Rabu, 23 Julai 2025

MADEY UMUR 100 TAHUN - RAKYAT DAPAT 100 RINGGIT


MADEY UMUR

 100 TAHUN

RAKYAT DAPAT

 100 RINGGIT

KAH KAH KAH

AMIN

DIMANA MENANTU MUHYIDIN SEKARANG ?


DIMANA MENANTU

MUHYIDIN 

SEKARANG ?

AMIN

PENCERAHAN JELAS UNTUK MADAFAKA


PENCERAHAN

JELAS

UNTUK MADAFAKA

AMIN

TAK PERLU 500 RIBU - 5 RIBU TURUN SUDAH CUKUP



Shahidan ramal himpunan Turun Anwar boleh sampai 500,000 orang
Seorang ahli parlimen PN hari ini menyatakan keyakinannya bahawa himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini – di Kuala Lumpur – akan menjadi "ibu segala perhimpunan".

Walaupun pihak polis menganggarkan kehadiran seramai antara 10,000 hingga 15,000 orang, Shahidan Kassim (PN-Arau) meramalkan jumlah lebih tinggi.

Mengikut bacaan pemimpin PAS itu, himpunan tersebut bakal mengumpulkan antara 300,000 hingga 500,000 orang — cukup untuk memenuhi beberapa stadium dan melimpah ke jalan raya pada hari Sabtu ini.

Shahidan turut menegaskan betapa pengumuman khas "luar biasa" oleh Anwar yang dijadual esok tidak akan mampu menjejaskan semangat protes tersebut.

“Kita tahu bahawa pada 26 Julai akan ada satu gerakan atau perhimpunan yang akan berlangsung, dan ramai rakyat Malaysia dijangka hadir dengan anggaran kehadiran melebihi 300,000 hingga 500,000 orang,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Berdasarkan ramalan bekas menteri itu, pihak polis mungkin perlu mempertimbangkan semula rancangan awal mereka untuk menugaskan hanya 2,000 anggota bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

WOIT

TAK PERLU

500,000 TURUN

BERDEMO

AMIN

5,000 ANGGAP

DAH BERJAYA

AMIN

YANG PENTING

APAKAH MUHYIDIN

HAMZAH  SANUSI

DR SAM AKAN

TURUN SAMA

AMIN

MEREKA INI

BELUM PERNAH

BERDEMO

AMIN

TAKUT DI TANGAP

DAN HILANG

KERUSI MP

JIKA DI DAPATI

BERSALAH KENA

DENDA

RM2000 ++ 

MACAM

TIAN CHUA

KHALAS


JANGAN ANGKUH TERHADAP ALAM



KITA JANGAN

ANGKUH 

TERHADAP ALAM

AMIN


Unknown commented on 
"HUTAN TERBAKAR 
INI PENYEBAB JEREBU"

Hutan konkrit semua tempat, kemajuan terbaik untuk orang kita, tapi lupa kemajuan ini tidak bawa air udara bersih kah kah kah kemajuan perlu seimbang bukan berat sebelah macam zaman penjajah dahulu, 

ini kemudiannya diteruskan oleh parti ciptaan penjajah United Gerombolan Sdn Bhd, menjarah negara sehingga sekarang atas nama agama bangsa negara ketuanan amin kah kah kah sampai masa kena beli oksigen dalam tangki woit

MENGUMPAN YUSOF RAWTHER


Rafidah: Bekerjalah dengan ikhlas, bukan mengumpan rakyat

Bekas menteri kanan, Rafidah Aziz, berpendapat seseorang pemimpin negara perlu melaksanakan tugas dengan penuh integriti seperti yang diharapkan, bukan memberi "umpan" kepada orang ramai.

Dalam mesej ringkas kepada Malaysiakini, pemimpin veteran Umno itu berkata: "Tidak perlu menghargai rakyat atau mengumpan mereka hanya untuk mendapatkan undi".

Kata Rafidah lagi, setiap ringgit yang ada dalam kantung negara adalah milik rakyat, bukannya kerajaan.

"Bekerjalah untuk rakyat dengan penuh keikhlasan, integriti dan tanggungjawab. Bukan semata-mata untuk meraih undi," katanya.

Kenyataan itu dibuat Rafidah sebagai mengulas pengumuman "penghargaan luar biasa" Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada rakyat yang diumumkan pagi tadi.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

INI TEKNIK

MADAFAKA 

MENGUMPAN

YUSOF RAWTHER

KAH KAH KAH

KHALAS

5000 TURUN SUDAH CUKUP

 


5000 TURUN

SUDAH CUKUP

AMIN

Unknown commented on

 "DATARAN MERDEKA

 AKAN KOSONG"


Kah kah kah basuh betul betul TT, orang komen macam ini memang diketahui sudah jenama apa, dia sendiri tidak pernah turun, malah tidak pernah membantu orang lain, jenama parasit tegar kah kah kah 

asyik makan minum sembang kosong di kedai kopi tepi jalan yang penuh berdebu, memang ramai jenama ini atas nama bangsa agama semuanya mencari syurga untuk dia seorang kah kah kah

UNDANG-UNDANG DUNIA UNTUK MENYELAMATKAN DUNIA



ICJ keluar pendapat perundangan berhubung perubahan iklim


THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) buat pertama kali akan mengeluarkan pendapat perundangan berhubung perubahan iklim malam ini.

Mahkamah dunia itu sudah meneliti ribuan hujahan bertulis dan hujahan lisan mengenai perubahan iklim dalam prosiding yang terbesar pernah disaksikan di institusi itu.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah usaha untuk mahkamah dunia itu menyeragamkan pelbagai undang-undang alam sekitar dari serata dunia ke dalam satu piawaian antarabangsa yang muktamad.

ICJ dijangka mengemukakan penghakimannya sekitar jam 13 GMT (9 malam waktu Malaysia) hari ini.

Negara yang menghasilkan banyak pencemaran merasakan langkah itu (undang-undang dunia baharu) tidak perlu.

Sebaliknya, mereka berpendapat peruntukan undang-undang di bawah Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) sudah mencukupi.

Namun, ada pihak berpendapat ICJ harus menggunakan kayu ukur yang lebih luas, termasuk undang-undang hak asasi manusia dan undang-undang laut.

Persoalan yang lebih kontroversi yang perlu dipertimbangkan oleh hakim ialah apakah kesan undang-undang, jika ada, bagi negara yang menyumbang secara ketara kepada krisis iklim global?

Banyak negara yang menghasilkan pencemaran berjumlah besar mengatakan adalah mustahil untuk mempersalahkan negara individu untuk fenomena global dengan kesan yang tidak sama rata.

Negara-negara itu menunjukkan prinsip asas undang-undang antarabangsa iaitu 'ubi jus, ubi remedium' yang secara umumnya bermaksud, di mana ada kesalahan, di situ ada tuntutan.

Satu lagi perkara penting dalam perkara itu ialah isu undang-undang rentas sempadan, yang sering dikenali sebagai peraturan tidak membahayakan.

Selain itu, konsep ekuiti antara generasi ialah satu lagi permintaan asas golongan muda pejuang keadilan iklim, yang membantu membawa kes ini ke mahkamah tertinggi dunia.

Namibia berkata kesan perubahan iklim tidak dibatasi oleh masa. Wakil negara itu berkata kesan terburuk hanya akan melanda manusia selepas beberapa dekad atau mungkin berabad-abad kemudian.

Kenyataan itu bagaimanapun ditentang negara maju dengan menyatakan hak orang yang belum lahir tiada tempat atau kuasa di bawah undang-undang antarabangsa.

"Manusia yang masih hidup sekarang tidak boleh menuntut hak bagi pihak generasi akan datang," kata wakil Jerman

Secara ringkasnya, prinsip utama undang-undang antarabangsa itu bermakna mana-mana negara tidak seharusnya membenarkan aktiviti yang boleh menyebabkan kerosakan kepada negara lain di wilayahnya.

ICJ dijangka akan mengeluarkan pendapat pertamanya mengenai perubahan iklim, yang dilihat oleh umum sebagai detik bersejarah dalam undang-undang antarabangsa.

Barisan hakim telah meneliti puluhan ribu muka surat hujahan bertulis dan mendengar hujahan lisan selama dua minggu sepanjang prosiding kes terbesar ICJ.

Pendapat ICJ itu dijangka mengandungi beberapa ratus halaman muka surat kerana ia akan menjelaskan kewajipan terperinci negara untuk mencegah perubahan iklim dan kesan akibat pencemaran yang berlaku. - AGENSI


PERLU ADA

UNDANG-UNDANG

DUNIA UNTUK

SELAMATKAN

DUNIA

AMIN

MANUSIA JADI

VIRUS

MEROSAK ALAM

KHALAS

KEMARIN DI VIETNAM


KEMARIN

DI VIETNAM

AMIN 

AWAS !!! SUMATERA TERUS TERBAKAR



Tompok panas di Sumatera meningkat daripada 94 kepada 1,000


SUMATERA: Wilayah barat Indonesia kini berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tertinggi apabila kebakaran terus marak di hutan dan tanah gambut serata Sumatera.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari berkata, keadaan cuaca panas dan kering meningkatkan risiko, terutama apabila kadar hujan kurang dengan ketara di sebahagian besar Sumatera.

Dua daerah di wilayah Sumatera Barat iaitu Solok dan Lima Puluh Kota mengisytiharkan darurat pada 22 Julai, kerana lebih banyak tompok panas dilaporkan di sana.

Pegawai Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Sumatera Barat, Ilham Wahab, memberitahu Xinhua, semua 14 daerah di Solok dilanda kebakaran hutan.

Sementara itu, kebanyakan kebakaran di Lima Puluh Kota di Sumatera Barat adalah di cerun yang sudutnya 70 darjah hingga 90 darjah, sekali gus menyukarkan anggota bomba untuk sampai ke kawasan berkenaan.

Ilham berkata helikopter yang menggunakan air dan bahan pemadam api untuk memadamkan kebakaran masih belum dikerahkan ke Sumatera Barat kerana kebanyakan usaha memadam kebakaran kini sedang diarahkan ke wilayah Riau dan Sumatera Selatan.


Lebih 140 kebakaran hutan dan tanah gambut dilaporkan di Riau di tengah Sumatera pada hujung minggu.

Rokan Hilir dan Rokan Hulu adalah dua daerah di wilayah itu yang paling teruk dilanda kebakaran, merangkumi kira-kira 46 hektar di sana, mengakibatkan pencemaran jerebu teruk di seluruh kawasan itu, yang mengurangkan jarak penglihatan kepada serendah satu kilometer (km).

"Sejumlah kawasan di Riau masih diliputi jerebu tebal pada 22 Julai, walaupun asap belum dilaporkan melanda ibu kota wilayah Pekanbaru," kata timbalan ketua polis Riau, Adrianto Jossy Kusumo.

Bilangan titik panas di Sumatera melonjak daripada 94 kepada lebih 1,000 dalam 10 hari pada bulan Julai, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.

BNPB memberi amaran mungkin terdapat lebih banyak titik panas jika keadaan kering berterusan.

Pegawai pengurusan bencana telah cuba mengawal kebakaran hutan, antara lain dengan melakukan pembenihan awan untuk mendorong hujan.

Kebakaran hutan adalah masalah tahunan di Indonesia, yang merenggangkan hubungan dengan negara jiran.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, asap daripada kebakaran telah menyelubungi bahagian Indonesia, Singapura, Malaysia dan selatan Thailand. - AGENSI

SUMATERA

TERUS TERBAKAR

AMIN

SEKALI LAGI

KITA AKAN

HADAPI JEREBU

AMIN

MALAPETAKA IKLIM

DAH SAMPAI

UMAT MANUSIA

WAJIB BERSEDIA

KHALAS

CHINA TIPU NAJIB - NAJIB TIPU MELAYU



NAJIB KENA

TIPU OLEH

CHINA TEMBAM

AMIN

NAJIB PULA

TIPU MELAYU

KHALAS 

Unknown commented on 
"PEMIMPIN MELAYU ISLAM KENA TIPU - CHINA JADI KAYA"

Satu jadi pejuang, satu jadi pelampau agama, ikut selera siapa menulis, siapa jadi editor, siapa mempunyai agenda, ikut selera masing-masing, siapa tipu, siapa terbodoh memang terbukti, walhal agen China Merah tiada apa-apa jawatan, tiada apa-apa pangkat, tiada apa-apa lain pun, tetiba masuk pejabat PM, duduk bercuti bercumbu dalam lingkungan ketat, kalau setakat Ketua Kampung nak jumpa PM memang tidak dapat kah kah kah inilah hebatnya, 

terpaling tipis idea orang kita suka mencari kesalahan orang lain, bukan perkara baru pun, kalau tertangkap rasuah sekalipun akan suruh cari pemberi bukan penerima sebabnya orang kita, bangsa sama agama sama jadi malu tiada langsung kah kah kah, 

maka diputuskan penyimpan mohor besar bahawa siapa penipu siapa perasuah siapa perompak sekalipun perlu dibuktikan dalam mahkamah terutama mahkamah rakyat semuanya paksi kaum agama status kewangan kah kah kah

CUACA PANAS HUTAN TERBAKAR


CUACA PANAS

HUTAN TERBAKAR

AMIN 

TEMU JANJI



TEMU JANJI


INDONESIA BENTENG AMERIKA LAWAN CHINA MERAH ?


Trump perinci perjanjian tarif perdagangan AS-Indonesia

JAKARTA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan persetujuan perjanjian perdagangan dengan Indonesia yang dijangka membuka akses pasaran yang luas kepada pengeksport AS.

Dalam perkongsian di akaun media sosialnya, Trump menyifatkan perjanjian itu memberi manfaat besar kepada sektor pembuatan, pertanian dan digital negara itu.

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas AS-Indonesia itu menyaksikan Indonesia bersetuju menghapuskan halangan tarif ke atas lebih 99 peratus produk eksport AS manakala AS akan mengenakan kadar tarif timbal balas sebanyak 19 peratus ke atas barangan dari Indonesia.

"AS kini akan menjual produk buatan kami ke Indonesia pada kadar sifar tarif, manakala Indonesia akan membayar 19 peratus ke atas semua produk mereka yang masuk ke AS. Ini pasaran terbaik di dunia!

"Indonesia akan membekalkan mineral kritikal kepada AS dan menandatangani perjanjian besar bernilai berpuluh bilion dolar untuk membeli pesawat Boeing, produk pertanian dan tenaga AS.

"Perjanjian ini adalah kemenangan besar untuk pengeluar kenderaan, syarikat teknologi, pekerja, petani, penternak dan pengilang kami," katanya menerusi akaun di Truth Social.

Perincian utama perjanjian alam menyaksikan Indonesia menghapuskan tarif ke atas eksport AS dalam pelbagai sektor termasuk pertanian, kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), automotif dan bahan kimia

Mengiktiraf piawaian keselamatan dan peraturan AS bagi kenderaan, farmaseutikal dan peranti perubatan

Menghapuskan halangan bukan tarif seperti keperluan kandungan tempatan dan pemeriksaan pra-penghantaran

Menerima pensijilan keselamatan makanan AS dan memberikan akses pasaran kekal bagi produk daging, tenusu dan tumbuhan dari AS.

Dalam sektor ekonomi digital, Indonesia turut bersetuju untuk menghapuskan tarif ke atas produk digital tidak ketara

Menyokong moratorium kekal ke atas duti kastam bagi penghantaran elektronik di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)

Mengiktiraf undang-undang perlindungan data AS, membolehkan aliran data rentas sempadan

Perjanjian itu ini turut merangkumi komitmen terhadap hak buruh, dengan Indonesia berikrar untuk melaksanakan larangan import buruh paksa dan memperkukuh hak pekerja serta kesatuan.

Ia juga dijangka menangani menangani ketidakseimbangan perdagangan, di mana AS kini mencatatkan defisit perdagangan barangan ke-15 terbesar dengan Indonesia, berjumlah AS$17.9 bilion (RM75.8 bilion) pada 2024.

Sebelum perjanjian ini, kadar tarif purata yang dikenakan oleh Indonesia ialah lapan peratus, berbanding 3.3 peratus oleh AS.

Trump sebelum ini telah mengisytiharkan darurat nasional pada 2 April bagi menangani defisit perdagangan yang berterusan dan amalan perdagangan tidak adil.

Perjanjian baharu ini dilihat sebagai langkah langsung susulan pengisytiharan tersebut.

Kedua-dua negara turut bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam keselamatan ekonomi, termasuk daya tahan rantaian bekalan, kawalan eksport dan penapisan pelaburan.

Indonesia akan menyertai Global Forum on Steel Excess Capacity dan menghapuskan sekatan eksport ke AS bagi semua komoditi industri termasuk mineral kritikal.

Perjanjian juga dijangka membuka jalan kepada urus niaga komersial dalam sektor pertanian, aeroangkasa dan tenaga, yang akan meningkatkan lagi eksport AS ke Indonesia.

Perjanjian itu akan dimuktamadkan secara rasmi dalam beberapa minggu akan datang. - AGENSI


WOW

KOMANDAN 

JENERAL 

PRABOWO

AKAN JADIKAN 

INDONESIA

BENTENG AMERIKA

LAWAN CHINA MERAH

AMIN 

JATUHKAN MA DA FA KA


NAK LIHAT ZAHID

DIDAKWA MUDAH

AMIN

JATUHKAN

MADAFAKA

KHALAS

Unknown commented on 
"BUAT DEMO - 
HARGA MINYAK TURUN"

Kita harap rakyat Malaysia demo dengan tujuan murni suci bantah perasuah perompak pencuri wang negara, bukan pasal kenaikan harga barangan sahaja, kita perlukan orang yang bersih cekap amanah, bukan lagi geng perompak yang songlap setiap hari masa depan kita, jadi penting fokus melawan perasuah diutamakan, 

sekiranya seluruh negara menentang perasuah kepalanya terutama 47 kes ianya pasti akan merubah masa depan negara, kita tidak mampu lagi menanggung biawak komodo begini lagi amin kah kah kah patut slogan Rasuah Musuh Utama Negara perlu diwar-warkan kah kah kah tapi berapa ramai akan setuju sebab kita sendiri pukrak juga kah kah kah




 

RAKYAT BELUM PERNAH LIHAT MUKA INI DI JALAN RAYA


DR SAMSURI

MENTERI BESAR TERENGGANU
BELUM PERNAH DILIHAT
BERDEMO DI JALAN RAYA
AMIN
RAKYAT MAHU LIHAT
PADA 26 JULAI 2025
DR SAM ADA  BERDEMO
DI DATARAAN MERDEKA
KHALAS 



IRAN SIAP SEDIA MENUNGGU SERANGAN ISRAEL


IRAN SIAP SEDIA

MENUNGGU

 SERANGAN

ISRAEL

AMIN 

PEMIMPIN MELAYU ISLAM KENA TIPU - CHINA JADI KAYA




Jho Low didakwa guna pasport Australia palsu daftar syarikat di UK


KUALA LUMPUR: Individu paling dikehendaki dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low, didakwa menggunakan pasport Australia palsu untuk mendaftarkan sebuah syarikat di United Kingdom (UK).

Perkara itu didedahkan wartawan penyiasatan, Tom Wright, menerusi satu hantaran di platform X, semalam.

Menerusi hantaran sama, Wright turut menunjukkan dokumen berkaitan syarikat terbabit dengan butiran sama seperti nama, bulan dan tahun lahir ahli perniagaan kontroversi berkenaan.

Menurut Wright, maklumat baharu yang diterima juga menunjukkan kemungkinan kaitan Jho Low dengan beberapa entiti korporat di Amerika Syarikat serta hubungan lain di Hong Kong.

"Pemburuan terhadap Jho Low membawa kepada bukti baharu. Pasport Australia palsu miliknya (dengan nama dan tarikh lahir sama) dipercayai digunakan untuk membuka sebuah syarikat di UK.

"Maklumat baharu turut diterima membabitkan syarikat di Amerika Syarikat serta kemungkinan ada kaitan dengan Hong Kong," katanya dalam hantaran berkenaan.

Hantaran itu dijangka mencetus semula tekanan terhadap usaha pengesanan dan ekstradisi Jho Low yang kali terakhir dikaitkan berada di China.

Sebelum ini, rakan Wright yang juga wartawan penyiasatan, Bradley Hope mendakwa Jho Low kini menetap di kawasan elit Green Hills, Shanghai, China.

Ahli perniagaan dalam buruan itu juga dikatakan menggunakan pasport palsu Australia atas nama Greek bagi menyembunyikan identiti.

Butiran itu didedahkan satu artikel bertajuk RICH LIST: Playboy Financier Jho Low Turned International Fugitive ditulis oleh Hope yang diterbitkan di laman Whale Hunting, pada 18 Julai lalu.

Dalam artikel itu, Hope turut mendakwa Jho Low berperanan sebagai strategis bayangan kepada kerajaan China, membantu syarikat yang dikenakan sekatan antarabangsa terus beroperasi di peringkat global.

Untuk rekod, Tom Wright dan Bradley Hope ialah wartawan penyiasatan yang dikenali menerusi pendedahan mereka mengenai skandal 1MDB ketika berkhidmat di The Wall Street Journal.

Mereka turut menulis buku terlaris berjudul Billion Dollar Whale, yang mendokumentasikan bagaimana Jho Low memperdaya institusi kewangan global, selebriti Hollywood dan pemimpin dunia.

Kini, mereka menubuhkan syarikat penerbitan penyiasatan bebas, Project Brazen, yang menjadi platform itu menjadi medium utama bagi mereka untuk terus menyiarkan perkembangan baharu berkaitan kes 1MDB dan keberadaan Jho Low.


WOIT

INILAH CONTOH

TERBAIK

KES PEMIMPIN

MELAYU ISLAM

KENA TIPU

AMIN

MELAYU KENA TIPU

CHINA JADI KAYA

AMIN

INI TERUS

BERLAKU

KHALAS