Jumaat, 1 Ogos 2025

HIDUP INI AMAT INDAH


HIDUP INI

AMAT INDAH

AMIN

AMBIK KAU MADAFAKA

 

AMBIK KAU

MADAFAKA

KAH KAH KAH

MENTERI JENIS APA INI ?


MENTERI JENIS

APA INI ?

AMIN

APA ITU MADAFAKA ?

 

ORANG KLUMPO

KATO MADAFAKA

KAH KAH KAH

ORANG PILAH KATO

ANCOK OMAK KAO

KAH KAH KAH

KHALAS

CONTOH JAWAPAN BAKAL PM MALAYSIA


CONTOH JAWAPAN

BAKAL PM 

MALAYSIA

AMIN

PERKEMBANGAN BAIK - ZAKAR BERGADUH



Puad ungkit SD sokong Muhyiddin, Saravanan balas 'No Anwar, No DAP'

Dalam pusingan kedua perbalahan yang semakin memuncak di antara ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi, dan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, drama politik PRU lalu kembali menjadi tumpuan.

Menggunakan media sosial untuk menyerang Saravanan, Mohd Puad membuat hantaran dengan tajuk "Saravanan: Semuanya kerana jawatanlah", dia mendakwa orang kuat MIC itu melakukan langkah politik ala ‘makan keliling.’

Kata Mohd Puad, sebelum ini Saravanan menurunkan tandatangan pada akuan berkanun (SD) bagi menyokong Pengerusi PN Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri ke-10.

Katanya, Saravanan bertindak sebegitu walaupun sebelum itu memberikan ikrar taat setia kepada BN melalui SD berasingan.

Saravanan kemudian pantas membalas kenyataan Mohd Puad dengan mengimbas kembali kemelut selepas PRU ke-15 lalu apabila pendirian Umno yang menolak PH dengan slogan “No Anwar, No DAP” menyebabkan BN berdepan dengan kebuntuan politik.

Mohd Puad bagaimanapun tidak berdiam diri malah mendakwa sokongan yang diberikan Saravanan terhadap Muhyiddin sebenarnya didorong oleh rasa kemaruk mahukan jawatan, dan menarik balik pendirian berkenaan juga atas sebab yang sama.

Dia yang juga Speaker DUN Johor mengingatkan, menjelang PRU ke-15, semua calon BN dikehendaki menandatangani SD yang mengandungi klausa penalti RM100 juta kepada mana-mana ahli parlimen yang berpaling tadah.

"Jika ada pilihan raya kecil (kesan daripada langkah berpaling tadah itu), belum tentu dia boleh menang semula," katanya kepada Ahli Parlimen Tapah yang menjadi satu-satunya wakil MIC di Dewan Rakyat ketika ini.

Mohd Puad juga menegaskan bahawa calon BN bersetuju untuk memberi kuasa kepada pemimpin parti merundingkan pembentukan kerajaan selepas PRU lalu – yang menyaksikan tiada mana-mana parti menguasai majoriti mudah di parlimen.

“Maka, apa hal Saravanan sign SD sokong Muhyidin? Tidakkah itu tipu bulat-bulat?” katanya.

Walaupun menyambut baik dakwaan Saravanan baru-baru ini bahawa MIC menyokong kerajaan perpaduan demi kestabilan negara, dia tetap mempersoalkan logik di sebalik kekecewaan pemimpin MIC itu kerana diketepikan daripada jawatan penting.

Dia bagaimanapun mengakhiri hantaran tersebut dengan menggesa MIC agar kekal dalam BN kerana berpendapat langkah tersebut adalah satu-satunya jalan realistik untuk parti itu kembali berpengaruh dan mempunyai kuasa tawar-menawar.

Sebagai tindak balas, Saravanan menolak kenyataan Puad.

Kata bekas menteri sumber manusia itu, Mohd Puad – yang bukan menjadi sebahagian daripada Majlis Tertinggi BN – tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku secara tertutup dalam perbincangan parti berkenaan.

Kata Saravanan, SD yang menyokong Muhyiddin ditandatangani ketika politik semasa berada dalam ketidaktentuan yang mendalam.

"Tiada mesyuarat BN pada masa itu (selepas PRU). Kami bersama PN sejak 2020 dan Umno telah membuat keputusan pada perhimpunan agungnya - 'No Anwar, No DAP'.

"Bolehkah anda bayangkan keadaan pada masa itu? Kami perlu membentuk kerajaan, tiada mesyuarat BN dipanggil, dan Umno membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim atau DAP.

“Jadi apa yang perlu saya lakukan?" katanya kepada Malaysiakini.

Berhubung SD untuk BN, Saravanan menasihatkan Mohd Puad untuk menyemak semula dokumen berkenaan dan menegaskan ia tidak mendapat pengesahan daripada Majlis Tertinggi BN.

"Apabila kami menandatangani, kami diberitahu bahawa ia akan dibawa ke Majlis Tertinggi BN untuk pengesahan tetapi itu tidak dilakukan," katanya.

Dia juga menjelaskan bahawa Presiden MIC, SA Vigneswaran, sudah menjelaskan parti itu tidak mencari sebarang jawatan menteri.

Menurut Saravanan, komen kontroversinya dalam Utusan Malaysia sebelum ini hanyalah menceritakan apa yang berlaku, dan bukannya permintaan baru.

"Saya tidak menyembunyikan apa-apa, saya mengaku menandatangani SD untuk Muhyiddin.

“Mengapa kami menarik balik SD? Kerana pada mesyuarat BN, kita memutuskan bahawa Anwar telah memberikan kita tawaran yang lebih baik," katanya.

Dia juga menghargai komen Presiden Umno dan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, yang memberikan reaksi kepada temu bualnya secara "sopan", Saravanan menasihatkan Mohd Puad supaya “tidak melompat demi publisiti".

Sebelum ini Mohd Puad dan Saravanan sudah bertelagah apabila pemimpin Umno berkenaan menyindir kenyataannya di Utusan Malaysia yang mendakwa MIC dilayan seperti "tetamu tidak diundang" dalam kerajaan.

 WOIT

INI BAIK SEKALI

RAKYAT GUMBIRA

AMIN

BILA ZAKAR

BERGADUH

INI PETANDA

BAIK

JENG JENG JENG

KITA BUBUH

MINYAK LAGI

AMIN

KITA HASUT LAGI

TABUR CERITA

BIAR ZAKAR

JADI KERAS

KAH KAH KAH

KHALAS

MACAM MANA ZARA MATI ?


Keluarga mohon kubur Zara Qairina digali semula, cari punca sebenar kematian

KUALA LUMPUR – Keluarga pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Zara Qairina Mahathir memohon satu inkues diadakan bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kematian gadis malang itu.

Peguam yang mewakili keluarga allahyarham, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri memaklumkan, ibu mangsa, Noraidah Lamat, 45, turut memohon supaya kubur anaknya digali semula bagi tujuan inkues.

Tambahnya, permohonan itu dinyatakan dalam satu laporan polis tambahan yang dibuat di Balai Polis Sipitang pada 30 Julai lalu yang turut meminta agar pihak polis melaksanakan siasatan dengan teliti.

“Anak guam kami berpendapat bahawa pihak polis sepatutnya melakukan bedah siasat terhadap mayat Zara bagi membantu siasatan. Ini kerana tidak ada bedah siasat dilakukan terhadap mayat Zara sebelum beliau dikebumikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Hamid dan Shahlan memaklumkan, laporan polis itu juga menyatakan keraguan keluarga mangsa terhadap punca kematian Zara Qairina yang dikhabarkan jatuh dari tingkat tiga bangunan.

“Ini kerana beliau (Noraidah) mempunyai rakaman perbualan telefon dengan Zara Qairina yang mana anaknya itu memaklumkan terdapat pelajar-pelajar senior yang sering mengganggu dan/atau membulinya.

“Antaranya ialah Kak M yang pernah mengugut Zara Qairina dengan berkata “kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni,” kata kenyataan itu lagi.

Tambahan pula katanya, wajah Zara Qairina tidak mempunyai kecederaan fizikal, lebam atau luka yang lazimnya berkait kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi selain tindakan pihak sekolah yang meminta anak guam kami agar tidak membuat laporan polis.

Menurut Hamid dan Shahlan, surat permohonan agar inkues bagi mencari punca sebenar kematian Zara Qairina dapat dilaksanakan telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara  di Kota Kinabalu, semalam.

Katanya, mereka memohon agar Jabatan Peguam Negara dapat melaksanakan kuasa di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah untuk mengarahkan majistret mengadakan satu inkues bagi menentukan punca kematian si mati dengan kadar segera.

Dalam pada itu, Hamid dan Shahlan turut menafikan tuduhan yang mengatakan kematian Zara Qairina adalah berpunca daripada ibunya dan dalam masa sama meminta pihak yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan untuk tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. 

SIASAT RAPI

JANGAN JADI

MACAM KES

TEO BENG HOCK

KHALAS

MENUNGGU HIZBULLAH



Israel lancar serangan udara besar-besaran di Lubnan


BEIRUT: Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas beberapa kawasan di Lubnan, termasuk Lembah Bekaa, Baalbek dan Ghaziyeh, sekali gus melanggar perjanjian gencatan senjata yang dimeterai dengan Hezbollah.

Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan, sekurang-kurangnya tujuh serangan udara dilancarkan ke atas bandar-bandar di Lembah Bekaa dan kawasan pergunungan Baalbek di timur dan timur laut negara itu, jauh dari sempadan selatan dengan Israel.

Serangan turut menyasarkan kawasan Brital, Nasiriyah, Jarmak, Mahmoudiya dan Khardali, menyebabkan kebakaran besar di sebuah gudang di Ghaziyeh.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, mengesahkan bahawa serangan itu menyasarkan tapak pengeluaran peluru berpandu tepat milik Hezbollah, yang didakwa cuba membina semula kekuatan ketenteraannya.

"Setiap cubaan oleh Hizbullah untuk pulih atau mengancam akan dibalas dengan kekuatan tanpa tolak ansur," katanya kepada Channel 12.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berkata sasaran serangan termasuk tapak pembuatan peluru berpandu tepat milik Hizbullah yang terbesar.

Tentera Israel pula memaklumkan bahawa mereka menyerang infrastruktur yang digunakan untuk menghasilkan dan menyimpan senjata strategik di selatan Lubnan dan Lembah Bekaa di timur negara itu.

Agensi Berita Nasional Lubnan yang dikendalikan kerajaan turut melaporkan serangan udara di Bekaa dan selatan Lubnan.

Katz dan tentera Israel menuduh Hezbollah cuba membina semula infrastruktur ketenteraan mereka dan menggesa tentera Lubnan mengambil tindakan melucutkan senjata kumpulan militan berkenaan.

Pegawai tempatan melaporkan bahawa lebih 60 orang terbunuh dan lebih 120 cedera dalam serangan itu, menjadikannya hari paling berdarah di Baalbek dalam tempoh lebih setahun.

Di bandar Ram, seorang wanita dan empat anaknya antara yang terkorban.

Pasukan penyelamat masih berusaha mengeluarkan mangsa dari runtuhan bangunan.

Presiden Lubnan, Joseph Aoun, dalam ucapan rasmi pada Khamis, mengulangi desakan supaya Hizbullah menyerahkan senjata kepada tentera Lubnan, satu tuntutan yang ditolak oleh kumpulan itu.

Aoun turut menuntut penarikan segera tentera Israel dari wilayah Lubnan, pembebasan tahanan dan pemberhentian serangan udara serta pembunuhan sasaran oleh Israel.

Hizbullah menegaskan bahawa pelucutan senjata hanya akan dibincangkan selepas Israel menghentikan serangan dan berundur sepenuhnya dari Lubnan.

Ketua Hizbullah, Sheikh Naim Qassem, menyifatkan tuntutan pelucutan senjata sebagai 'tunduk kepada tuntutan Israel'.

Konflik antara Israel dan Hizbullah bermula pada Oktober 2023, apabila pertubuhan itu melancarkan serangan sebagai solidariti terhadap Hamas di Gaza.

Walaupun gencatan senjata dicapai pada November 2024, serangan Israel ke atas Lubnan berterusan hampir setiap hari, dengan lebih 2,700 kematian direkodkan sejak itu. - AGENSI

KITA TUNGGU

APA JAWAPAN

HISBULLAH

AMIN

SENJATA JANGAN

TINGGALKAN

KHALAS

HAPUSKAN AKTA HASUTAN

 

HAPUSKAN

AKTA HASUTAN

AMIN

KRONI CDAN FREELOADER BAHAM DUIT



KRONI DAN

FREELOADER

BAHAM DUIT

 JADI UTANG

AMIN

Unknown commented on
 "GAJI TAK NAIK - 
HARGA AIR NAIK"

Nak tanggung berapa ribu atau berapa juta manusia free loader? Ingat senang kah nak layan semua puak free loader yang ada, berapa negeri berapa ramai mantan bekas yang masih hidup anak cucu cicit kena tanggung woit? Selagi sistem tidak diubah dengan mengutamakan free loader ini selagi itulah rakyat terpaksa menanggung beban hutang,

projek pembangunan rumah termiskin pun nak kampau juga EXCO kerajaan negeri, dibagi keluarga kuncu kroni-kroni sakan kah kah kah, dekat luaran saja berwibawa ilmu kuat tapi hancur nampak duit kah kah kah bukan pelik amin selagi orang kita kita aminkan doa

CONTOH YB MUDA PEJUANG PAK TANI


CONTOH 

SUARA YB MUDA

PEJUANG PAK TANI

AMIN

PASLA APA MENAFIKAN ?



Kes Zara Qairina tiada kaitan dengan keluarga TYT – Istana Seri Kinabalu

KUALA LUMPUR – Kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Tun Datu Mustapha, Zara Qairina Mahathir tidak mempunyai kaitan dengan keluarga Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman.

Istana Kinabalu yang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu berkata, tuduhan tersebut adalah fitnah, tidak berasas dan tidak bertanggungjawab yang boleh mencemarkan nama baik keluar Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Sehubungan itu, Setiausaha Perhubungan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Abdulah Husin meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan berbaur fitnah.

Tambahnya, sebarang penyebaran maklumat palsu boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sebarang perkembangan berkaitan siasatan hendaklah dirujuk kepada pihak PDRM atau kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham orang awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kertas siasatan mengenai kejadian tersebut difahamkan sudah dihantar oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diperhalusi sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina, 13 tahun, ditemui dalam keadaan cedera parah, di bawah bangunan asrama kira-kira jam 3 pagi sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Pelajar itu dilaporkan meninggal dunia di hospital keesokan harinya, dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

Bagaimanapun, terdapat naratif yang tular di media sosial mengaitkan insiden tersebut sebagai kes buli. 

WOIT

PASAI APA

ADA  PENAFIAN

KAH KAH KAH

INI BUKAN

KES RASUAH

KAH KAH KAH

DI MALAYSIA

KALAU NAFI 

ERTINYA BENAR

KAH KAH KAH

KHALAS

MERAYAKAN NAJIB DI PENJARA !!!

 

SEMUA DIJEMPUT

DATANG

MALAM INI

KE PARTI GUMBIRA
NAJIB DALAM

PENJARA

AMIN

BAWA HARIMAU

BAWA AIR ANGGUR

BAWA AIR KELAPA

KHALAS

Tarikh: 1 Ogos 2025 (Jumaat)
Masa: 6 petang - 11 malam
RUMAH MANDIRI, 
32, Jalan Terus 4/42, 
Seksyen 4, Petaling Jaya,
 Selangor




MADAFAKA BAB DUA


MADAFAKA

BAB DUA

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"GAJI TAK NAIK -
 HARGA AIR NAIK"

sebut pasal tarif... katanya trump nak datang sini... tak rancang buat demo ke ?

MIC TERAJANG UMNO

 


MIC KELUAR BN

TERAJANG UMNO 

AMIN

TARIF KE AMERIKA NAIK 19%

 



Tarif barangan Malaysia ke AS dikurangkan ke 19 peratus

Rumah Putih bersetuju mengenakan tarif yang lebih rendah – sebanyak 19 peratus – ke atas barangan import dari Malaysia dan berkuat kuasa hari ini.

Pada 7 Julai lalu Washington mengumumkan semua produk Malaysia yang dihantar ke negara itu akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus dan angka itu satu peratus lebih tinggi berbanding tarif yang diumumkan mereka pada April.

Bagaimanapun, Washington menyatakan, tiada tarif akan dikenakan sekiranya Malaysia – atau syarikat Malaysia – memutuskan untuk membangunkan atau menghasilkan produk mereka di AS.

Malaysia mengadakan rundingan dengan Washington mengenai tarif berkenaan sejak April dengan matlamat agar ia dikurangkan daripada 24 peratus yang dikenakan sebelum ini.

Rundingan terkini telah diadakan pada 18 Jun lalu.

Semalam, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, mengumumkan dia mengadakan perbualan telefon dengan Presiden AS Donald Trump pada 6.50 pagi untuk membincangkan isu tarif berlandaskan semangat dan prinsip perdagangan bebas.

Anwar berkata perbualan itu turut menyentuh siri rundingan yang sedang berlangsung di antara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) bersama wakil perdagangan AS dan setiausaha perdagangan negara itu.- Bernama

 CUKAI 19%

TURUN DARI 25%

AMIN

KESAN KITA

NANTI DAN LIHAT

AMIN

APAKAH BOLEH

RUNDING LAGI ?

JENG JENG JENG

KHALAS

MADAFAKA MOHONG LAGI


MADAFAKA

MOHONG LAGI

AMIN

PRU BULAN DISEMBER DI MYANMAR



Junta Myanmar tamatkan darurat, umum pilihan raya Disember ini


ISTANBUL: Junta Myanmar hari ini mengumumkan penubuhan sebuah badan baharu bagi menganjurkan pilihan raya umum hujung tahun ini, sekali gus menamatkan perintah darurat yang dikuatkuasa sejak rampasan kuasa 2021, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media kerajaan.

Ketua Junta, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing turut melantik dirinya sebagai pemangku presiden dan mengeluarkan dekri membubarkan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara.

Negara Asia Tenggara itu berada di bawah pemerintahan tentera sejak Februari 2021, selepas kerajaan pilihan rakyat yang dipimpin Parti Liga Demokrasi Kebangsaan digulingkan.

Sejak itu, Myanmar berada di bawah perintah darurat selama empat tahun.

Dengan penubuhan Suruhanjaya Keselamatan dan Keamanan baharu - yang turut dipengerusikan oleh Min Aung Hlaing – junta memaklumkan bahawa perintah darurat kini secara rasmi ditamatkan.

Beliau turut mengumumkan pembentukan kerajaan baharu yang akan diterajui oleh U Nyo Saw, seorang sekutu rapatnya.

"Pilihan raya akan diadakan pada Disember ini dan usaha akan dilakukan bagi memastikan semua pengundi yang layak dapat menunaikan tanggungjawab mereka," kata Min Aung Hlaing dalam satu majlis di Nay Pyi Taw pada Rabu. – BERNAMA

INI BERITA

BAIK

AMIN

MYANMAR KEMBALI

KERAJAAN SIVIL

AMIN

ASKAR MASUK

KE BEREK & KEM

KHALAS