Rabu, 8 Oktober 2025

DONALD TRUMP MASIH WARAS ?

 


KESEHATAN

MENTAL

DONALD TRUMP

MEDIA ARUS PERDANA AMERIKA
DAN MEDIA SOSIAL
SEDANG MEMBINCANGKAN
APAKAH  PRESIDEN AMERIKA
DONALD TRUMP
MASIH WARAS
AMIN

TRUMP HADAPI KRISIS POLITIK EKONOMI DAN ASKAR

 


KERAJAAN TRUMP

DALAM KRISIS

POLITIK & EKONOMI 

DAN TENTERA

KHALAS

SATU PANDANGAN LAIN TENTANG GAZA


SATU PANDANGAN

BERBEZA TENTANG

GAZA

AMIN

KENALI ZIONIS TEMPATAN


KENALI 

ZIONIS TEMPATAN

KHALAS

NEGARA FASIS ZALIM


NEGARA FASIS

ZALIM

AMIN

ADA TIKUS DALAM SPRM


Peguam tanya IGP status terkini laporan dibuat Tei pada Hajiji

Selepas lebih dua minggu berlalu tanpa sebarang perkembangan, peguam kepada Albert Tei menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, untuk mendapatkan status terkini mengenai laporan yang dibuat oleh ahli perniagaan dan pembocor maklumat itu ke atas Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, pada 22 Sept lalu.

Menurut Mahajoth Singh, anak guamnya itu masih belum menerima atau dimaklumkan mengenai status terkini laporan yang dibuat di Kota Kinabalu itu.

“Kami diarahkan untuk menyatakan bahawa tindakan ketua menteri mendedahkan maklumat sulit adalah perkara yang sangat serius, dan siasatan segera, teliti dan telus mesti dijalankan.

"Keperluan ini amat mendesak kerana insiden berkenaan menimbulkan kebimbangan besar mengenai kebebasan dan ketelusan siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," tambahnya.

Justeru Mahajoth menggesa Khalid untuk memberikan maklumat terkini mengenai status laporan yang dibuat, termasuk sama ada siasatan menyeluruh dan telus sedang dijalankan atau tidak, secepat mungkin.

Dalam laporannya, Tei menuduh Hajiji melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dengan membocorkan maklumat sulit.

Dia memetik ucapan Hajiji pada 14 Dis tahun lepas - disampaikan sejurus selepas Tei mengeluarkan satu siri video yang membabitkan Adun Sabah dalam skandal perlombongan - dan ketua menteri terbabit mendedahkan apa yang diketahuinya mengenai soal siasat SPRM terhadap Tei.

Klip TikTok menunjukkan Hajiji berkata dia "dimaklumkan" Tei "tidak mengaku melakukannya" apabila disoal SPRM.

“Hajiji secara terbuka mengesahkan dan mengakui bahawa dia mengetahui kenyataan yang saya berikan kepada SPRM berhubung siasatannya terhadap rasuah membabitkan lesen cari gali yang membabitkan dia serta lapan Adun dan seorang speaker dewan undangan negeri daripada gabungan pemerintah,” kata Tei dalam laporannya.

Pada Ahad lalu, Tei turut mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk mendapatkan jawapan berhubung kebocoran itu.

Ahli perniagaan terbabit menggesa Azam menjalankan pembersihan dalam SPRM untuk membasmi "tikus" dalam agensi terbabit dan mendakwa tidak sukar untuk mengenal pasti mereka.

“Azam mesti segera mengumumkan keputusan siasatan disiplin berhubung ‘tikus’ serta langkah-langkah pencegahan untuk membendung pembiakan ‘tikus’ di SPRM,” katanya.

DAKWA 

AZAM BAKI DULU

BARU RASUAH

KURANG

KHALAS

KE TALI GANTUNG


Pannir ke tali gantung , S'pura tolak rayuan akhir
Pihak berkuasa Singapura dijadualkan menggantung banduan akhir warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman esok selepas usaha terakhirnya untuk penangguhan hukuman ditolak.

Namun begitu, peguam hak asasi manusia N Surendran – yang mewakili Pannir – merayu kerajaan Singapura agar tidak meneruskan hukuman itu, selain menggesa kerajaan Malaysia campur tangan.

“Ini adalah jalan terakhir. Tiada lagi proses undang-undang untuk menghalang pelaksanaan hukuman esok pagi.

“Penangguhan telah ditolak, tetapi kami tetap merayu kepada kerajaan Singapura supaya tidak meneruskan hukuman mati. Kami juga menyeru kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) segera campur tangan untuk menghentikan pelaksanaan hukuman menjelang subuh,” katanya kepada Malaysiakini susulan keputusan Mahkamah Rayuan Singapura.

ADS

Dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan hari ini, Hakim Woo Bih Li berkata tiada keadaan luar biasa dalam kes Pannir yang membolehkan penangguhan hukuman diberi, lalu menolak permohonannya tanpa pendengaran lisan.

Mahkamah sebelum itu secara mengejut membatalkan prosiding yang dijadualkan berlangsung jam 3 petang hari ini.

Mahkamah Rayuan Singapura secara tidak disangka-sangka membatalkan pendengaran permohonan Pannir untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mati yang sepatutnya didengar pada jam 3 petang.

Surendran berkata mahkamah telah menghantar surat pada awal hari ini memaklumkan pihak pembelaan bahawa pendengaran itu dibatalkan dan perkara tersebut akan diputuskan secara ringkas di kamar oleh seorang hakim Mahkamah Rayuan.

ADS

“Permohonan penangguhan hukuman mati sepatutnya didengar pada jam 3 petang hari ini. Namun, mahkamah telah membatalkannya dan akan memutuskan perkara ini secara ringkas di kamar,” kata Surendran kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

“Kami sedang menunggu penghakiman,” tambahnya.

Pada 2 Mei 2017, Mahkamah Tinggi Singapura mensabitkan Pannir bersalah kerana mengimport tidak kurang daripada 51.84 gram diamorphine ke negara itu. Dia dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuannya pada 9 Feb 2018, manakala petisyen pengampunan kepada presiden Singapura juga ditolak.

Pannir pernah diberi penangguhan hukuman mati sebanyak dua kali. Yang pertama pada Mei 2019, apabila dia berhasrat mencabar penolakan petisyen pengampunannya dan keputusan pendakwa raya yang tidak mengeluarkan sijil bantuan substantif kepadanya.

Penangguhan kedua diberikan pada Februari 2025 sementara menunggu keputusan permohonan pasca rayuan dalam kes hukuman mati.

Namun, Mahkamah Rayuan Singapura menolak permohonan penangguhan itu pada 6 Sept lalu.

Sementara itu, mahkamah Singapura memutuskan bahawa adalah “spekulatif” dan “hearsay” (khabar angin) untuk menyatakan bahawa maklumat diberikan Pannir telah membawa pihak berkuasa Malaysia menahan anggota sindiket dadah.

Selain itu, Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura mewajibkan bantuan substantif diberikan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) negara itu, bukan kepada agensi penguatkuasaan asing seperti Polis Diraja Malaysia.

HEBOH KAN

BERITA INI

AMIN

BERI TAHU

SEMUA AKAN

BAHAYA SELUDUP

DADAH 

KE SINGAPURA

AMIN

SINGAPURA NEGARA

ZALIM FASIS

AMIN

 SATU MASA NANTI

AKAN KITA AMBIL

KEMBALI MENJADI

TANAH MELAYU

KHALAS

MENANG PROPAGANDA UNTUK PALESTIN


BANTUAN TAK

SAMPAI - ZIONIS

GAGALKAN

AMIN

MENANG 

PROPAGANDA

RAMAI SOKONG

PALESTIN

KHALAS

Unknown commented on 

Kena tahan 120 batu nautika dari gaza kira dah sampai ke? Dah hantar bantuan ke belum? Atau cari publisity ?

GURINDAM ZAMAN EDAN


Gurindam Zaman 

Edan


Bola punya gila, orang luar jadi “warganegara”.

Sampai sanggup tipu.

Lahirkan Harimau Malaya palsu.


Betullah cerita dulu-dulu.


Bukan Bumiputera jadi Melayu.


Harimau palsu kita sudah tahu.

Tapi siapa hantu jembalang di belakang?

Yang minum arak, mabuk tak pelik.

Yang tak minum tapi mabuk juga, ajaib.


Boleh jadi, Menteri Pelancongan Madani hendak seni-budayakan alkoholisme demi tourisme.

Pasal hidang minuman keras,

Perdana Menteri sudah bagi amaran keras.

Orang utara kata, lepas ni, si menteri lagi lah deras.


Umpama burung tiong yang rasa dirinya raja, dia pun terus menyanyi dengan riang rianya.

Betullah macam Perdana Menteri sendiri kata, ini zaman edan, separuh gila.

Tulisan Kadir Jasin ini telah disiarkan di laman facebook beliau, 8 Oktober 25