Sabtu, 24 Mei 2025
KESEDARAN MELAYU
Ratusan sertai Himpunan Melayu Berdaulat di ibu negara
Ratusan menyertai Perhimpunan Melayu Berdaulat di ibu negara hari ini bagi menyuarakan isu-isu membabitkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, termasuk bantahan terhadap cadangan Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar (URA).
Perhimpunan yang bermula sekitar jam 2.30 petang itu diadakan serentak di empat lokasi utama — Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru, Jalan Raja Laut serta Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru — sebelum para peserta berarak menuju ke pusat beli-belah Sogo.
Peserta yang kebanyakannya berpakaian serba putih turut membawa sepanduk yang tertera mesej seperti “Kami Bantah RUU URA Ancam Demografi Melayu” dan “Kami Bantah URA – Usir Rakyat Asal” sebagai manifestasi kebimbangan mereka terhadap RUU berkenaan.
Perhimpunan berkenaan berlangsung aman dengan kawalan daripada Unit Amal PAS dan kehadiran pihak polis.
Aktivis politik, Syed Hassan Syed Ali ketika ditemui menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim segera bertemu dengan NGO-NGO yang menentang URA bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai rang undang-undang itu.
“Saya percaya dia (PMX) tidak dapat penerangan yang jelas. Dia hanya dengar daripada penjilat-penjilat, pegawai-pegawai yang ada sekarang.
“Kalau boleh, Anwar Ibrahim berjumpalah dengan NGO. Dapat penerangan yang lebih jelas,”katanya.
Sebelum ini rancangan kerajaan untuk memperkenalkan RUU berkenaan mencetuskan perdebatan hangat di Dewan Rakyat.
Kerajaan menegaskan undang-undang baru itu perlu diwujudkan bagi membolehkan pembangunan semula kawasan perumahan lama dan usang di bandar.
Namun cadangan ini mendapat tentangan hebat daripada pemimpin pembangkang yang berpendapat RUU tersebut bakal meminggirkan kaum tertentu, terutamanya golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar.
Sementara itu, Syed Hassan juga menyeru penduduk Kampung Baru agar kembali mendapatkan pandangan dan bantuan daripada Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani berhubung isu projek pembangunan di Kampung Sungai Baru, di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
“Semua orang Kampung Baru, jumpalah wakil rakyat yang dulu kamu ignore. Dia dah kata jangan tanda tangan (perjanjian dengan pemaju). Ini syarikat cikai, syarikat cap ayam. Dengar balik nasihat Johari,” tegasnya.
Turut serta dalam perhimpunan itu, pempengaruh, Rafidah Ibrahim yang menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan balas terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.
Khalid sebelum ini menuntut Rafidah membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik tuduhan yang didakwa memfitnah berkait isu projek pembangunan Kampung Sungai Baru.
Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan itu menuntut ganti rugi berjumlah RM300,000 sebagai penyelesaian terhadap pernyataan-pernyataan yang didakwa fitnah yang disiarkan Rafidah di media sosial.
“Tuan Haji Khalid Samad, anda boleh hantar saman tidak bermakna rakyat tak boleh hantar saman balik kepada anda,” kata Rafidah.
KESEDARAN
MELAYU
SEBELUM TANAH
MELAYU TERGADAI
AMIN
KHALAS
KULUM ANAK IKAN
KULUM
ANAK IKAN
AMIN
Unknown commented on
"ANAK IKAN JUGA ANAK SAYA"
Masa susah semuanya anak saya, masa senang darah daging keturunan anak saya, dalam keluarga sendiri sama, inikan pula bapa ayam tukang jaga anak ikan, kalau kulum sedap mungkin diangkat sebagai pembantu khas,
ramai pembantu khas ramailah tukang kulumbia dahulu apapun sedap sendiri diutamakan lain boleh dikemudiankan atau dilupakan terus sehingga sampai pilihan raya nanti kah kah kah sekarang masa untuk merencanakan ekonomi keluarga sendiri dahulu kah kah kah
MANGGA POLITIK MOHONG KELAS TINGGI
Saya lega diselamatkan dari sandiwara kuasa, politik bohong kelas tinggi – Rafizi
KUALA LUMPUR – Meskipun tewas mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, beliau tidak langsung kecewa.
Malah, secara sinis Rafizi berkata, beliau agak lega kerana kini boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik bohong kelas tinggi.
Dalam hantarannya di media sosial, Rafizi berkata, beliau terjebak dalam gerakan reformasi (sebelum PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme dan manfaatnya kepada rakyat.
“Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat.
“Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa,” katanya dalam kenyataan pertama selepas kekalahan dalam mempertahankan kedudukannya dalam parti.
Lantaran itu, katanya, beliau berjuang dengan PKR hampir 27 tahun, daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam.
Katanya, beliau kekal dalam PKR lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana percaya PKR baru berlari anak.
“Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
“Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa.
“Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.
“Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu,” luah Rafizi.
Luah Rafizi lagi, beliau telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini dan tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan kerana sejak kempen bermula sudah mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangannya terhadap pelbagai isu.
Daripada isu perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikannya, jelasnya.
“Saya faham rasa kecewa dan putus asa dalam kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.
“Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal,” hujahnya.
Rafizi berkata, beliau tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kerana cita-cita itulah yang telah menjerumuskan beliau dalam aktivisme dan politik dahulu.
Beliau melihat setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya kerana setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.
“Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya-Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini. Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.
“Saya amat berbangga dengan ahli biasa PKR dan penyokong yang tetap teguh mempertahankan idealisme ini sepanjang kempen, walaupun segala-galanya telah disusun untuk tidak memihak kepada saya. Cita-cita reformasi sebenarnya masih ada harapan.
“Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita,” katanya yang terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia yang menyokong kempen beliau. –
KAH KAH KAH
MANGSA POLITIK
MOHONG
KELAS TINGGI
KAH KAH KAH
KHALAS
AWAS !!! RUKUN HAJI WAJIB DI PATUHI
Denda sehingga AS$26,670 salah guna visa lawatan untuk haji
RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan denda sehingga 100,000 riyal Saudi (AS$26,670) akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang memohon sebarang jenis visa lawatan bagi pihak individu yang menunaikan atau cuba menunaikan ibadah haji tanpa permit sah, atau yang memasuki atau tinggal di Makkah dan kawasan Tanah Suci dari 1 Zulhijjah hingga 14 Zulkaedah 1446 Hijrah.
Jumlah denda akan digandakan mengikut bilangan individu yang diberikan visa lawatan dan melanggar peraturan itu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Kementerian menggesa orang ramai mematuhi peraturan dan arahan berkaitan ibadah haji, yang bertujuan memastikan keselamatan serta kelancaran urusan jemaah dalam menunaikan ibadah.
Orang awam turut digalakkan melaporkan sebarang pelanggaran dengan menghubungi talian 911 bagi kawasan Makkah, Madinah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 bagi kawasan lain di seluruh Kerajaan Arab Saudi. – BERNAMA-SPA
RUKUN HAJI
ADA ENAM
PERKARA
AMIN
KINI TAMBAH
SATU LAGI
JADI 7 PERKARA
AMIN
YANG KE 7
WAJIB ADA VISA
KAH KAH KAH
KHALAS
CUKUR BULU LUBANG JANDA
CUKUR BULU
LUBANG JANDA
AMIN
Unknown commented on
"CUBA DULU - TAK CUBA TAK RASA"
Berita sensasi mengenai PKR, Nurul Izzah anak PMX, kunyit lubang bau sedap janda, semuanya akan diperkenalkan bagi otak tahap disiplin orang kita yang semakin kritikal, tak ada sains tak ada matematik semuanya susah difikirkan, fikir sedap sedap bau rasa jilat cukur bulu lebih terbaik mencari jalan singkat ke syurga mencari bidadari walaupun selepas mangkat kah kah kah hanya yang terbaik dari TT kepada para pembaca tegar amin
COVID 19 SAMPAI KE MEKAH
Lebih 90 jemaah haji Indonesia dijangkiti pneumonia
MAKKAH: Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan seramai 99 jemaah haji warga Indonesia yangberada di Tanah Suci ketika ini menghidap pneumonia.
Setakat ini, satu kes kematian direkodkan akibat jangkitan pernafasan akut itu.
Ketua Pusat Kesihatan Haji Kementerian Kesihatan, Liliek Marhaendro Susilo, berkata semua pesakit sedang menerima rawatan intensif di hospital rujukan di Makkah dan Madinah.
Beliau berkata, keadaan cuaca panas melampau, kepenatan fizikal dan kesesakan manusia menjadi punca utama peningkatan kes pneumonia dalam kalangan jemaah.
"Kes pneumonia ini perlu diberi tumpuan kerana jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menjadi lebih serius ," katanya dalam satu kenyataan rasmi semalam.
Berdasarkan data Klinik Kesihatan Haji Indonesia (KKHI) yang dikeluarkan pada 20 Mei, suhu di Makkah dan Madinah ketika ini mencecah antara 41 hingga 47 darjah celsius.
Keadaan panas terik tanpa pengambilan air yang mencukupi boleh menyebabkan dehidrasi sekali gus meningkatkan risiko jangkitan.
"Jadual haji yang padat termasuk perjalanan jauh, umrah dan kemuncak ibadat memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi. Keletihan boleh melemahkan sistem imun badan," katanya.
Beliau turut memberitahu, kesesakan dengan jutaan jemaah yang akan berada di Tanah Suci memudahkan penularan virus atau bakteria melalui udara.
Jemaah yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan masalah jantung lebih mudah dijangkiti pneumonia.
Pneumonia atau radang paru-paru lazimnya berlaku disebabkan jangkitan bakteria, virus atau kulat.
Ia juga boleh membawa maut terutama kepada mereka yangmempunyai sistem imun lemah, menghidap penyakit kronik atau mengamalkan gaya hidup menjejaskan kesihatan paru-paru.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa kesihatan Indonesia menggesa jemaah mematuhi beberapa garis panduan kesihatan.
"Kami nasihatkan semua jemaah supaya memakai pelitup muka terutama di tempat sesak, kerap mencuci tangan dengan sabun, minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan elakkan merokok," katanya.
Beliau turut menggesa jemaah haji negara itu tidak memaksa diri jika tidak berdaya dan segera melaporkan sebarang gejala seperti batuk, sesak nafas, atau keletihan melampau kepada petugas kesihatan haji.
"Kesihatan jemaah adalah keutamaan kami. Kami sedang berusaha memberikan rawatan terbaik agar semua jemaah dapat menyempurnakan ibadat mereka dengan lancar dan pulang ke tanah air dalam keadaan sihat," katanya.
Arab Saudi kini menjalin kerjasama erat dengan pasukan kesihatan antarabangsa bagi memastikan sokongan perubatan mencukupi sepanjang musim haji.
Indonesia menghantar lebih 200,000 jemaah pada musim haji kali ini, menjadikannya antara negara penyumbang jemaah haji terbesar di dunia.
Pada musim haji tahun terdahulu, penyakit pernafasan seperti pneumonia dikenal pasti antara masalah kesihatan paling kerap dihadapi jemaah, khususnya golongan warga emas dan mereka yang ada penyakit kronik. - AGENSI
MAT KOBID
PUN NAK NAIK
HAJI
KAH KAH KAH
MASA TERBAIK
UNTUK MAT KOBID
BERANCUK DAN
MEMBIAK
AMIN
PROJEK BUNUH
PENGANUT ISLAM?
KAH KAH KAH
KHALAS
PAKAR DUIT KENA TIPU
Penganalisis kewangan rugi RM147,350 hasil pelaburan tak wujud
KUALA TERENGGANU: Penganalisis kewangan dari Selangor kerugian RM147,350 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang ditemuinya melalui iklan di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian bermula Februari lalu apabila lelaki berusia 42 tahun itu melihat iklan pelaburan saham berkenaan sebelum menekan pautan disediakan.
Beliau berkata, mangsa dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp yang mempunyai 125 ahli dengan beberapa ahli aktif berkomunikasi tentang keadaan pasaran saham.
Katanya, dua individu daripada kumpulan itu bernama Levin Wang (Teacher) dan Emma Wong (Assistant) mengaku mereka pekerja untuk sebuah syarikat sekuriti dan pelaburan yang berasal dari China.
"Ketika mangsa berada di rumah abang iparnya di daerah ini pada 30 Mac lalu, dua suspek mengajaknya menggunakan ÅŸatu platform didakwa dikendalikan syarikat berkenaan.
"Mangsa dimaklumkan masih boleh mengawal proses jual beli saham menggunakan platform itu, namun perlu membuat pemindahan wang pelaburan kepada beberapa akaun syarikat untuk proses jual beli berkenaan.
"Proses pemindahan itu diselia seorang pengurus dan mangsa boleh melihat semua wang pelaburan dalam akaun itu serta boleh digunakan untuk proses jual beli saham," katanya melalui kenyataan.
Azli berkata, mangsa membuat 13 transaksi bayaran pelaburan kepada lima akaun bank berbeza membabitkan RM147,350 sepanjang tempoh berkenaan, namun tidak pernah memperoleh apa-apa keuntungan daripada pelaburan.
"Mangsa pergi ke sebuah bank di Selangor semalam untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum kakitangan memaklumkan aksesnya disekat disebabkan transaksi merisaukan dan menasihatkannya membuat laporan polis.
"Pengadu membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
PAKAR DUIT PUN
KENA TIPU
KAH KAH KAH
INI KES BODOH
CAMPUR TAMAK
KAH KAH KAH
KHALAS
IRAN BERI AMARAN PADA ISRAEL
Iran beri amaran kepada Israel, AS jika tapak nuklearnya diserang
DUBAI: Amerika Syarikat (AS) akan memikul tanggungjawab undang-undang sekiranya Israel menyerang kemudahan nuklear Iran, kata Menteri Luar Negeri, Abbas Araqchi semalam.
Ia susulan laporan CNN, bahawa Israel mungkin akan melancarkan serangan terhadap Iran.
Iran dan AS yang juga sekutu rapat Israel akan mengadakan rundingan nuklear pusingan kelima di Rom, Itali, hari ini di tengah-tengah perselisihan mendalam mengenai langkah Iran memperkaya uranium yang menurut Washington boleh membawa kepada pembangunan bom nuklear.
Bagaimanapun, Iran menafikan niat sedemikian.
Memetik sumber perisikan, CNN pada Selasa lalu berkata, masih kabur sama ada Israel bakal membuat keputusan muktamad mengenai tindakan ketenteraan dan pegawai AS tidak bersetuju mengenai keputusan terbabit.
"Iran memberi amaran keras terhadap sebarang tindakan keganasan oleh rejim Zionis Israel dan akan bertindak balas dengan tegas terhadap sebarang ancaman atau tindakan yang menyalahi undang-undang," kata Araqchi dalam surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.
Araqchi berkata, Iran akan melihat Washington sebagai 'lawan' dalam mana-mana serangan sedemikian dan Tehran perlu mengambil 'langkah khas' untuk melindungi tapak dan bahan nuklearnya jika ancaman berterusan.
Tambahnya, badan pemerhati Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan dimaklumkan kemudian mengenai langkah berkenaan.
Walaupun Araqchi tidak menyatakan langkah yang sedang dipertimbangkan, April lalu, penasihat kepada pemimpin tertinggi Iran berkata, Tehran boleh menggantung kerjasama dengan IAEA atau memindahkan bahan yang diperkaya ke lokasi selamat dan tidak didedahkan.
Dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan semalam, Pengawal Revolusi Elit Iran memberi amaran bahawa Israel akan berdepan 'tindak balas yang dahsyat dan tegas' jika menyerang Iran.
"Mereka cuba menakut-nakutkan kita dengan peperangan tetapi tersilap percaturan kerana tidak menyedari sokongan popular dan tentera yang kuat boleh diperoleh Republik Islam dalam keadaan perang," kata jurucakap Pengawal Revolusi Iran, Alimohammad Naini.
WOIT
JIKA IRAN
DISERANG DUNIA
AKAN MELEDAK
AMIN
IRAN AKAN BOM
KAPAL MINYAK
AMERIKA
DI SELAT HORMUZ
AMIN
KHALAS
CUBA DULU - TAK CUBA TAK RASA
CUBA DULU
TAK CUBA
TAHU RASA
AMIN
Unknown commented on
"NIKMAT PALING NIKMAT"
lepas korek jilat balik dengan bau dengan rasa.. nak muntah siot... hahaha
Langgan:
Ulasan (Atom)













