Selasa, 1 Julai 2025
TAHNIAH - PARA PEJUANG HAK BERDEMO
TAHNIAH
PARA PEJUANG
HAK BERDEMO
AMIN
SALUT
PARA PEGUAM
PENEGAK KEADILAN
KHALAS
KENYATAAN MEDIA HISHAMUDDIN RAIS
KENYATAAN MEDIA
Pihak berwajib di Bukit Aman mahu mengambil kenyataan saya mengenai keterlibatan saya dalam demonstrasi Rakyat Benci Rasuah yang berjalan di Sogo dan Dataran Merdeka pada Sabtu 28 Jun 2025 yang lalu.
Saya akan hadir di Pejabat Polis Bukit Aman esok Rabu 2 Julai 2025 pada jam 11.00 pagi.
Saya akan hadir bersama peguam saya dari NGO – Peguam Untuk Kebebasan – Lawyers For Liberty.
Saya juga menjemput pengamal media untuk sama mengetahui apa perkembangan seterusnya.
Terima Kasih
Hishamuddin Rais
AMBALATT : PERLU ADA SURUHAN JAYA DI RAJA
AMBALATT
PERLU WUJUD
SURUHANRAYA
DI RAJA
KHALAS
Unknown commented on
"KENAPA AMBALATT JADI ISU"
minta buat rci macam batu putih & PMx buat sidang media untuk d ketahui duduk perkara ini dgn hujah serta penjelasan yang sepatutnya supaya rakyat x x confuse ????
KOS HIDUP TERUS NAIK - PENDAPATAN DITAKUK LAMA
Tarif Elektrik Singapura Turun, Tarif Di Malaysia Naik
KUALA LUMPUR, 1 Jul 25 – Rakyat Singapura dijangka menikmati penurunan kadar tarif elektrik mereka bermula Julai hingga Sept depan berikutan penurunan kos bahan api dan tenaga, kata laporan.
Strait Times Singapore berkata, rakyat republik itu akan menikmati penurunan bil elektrik sebanyak 0.65 sen bagi setiap kilowatt-jam (kWh), manakala harga gas akan turun sebanyak 0.44 sen bagi setiap kWh, sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Ia susulan pengumuman pengendali grid SP Group pada 30 Jun berkenaan penurunan 2.3% dalam tarif elektrik untuk isi rumah berbanding suku tahun sebelumnya.
City Energy, pengeluar dan pengedar gas paip, dalam kenyataan berasingan pada hari yang sama berkata tarif gas akan turun daripada 22.72 sen bagi setiap kWh kepada 22.28 sen bagi setiap kWh disebabkan kos bahan api yang lebih rendah, berbanding suku tahun sebelumnya.
Sementara di Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula akan menguatkuasakan tarif baharu elektrik bermula Julai dengan tarif asas akan diselaraskan kepada 45.40 sen/kWh untuk pengguna domestik di Semenanjung Malaysia.
Ini adalah sebahagian daripada Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) yang akan dilaksanakan antara 2025 dan 2027.
Kadar tarif asas akan diselaraskan kepada 45.40 sen/kWh, berbanding 39.95 sen/kWh pada tempoh kawal selia sebelumnya (RP3).
Bagi pengguna domestik, kadar tarif akan berubah mengikut penggunaan bulanan dengan penggunaan 601 hingga 900 kWj akan dikenakan kadar 54.60 sen/kWj, dan pengguna yang menggunakan lebih daripada 900 kWj akan dikenakan kadar 57.10 sen/kWj.
Pengguna dengan penggunaan elektrik 1,000 kWj dan ke bawah dijangka tidak akan terjejas dengan pelaksanaan tarif baru ini. @sumber
BILA LETERIK
NAK NAIK BILA?
AMIN
ATAU DAH LAMA
NAIK ?
AMIN
GAJI TAK NAIK
PENDAPATAN
TAKOK LAMA
TAPI BIL DAN
HARGA BARANG
NAIK NAIK NAIK
AMIN
APA DAH JADI
DENGAN MADANI
KHALAS
POLITIK WANG PUNCA RASUAH
POLITIK WANG
PUNCA RASUAH
AMIN
Unknown commented on
"POLITIK SABAH
MAKIN KACAU"
Kalau tidak rasuah baru pelik, tahu apa nama rasuah dalam arena politik? Politik wang bukan rasuah kah kah kah, mana satu parti politik bebas politik wang? Jangan terperanjat sangat jangan rasa berada dalam dunia luar, ini semuanya amat mudah difahami amat biasa dan selalu berlaku, tetapi yang penting kenapa baru sekarang bertindak? Mestilah bersebab bukan saja saja kah kan kah apapun diatur pihak atasan yang menjilat jari setiap masa kah kah kah
LEMBAGA HAKIM KENA GANGGU ?
Gagal Nasihat YDP Agong Isu Ketua Hakim, Peguam kecam Anwar
KUALA LUMPUR, 1 Jul 25 – Peguam kanan Haniff Khatri Abdulla menempelak Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana gagal melaksanakan tugas menasihati Yang Dipertuan Agong dalam melantik ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan baharu sebelum tamat tempoh perjawatan mereka.
Malah, tindakan Anwar cuba menunding jari seolah-olah terdapat pihak lain cuba mempolitikkan isu berkenaan juga tidak bertanggungjawab.
“Kami bangkitkan perkara itu seawal berbulan lalu, kerana kami khuatir sistem tadbir urus kehakiman yang mungkin terencat disebabkan kelewatan Anwar menasihati Agong.
“Justeru berlaku adil kepada rakyat, peguam dan pengamal undang-undang supaya kerja mereka tidak terganggu.
“Anda Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab. Jangan tuding jari kononnya kami nak politikkan perkara ini, kami tak minat dengan politik,” kata Haniff Khatri dalam satu kenyataan.
Tegasnya, kegagalan Anwar mengakibatkan perjalanan sistem kehakiman terganggu.
“Kalau tidak ditentukan siapa akan menerajui ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan, bagaimanakah panel lanjut dua minggu atau sebulan dari sekarang akan ditentukan.
“Kerja dan tanggungjawab hakim lain dalam Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan akan terbantut disebabkan kecuaian dan kegagalan perdana menteri yang bermain politik dengan sistem kehakiman bukan kami,” katanya
Haniff juga mempersoalkan peranan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said yang menurutnya gagal untuk menasihati Anwar.
“Tidakkah beliau bangkit masalah ini, kemusykilan berbangkit kepada Anwar atau seperti biasa ahli politik takut nak beri nasihat betul sehingga Anwar dengan salah menganggap pengamal undang-undang dan hakim yang mempolitikkan isu.
“Saya harap Azalina dapat jawab. Anwar sila lakukan tugas anda sebagai perdana menteri perihal isu pelantikan kehakiman kurang 24 jam. Kalau tidak andalah penyebab kemudaratan tadbir urus sistem kehakiman,” tegas Haniff. @politiko.my
APA DAH JADI
LEMBAGA
HAKIM PUN
KENA GANGGU
AMIN
INI BERAT
AMAT BERAT
KHALAS
KITA SEMUA KENA KENCING
KITA SEMUA
KENA KENCING
AMIN
Unknown commented on
"CUKAI DAN HARGA BARANG"
yeke bro... ? tapi hari tu kata kalau ganti gst dengan sst..DAPig madafaka kata harga barang turun.. biar betik.. DAPig madafaka kencing ke ?
TIPU RAKYAT DENGAN TOPENG AGAMA
TIPU RAKYAT
DENGAN
TOPENG AGAMA
AMIN
Unknown commented on
"SEKARANG PUN
RAKYAT DAH BENCI"
Modal utama agama, modal kedua bangsa, modal ketiga ketuanan, jadi semuanya digunakan berselang seli demi kepentingan sendiri, kah kah kah itu yang perlu kesedaran, selama ini kepercayaan kekuatan kesabaran rakyat terus dinodai, kecurian rompak songlap walau apa saja namanya ditanggung beres kerana agenda sama, pakai juga ayat power apabila wayang tinggi macam watak dalam lakonan dunia
akhirat syurga neraka semuanya dijanjikan oleh puak free loader, walaupun puak free loader dah terlalu kaya mewah tetapi masih mementingkan diri sendiri, tidak pernah sedekah walaupun sedikit kepada rakyat susah malah terus mengambil peluang mengkaya diri sendiri amin,
tak payah percaya tak payah tak payah percaya cakap keluar mulut kalau tindakan tidak mempamerkan cakap, mohong selalunya orang kita, tiada zaman Jepun begitu sekurang-kurangnya terus pancung kepala ini hisap darah perlahan kemudian membantu konon akhir sekali mereka semua hidup lebih lama kah kah kah
CUKAI DAN HARGA BARANG
CUKAI NAIK
HARGA BARANG
PASTI NAIK
AMIN
Unknown commented on
"PAGI INI"
Barang memang naik harga, kenaikan bukan sedikit, ada barang naik lebih seringgit, itulah berlaku, apabila kenaikan cukai, peniaga ambil peluang naik dua atau tiga kali daripada kesempatan ini, ini perangai Kapitalis Yahudi, kita semuanya selalu benci dengan perangai Yahudi tetapi kita lupa Yahudi tempatan lagi tidak berhati perut kah kah kah, bukan semua tetapi majoriti memang begitulah, apa boleh buat, kita kena tunggu sampai Hari Raya Ke 16 nanti.
Satu kena faham, apabila perubahan berlaku bukan semuanya demi kebaikan, keadaan mungkin lebih buruk, kerana setiap kali ada perubahan semakin parah perit hati rakyat, dahulu kala pemimpin tidak sekolah tinggi mungkin curi sedikit simpan sedikit derma sedikit kah kah kah tetapi sekarang semuanya peringkat menara gading jumlah bertambah sapu lebih banyak rasuah lebih tinggi integriti semakin kurang
semuanya guna topeng kopiah guna jubah guna tasbih guna ayat-ayat cinta berbahasa indah suci dalam debu belaka, jadi berhati-hatilah awas kepada sekelian rakyat, kah kah kah siapa pamerkan alim ulama orang itu perlu lebih berhati-hati kah kah kah kalau silap minta maaf saja
MALAPETAKA IKLIM - PARAS MEMBIMBANGKAN !!!
Eropah kepanasan kerana bahang haba melampau
MARSEILLE: Penduduk Eropah Selatan bersedia menghadapi gelombang haba pertama musim panas hemisfera utara ketika perubahan iklim meningkatkan suhu di benua yang paling cepat panas di dunia ke paras membimbangkan.
Sejak sekian lama saintis sering memberi amaran bahawa pembakaran bahan api fosil oleh manusia membuatkan bumi semakin panas termasuk mengakibatkan kesan buruk terhadap alam sekitar.
Katanya, gelombang haba musim panas yang semakin tinggi suhunya dan makin kerap melanda Eropah adalah disebabkan kesan langsung daripada pemanasan global itu.
Misalnya di Itali, sebanyak 17 bandar dari Milan di utara hingga Palermo di selatan, diletakkan dalam amaran merah susulan suhu tinggi dengan bacaan tertinggi mencecah 39 darjah Celsius.
Di Rom pula, suhu tinggi menyebabkan pelancong dan penganut Kristian dilihat memenuhi 2,500 pancuran air awam di ibu kota itu untuk menyejukkan badan.
Sementara itu di Perancis, ketika suhu di bandar pelabuhan selatan Marseille mencecah hampir 40 darjah Celsius, pihak berkuasa mengarahkan kolam renang awam dibuka secara percuma bagi membantu penduduk meredakan bahang panas Mediterranean.
Dua pertiga wilayah Portugal dijangka diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga hari ini (Ahad) susulan amaran cuaca panas melampau dan kebakaran hutan dengan suhu mencecah 42 darjah Celsius dijangka di ibu negara, Lisbon.
Gelombang haba itu diramalkan menjadi lebih teruk hari ini.
Sepanyol yang sebelum ini pernah berdepan siri kebakaran maut pada musim panas, turut menjangkakan suhu melebihi 40 darjah Celsius di kebanyakan kawasan negara itu.
Menurut agensi kaji cuaca negara itu, AEMET, kawasan El Granado di wilayah Huelva, barat daya Sepanyol, mencatatkan suhu 46 darjah Celsius dan jika disahkan, bakal menjadi suhu tertinggi pernah direkodkan di negara itu bagi Jun.
Untuk rekod juga, tempoh tiga tahun kebelakangan ini menjadi tempoh paling panas dalam sejarah Sepanyol.
Dengan suhu tertinggi dijangka mencecah 39 darjah Celsius di Palermo, pihak berkuasa Sicily mengarahkan larangan kerja luar bangunan pada waktu paling panas ketika siang hari.
Langkah sama turut diambil wilayah Liguria di utara Itali.
Di Perancis, amaran gelombang haba yang dilanjutkan sehingga semalam (Sabtu) ke seluruh negara menyaksikan bandar Tours di tengah Perancis mengarahkan semua sekolah yang melaksanakan pembelajaran sesi petang ditutup pada Isnin dan Selasa.
Di Seville, Sepanyol, di mana ramalan menunjukkan suhu boleh mencecah sehingga 43 darjah Celsius, menyaksikan penduduk tempatan dan pelancong menggunakan kipas tangan dan topi untuk melindungi diri daripada terik matahari.
Gelombang haba itu berlaku sejurus selepas beberapa rekod cuaca dipecahkan, termasuk rekod hari paling panas yang pernah dicatatkan di Eropah pada Mac, menurut pemantau iklim Kesatuan Eropah, Copernicus.
Menurut Copernicus dan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), Eropah telah mengalami kadar pemanasan kira-kira dua kali ganda lebih pantas berbanding purata global sejak 1980-an.
Saintis memberi amaran bahawa akibat pemanasan global, kejadian cuaca melampau seperti taufan, kemarau, banjir dan gelombang haba seperti hujung minggu ini, kini berlaku dengan lebih kerap lagi intensif.
Berdasarkan beberapa anggaran, 2024 yang kini direkodkan sebagai tahun paling panas dalam sejarah telah menyaksikan bencana global mengakibatkan kerugian melebihi AS$300 bilion (RM1.26 trilion). – AFP
APAKAH KITA
MASIH BELUM
SEDAR
AMIN
MALAPETAKA
MAKIN HAMPIR
SAMPAI
AMIN
UMAT MANUSIA
AKAN MUSNAH
KERANA
PERBUATAN
MANUSIA SENDIRI
KHALAS
SPRM TANGKAP MUSUH POLITIK
SPRM DIGUNA
UNTUK TANGKAP
MUSUH POLITIK
KHALAS
Unknown commented on
"DI TUDUH DAN DIMALUKAN"
Selagi tak kena tangkap tidak salah di negaraku, kalau tangkap baru salah, ramai lagi belum bersalah kerana dibiarkan, yang sudah kena tangkap disalah terus ini peranan media dikawal selia pemerintahan kah kah kah apapun agenda utama perlu ditegakkan dahulu penting sekali agenda agama bangsa keturunan ketuanan dipertahankan sentiasa walaupun perangai buruk sejauh mana pun kita terima asal usul orang kita amin kah kah kah
Unknown commented on
"SPRM BERJAYA
MENANGKAP IKAN BILIS !!!"
SPRM ada jala untuk ikan bilis saja, kena faham betul-betul, jangan salah anggap pulak, mereka pun cari makan dengan ciuman mulut ops cium tangan, semuanya diatur oleh punah nasihat orang politik, mereka hanya kuli yang menjalankan tugas demi sesuap nasi, tetapi nasi halal atau tidak kena tanya bekas pengarah siasatan jenayah, makan makan naik Alphard halal atau tidak? Kah kah kah alif Lal mim
DEMO DEMO DEMO - LAWAN MADA FAKA
Mahkamah Persekutuan isytihar syarat notis berhimpun tak berperlembagaan
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan, yang secara langsung menghapuskan keperluan untuk penganjur memberikan notis lima hari kepada pihak berkuasa.
Ketua Hakim Negara Tunku Maimun Tuan Mat, yang berkhidmat untuk hari terakhir sebelum bersara, mengetuai panel lima hakim untuk menyampaikan keputusan sebulat suara dalam cabaran yang dibawa oleh bekas setiausaha agung Muda Amir Hariri Abdul Hadi.
“Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun dalam persidangan terakhir, baru saja membatalkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman yang menjenayahkan kegagalan untuk memberi notis untuk perhimpunan aman,” kata peguam New Sin Yew dalam catatan di X.
Pada 8 Ogos 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Amir untuk Mahkamah Persekutuan mendengar cabarannya terhadap peruntukan Akta Perhimpunan Aman, di mana dia didakwa atas dakwaan gagal memaklumkan pihak berkuasa sebelum mengadakan protes berhubung isu kapal tempur pesisir (LCS) pada 2022.
TAHNIAH
SATU KEJAYAAN
AMIN
DEMO DEMO
DEMO
LAWAN
MADA FAKA
KAH KAH KAH
KHALAS
ZALENSKIY MATI BERDIRI
Russia lancar serangan terbesar ke atas Ukraine
MOSCOW: Russia melepaskan lebih 500 bedilan ke atas Ukraine semalaman pada Ahad, yang disifatkan Kyiv sebagai serangan udara terbesar sepanjang perang tiga tahun itu.
The Guardian melaporkan, tentera udara Ukraine dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan Russia menembak 477 dron dan 'objek umpan' serta melepaskan 60 peluru berpandu.
Walaupun 475 daripadanya ditembak jatuh atau hilang, ia menandakan serangan udara paling besar ke atas negara itu sejak Russia memulakan pencerobohan berskala penuh pada Februari 2022, kata ketua komunikasi tentera udara Ukraine, Yuriy Ihnat kepada Associated Press.
Katanya, pengeboman itu kelihatan menyasarkan beberapa wilayah yang jauh dari barisan hadapan termasuk di barat Ukraine.
Tentera Russia pada Ahad berkata, serangannya mengenai tapak kompleks industri tentera Ukraine dan kilang penapisan minyak, dan memintas tiga dron Ukraine.
Skala serangan menimbulkan persoalan memandangkan Presiden Russia Vladimir Putin pada Jumaat lepas menyatakan, Moscow bersedia untuk pusingan baharu rundingan damai di Istanbul.
Sementara itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dalam kenyataannya pada Ahad lalu memaklumkan serangan bom sebenarnya menunjukkan bahawa Putin memutuskan untuk meneruskan perang.
"Moscow tidak akan berhenti selagi ia mempunyai keupayaan untuk melancarkan serangan besar-besaran," tulis Zelensky di media sosial.
Pada minggu lalu sahaja, Russia menyerang Ukraine dengan melancarkan lebih 114 peluru berpandu, 1,270 dron dan hampir 1,100 bom 'glide'.
"Perang ini mesti ditamatkan, tekanan ke atas penceroboh diperlukan, dan begitu juga perlindungan.
"Ukraine perlu mengukuhkan pertahanan udaranya sebagai perkara yang paling melindungi nyawa," katanya.
Beliau mengulangi kesediaan Ukraine untuk membeli sistem pertahanan udara Amerika Syarikat (AS) sambil menambah bahawa negaranya bergantung kepada sokongan AS, Eropah serta semua sekutunya.
RUSIA SERANGN
BESARAN UNTUK
PASTIKAN
ZELINSKIY
MATI BERDIRI
AMIN
Langgan:
Ulasan (Atom)













