Ahad, 2 Februari 2025
HARI HARI AKHIR SAEKOR KHAIRY
Zahid ingatkan mereka yang 'keluar sekejap' boleh kekal di luar untuk selama-lamanya
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran individu yang ingin 'keluar sekejap' daripada parti itu boleh keluar untuk selama-lamanya.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata fokus utamanya kini adalah untuk memperkukuhkan perpaduan dalam parti.
Beliau berkata, UMNO kini menjadi semakin kecil disebabkan perpecahan dalaman dan disebabkan itu hanya memenangi 26 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022.
"Matlamat saya adalah untuk menyatukan semula (ahli parti), mereka yang sudah keluar boleh terus keluar. Mereka yang 'keluar sekejap' boleh kekal di luar untuk selama-lamanya.
"Mana-mana yang ada kini harus mempunyai sikap setia dan taat kepada parti mengatasi kepentingan peribadi," katanya menerusi podcast Buletin TV3 hari ini.
Keluar Sekejap adalah nama podcast dikendalikan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersama bekas Ketua Penerangan, Shahril Hamdan.
Podcast itu antara lain membincangkan pelbagai isu semasa termasuk politik dan sosial. Sehingga kini, siri berkenaan mempunyai 141 episod dengan 358,000 pengikut.
Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan, dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 kerana melanggar disiplin parti pada PRU-15. Shahril pula dikenakan penggantungan selama enam tahun daripada parti pada Ogos 2022.
Pada Disember tahun lalu, Ahmad Zahid berkata Khairy dialu-alukan kembali ke UMNO jika beliau dapat membuktikan komitmennya kepada parti.
Bagaimanapun, Khairy menyatakan bahawa beliau hanya akan menyertai semula parti itu sekiranya UMNO komited untuk menjadi parti lebih baik.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata lebih baik partinya itu menjalani bahtera dengan bilangan ahli yang kecil daripada mempunyai individu yang disifatkan seperti 'duri dalam daging'.
"Apa yang penting adalah penyatuan dan perpaduan, jika ada gunting dalam lipatan atau kaduk naik junjung, saya fikir orang seperti ini tidak diperlukan (dalam parti).
"Biarlah sedikit pun ahli UMNO, tapi mereka taat dan setia kepada parti, kita tidak mahu menjadi seperti buih di lautan.
"Saya bukannya seorang pemimpin diktator atau kuku besi, saya boleh berbincang. Kini UMNO akan susun strategi untuk kita kembali dominan semula," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menafikan dirinya tidak boleh dikritik sebaliknya tindakan diberikan kepada mereka yang mengkritik parti.
"Saya tidak mengetepikan sesiapa pun, tapi kalau kritik parti bayarlah harga sepatutnya. (Tindakan) itu diberikan bukan pada (mereka yang kritik) saya.
"Individu yang mengkritik saya secara peribadi, saya tidak pernah lakukan sebarang tindakan, cuma (tindakan dikenakan) kepada mereka yang menyentuh parti," katanya.
INI TANDA
HARI HARI
AKHIR SAEKOR
KHAIRY
KAH KAH KAH
KHAIRY TAKDA
PILIHAN SELAGI
ZAHID ADA
KHAIRY TAK
AKAN DAPAT
KEMBALI KE UMNO
KAH KAH KAH
AMIN
PROJEK HAPUSKAN PALESTIN DI TERUSKAN
Israel teruskan operasi di Tebing Barat, 5 terbunuh
RAMALLAH: Kementerian Kesihatan Palestin mendedahkan tentera Israel membunuh lima penduduk tempatan dalam serangan berasingan semalam dekat Jenin, Tebing Barat yang diduduki, menerusi operasi besar-besaran.
Serangan udara Israel di kawasan kejiranan dekat timur Jenin membunuh seorang remaja berusia 16 tahun, Ahmad al-Sadi manakala dua lagi mangsa cedera parah.
Serangan kedua menyasarkan sebuah kereta membunuh dua orang di bandar Qabatiya, sementara serangan ketiga meragut dua nyawa di tengah Jenin.
"Selepas serangan yang membunuh remaja, serangan dron Israel membedil sebuah kereta di Qabatiya dan membunuh dua pemuda.
"Beberapa minit kemudian, satu lagi serangan dron di Jenin, membunuh dua lagi pemuda yang menunggang motosikal," katanya.
Tentera Israel mengesahkan pihaknya membedil sebuah kereta di kawasan Qabatiya.
"Ia adalah sebahagian daripada operasi antikeganasan di utara Samaria (kawasan paling utara di Tebing Barat), sebuah pesawat tentera udara Israel membedil sebuah kenderaan yang membawa 'pengganas' dalam kawasan Qabatiya," katanya.
Mengenai serangan yang meragut nyawa seorang pemuda, tentera Israel berkata tentera udara menggempur 'pengganas bersenjata' di kawasan Jenin.
Pada bulan lalu, tentera Israel melancarkan operasi serangan yang digelar 'Tembok Besi', bertujuan membasmi kumpulan pejuang Palestin di Jenin.
Jenin dan kem pelarian bersebelah didakwa menjadi pusat pejuang Palestin dan keganasan, sejak perang Gaza meletus pada 2023.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, tentera bersama peneroka haram Israel membunuh sekurang-kurangnya 881 rakyat Palestin, termasuk ramai pejuang di Tebing Barat sejak permulaan perang.
Israel pula merekodkan sekurang-kurangnya 30 warganya terbunuh dalam serangan di wilayah itu dalam tempoh sama.
Pada Khamis lalu, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan tentera Israel baru saja membunuh dua lagi rakyat Palestin di Jenin, selepas Israel mengumumkan seorang tenteranya terbunuh. - AFP
AMERIKA SERANAG SOMALIA
Tentera AS lancar serangan udara, gempur pangkalan IS di Somalia - Trump
WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam melancarkan serangan udara di Somalia, menyasarkan seorang perancang serangan kanan IS dan beberapa anggota lain dari kumpulan pengganas terbabit.
Presiden AS, Donald Trump, mengesahkan serangan itu membunuh ramai individu dalam kalangan anggota tertinggi IS yang disasarkan.
"Pembunuh berkenaan, yang kami temui bersembunyi dalam gua, mengancam AS dan sekutu kami.
"Serangan ini memusnahkan gua tempat mereka bersembunyi dan membunuh ramai pengganas tanpa menjejaskan orang awam sama sekali," katanya menerusi hantaran di Truth Social.
Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, pula berkata serangan semalam dilancarkan di Gunung Golis dan penilaian awal menunjukkan ramai militan terbunuh, sambil menambah tiada orang awam tercedera.
Sementara itu, Pejabat Presiden Somalia memberitahu Presidennya, Hassan Sheikh Mohamud, sudah dimaklumkan mengenai serangan udara itu.
Menerusi hantaran di platform X, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi AS dalam perjuangan bersama menentang keganasan.
"Hasil kepimpinan yang berani dan tegas presiden (Trump) dalam usaha melawan keganasan sangat dihargai dan dialu-alukan di Somalia," katanya.
Menteri Penerangan, Mohamud Aidid Dirir, menjelaskan bahawa serangan itu dilakukan di Gunung Cal Miskaad yang menjadi sebahagian daripada banjaran Golis, dengan hanya menyasarkan pangkalan IS.
"Jumlah korban masih tidak diketahui kerana ia berlaku ketika gelap tetapi tentera kami di barisan hadapan dapat mendengar bunyi letupan," katanya.
Menurut Hegseth, serangan itu berjaya melemahkan keupayaan IS untuk merancang dan melancarkan serangan yang berisiko mengancam AS, rakan sekutunya dan orang awam tidak bersalah.
"Ia menghantar isyarat jelas bahawa AS sentias bersedia mencari dan menghapuskan pengganas yang mengancam AS dan sekutu kami, walaupun kami menjalankan perlindungan sempadan yang kukuh dan banyak operasi lain di bawah kepimpinan Presiden Trump," katanya dalam kenyataan.
AS secara berkala melancarkan serangan udara di Somalia sejak bertahun-tahun, tidak kira sama ada negara itu di bawah pentadbiran Republikan ataupun Demokrat. - REUTERS
MELAYU HILANG KUASA
BILA MELAYU
HILANG KUASA
MELAYU
JADI LALAT
KHALAS 
Unknown commented on
"UMNO DAH
JADI LALAT"
UMNooo bukan lalat . UMNoo taik palat di batang kulup... Kah kah
Lalat lalat suka hurung taik palat batang kulup... Kah kah kah
UMNOooo lalat tua nyanyuuk ...
Mcm Tun Mahathir...
Awal macam pejuang Bangsa, akhir hayat jadi sekor barua DAP@LeeKwanYew.
Dia bagi Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew sambil gentel telo labuh nya bertaik palat dengan selamber ajer... Kalau negara lain dah perang dah...!!
Yang untung besoooo kaya billion billion Jho Low, Nevin Tan lesap bebas kaya raya... Suma Type C ramai lagi sebeno nyer
Kanina punya lalat...
Sapa jadi barua DAP@LeeKwanYew mme species lalat hijau
Skg barua sesama barua DAP@LeeKwanYew berbunuhan turun naik mahkamah ... Superman DAP dah kata " barua mereka iaitu "barua Melayu skrew barua Melayu"
Jho low Nevin Tan Dan kaum nya tepok tangan lihat sesama lalat bercakaran... Kah kah kah..!!
Lalat hijau hurung bangkai taik punya barua
Haah lalat semua
"Tepokkk..!!"
Kah kah kah
KHALAS
KHUTUBAH UNTUK BODEK KERAJAAN
KHUTUBAH
UNTUK BODEK
KERAJAAN
AMIN
Unknown commented on
"AGAMA DI JADIKAN
ALAT KUASA"
Adapun teks khutbah tiada releven dengan masalah rakyat terbanyak melainkan alat membodek kerajaan penyamun perasuah.
ANAK MUDA DI LIHAT COOL
Semakin ramai remaja minat aktiviti samseng jalanan – Zamzuri
KUALA LUMPUR – Kini semakin ramai remaja cenderung untuk keluar rumah dan melepak bersama rakan-rakan serta menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap aktiviti samseng jalanan.
Itu tegas Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa.
Beliau membuat rumusan itu berdasarkan hasil operasi dijalankan pihaknya.
Sehingga hari kelima pelaksanaan Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, katanya, statistik menunjukkan penurunan jumlah kemalangan berbanding operasi yang sama tahun lepas.
Namun berdasarkan data daripada Op Selamat sebelum ini, trend kemalangan jalan raya menunjukkan variasi, kata Mohd Zamsuri.
Menurutnya, untuk Op Selamat kali ini terdapat penurunan kes kemalangan jalan raya dan jumlah kemalangan kali ini 639 kes berbanding 681 tahun lalu.
Jumlah saman 13,107 kali ini berbanding 14,230 tahun lepas.
“JSPT KL tetap memberi tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
“Langkah ini bertujuan mengurangkan risiko kemalangan dengan memastikan pemandu mematuhi peraturan lalu lintas, meningkatkan kesedaran serta disiplin pemandu dan menggalakkan sikap pemanduan berhemah serta bertanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan.
Operasi Motosikal dan Operasi Samseng Jalanan hari ini menumpukan kepada penunggang motosikal agar lebih mematuhi peraturan jalan raya, memakai topi keledar dengan betul serta tidak melakukan aksi berbahaya yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
Dalam operasi yang dilaksanakan, seramai 75 anggota terdiri daripada 13 Pegawai Kanan Polis dan 62 Pegawai Rendah Polis dari JSPT KL telah membuat sekatan jalan raya di beberapa lokasi iaitu Jalan Loke Yew, Jalan Kuching, dan Jalan Tun Razak.
Pemeriksaan telah dijalankan terhadap kira-kira 1,500 kenderaan.
Hasil operasi, sebanyak 72 motosikal telah disita atas kesalahan pengubahsuaian kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.
Selain itu, pihak JSPT KL telah mengeluarkan sebanyak 789 saman, manakala pihak JPJ telah mengeluarkan 250 saman.
Dalam operasi tersebut, lima individu telah ditangkap atas pelbagai kesalahan iaitu tiga kes bagi Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil / Seksyen 108 APJ.
“Satu kes bagi Seksyen 30(3) Akta Racun dan satu kes Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Kesemua tangkapan melibatkan individu berusia antara 15 hingga 25 tahun.
Mereka telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.-
WOIT
ANAK MUDA
REMPIT BUKAN
SAMSENG
AMIN
MEREKA ADALAH
ANAK MUDA
MAHU DILIHAT
COOL
KHALAS
TITAH BARU
Trump tegas akan kenakan tarif ke atas produk EU
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mengancam untuk mengenakan tarif ke atas produk Kesatuan Eropah (EU), dengan menuduh blok itu mengamalkan perdagangan tidak adil, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Bercakap di Rumah Putih pada Jumaat, Trump menegaskan beliau "pasti" akan mengenakan tarif ke atas barangan dari EU.
Trump berkata AS diperlakukan dengan "teruk", sambil mendakwa pasaran Eropah sebahagian besarnya menutup pintu eksport Amerika.
"Mereka tidak menerima kereta kita, mereka hampir tidak menerima produk pertanian kita, mereka hampir tidak menerima apa-apa," katanya.
Beliau merujuk kepada defisit perdagangan yang besar antara AS dan EU, sambil berjanji untuk mengambil tindakan "besar" terhadap blok itu, walaupun tidak memberikan butiran lanjut.
Sepanjang kempen pilihan rayanya, Trump menyebut rancangan untuk mengenakan tarif baharu antara 10 hingga 20 peratus ke atas import dari EU, dengan alasan ia akan merangsang industri domestik dan menangani defisit perdagangan.
Ketika penggal pertama Trump sebagai presiden, AS dan EU terlibat dalam pertikaian perdagangan yang sengit.
Pada 2018, Trump mengenakan tarif ke atas import keluli dan aluminium, yang mendorong EU membalas dengan mengenakan tarif ke atas produk AS seperti bourbon, motosikal Harley-Davidson dan jean. - BERNAMA-dpa
TITAH BARU
DARI DULI
YANG MAHA
MULIA
MAHARAJA TRUMP
AMIN
TITAH SEPERTI
INI PASTI AKAN
MENJEMPUT
MALAIKAT MAUT
KHALAS
SATU LAGI BUKTI MALAPETAKA IKLIM - KUALA KRAI JADI LONDON
KUAL KRAI
JADI LONDON
BUKTI MALAPETAKA
IKLIM
KHALAS
SECANGKIR AIR KETUM
SECANGKIR
AIR KETUM
SEKUAT
BUMI MANUSIA
AMIN
Unknown commented on
"PAGI INI"
Meningkatkan tenaga senggama, tiada rahsia. Usia hanya angka, cinta tak bisa dipaksa. Berpeluh. Banyakkan berjalan kaki, kempiskan perut dengan kurangkan makan nasi. Roti kue jangan dimakan. Lahir ditanah melayu, dimana ditanam gandum? Makan hasil bumi sendiri. Sesekali akar kayu, sesekali kertum.
SEDANG DI FIKIRKAN
SEDANG
DI FIKIRKAN
TERIMA KASIH
AMIN
Unknown commented on
"DBKL JADI SPRM"
Salam saudara isham, bila nak ada podcast sendiri. Sambil menulis, sambil berkongsi fikiran.
PAGI INI
PAGI INI
AHAD JANUARI 2025
RAYA CHINA SELESAI
TUNGGU CHAP GOH MEH
HARI WILAYAH DAH SELESAI
TUNGGU KES RASUAH DBKL
DBKL
DAH JADI SPRM
BOLEH SIASAT KES RASUAH
KAH KAH KAH
AWAL DULU
KETUA POLIS NEGARA
JADI KETUA KAWIN NEGARA
KAH KAH KAH
HEBAT AMAT HEBAT
KAH KAH KAH
KES BUNTING SEBELUM NIKAH
INI MUNCUL LAGI
PASAI APA?
SEMUA DAH SENYAP
KAWIN DI SIAM
DAH SELESAI
TAPI KENAPA DI TIMBULKAN
SEKALI LAGI
CIKGU BARD DI PANGGIL
KE BALAI
WALHAL CIKGU BARD
DAH UMUM DIA BATAL
DIA TAK JADI
NAK BUAT LAPORAN POLIS
HAL KES BUNTING INI
TAPI
KENAPA PANGGIL PULAK
JENG JENG JENG
MESTI ADA TAIK
DALAM SELUAR
KAH KAH KAH
MESIR
PINTU SEMPADAN DI RAFAH
DI BUKA UNTUK BAWA
PESAKIT WARGA GAZA
YANG PERLU
RAWATAN DI MESIR
AMERIKA
TRUMP MASIH MENEKAN
MESIR DAN JORDAN
UNTUK AMBIL 1.5 JUTA
WARGA PALESTIN
GAZA NAK DI BERSIHKAN
DARI ARAB
INDONESIA
NAK BUAT TEMBOK LAUT
700 KILOMETER
DARI BANTEN KE JAWA TIMUR
AMERIKA
NEGARA KESATUAN EROPAH
JUGA AKAN DI KENAKAN
CUKAI OLEH TRUMP
SOMALIA
JET AMERIKA
MENGEBOM SOMALIA
NAK BUNUH GENG
JIHADIS
HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING SEGAR
LANGIT PUCAT
MATA HARI DAH MEMANCAR
SINAR MASIH LEMAH
KL & KL SENTRAL
BERJEREBU NIPIS
DI BUKIT SUARA TERKUKUR
DARI ARAH SEKOLAH ALICE SMITH
SUARA HOW WOW
DARI ARAH KWANTUNG
SUARA GAGK MENANGIS
HARI INI
AKAN PANAS
MUSIM PANAS DAH SAMPAI
TAPI SABAH SARAWAK
HUJAN TAK HENTI
INILAH AKIBAT
PEMANASAN DUNIA
BRO
SENYUM
SENYUM
DI LAGI AHAD
DARI AMPANG KE LEMBAH PANTAI
BELI TAPAI DI WARUNG CIK GAYAH
DBKL DAH JADI PANDAI
PUNGUT CUKAI SIASAT RASUAH
MAKAN TAPAI DI WARUNG CIK GAYAH
LEPAS REHAT TURUN KE SAWAH
KEMPEN MADANI LAWAN RASUAH
TAPI RASUAH BERTAMBAH TAMBAH
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Ulasan (Atom)









