Jumaat, 14 Februari 2025
PERUBATAN PERCUMA DI HAPUSKAN ?
PAC akan sediakan laporan komprehensif isu insurans kesihatan, caj hospital swasta
GEORGE TOWN – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menjangkakan proses prosiding berhubung isu peningkatan premium insurans kesihatan serta caj hospital swasta akan memakan masa yang lama.
Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia susulan penyelidikan teliti dilakukan agar laporan yang dihasilkan komprehensif sekali gus terbaik untuk rakyat.
Jelas beliau, prosiding itu memerlukan pihaknya mengumpulkan maklumat yang menyeluruh melibatkan banyak pihak termasuk kerajaan, sektor swasta serta rakyat.
“Dalam PAC ini, kita tidak boleh buat jangkaan (bila prosiding selesai) kerana ia akan mengambil masa panjang sebab ada banyak perkara-perkara baharu yang mungkin timbul tambahan pula ia melibatkan pelbagai pihak.
“Malah laporan yang akan dikeluarkan oleh PAC perlu bersifat komprehensif dan bukan hanya sekadar laporan biasa, bagi memastikan ia dapat membantu kerajaan dalam merangka dasar yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat.
Pelbagai pihak hadir bagi memberikan pandangan pada sesi tersebut.
“Saya harap ia tidak berhenti di sini, kita semua nak yang terbaik terutama sekali melibatkan isu kesihatan awam dan banyak perkara yang perlu dilihat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Pendengaran Awam PAC di sebuah hotel di Bukit Jambul di sini hari ini.
Terdahulu, sesi pendengaran awam buat kali pertama itu dihadiri kira-kira 100 orang awam bertujuan mengumpul maklum balas dan pandangan melibatkan isu Peningkatan Bayaran Pemium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Awam dan Impak kepada Kesihatan Awam yang akan dimasukkan dalam laporan PAC sebelum dibentangkan di Parlimen.
Hadir sama, Ahli PAC, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju.
Sementara itu, Tze Tzin berkata, kira-kira 50 peratus populasi rakyat Malaysia memiliki insurans perubatan termasuk mereka yang tergolong dalam kumpulan B40.
“Sebahagian besar rakyat mereka berasa tertekan dengan situasi ini kerana mereka mengharapkan insurans untuk membantu membayar bil hospital swasta.
“Justeru, penyelesaian yang adil dan mampan perlu dicari bagi memastikan rakyat tidak terus terbeban dengan kos kesihatan yang semakin meningkat,” ujarnya.
Pada Disember lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) meminta semua syarikat insurans dan takaful yang menawarkan produk insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) melaksanakan pelarasan premium secara pengagihan sekurang-kurangnya selama tiga tahun sehingga akhir 2026.
Langkah itu bagi mengurangkan bebanan terhadap pemegang polisi yang mengalami peningkatan kenaikan premium. –
APAKAH INI
PROJEK JAHAT
UNTUK HAPUSKAN
PERUBATAN
PERCUMA UNTUK
RAKYAT ?
AMIN
RAKYAT DI PAKSA
BELI INSURAN ?
JENG JENG JENG
TAK ADA INSURAN
TAKADA UBAT
AMIN
KITA AKAN
JADI SEPERTI
AMERIKA
AMIN
YANG BERDUIT
DAPT SEHAT
YANG MISKIN
SAKIT MELARAT
AMIN
APAKAH INI
DASAR MADANI
AMIN
KHALAS
AJEN MOSSAD ?
Warga Israel, Avitan akhirnya setuju prosiding dalam bahasa Inggeris
KAJANG – Lelaki warga Israel, Avitan Shalom yang didakwa atas dua pertuduhan berkaitan senjata dan peluru akhirnya bersetuju untuk prosiding kesnya berjalan dalam bahasa Inggeris andainya tiada khidmat jurubahasa Ibani (Hebrew) pada pendengaran akan datang.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam mewakili lelaki tersebut, Jeffrey Ooi hari ini di hadapan hakim baharu, Mohd Zaki Mohd Salleh yang menggantikan hakim mendengar sebelum ini, Norina Zainol Abidin yang sudah berpindah ke mahkamah lain.
Kata Jeffrey, pihaknya mendapat arahan daripada tertuduh untuk perbicaraan diteruskan dalam bahasa Inggeris andainya tiada jurubahasa Ibani.
Sebelum ini mahkamah telah tiga kai menangguhkan prosiding kes berikutan pertikaian daripada pihak pembelaan berhubung jurubahasa Ibrani ini.
Sepatutnya perbicaraan sudah bermula sejak awal Januari lepas.
Dalam pada itu, hari ini juga merupakan hari pertama kes ini mula berjalan di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang di sini dengan kawalan ketat pegawai penjara dan pegawai Unit Tindakan Khas (UTK).
Malah wartawan yang ingin mengikuti prosiding perlu mendaftar lebih awal dan melalui saringan di tiga pos pengawal sebelum dibenarkan memasuki kawasan penjara manakala jurugambar dan video dilarang membuat liputan.
Kumpulan wartawan juga ditempatkan di kawasan berasingan di mana prosiding ditayangkan secara langsung dan bukannya mahkamah terbuka.
Ketika prosiding hari ini, Jeffrey mendedahkan, peguam terdahulu, Datuk Naran Singh sudah menarik diri daripada mewakili Avitan dalam kes ini.
Hakim Mohd Zaki kemudian menetapkan semula tarikh perbicaraan 14 hari bermula Mac ini bagi mendengar kes itu di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang.
Tarikh itu ditetapkan bermula 19 hingga 21 Mac, 13 hingga 16 Mei, 3 hingga 5 Jun dan 23 hingga 26 Jun.
Hakim juga memaklumkan perbicaraan ini akan dijalankan sepenuhnya di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang sehingga tamat prosiding.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Avitan didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd mengandungi 150 butir peluru dan 42 butir peluru di dalam tiga senjata berlainan tanpa lesen atau permit senjata.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 jika sabit salah tertuduh berdepan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Manakala pertuduhan pindaan kedua, Avitan didakwa berdagang enam senjata api iaitu Glock 19 USA 9×19, Sig Sauer P3205P, Cougar 8000FT, Glock 17 Gen4 Austria 9×19, M&P 9C Smith & Wesson Springfield MA USA dan Stoeger Cougar 8000F.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.
Kesalahan ini dilakukan di sebuah hotel terkemuka di Jalan Ampang antara 6.46 petang pada 26 Mac dan 6 petang pada 28 Mac tahun lalu. -
WOW
KES APA INI ?
DIBUAT
KAWALAN KETAT
JENG JENG JENG
APAKAH MAMAT
INI AJEN MOSSAD ?
JENG JENG JENG
ATAU
ADA PROJEK
TERSOROK
AMIN
KHALAS
IRAN SIAP SIAGA MENUNGGU SERANGAN ZIONIS BLACKROCK
IRAN SIAP SIAGA
MENUNGGU
SERANGAN
ZIONIS BLACKROCK
3R AKAN JADI ISA BARU
3R AKAN
MENJADI
ISA BARU
AMIN
Unknown commented on
"PEGAWAI KERAJAAN BELOT !!!"
masa ada kuasa boleh pulun, pulun , boleh balun! balun, x pa x kena siasat tangkap 3R akta hasutan malu segan muka saya tu teater!! kahkahkah aiseyman madani reformati!!
SIASATAN RASUAH DBKL - APA JADI ?
APA JADI
DENGAN
SIASATAN
DBKL
KES RASUAH
PEMIMPIN PKR
SENYAP AJE
JENG JENG
PEMBELOTAN DAN PENJUALAN GAZA
PEMBELOTAN &
PENJUALAN GAZA
Ketika tulisan ini digarap perbincangan antara Zionis Israel dengan Hamas sedang berjalan di Qatar. Agenda utama ialah untuk meneruskan pertukaran tawanan dan menyambung gencatan senjata.
Pada 7 Oktober 2023, Hamas dan kumpulan militan Palestin lain telah menculik 251 orang dari Israel dan di bawa masuk ke Semenanjung Gaza, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Dari data bulan April 20
22, terdapat 4,450 orang tahanan keselamatan Palestin di penjara Israel – termasuk 160 kanak-kanak, 32 wanita dan lebih 1,000 "tahanan pentadbiran".
22, terdapat 4,450 orang tahanan keselamatan Palestin di penjara Israel – termasuk 160 kanak-kanak, 32 wanita dan lebih 1,000 "tahanan pentadbiran".
Tahanan pentadbiran ini sama seperti tahanan ISA di Malaysia. Mereka akan ditahan bertahun-tahun tanpa bicara.
Pada gencatan senjata yang bermula pada 19 Januari lalu Hamas telah membebaskan 18 orang tebusan. Israel telah membebaskan 383 tawanan sebagai balasan. Perbincangan di Qatar pada ketika ini bertujuan untuk membebaskan kira-kira 33 warga Israel dan 1,900 warga Palestin.
Ketika gencatan senjata ini berjalan mata dunia sedang memerhati ke Washington DC. Ini kerana Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah terbang ke Amerika untuk bertemu dengan Presiden Donald Trump.
Netanyahu menjadi pemimpin pertama yang datang ke Rumah Putih bertemu dengan Trump.
Dunia memerhati Netanyahu kerana telah ada waran tangkap ke atas Netanyahu. Dia telah dituduh melakukan jenayah perang oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Seperti yang di jangkakan waran tangkap ini telah tidak di pedulikan oleh Amerika. Maharaja Trump terus menyambut baik kedatangan Tok Penghulu mukim Israel.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa tidak mempunyai bidang kuasa ke atas Amerika Syarikat atau Israel. Kedua-dua negara ini tidak menjadi pihak dalam Statut Rom atau ahli ICC. Kedua-dua negara tidak pernah mengiktiraf bidang kuasa ICC.
Untuk menunjukkan kuasa hegemoni Amerika kepada dunia Maharaja Trump bertindak balas terhadap ICC. Titah di keluarkan untuk membuat sekatan terhadap ICC dan beberapa sosok yang terlibat dengan ICC.
Trump juga telah bertitah untuk menghentikan dan membekukan apa sahaja bantuan terhadap Afrika Selatan. Trump berkata ini dilakukan kerana Afrika Selatan menjalankan dasar diskriminasi terhadap masyarakt kulit putih. Wal hal dunia melihat ini dendam kesumat Trump kerana Afrika Selatan adalah negara utama yang membawa kes Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Belanda.
Di Washington DC sidang media Maharaja Trump dan Tok Penghulu Netanyahu telah memeranjatkan dunia. Donald Trump ini telah bercakap dan melakukan pelbagai perkara – termasuk cuba merogol, meraba tetek dan menipu – sepatutnya Trump tidak lagi memeranjatkan dunia. Tapi kali ini sekali lagi dunia gempar dengan kata- kata Trump.
“Hari ini saya gembira mengalu-alukan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kembali ke Rumah Putih. Ia adalah perasaan yang indah dan peristiwa yang indah. Kami mengadakan perbincangan yang hebat....’
“Amerika akan mengambil alih Semenanjung Gaza dan kami akan melakukan kerja.....Amerika akan lakukan kerja yang sebenar, lakukan sesuatu yang berbeza....’
Mata dunia terbeliak. Telinga dunia terbuka luas. Warga Arab dan umat Islam tersentak.
Al-Jazeera pada 5 Februari 2025 melaporkan : Presiden Donald Trump telah berkata Amerika Syarikat akan "mengambil alih" dan "memiliki" Gaza selepas pembersihan etnik rakyat Palestin. Satu rancangan luar biasa yang didakwanya boleh mengubah kawasan itu menjadi "Riviera Timur Tengah". Riviera ini ialah kota peranginan di tepi laut.
Bila sahaja berita Gaza akan dijadikan kota peranginan ini maka para Tok Arab dari Saudi, dari Jordan dan dari Mesir pun membuat teater bersandiwara. Mereka semua bersuara keras menolak rancangan Maharaja Trump ini.
Pertubuhan Koperasi Islam (OIC) yang mewakili 57 negara Islam juga bersuara membuat lawak dari Jeddah. Badan ini menolak rancangan ambil alih Gaza oleh Amerika. OIC meminta semua ahli untuk menolak rancangan Riviera Maharaja Trump ini.
Malah Anwar Ibrahim Blackrock dari Malaysia juga telah turut sama membuat lawak dengan dialok ‘... saya perlu meneliti kenyataan Trump dulu....’ Apa yang perlu diteliti oleh Anwar Ibrahim Blackrock hanya Guru Nanak yang tahu. Kah kah kah.
Biar saya nyatakan disini secara jujur. Saya memperlekehkan dan bersikap sinikal terhadap pemimpin negara-negara Arab dan negara-negara yang klim sebagai negara Islam ini. Dalam masa yang sama saya tidak hairan dan tidak terperanjat apabila Maharaja Trump mahu mengambil Gaza untuk dijadikan mukim Amerika.
Saya gembira dan ketawa bila melihat klip YouTube sidang akhbar Trump dan Netanyahu. Malah saya akan lebih gembira jika Maharaja Trump dan Zionis Israel merancang untuk mengambil Jordan, Mesir, atau Saudi Arabia sebagai mukim tanah jajahan Amerika sama seperti niat Maharaja Trump terhadap Canada dan Greenland.
Ini bukan bermakna saya tidak bersimpati terhadap perjuangan Palestin. Atau telah meninggalkan sikap menyokong perjuangan adil rakyat tertindas. Tidak. Saya masih setia kepada garis perjuangan.
Sikap baru yang saya ambil ini ada sebab musabab.
Dari pemerhatian dan keterlibatan saya dalam agenda Palestin ini saya mendapati ada pembelotan yang maha besar telah dan sedang berlaku. Pembelotan inilah yang kini membawa kepada agenda penjualan Gaza.
Jika kita kembali melihat sejarah Palestin kita akan terjumpa beberapa dokumen lama pasca Nakba 1948. Dalam piagam Al- Fatah dan dalam piagam PLO – Palestin Liberation Organisation - ada tertera niat dan cita-cita perjuangan rakyat Palestin. Dalam piagam ini ada jelas dinyatakan garis politik PLO: Untuk mendirikan Palestin Merdeka yang sekular, demokratik dan adil di mana Arab, Yahudi dan Kristian boleh hidup bersama dalam sebuah negara bernama Palestin.
Dalam Piagam ini juga tertera dasar bahawa PLO tidak akan mengiktiraf Zionis Israel.
Manakala garis politik Al-Fatah – gerakan gerila induk PLO - dengan jelas dinyatakan perjuangan bersenjata adalah garis utama. Gerakan pembebasan Palestin melalui angkat senjata ini juga di sokong oleh beberapa lagi kumpulan gerila Palestin seperti PFLP – Barisan Popular Pembebasan Palestin.
Ketika tulisan ini di garap ke tiga-tiga garis politik dalam piagam PLO ini telah di ketepikan. Al-fatah menjadi pembelot. Satu ketika dulu Al-fatah ialah gerakan gerila utama melawan Zionis Israel kini Al-Fatah yang berpusat di Tebing Barat di anggap sebagai polis dan mata-mata kepada Zionis Israel.
Manakala PLO berlagak sebagai kerajaan walhal lembaga yang mendapat dana dari Kesatuan Eropah ini tidak mendapat sokongan dari rakyat Palestin. Mahmud Abbas yang klim sebagai pemimpin utama Palestin telah membekukan pilihan raya. Jika diadakan pilihan raya pasti Al-Fatah akan bungkus dan Mahmud Abbas akan mati tenggelam dalam air ludah rakyat Palestin.
Pembelotan ke dua datang dari pemimpin negara Arab seperti El-Sisi dari Mesir, Raja Abdullah dari Jordan dan Putera MBS dari Saudi Arabia. Sosok-sosok ini adalah sekutu Zionis Israel yang terbaik. Pemimpin nasionalis Arab seperti Saddam. Gadaffi dan Bashar al-Assad semuanya telah dijimatkan.
Pembelotan ke tiga datang dari pemimpin negara yang bukan Arab tapi klim beragama Islam seperti Turki , Pakistan, Bangladesh, Malaysia atau Indonesia.
Satu ketika dulu Pakistan di bawah Zulfikar Ali Bhutto telah memberi latihan senjata kepada gerila PLO. Ali Bhutto dijimatkan dan Pakistan kembali menjadi boneka Amerika.
Wajib di beritahu disini bahawa negara Islam yang pertama mengiktiraf Zionis Israel ialah Turki. Semenjak tahun 1949 Turki telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Zionis Israel. Turki sebagai kerabat NATO – perjanjian pertahanan yang di kepalai oleh Amerika – adalah pembekal utama minyak petroleum untuk Zionis Israel.
Malah hubungan perniagaan dua hala antara Istambul dengan Tel Aviv cukup rancak dan menceriakan.
Manakala Malaysia di bawah Mahathir Muhamad dilihat bersimpati terhadap perjuangan Palestin. Walau pun ada bukti kapal kontena milik syarikat Zionis Israel boleh berlabuh di Pelabuhan Klang. Untuk propaganda kepada Lebai, Mak Aji dan Pak Aji Mahathir membenarkan Palestin membuka pejabat kedutaan di Kuala Lumpur.
Di bawah Anwar Ibrahim ini dilihat Malaysia telah mengikuti jejak langkah Turki. Paling menyerlah ialah penjualan 39 buah lapangan terbang milik Malaysia kepada syarikat Zionis Yahudi Blackrock. Dalam satu babak Anwar kuat bersuara menyokong Palestin. Dalam senyap-senyap Anwar juga memperkayakan syarikat Yahudi Blackrock pembekal utama senjata untuk Israel.
Atas sebab musabab ini saya bersetuju dan mengalu-alukan apa yang sedang di lakukan oleh Maharaja Trump. Malah saya juga suka melihat Zionis Israel akan mengambil alih kawasan Masjid Al-Aqsa.
Kenapa saya bersikap demikian?
Saya mahu warga Arab di Saudi, di Mesir dan di Jordan membuka mata dan hati untuk sedar apa yang sedang dilakukan oleh Maharaja Trump terhadap Palestin. Saya mahu warga Arab sedar bahawa pemimpin negara mereka sedang bekerja sama dengan Zionis Israel.
Saya kemaruk dan gian hendak melihat warga Arab bangun sekali lagi seperti Arab Spring 2011. Saya hendak mereka bangun memberontak menjatuhkan rejim di Mesir, di Jordan dan di Saudi.
Saya mahu melihat Maharaja Trump akan lebih ganas lagi menghuru harakan dunia Arab dan Timur Tengah.
Saya mahu Maharaja Trump menelanjangi dan membogelkan pemimpin-pemimpin negara Arab yang bersandiwara menentang Zionis Israel. Saya Ingin melihat Maharaja Trump membogelkan pemimpin negara Islam yang bukan Arab yang juga bersekongkol dengan Zionis Israel.
Saya mahu anak semua bangsa menyedari bagaimana satu perjuangan adil rakyat Palestin menentang penjajahan Israel telah di gagalkan melalui pembelotan oleh para pemimpinnya.
Pada hemat saya hanya Maharaja Trump dalam masa empat tahun ini boleh melakukan semua ini. Wahai Maharaja terus huru harakan dunia ini. Amin. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI . COM
https://www.malaysiakini.com/columns/734374
JEREBU LEBIH BURUK DARI YANG KITA ALAMI
Bangkok dilanda pencemaran udara terburuk
BANGKOK: Bangkok dan kawasan sekitarnya berdepan dengan tahap pencemaran udara yang paling buruk apabila kepekatan habuk halus partikel (PM2.5) mencatatkan bacaan berbahaya, iaitu 135.1 mikrogram per meter padu (μg/m³).
Bacaan itu jauh melebihi had selamat yang ditetapkan oleh kerajaan, iaitu 37.5μg/m³, menurut laporan The Bangkok Post pada 2 Februari.
Agensi Geo-Informatik dan Teknologi Angkasa Thailand (Gistda) melaporkan bahawa 26 wilayah di seluruh negara, termasuk Greater Bangkok, terdedah kepada pencemaran udara pada tahap merah, dengan bacaan antara 77 hingga 135.1μg/m³.
Kawasan Greater Bangkok yang membabitkan wilayah Samut Sakhon (130.8μg/m³), Samut Prakan (128.1μg/m³), Nonthaburi (122.7μg/m³), Pathum Thani (114.7μg/m³), dan Nakhon Pathom (112.8μg/m³) mencatatkan kualiti udara yang membahayakan kesihatan.
Wilayah lain yang turut terjejas termasuk Samut Songkhram, Phetchaburi, Ratchaburi, Chachoengsao, Chon Buri, Kanchanaburi, Ayutthaya, Saraburi, dan Rayong.
Sebanyak 41 wilayah lain mencatatkan tahap pencemaran pada kategori oren, dengan bacaan antara 38.8 hingga 72.2μg/m³, termasuk wilayah-wilayah seperti Phuket, Khon Kaen, Songkhla, dan Trang.
Namun, beberapa wilayah utara seperti Chiang Mai dan Mae Hong Son menikmati kualiti udara yang baik, manakala lapan wilayah lain termasuk Nakhon Si Thammarat dan Surat Thani mencatatkan tahap pencemaran sederhana (kategori kuning).
"Pencemaran udara ini memberi risiko kesihatan yang serius, terutama kepada golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang mempunyai penyakit pernafasan," kata jurucakap Gistda.
Beliau menambah, "Penduduk disarankan untuk memakai pelitup muka dan mengurangkan aktiviti luar rumah sehingga keadaan bertambah baik."
MALAPETAKA
HASIL DARI
KERJA MANUSIA
AMIN
DBKL JADI LEMBAGA ANTI RASUAH
DBKL JADI
LEMBAGA
ANTI RASUAH
AMIN
Unknown commented on
"KANG KONG TERLIBAT KES RASUAH -
DBKL PERLU BERTINDAK"
SPRM buka cawangan di DBKL? SPRM tak cukup kaki dan tangan, sejak madani berkuasa SPRM sibuk sakan, tetapi ramai terlupa pandang LHDN satu lagi aparcik mencari wang untuk berkuasa, dijanjikan bonus berbulan-bulan kah kah kah menekankan semua dengan undang-undang, melepaskan kroni kaum kerabat kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 14 FEBUARI 2025
HARI INI HARI GAGALIS
SEDUNIA
PARA GAGALIS
AKAN MERAYAKAN HARI INI
DENGAN MENGINGATI
APA YANG TELAH GAGAL
TAHUN LALU
KAH KAH KAH
RAMAI DI TINGGAL AWEK
RAMAI DI TINGGAL BALAK
RAMAI DI TINGGAL JAMBU
RAMAI DI TINGGAL PENGKID
ADA BERCERAI BERAI
ADA GADUH TAK HABIS
KAH KAH KAH
MAKA
GAGALIS SEDUNIA
BERSENDIRIANLAH
CINTAI DIRI LU
SEBELUM LU CINTA
PADA iPONE
KAH KAH KAH
HARI INI
AKAN ADA DEMO
JAM 2 PETANG
BERMULA DI MENARA
TABUNG HAJI
KEMUDIAN BERARAK
KE PEJABAT DUTA
AMERIKA
INI HANYA PERMULAAN
PADA JUMAAT AKHIR
BULAN RAMADAN
HARI AL-QUDS SEDUNIA
KITA AKAN KELUAR
BERDEMO LAGI
SASARN KITA
AMERIKA
DAN PARA ZIONIS TEMPATAN
DAN PENYOKONG BLACKROCK
AMIN
GAZA
HAMAS BERSETUJU BEBAS
TAWANAN
GENCATAN SENJATA
DI TERUSKAN
UKRAINE
PERANG UKRAINE
AKAN DI TAMATKAN
TRUMP MAHU
PERANG INI TAMAT
UKRAINE WAJIB TERIMA
HAKIKAT BAHAWA
SEMPADAN 2014 DAH
TAK MASUK AKAL
AMERIKA
BARANG BARANG DI AMERIKA
AKAN NAIK HARGA
KERANA BARANG IMPORT
DI CUKAI
BELGIUM
PERJUMPAAN ANGGOTA NATO
DI BRUSSELS
MAKIN JELAS
UKRAINE TIDAK AKAN
JADI AHLI NATO
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
MATA HARI DAH KELUAR
SINAR LEMAH
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
HA HA
DI SANA SINI TERKUKUR
BERLAGU
DI ATAS BUKIT
DALAM SAWAH RUMPUT
DI TEPI GAUNG
TERKUKUR BERSUARA
TUK TUK TUK
SAMA BERSUAR
TAK MAHU KALAH
AKHIRNYA
PAGI DI GUMBIRANKAN
OLEH SUARA MURAI
TIDAK ADA UNGGAS
DAPAT MENGALAHKAN
MURAI BILA BERKICAU
HARI INI AKAN PANAS
DAH GUA AKAN PERGI BERDEMO
UNTUK
MENYATAKAN SETIA KAWAN
PADA WARGA PALESTIN
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT
PERASAAN EMO JANGAN MENANGIS
DUDUK SENDIRIN JANGAN MELOPONG
MARI BERDEMO MELAWAN ZIONIS
JANGAN HANYA BERCAKAP SOKONG
DUDUK SENDIRIAN DI TEPI MEJA
SEBATANG PENA TANPA DAKWAT
TRUMP JADI SEORANG MAHARAJA
DUNIA ARAB HILANG KIBLAT
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT
Langgan:
Ulasan (Atom)
















