Rabu, 7 Mei 2025
LAWAN JANGAN TAK LAWAN
Nurul Izzah berteka teki, tiada keputusan jelas mahu tanding Timbalan Presiden PKR
KUALA LUMPUR – Di sebalik sokongan padu yang diterima daripada akar umbi di seluruh negara supaya merebut jawatan Timbalan Presiden PKR namun tiada keputusan jelas dibuat Nurul Izzah Anwar setakat ini.
Malah dalam kenyataan terbaharunya, Naib Presiden PKR berkenaan juga seolah-olah masih berteka-teki sama ada mahu menyahut gesaan akar umbi tersebut atau sebaliknya.
Menurut bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh berkenaan, beliau akan memberi keputusan terbaik mengimbangkan antara kesepakatan, jalinan dengan persahabatan dan perubahan serta reformasi bermakna buat semua anggota.
Jelasnya, kata putus yang akan diberikan juga bukan untuk mana-mana individu tetapi demi usaha membina masa depan PKR secara bersama di kala suka dan duka.
Terdahulu beliau menghormati lagi menghargai pandangan akar umbi supaya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.
“KEADILAN sedang berada dalam fasa penting. Justeru, segala keputusan yang bakal diambil haruslah mempertimbang bukan sahaja keperluan menyatu dan memperkukuh jalinan sesama sahabat seperjuangan tetapi juga keperluan membawa nafas baharu dan perubahan bermakna demi memastikan parti ini terus relevan dan diyakini rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sejak semalam, sokongan terhadap Nurul Izzah bagi merebut jawatan nombor dua dalam PKR itu melonjak dengan pelbagai peringkat kepimpinan termasuk dari Selangor; Melaka; Perak dan Pahang turut menyatakan dukungan.
Sekiranya disambut, Nurul Izzah akan mencabar penyandang jawatan itu yang juga Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang sebelum ini sudah mengesahkan akan mempertahankan jawatannya.
Lebih menarik, selain Nurul Izzah, Saifuddin Nasution Ismail turut dicadangkan menggalas jawatan itu, namun Menteri Dalam Negeri berkenaan sehingga kini masih belum membuat keputusan meskipun tarikh akhir pencalonan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. –
WOIT
KAH KAH KAH
LAWAN JANGAN
TAK LAWAN
KAH KAH KAH
BUKTIKAN INI
BUKAN PARTI
KIM IL NUAR
KAH KAH KAH
BUKTIKAN PKR
LAWAN NEPOTISAM
KAH KAH KAH
AMIN
NAK MENANG
PAPA AKAN
ARAH SAIFUDIN
MASUK UNTUK
KACAU DAUN
KAH KAH KAH
AMIN
RAFIZI BUKAN SAIPOL
RAFIZI
BUKAN SAIPOL
AMIN
Unknown commented on
"RAFIZI AKAN LAWAN
NURUL IZZAH"
pemilihan pkr ni boleh dikatakan sebagai langkah sotong goreng kunyit.. kah kah kah
PKR TIDAK AMAL NEPOTISMA
Tak pernah wujud nepotisme dalam PKR – Fahmi
PUTRAJAYA – Tidak timbul isu nepotisme sekiranya Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandangkan beliau sekarang merupakan Naib Presiden PKR.
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, PKR meraikan demokrasi dan menyerahkan kepada kebijaksanaan ahli-ahlinya untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak dan sesuai dengan harapan serta aspirasi mereka bagi penggal kepimpinan 2025-2028.
“Tak pernah (wujud nepotisme dalam PKR), Nurul Izzah sekarang pun Naib Presiden, jadi tidak timbul apa-apa perkara (isu),” katanya dalam sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi ditanya berkenaan dakwaan sesetengah pihak wujudnya amalan nepotisme dalam PKR susulan desakan supaya Nurul Izzah bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR hujung bulan ini.
Ia susulan bapanya, Anwar Ibrahim masih lagi Presiden PKR yang akan menyaksikan kedua-dua mereka memegang jawatan nombor satu dan nombor dua dalam parti sekiranya Nurul Izzah memenangi jawatan Timbalan Presiden kelak.
Terdahulu, dalam satu kenyataan bersama PKR Wilayah Persekutuan, Fahmi yang juga Ketua Cabang Lembah Pantai turut menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah untuk merebut jawatan tersebut.
Menurut kenyataan itu, PKR Wilayah Persekutuan mempunyai keyakinan teguh Nurul Izzah bakal menerima sokongan padu selaku figura utama yang akan memberi nafas baharu dalam menguatkan jentera parti dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).
Tambahnya, sebagai penggerak utama kempen Ayuh Malaysia, Nurul Izzah berjasa besar menghidupkan semangat anggota di seluruh negara serta menjadi watak pendamai bagi menyatukan PKR sebagai satu keluarga besar yang akhirnya berjaya merealisasikan kemenangan parti untuk memerintah negara pada hari ini.
“Sokongan ini bukanlah atas nama hubungan atau nostalgia sejarah perjuangan semata, tetapi atas keyakinan terhadap kapasiti dan integriti beliau sebagai pemimpin masa depan parti.
“Keadilan memerlukan sosok seperti Nurul Izzah yang mempunyai diplomasi yang tinggi untuk merapatkan saf dan menyatukan kekuatan dalaman serta memperkukuh jalinan bersama rakan-rakan gabungan.
“Insya-Allah langkah berani ini akan disahut oleh seluruh kepimpinan dan anggota parti untuk bergerak maju membawa harapan rakyat untuk Malaysia yang lebih baik untuk semua,” demikian menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, di sebalik sokongan padu supaya merebut jawatan Timbalan Presiden itu, Nurul Izzah sehingga kini tidak membuat keputusan jelas sama ada mahu menyahut seruan akar umbi PKR berkenaan atau sebaliknya. –
DI TIMUR TENGAH ADA ISRAEL - DI ASIA TENGAH ADA KASHMIR
'Dunia tak mampu tanggung risiko konfrontasi ketenteraan antara India dan Pakistan'
HAMILTON (Kanada): Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan berhubung operasi ketenteraan India yang menyasarkan lokasi di Pakistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Beliau menyeru agar kedua-dua negara mengamalkan kawalan ketenteraan sepenuhnya. Dunia tidak mampu menanggung risiko konfrontasi ketenteraan antara India dan Pakistan," kata Jurucakapnya, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.
Kenyataan Guterres itu dibuat susulan laporan mengenai operasi ketenteraan India yang dinamakan Operasi Sindoor, menyasarkan beberapa lokasi di Pakistan dan wilayah Jammu dan Kashmir yang ditadbir Pakistan.
Ia berlaku ketika ketegangan antara kedua-dua negara memuncak susulan serangan bulan lalu di kawasan pelancongan Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India, yang mengorbankan 26 orang.
Kedua-dua negara turut melaksanakan respon diplomatik terhadap satu sama lain, termasuk membatalkan visa untuk warganegara masing-masing dan memanggil pulang sebahagian kakitangan diplomatik.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, banyak negara termasuk Amerika Syarikat telah menghubungi pemimpin kedua-dua negara dalam usaha meredakan ketegangan.
DI TIMUR TENGAH
ADA ISRAEL
AMIN
DI ASIA TENGAH
ADA KASHMIR
AMIN
DI NUSANTAR
ADA SINGAPURA
AMIN
TIGA TIGA INI
PROJEK STRATIJI
JANGKA PANJANG
KOLONIAL INGGERSI
KHALAS
PROJEK TRUMP DI GAZA
Hampir separuh penduduk Gaza sedia tinggalkan wilayah itu
BAITULMAQDIS: Hampir separuh penduduk Gaza dilaporkan sedia memohon kepada Israel untuk membantu mereka keluar ke negara lain, menurut satu tinjauan yang turut menunjukkan sokongan ketara terhadap protes anti-Hamas.
Tinjauan yang dijalankan oleh Pusat Kajian Dasar dan Tinjauan Palestin itu dilakukan ke atas penduduk di seluruh Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang diduduki, antara 1 hingga 4 Mei lalu.
Ini adalah kira-kira enam minggu selepas tentera Israel menyambung semula operasi ketenteraan di Gaza berikutan kegagalan gencatan senjata.
Pusat berkenaan adalah sebuah badan pemikir berpangkalan di Ramallah yang dibiayai oleh penderma Barat.
Ia menyatakan dalam laporan bahawa 49 peratus responden menyatakan kesediaan untuk memohon kepada Israel bagi membantu penghijrahan mereka melalui pelabuhan dan lapangan terbang Israel, manakala 50 peratus lagi tidak bersedia berbuat demikian.
Pegawai Israel sebelum ini menyatakan kesediaan membantu penduduk Gaza yang ingin meninggalkan wilayah itu, namun setakat ini hanya sedikit kemajuan dicapai untuk memujuk negara lain menerima mereka.
Kempen ketenteraan Israel selama 19 bulan memusnahkan sebahagian besar Gaza dan sekatan bantuan sejak Mac lalu menyebabkan 2.3 juta penduduk semakin kekurangan makanan.
Namun, ramai rakyat Palestin tetap percaya bahawa meninggalkan Gaza bererti menyerahkan tanah air mereka kepada Israel.
Beberapa menteri Israel secara terbuka menyuarakan hasrat untuk memindahkan keseluruhan penduduk Gaza keluar dari wilayah berkenaan.
Ia selaras dengan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk membangunkan Gaza sebagai kawasan peranginan pantai di bawah kawalan AS.
Tinjauan turut mendapati 48 peratus penduduk Gaza menyokong siri demonstrasi anti-Hamas yang tercetus di beberapa kawasan dalam wilayah terbabit sejhak kebelakangan ini.
Kadarnya jauh lebih tinggi berbanding penduduk di Tebing Barat, di mana hanya 14 peratus menyatakan sokongan terhadap protes terbabit.
Keadaan itu dilihat sebagai satu bentuk penentangan awam yang jarang berlaku terhadap kumpulan pejuang terbabit.
Pada masa sama, 54 peratus penduduk Gaza berpendapat bahawa protes itu, yang menurut Hamas didalangi perisikan Israel, dipengaruhi oleh kuasa luar, dan hanya 20 peratus percaya ia mencerminkan pandangan sebenar penduduk.
Menurut pusat berkenaan, tinjauan terbabit membabitkan 1,270 responden dengan julat kesilapan sebanyak +/-3.5 peratus. - REUTERS
BAIK SEKALI
PERKARA INI
AMIN
MAKA AKAN
JELAS DILIHAT
KERAJAAN ARAB
NEGARA ISLAM
SEMUA MANDUL
JADI BARUA
AMERIKA
AMIN
KHALAS
PANTUN PETANG INI
PANTUN
PETANG INI
AMIN
Unknown commented on
"PAGI INI"
tak ada pantun la...
jilat cibai..eh.. silap
jilat cabai dengan sardin
ambil roti untuk cicah
nuar pukimakan piji dan pundi
untuk lantik anaknya ijah
kah kah kah
NURUL GOYANG RAFIZI TERPANCUT
BILA NURUL
GOYANG
RAFIZI TERPANCUT
KAH KAH KAH
AMIN
KENYATAAN MEDIA
SOKONGAN TERBUKA CABANG CABANG KEADILAN NEGERI MELAKA KEPADA NURUL IZZAH ANWAR SEBAGAI CALON TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT BAGI SESI 2025–2028
Parti Keadilan Rakyat telah melalui sebuah perjalanan panjang yang penuh ranjau dan pengorbanan sejak penubuhannya. Gerakan reformasi yang digerakkan lebih dua dekad lalu bukan sahaja berjaya merubah landskap politik tanah air, tetapi turut melahirkan satu generasi pemimpin dan pendukung yang setia, berprinsip dan komited untuk meneruskan perjuangan demi keadilan dan demokrasi.
Kini, dalam menghadapi masa depan yang lebih mencabar dan kompleks, KEADILAN perlu terus memperkukuh barisan kepimpinan yang bukan sahaja memahami sejarah perjuangan, tetapi juga mampu membawa nilai reformasi ke had…
[10:05 pm, 06/05/2025] Jeff Mckk: KENYATAAN MEDIA
SOKONGAN TERBUKA KEADILAN NEGERI SELANGOR TERHADAP NURUL IZZAH ANWAR SEBAGAI CALON TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tidak lahir dalam suasana yang mudah. Ia tidak dibina atas pangkat atau jawatan, tetapi atas gelombang perjuangan rakyat demi menentang kezaliman, menuntut keadilan, dan mengangkat suara mereka yang tertindas.
Dalam perjuangan ini, kita menyaksikan ramai yang datang dan pergi. Namun yang kekal terus istiqamah sejak hari pertama adalah benar-benar percaya kepada semangat reformasi. Dan Nurul Izzah Anwar adalah antara wajah utama perjuangan itu.
Hari ini, ketika negara memasuki fasa yang semakin mencabar dari segi politik, ekonomi dan sosial, KEADILAN mesti dipimpin oleh barisan kepimpinan yang bukan sahaja memahami akar sejarah parti, tetapi juga mempunyai halatuju yang jelas, mampu menguatkan struktur dalaman parti, dan menyatukan suara anggota dari bawah ke atas.
Sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor, saya menyatakan sokongan terbuka bersama rakan-rakan pimpinan dari seluruh cabang di negeri ini terhadap pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden KEADILAN.
Kita tidak hanya perlukan pemimpin yang mahir berpidato atau memenangi kerusi. Kita perlukan pemimpin yang faham denyut nadi anggota, bersedia mendengar akar umbi dan tahu meletakkan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Parti ini perlu seorang Timbalan Presiden yang tidak terikat dalam pentadbiran kerajaan, tetapi boleh memberi fokus kepada mengukuhkan kekuatan dalaman parti. Kita perlukan sosok yang boleh memberi sepenuh tenaga untuk mempersiapkan KEADILAN menghadapi PRU akan datang dengan strategi kukuh, struktur tersusun dan semangat anggota yang segar.
Nurul Izzah bukan orang baru. Beliau telah berjuang sejak muda, menjadi suara anak muda dalam zaman penuh getir, ditahan, dihina, namun tidak pernah meninggalkan medan perjuangan. Beliau membina nama bukan kerana nama keluarganya, tetapi kerana keteguhan prinsip dan keberanian berdiri untuk kebenaran.
Beliau juga telah membuktikan kredibilitinya dalam dua penggal sebagai Ahli Parlimen, sebagai Naib Presiden parti, serta sebagai pemikir dasar yang komited. Dalam dan luar negara mengiktiraf ketokohan beliau, tetapi yang paling utama anggota parti tahu siapa beliau, dan tahu apa yang telah beliau korbankan untuk KEADILAN.
Kita perlukan kepimpinan yang bersedia ‘toe the line’ bersama anggota, yang faham denyut nadi parti dan yang tidak meletakkan diri di atas, tetapi di sisi perjuangan rakyat.
Pencalonan ini bukan soal mewarisi nama, tetapi soal membina semula semangat. Ia tentang harapan baharu. Tentang menyatukan idealisme reformasi dengan realiti politik masa kini. Tentang menyambung api perjuangan dengan keikhlasan dan tanggungjawab.
Saya yakin, dengan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden, kita dapat menyusun semula barisan yang kuat, menyemai semula kepercayaan rakyat, dan memastikan KEADILAN kekal relevan, progresif dan berwibawa.
Kepimpinan Presiden memerlukan gandingan yang mantap dan Nurul Izzah mampu menjadi rakan setia, penasihat jujur dan tenaga penggerak yang berani menyatakan kebenaran demi parti.
Dengan penuh rasa tanggungjawab, kami berdiri teguh bersama Nurul Izzah. Semoga pencalonan ini menjadi permulaan kepada babak baharu perjuangan KEADILAN yang lebih bersatu, matang dan membina.
REFORMASI!
YAB DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor
Ketua Cabang KEADILAN Gombak
YB DATUK BORHAN AMAN SHAH
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor
Ketua Cabang KEADILAN Sepang
HEE LOY SIAN
Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor
Ketua Cabang KEADILAN Petaling Jaya
YB MOHD NAJWAN HALIMI
Ketua Cabang KEADILAN Shah Alam
TUAN AHMAD MUSTAIN BIN OTHMAN
Ketua Cabang KEADILAN Sabak Bernam
AZHAR BIN ACHIL
Ketua Cabang KEADILAN Sungai Besar
DR SATHIA PRAKASH A/L NADARAJAN
Ketua Cabang Keadilan Hulu Selangor
SIVABALAN A/L MUGUTHAN
Ketua Cabang KEADILAN Kuala Selangor
YB SYED AHMAD BIN ABDUL RAHMAN ALHADAD
Ketua Cabang KEADILAN Ampang
RAJENDRA KUMAR A/L MUNUSAMY
Ketua Cabang KEADILAN Hulu Langat
LIM KIM ENG
Ketua Cabang KEADILAN Bangi
ZAIHASRI BIN JAAFAR
Ketua Cabang KEADILAN Puchong
M. PRAVIN
Ketua Cabang KEADILAN Subang
ELIZABETH WONG KEAT PING
Ketua Cabang KEADILAN Damansara
YB DATO’ RAMANAN A/L RAMAKRISHNAN
Ketua Cabang KEADILAN Sungai Buloh
DATO SERI AZIZI BIN AYOB
Ketua Cabang KEADILAN Kapar
YB AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
Ketua Cabang KEADILAN Klang
YB G. GUNARAJAH
Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja
MOHD AFIQ BIN TUNIMAN
Ketua Cabang KEADILAN Kuala Langat
RAFIZI AKAN LAWAN NURUL IZZAH
RAFIZI RAMLI
CALON TETAP
PM MALAYSIA
AMIN
𝟕 𝙈𝙚𝙞 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟱
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2025, yang kini memasuki fasa akhir, adalah kali pertama parti memilih pimpinan sebagai parti Kerajaan Persekutuan. Sudah tentu persaingan sengit berlaku di setiap peringkat.
Pemilihan di peringkat cabang telah mengundang beberapa fenomena baru, termasuklah keadaan bila mana hanya calon Ketua Cabang menang tetapi keseluruhan jawatankuasa dan sayap-sayap dimenangi oleh pesaing. Saya juga dimaklumkan jumlah bantahan melebihi 190 di seluruh negara.
𝗖𝘂𝘁𝗶 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗧𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶
Perkara-perkara ini membayangkan bahawa isu berbangkit semasa pemilihan sewajarnya diuruskan dengan baik untuk menjaga keharmonian parti di setiap peringkat, tidak kira pihak mana yang membuat bantahan.
Menyedari bahawa aduan-aduan dan isu yang timbul perlu diuruskan dengan harmoni, sebagai Timbalan Presiden, saya membuat keputusan untuk memberi tumpuan menguruskan perkara ini sepenuh masa, termasuk berjumpa dan mendengar sendiri isu yang dibangkitkan oleh pelbagai calon yang bertanding, tanpa mengira kumpulan.
Masa yang diperlukan adalah panjang. Sewajarnya, kerja-kerja mengurus parti yang memerlukan masa khusus seperti ini tidak dicampuradukkan dengan tugas dan masa sebagai seorang menteri. Bagi saya, mengasingkan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin parti politik dari tugasan rasmi seorang menteri adalah satu budaya politik baru yang wajar kita semai.
Oleh itu, saya telah membuat permohonan kepada YAB Perdana Menteri untuk bercuti dari tugas rasmi untuk memberi tumpuan meredakan keadaan di peringkat akar umbi.
𝙄𝙨𝙪 𝘽𝙚𝙧𝙗𝙖𝙣𝙜𝙠𝙞𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙝𝙪𝙗𝙪𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙝𝙖𝙣
Sepanjang tempoh saya bercuti dari 29 April ke 5 Mei (iaitu empat hari), saya telah mengadakan pelbagai pertemuan dan membawa isu-isu berbangkit mengenai pemilihan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
MPP bertarikh 29 April 2025 bersetuju supaya satu audit bebas dijalankan untuk memastikan sistem pemilihan digital bebas dari campur tangan yang mempengaruhi keputusan akhir di peringkat cabang.
Laporan juru audit bebas ini dibentangkan di dalam MPP bertarikh 4 Mei 2025, seperti di dalam 𝗟𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗔. Berdasarkan laporan ini, MPP menerima gesaan Presiden supaya keputusan di peringkat cabang disahkan walaupun ada aduan-aduan berbangkit, agar parti boleh bergerak ke hadapan dan pemilihan peringkat pusat dapat diteruskan.
Semasa audit bebas itu berjalan, seperti mana persetujuan MPP bertarikh 29 April 2025, calon-calon yang membuat aduan boleh melantik wakil teknikal mereka untuk turut serta sebagai pemerhati semasa proses audit.
Saya sertakan laporan wakil teknikal yang dilantik calon mengenai keseluruhan proses audit di 𝗟𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗕.
Atas prinsip ketelusan kepada semua anggota parti, saya percaya kedua-dua pandangan dari laporan-laporan ini boleh memberi konteks keseluruhan kepada pelbagai isu yang timbul.
Walau apa pun kesimpulan yang dibuat, saya menyeru supaya anggota-anggota parti menerima saranan untuk merapatkan saf dan memberi tumpuan mengukuhkan parti.
𝙎𝙞𝙨𝙩𝙚𝙢 𝙋𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙨𝙖𝙩
Pun begitu, memandangkan sistem yang sama akan digunakan untuk pemilihan pimpinan pusat, saya menggesa supaya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak segera memastikan kelemahan-kelemahan sistem yang dibangkitkan di dalam kedua-dua laporan diperbaiki secepat mungkin.
Ini termasuklah perkara-perkara berikut:
i. Mengesahkan jumlah OTP yang dikeluarkan berbanding dengan jumlah eKYC, undi di pelayan S3 dan undi akhir yang direkodkan di blockchain, untuk mengenal pasti berapa banyak undi yang tercicir akibat kelemahan sistem;
ii. Melindungi versi kod asal (𝘴𝘰𝘶𝘳𝘤𝘦 𝘤𝘰𝘥𝘦) yang dimuat naik di pelayan awan (𝘤𝘭𝘰𝘶𝘥 𝘴𝘦𝘳𝘷𝘦𝘳), memastikan versi yang betul dan sama digunakan sepanjang proses pemilihan, menyemak keseluruhan kod asal bagi setiap versi yang dimuat naik, untuk memastikan tidak ada kod berbeza yang memproses pengundian;
iii. Melindungi dan mengawal muat naik kod asal (𝘴𝘰𝘶𝘳𝘤𝘦 𝘤𝘰𝘥𝘦 𝘥𝘦𝘱𝘭𝘰𝘺𝘮𝘦𝘯𝘵) dengan menyemak log muat naik (𝘥𝘦𝘱𝘭𝘰𝘺𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘭𝘰𝘨) sebelum, semasa dan selepas proses pengundian, bagi memastikan integriti sistem terjamin; dan
iv. Isu-isu teknikal lain yang dibangkitkan.
JPP bertanggungjawab memastikan proses pemilihan pusat (termasuk keabsahan dan kemampuan teknikal sistem) berjalan dengan lancar, untuk mengelakkan kontroversi berpanjangan selepas pemilihan pusat selesai.
𝙎𝙩𝙧𝙖𝙩𝙚𝙜𝙞 𝙋𝙍𝙐𝟭𝟲 𝙙𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙡𝙚𝙩𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙅𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙆𝙖𝙗𝙞𝙣𝙚𝙩
Sepanjang saya bercuti, saya juga mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution Ismail. Perbincangan dengan Anwar berlaku dua kali dan sekali dengan YB Saifuddin.
Dalam pertemuan dengan Anwar, saya mengutarakan pandangan bahawa strategi kempen ke arah Pilihanraya Umum ke-16 (PRU16) perlu diperkemaskan mengambil kira keadaan semasa rakyat.
Saya menyatakan bahawa saya bersedia untuk tidak bertanding Timbalan Presiden dan tidak menyertai kabinet untuk memberi tumpuan kepada kempen akar umbi. Kebimbangan saya banyak berkisar kepada keadaan semasa yang mana kempen kerajaan dilihat terlalu bertahan (𝘥𝘦𝘧𝘦𝘯𝘴𝘪𝘷𝘦), dan tidak menyerang (𝘰𝘧𝘧𝘦𝘯𝘴𝘪𝘷𝘦) seperti rentak KEADILAN semasa menjadi pembangkang.
Itu kekuatan yang saya ada sebagai seorang ahli politik dan wajar disesuaikan dengan keperluan kempen di masa berbaki dua tahun sebelum PRU16. Kedudukan saya sebagai seorang menteri menyebabkan saya terikat dengan konsensus pentadbiran kerajaan dan menyukarkan saya bersuara dengan lebih bebas, seperti sebelum ini. Ia menyumbang sedikit sebanyak kepada keadaan kempen KEADILAN yang dilihat tidak agresif.
Saya juga menyuarakan perkara yang sama kepada Saifuddin dan menyatakan kesediaan saya untuk memberi laluan, agar saya boleh kembali berkempen secara bebas dan agresif ke arah PRU16 tanpa perlu terikat kepada peraturan kabinet dan kerajaan.
Kedua-dua mereka memberi pandangan bahawa ada keperluan untuk saya kekal bertanding Timbalan Presiden dan menjadi sebahagian dari kabinet. Saya nyatakan bahawa saya akan mengambil kira semua pandangan dalam membuat keputusan akhir.
𝙋𝙚𝙣𝙮𝙚𝙧𝙩𝙖𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙨𝙖𝙩 𝟮𝟬𝟮𝟱
Saya berterima kasih kepada semua aktivis dan pimpinan KEADILAN di semua peringkat yang telah memberi pelbagai pandangan dalam tempoh seminggu yang lepas.
Kita perlu menerima hakikat bahawa beberapa kontroversi yang timbul akibat pemilihan kali ini (kecil atau besar) sedang diperhatikan rakyat. Sebab itu, saya berpendapat apa pun isu berbangkit, baik mengenai sistem, aduan, atau perkara-perkara lain, perlu ditangani secara berhemah kerana tingkah laku kita sepanjang proses ini dinilai rakyat.
Saya juga bersyukur kerana pengalaman 26 tahun dalam parti ini mendidik saya bahawa sesuatu jawatan itu adalah amanah yang berat, apatah lagi jawatan sebagai menteri. Maka, keputusan-keputusan kita mestilah dipandu oleh kebertanggungjawaban, bukannya berkait dengan pangkat dan kedudukan.
Saya menerima baik berita-berita bahawa Saifuddin dan Nurul Izzah Anwar menunjukkan minat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti. Dari awal lagi, saya menyatakan bahawa hak untuk bertanding itu adalah hak masing-masing dan wajar kita raikan dalam semangat demokrasi.
Oleh itu, saya mengalu-alukan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan kali ini dan akan turut serta calon-calon lain menggunakan pentas pemilihan kali ini untuk memperkuatkan parti.
Ia keputusan yang menang-menang bagi saya.
Apa pun pilihan yang diambil perwakilan parti, ia membuka ruang kepada saya menawarkan sumbangan menguatkan parti menghadapi PRU16.
Jika saya dipilih, saya boleh terus memainkan peranan di dalam kepimpinan parti sebagai Timbalan Presiden, dan dalam kerajaan melalui saluran kerajaan.
Jika saya tidak dipilih, saya boleh kembali sebagai seorang pemimpin akar umbi yang lincah berkempen di bawah.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
7 Mei 2025
REVOLUSI BERSENJATA PATANI
Pemberontakan di Selatan Thailand memuncak, kerajaan buru pemimpin militan
BANGKOK: Pemberontakan di selatan Thailand kembali memuncak, memaksa kerajaan bertindak tegas dengan merangka semula pelan untuk memburu serta melumpuhkan rangkaian kepemimpinan militan.
Menurut laporan The Nation/ANN, tiga kumpulan utama yang menjadi sasaran militan di wilayah sempadan selatan negara itu ialah masyarakat Buddha Thai, pegawai kerajaan (termasuk penjawat awam, anggota tentera, polis dan sukarelawan), serta umat Islam yang bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Beberapa siri serangan di selatan Thailand termasuk insiden tembakan terhadap sami dan sami muda yang sedang mengutip derma di Daerah Saba Yoi, Wilayah Songkhla.
Selain itu, ia turut membabitkan insiden tembakan rambang di Daerah Tak Bai di Narathiwat yang mengorbankan tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dan seorang warga emas berusia 70 tahun, serta mencederakan dua yang lain.
Ia turut membabitkan serangan pandu lalu di Daerah Cho-airong, Narathiwat yang mengakibatkan kematian seorang wanita buta berusia 76 tahun dan mencederakan anak lelakinya yang berusia 50 tahun ketika mereka dalam perjalanan ke hospital.
Serangan berkenaan menyasarkan individu yang lemah dan tidak bersenjata, jelas bertujuan mencetuskan kemarahan masyarakat dan ternyata berjaya.
Keganasan itu mendapat kecaman meluas dan meningkatkan tekanan terhadap kerajaan untuk bertindak segera dan berkesan.
Penganalisis keselamatan mengaitkan gelombang keganasan terbaharu ini dengan beberapa faktor utama antaranya rundingan damai yang tergendala di bawah kerajaan Srettha Thavisin dan Paetongtarn Shinawatra, khususnya selepas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Phumtham Wechayachai menyeru perubahan strategi tetapi gagal melantik wakil rasmi Thailand untuk dialog.
Faktor lain adalah membabitkan konflik dalaman dalam Barisan Revolusi Nasional (BRN) antara puak lama dan generasi baharu yang kini bertindak secara bebas dan ketegangan yang meningkat ketika bulan Ramadan seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Selain itu adalah faktor pengurangan sekatan jalan raya di laluan kecil susulan aduan penduduk sempena pelaksanaan dasar Ramadan Panjor serta keletihan dalam kalangan pasukan keselamatan yang menyebabkan kelemahan kawalan keselamatan.
Gerakan politik untuk menuntut status pentadbiran khas di wilayah berkenaan serta kenyataan terbuka pemimpin kerajaan yang dilihat memberi tekanan masa, mungkin mencetuskan provokasi balas oleh kumpulan militan menjadi antara faktor berkenaan.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattapon Nakpanich dijadualkan mengadakan lawatan ke selatan negara itu pada 7 Mei ini untuk bertemu pemimpin agama dan menggerakkan semula semangat pasukan keselamatan tempatan.
INI REVOLUSI
BERSENJATA
MELAYU PATANI
AMIN
HAK UNTUK
MERDEKA
AMIN
HANYA SATU
JAWAPAN
LAWAN !!!
KHALAS
GAZA AKAN DI KOSONGKAN DARI RAKYAT PALESTIN
Tiada guna teruskan rundingan gencatan senjata di Gaza - Hamas
GAZA: Hamas tidak lagi berminat untuk meneruskan rundingan gencatan senjata dengan Israel dan menggesa komuniti antarabangsa supaya menghentikan 'perang kebuluran' Israel terhadap Gaza, kata seorang pegawai kumpulan pejuang itu.
Pegawai Kanan Hamas, Basem Naim, berkata tiada makna untuk meneruskan rundingan atau mempertimbangkan cadangan gencatan senjata baharu selagi perang kebuluran dan pemusnahan terus berlaku di Semenanjung Gaza.
Katanya, dunia perlu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menghentikan jenayah kebuluran, kehausan dan pembunuhan di Gaza.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas tentera Israel mendakwa operasi ketenteraan yang diperluas di Gaza akan membabitkan pemindahan sebahagian besar penduduknya.
Dalam pada itu, hampir keseluruhan penduduk wilayah itu sudah dipindahkan, kebanyakannya lebih daripada sekali sejak bermulanya perang yang tercetus antara Palestin dan Israel pada 7 Oktober 2023.
Gaza diletakkan di bawah sekatan penuh oleh Israel sejak 2 Mac lalu dan kini berdepan krisis kemanusiaan yang buruk.
Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac lalu, sekali gus menamatkan gencatan senjata selama dua bulan.
Jurucakap agensi pertahanan awam Gaza, Mahmud Bassal, mendakwa tiga rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak perempuan terbunuh dalam serangan Israel pada waktu subuh di beberapa kawasan di Gaza.
Menurut seorang jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres amat bimbang dengan rancangan Israel itu yang akan membawa kepada lebih ramai orang awam terbunuh dan kemusnahan seterusnya di Gaza.
Sementara itu, Menteri Luar Perancis menyatakan bahawa Paris mengecam kempen ketenteraan baharu Israel di Gaza itu.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas tentera Israel mendakwa operasi ketenteraan yang diperluaskan itu akan membabitkan pemindahan sebahagian besar penduduk Gaza.
"Ia tidak boleh diterima dan kerajaan Israel sudah melanggar undang-undang kemanusiaan," kata Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot dalam satu temu bual radio.
Keputusan Israel itu dibuat ketika PBB dan pertubuhan bantuan kemanusiaan berulang kali memberi amaran mengenai bencana kemanusiaan yang semakin buruk, dengan kebuluran sekali lagi menghantui Gaza selepas lebih dua bulan disekat sepenuhnya oleh Israel.
Hampir semua daripada 2.4 juta penduduk Semenanjung Gaza sudah dipindahkan sekurang-kurangnya sekali sepanjang perang yang tercetus pada Oktober 2023.
PROJEK AKHIR
ZIONIS
AMIN
KOSONGKAN GAZA
JADIKAN WILAYAH
ISRAEL
AMIN
KHALAS
Langgan:
Ulasan (Atom)










