli untuk menguatkan dakwaan bahawa plaintif memanfaatkan pinjaman kerajaan untuk membeli lapan hartanah KL Eco City.

Pada 29 Julai 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman tersebut selepas mendapati NFCorp, Mohamad Salleh dan tiga lagi anak syarikatnya, gagal membuktikan kes itu terhadap Public Bank berdasarkan imbangan kebarangkalian.

Dalam penyataan saman tersebut, kesemua plaintif mendakwa reputasi dan kredibiliti perniagaan mereka terjejas berikutan pelanggaran Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA). –

WOIT

INI PERANAN

TERBAIK DARI

RAFIZI

AMIN

SALUT &

 TERIMA KASIH

AMIN

SHAHRIZAT LEMBU

SONGLAP DUIT

KERAJAAN

AMIN

LEMBU SIMPAN

DALAM FLET

KAH KAH KAH

KHALAS

BOLEH REKRUT ALLAH


BOLEH REKRUT

ALLAH JIKA

BANYAK DUIT

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "ALLAH SOKONG RAFIZI ?"

Siapa duit lebih banyak boleh rekrut, siapa ada kuasa boleh rekrut segalanya, akhirnya dunia milik orang kita yang berkuasa, lah kah kah kah

ADA UNSUR JENAYAH ?




Tiada penglibatan politik dalam kes kehilangan Pamela

KUALA LUMPUR – Tiada penglibatan politik yang menjurus dalam siasatan membabitkan kes kehilangan  Pamela Ling Yueh pada 9 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur,  Rusdi Mohd Isa berkata, ia berdasarkan kepada siasatan yang telah diambil berhubung kes itu.

“Sehingga kini, kita tidak nampak siasatan ini menjurus kepada   penglibatan politik kerana keterangan yang diambil juga tiada unsur kepada itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambah Rusdi, setakat ini, sebanyak 47 keterangan telah diambil oleh pihak polis termasuk empat individu di Singapura melibatkan anak kepada Pamela.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, polis masih aktif menjalankan siasatan meskipun kes kehilangan wanita itu sudah berlaku sebulan  lalu.

Mengulas mengenai rakaman keterangan yang turut melibatkan teman lelaki kepada Pamela, Rusdi memaklumkan perkara itu tidak dapat disahkan buat masa ini.

Sementara itu, berhubung permohonan reman polis terhadap suami Pamela ditolak, Rusdi berkata, mahkamah mengesahkan tiada keperluan.

“Kalau kita pergi ke mahkamah buat permohonan reman ada alasan kita, jadi alasan itu boleh diribat (pertikai) oleh peguam yang hadir dan selepas itu mahkamah pertimbangkanlah.

“Kalau secara ringkas mahkamah kata tiada keperluan dan saksi atau dia ini boleh dipanggil pada bila-bila masa dan mereka memberi jaminan untuk bekerjasama,” jelasnya.

Terdahulu Pamela dilaporkan telah dilarikan selepas gagal hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 9 April lalu.

Pamela sebelum itu dijadualkan hadir ke pejabat SPRM pada tarikh berkenaan bagi memberi keterangan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan.

Pamela, 42, merupakan isteri kepada seorang ahli perniagaan dari Sarawak, beliau dan suaminya difahamkan sedang disiasat oleh SPRM berkaitan kes pengubahan wang haram.

Rusdi dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan penculikan atau melarikan orang dengan niat untuk mengurung secara salah.

Tambah beliau, beberapa saksi termasuk pegawai SPRM dan peguam mangsa serta pemandu e-hailing telah dirakam keterangan. 

WOIT

JIKA TAKDA

UNSUR POLITIK

PASTI ADA

UNSUR JENAYAH

AMIN

APAKAH SAMSENG

INI ADA DAPUR

SENDIRI UNTUK

BAKAR MAYAT

HINGGA HILANG

TAK JUMPA

JENG JENG JENG

MACAM KES

SAMSENG

DI KUALA SELANGOR

AMIN

BERAPA RAMAI

RAKYAT DAH

ILANG SAMPAI

HARI INI TAK

JUMPA?

JENG JENG JENG

KHALAS

PESTA BUKU DI PWTC


PADA  AHAD 

1 JUN 2015

JAM 12.00 TENGAH HARI 
GUA AKAN BERADA 
DI RERUAI 6-50 KAWAH BUKU
PESTA BUKU WTC
BOLEH BELI BUKU
 DAN GUA BOLEH 
TANDA TANGAN. AMIN



Boleh dibeli di booth Kawah Buku

Reruai 6-50, Dewan Tun Abdul Razak 3
World Trade Centre KL

23 Mei - 1 Jun

KUASA BURIT !!!



Pengurus ejen insurans rugi RM695,000 ditipu ’Carmen Lee

KUANTAN – Seorang pengurus ejen insurans mengalami kerugian RM695,000 akibat terpedaya skim pelaburan atas talian di Bentong.

Timbalan Ketua Polis Pahang,  Azry Akmar Ayob berkata, mangsa yang merupakan wanita berusia 60 tahun itu diperdaya dengan iklan pelaburan di Facebook oleh individu bernama ’Carmen Lee’ yang menyamar sebagai wakil syarikat Penunjuk Arah Kekayaan Malaysia pada 2 April lalu.

Warga emas ditipu ‘Susan’ lesap wang pelaburan RM625,250

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM625,250 lesap selepas terlibat pelaburan yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, lelaki tempatan berusia 67 tahun itu telah dihubungi individu bernama Susan menggunakan aplikasi whatsapp dan ditawarkan menyertai pelaburan berkenaan.

KUASA BURIT

BANYAK JANTAN

KENA TIPU

KAH KAH KAH

NAK KEMUT

KETAT

KAH KAH KAH

KHALAS

SEDAR DAN BERTINDAK


AWAS !!!

SEDAR & 

BERTINDAK 

AMIN



NAK CARI TUHAN TAK PERLU JADI ARAB



NAK CARI TUHAN 

TAK PERLU 

JADI ARAB

AMIN

TEL AVIV DISERANG PELURU BERPANDU


TEL AVIV

DI SERANG 

PELURU BERPANDU

KHALAS

KENALI APA ITU MADANI


TIDAK PELIK

INI AJARAN

MADANI

KHALAS

Unknown commented on 
"MENTERI DAP LETAK JAWATAN ?"

Kah kah kah memang pelik dunia betul orang kita, yang kalah pilihanraya diangkat sebagai menteri, yang dinyahkan oleh pengundi diangkat sebagai wakil rakyat manakala yang dipilih rakyat terus dihentam dikutuk dikritik kah kah kah, negara semakin teruk zaman Madani ini,

dahulu kala Mahathir dilabel sebagai Maha Firaun tetapi kita lihat sekarang semuanya terbaik, yang ada kes rasuah beli saham jadi Ketua Pengarah Rasuah Malaysia kan hebat? Ada kes 47 diangkat sebagai Timbalan PM, semuanya terbaik terbalik belakang pusing sapu planta kah kah kah hidup hidup kedaulatan undang-undang rimba amin kah kah kah

SPRM IALAH ALAT


INGAT KEMBALI

KES MAMAT NAK

LAWAN NURUL 

JADI 

KETUA CABANG

PEMATANG PAUH

SPRM

 MASUK TANGKAP

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"JAHTUHKAN KERAJAAN MADANI"

Mereka takut siapa lawan Boss akan diheret ke mahkamah atas rasuah, ketua SPRM pun ada kes rasuah, dahulu ada kes sondol bini orang kah kah jadi betullah cakap TT, orang yang ada kes senang ditarik batang hidung kah kah kah pemimpin ketua nak orang macam ini lah kah kah kah

ALLAH SOKONG RAFIZI ?

 



Saya tidak berniat untuk berputus asa, kata Rafizi

Meskipun gagal mempertahankan jawatan sebagai timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli tetap teguh dengan pendiriannya dan berikrar untuk terus berjuang demi Malaysia yang lebih baik.

"Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik.

"Cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya," katanya dalam hantaran di media sosial.

Rafizi yang dijangka meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, berkata dengan lebih banyak masa yang ada akan membolehkan dia meluangkan masa bersama rakyat biasa selepas ini.

‘Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita’

Ahli Parlimen Pandan yang telah bersama PKR hampir tiga dekad itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokongnya.

"Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat.

"Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan (Kongres Nasional PKR), sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa,” tambahnya.

“Kepada mereka yang kecewa, kita mesti reda dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita,” katanya.

Rafizi, yang merupakan penyandang jawatan nombor dua baru-baru tewas kepada anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah.

Semalam, ahli politik itu menegaskan bahawa memegang jawatan dalam kerajaan bukan satu-satunya cara untuk mencapai matlamat reformasi, malah menegaskan bahawa perubahan harus bermula daripada masyarakat sendiri.

Rafizi turut menyuarakan keyakinan bahawa matlamat PKR masih belum tercapai dan menambah bahawa idealisme dan keabsahan parti itu di mata rakyat melangkaui kepimpinan presidennya sekarang.

WOIT

ALLAH SOKONG

SAPA ?

KAH KAH KAH

MACAM MANA

NAK TAHU

ALLAH SOKONG

RAFIZI ATAU

NURUL

KAH KAH KAH

KHALAS

NAIKKAN HARGA MINYAK UNTUK BANGLA

 


SOKONG

KITA NAIKKAN

HARGA MINYAK

UNTUK BANGLA

 INDON MYAMAR 

& VIETNAM

AMIN

RAMAI MEREKA 

PAKAI HONDA DAN

MERCEDES

KAH KAH KAH

KHALAS

GAZA AKAN JADI MILIK BLACKROCK




Gaza mungkin 'hilang' tanpa campur tangan antarabangsa


GAZA: Kenyataan terbaharu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bahawa perang di Gaza hanya akan berakhir bila keseluruhan wilayah itu dikuasai Israel, secara langsung mendedahkan matlamat sebenarnya.

Malah, tambah beliau, cadangannya itu turut mendapat sokongan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang setuju bahawa penduduk Palestin di Gaza perlu dipindahkan keluar.

Pelan besar Israel itu menyaksikan pelancaran operasi darat utama dinamakan 'Gideon's Chariots' beberapa hari lalu bagi menduduki sebahagian besar atau keseluruhan Semenanjung Gaza.

Penduduk asal Gaza, yang berjumlah sekitar 2.4 juta sebelum perang bermula pada 7 Oktober 2023, kini hanya tinggal sekitar sejuta, terkepung di lima kem pelarian dikawal Israel.

Dalam tempoh dua minggu lalu, Israel meningkatkan kempen pengeboman, membunuh ratusan lagi rakyat Palestin, sebahagian besarnya orang awam manakala bakinya diarah berpindah lagi.

Di samping pengeboman, isu paling mendesak ialah sekatan Israel sejak 2 Mac lalu dan risiko kebuluran bagi baki penduduk Gaza, lebih separuh daripadanya wanita dan kanak-kanak.

Pada masa sama, ladang milik petani Palestin dimusnahkan, ternakan dibunuh dan nelayan yang mahu ke laut ditembak, sekali gus memutuskan sama sekali rantaian bekalan makanan bagi penduduk Palestin.

Dengan sekatan memasuki hari ke-82, imej kanak-kanak yang kurus kering terus tersebar dalam berita dan media sosial dengan kemarahan umum semakin meningkat.

Untuk rekod, menurut Suruhanjaya Penentangan Penjajahan dan Tembok Palestin, Israel merampas lebih 12,800 ekar tanah Palestin di Tebing Barat yang diduduki sejak 7 Oktober 2023.

Suruhanjaya itu turut mendedahkan, sejak perang di Gaza bermula, Israel mengeluarkan 13 arahan ketenteraan bagi mewujudkan zon penampan di sekitar penempatan haram serta menubuhkan 60 pos penempatan haram baharu di Tebing Barat.

Daripada jumlah itu, sebanyak 11,400 ekar telah dirampas sepanjang 2024 sahaja atas pelbagai alasan, termasuk pengisytiharan sebagai kawasan rizab semula jadi, tanah milik negara dan zon ketenteraan

Dalam pada itu, Gaza menghadapi risiko kebuluran yang kritikal dengan 470,000 orang di Gaza berdepan kebuluran iaitu mewakili 22 peratus daripada penduduk ya.

Lebih daripada 52,000 orang terkorban dan sekurang-kurangnya 118,000 cedera di Gaza

Selain itu, sistem penjagaan kesihatan turut berada di ambang kehancuran dengan 90 peratus daripada penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka. - AGENSI

HANYA SATU

JALAN UNTUK

SELAMATKAN

GAZA

AMIN

HANTAR 

SUKARELAWAN

DARI SELURUH

DUNIA

UNTUK  LAWAN

ZIONIS ISRAEL

AMIN

KHALAS