Ahad, 8 Jun 2025
TINGGALKAN YANG BELOT
Tiga telco komited kerjasama dengan SKMM
KUALA LUMPUR – Tiga syarikat telekomunikasi (telco) komited untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tanpa berkompromi terhadap privasi dan perlindungan data pelanggan masing-masing.
Dalam kenyataan berasingan tiga telco tersebut – CelcomDigi, Telekom Malaysia (TM), dan U Mobile sepakat butiran Data Telefon Bimbit (MPD) yang diserahkan kepada SKMM tidak mengandungi maklumat peribadi pelanggan yang boleh dikenal pasti.
“Kami mengambil maklum perbincangan yang sedang berlangsung dan pertanyaan awam mengenai inisiatif Data Telefon Bimbit oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“CelcomDigi terus bekerjasama rapat dengan SKMM untuk menyokong inisiatif kerajaan tanpa menjejaskan integriti data pelanggan.
“Kami telah mengadakan perbincangan secara langsung dengan Suruhanjaya serta sebagai sebahagian daripada perbincangan industri yang lebih luas bagi memastikan tadbir urus yang kukuh dalam analisis data peribadi pelanggan.
“Kami akan terus memastikan proses dan kawalan yang mencukupi sentiasa dilaksanakan,” kata CelcomDigi dalam kenyataannya hari ini.
Telco itu berkata, mereka akan memproses data yang diminta dalam persekitaran selamat tersendiri dan menyediakan sampel terhad pada medan yang berkaitan yang terdiri daripada output tanpa identiti dan terkumpul kepada suruhanjaya berkenaan.
Pada setiap masa, CelcomDigi memberi jaminan akan beroperasi di bawah protokol keselamatan yang ketat dan mematuhi undang-undang serta peraturan perlindungan data yang berkaitan, dengan had yang ketat terhadap sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti.
TM pula berkata, pengemukaan data tersebut dilaksanakan di bawah tadbir urus dan protokol keselamatan yang ketat dengan pematuhan sepenuhnya terhadap dasar syarikat yang berkaitan serta undang-undang dan peraturan kawal selia negara.
“TM kekal komited dalam memastikan keselamatan dan privasi data pelanggan terus terpelihara dengan penuh tanggungjawab dan integriti,” katanya lagi.
U Mobile pula berkata, mereka sedar objektif inisiatif tersebut dan komited untuk terus bekerjasama dengan SKMM dengan memastikan standard tertinggi dalam tadbir urus data pelanggan.
“U Mobile telah menetapkan polisi dan proses bagi memastikan sebarang data yang dikongsi adalah dianonimkan sepenuhnya, diagregatkan dan dikendalikan mengikut undang-undang serta peraturan perlindungan data yang berkuat kuasa
.
“Apabila kami berkongsi MPD dengan SKMM, segala maklumat peribadi pelanggan yang boleh dikenal pasti (Personally Identifiable Information atau PII) tidak akan dikongsi atau diproses pada bila-bila masa,” katanya lagi.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memberi jaminan syarikat telekomunikasi (telco) tidak akan memberikan sebarang maklumat yang memiliki data peribadi individu kepada mana-mana pihak.
Sebelum ini, SKMM mempertahankan arahannya yang mewajibkan syarikat telekomunikasi menyerahkan data semua panggilan telefon bimbit dibuat dari Januari hingga Mac.
Suruhanjaya itu berkata tiada maklumat peribadi yang akan diakses, diproses atau didedahkan oleh SKMM. –
SYARIKAT YANG
TAKUT & BELOT
WAJIB
DITINGGALKAN
AMIN
YANG MELAWAN
KITA DAFTAR
DAN SOKONG
AMIN
INI KEKUATAN
KITA LAWAN
MADANON
ANAK BERANAK
KHALAS
TERUSKAN HURU HARA
Trump beri amaran Musk jangan sokong demokrat
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi amaran kepada jutawan teknologi, Elon Musk bahawa beliau akan berdepan “akibat yang sangat serius” sekiranya menyokong Demokrat pada masa depan susulan perselisihan mereka, lapor agensi berita Jerman (dpa).
“Dia akan berdepan akibat yang sangat serius jika berbuat demikian,” kata Trump kepada NBC News dalam satu temu bual telefon yang dijadual disiarkan Ahad.
Namun Trump enggan berkongsi apakah bentuk akibat itu sekiranya Musk menyokong calon Demokrat dan merugikan Republikan yang menyokong rang undang-undang cukai dan belanjawan presiden.
Rang undang-undang belanjawan yang diluluskan minggu ini mencetuskan perselisihan terbuka antara Musk dan Trump, dengan Musk menuntut pemotongan perbelanjaan yang lebih besar serta menyifatkan rang undang-undang itu sebagai “sesuatu yang menjijikkan”.
Trump, sebaliknya, menggelarnya “rang undang-undang yang indah”.
Sejak Khamis, Musk dan Trump saling menyerang secara terbuka selepas berbulan-bulan bekerjasama dan dianggap rapat.
Trump menegaskan beliau tidak berhasrat untuk berdamai dengan Musk.
Dalam temu bual itu, Trump ditanya sama ada beliau percaya hubungannya dengan Musk, pemilik platform media sosial X, syarikat kereta elektrik Tesla dan firma angkasa SpaceX telah berakhir.
“Saya rasa ya,” jawab Trump.
Beliau juga mengulangi pendirian untuk tidak berdamai dengan Musk, sambil menyatakan terlalu sibuk dengan hal-hal lain.
“Saya tidak berniat untuk bercakap dengannya.”
Pada Khamis, pertelagahan antara kedua-dua tokoh itu memuncak dengan Trump melabel Musk sebagai “gila” manakala Musk mendakwa Trump tidak akan menang pilihan raya presiden tanpa bantuannya. - Bernama-dpa
GUA SOKONG
TRUMP
AMIN
TERUSKAN
HURU HARA
AMIN
KACAU SISTEM
KAPITALIS
AMIN
BAGI SEMUA
KELAM KABUT
KHALAS
SELESAIKAN KES AIR DUIT DULU
TANGANI KES
AIR DUIT DULU
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"SATU LAGI BEBAN ASEAN"
Kah kah kah mana pemimpin terulung Madani? Mesti dia offer dirinya menyelamatkan dunia? Mesti dia ke depan menangani segala masalah dunia? Kah kah kah
KEMARIN TAK TAK DAN EZI BALIK KAMPUNG
KEMARIN
TAK TAK &
EZI BALIK
KAMPUNG
RAMBUTAN MASAK
LAGI SEBULAN
DURIAN GUGUR
LAGI DUA BULAN
NEGARA RUNTUH JIKA ANWAR ISAP PELIR YUSUF
PENGARAH J-KOM
KATA NEGARA
RUNTUH JIKA
ANWAR DI TUDUH
ISAP PELIR YUSUF
KHALAS
DAP DAH BANGUN DARI TIDUR
DAP desak AGC teruskan pertuduhan dalam kes Teoh Beng Hock
DAP hari ini menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tidak lagi berselindung di sebalik alasan teknikal dan segera memulakan pendakwaan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kes kematian Teoh Beng Hock.
Dalam satu kenyataan bersama, Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo dan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata keputusan AGC menutup kes atas alasan kekurangan bukti bercanggah dengan fakta kes dan keputusan mahkamah yang pernah dibuat.
Sambil menggesa AGC menyemak semula keputusannya untuk menghentikan siasatan, mereka juga menyokong tindakan undang-undang oleh keluarganya terhadap tindakan AGC yang mengklasifikasikan kes itu sebagai 'tiada tindakan lanjut' (NFA).
“Kami dimaklumkan bahawa tindakan sedang dipertimbangkan untuk mencabar keputusan NFA di mahkamah melalui semakan kehakiman oleh keluarga Teoh.
"Kami menyokong tindakan ini dan juga meminta peguam negara menyemak keputusannya dan meneruskan pertuduhan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh tanpa berlengah-lengah lagi," kata kedua-dua mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
DAP BARU
BANGUN DARI
TIDUR
KAH KAH KAH
LAMBAT TAKPA
ASALKAN MULA
BERSUARA
KHALAS
SIAM BERGADUH DENGAN KEMBOJA
Thailand tutup sementara sempadan dengan Kemboja bagi pelancong tempatan
BANGKOK : Thailand menutup sementara sempadan terbesarnya dengan Kemboja kepada pelancong tempatan semalam, selepas seorang askar Kemboja terbunuh dalam pertempuran tentera baru-baru ini.
Terdapat keganasan terbaru tercetus di sempadan Thailand-Kemboja itu, sejak pertempuran pertama tercetus pada 2008, mengakibatkan sekurang-kurangnya 28 kematian.
Seorang askar Kemboja terbunuh dalam insiden terbaru pada 28 Mei lalu, di kawasan yang dikenali sebagai segitiga Zamrud, di mana sempadan Kemboja, Thailand dan Laos bertemu.
Tentera Thailand dan Kemboja bersetuju untuk meredakan ketegangan pada hari berikutnya, namun Kemboja kemudian berkata, mereka akan mengekalkan tenteranya di kawasan itu, biarpun Thailand mendesaknya untuk berundur.
Tentera Diraja Thailand sudah mengawal pembukaan dan penutupan semua lintasan sempadan yang dikongsinya dengan Kemboja semalam, bagi mengekang sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan Thailand.
Tentera Thailand juga melarang laluan trak beroda enam dan mengurangkan waktu operasi lintasan sempadan antara Aranyaprathet di tenggara Thailand dan Poipet di barat Kemboja.
Menurut satu kenyataan semalam, rakyat Thailand dan Kemboja hanya dibenarkan menyeberang untuk tujuan kerja dan perdagangan.
Lintasan sempadan Aranyaprathet-Poipet menyaksikan trafik darat paling sibuk dengan ribuan orang menggunakannya setiap hari, kebanyakan mereka warga Thailand yang mahu berjudi di kasino di Kemboja.
Tentera Diraja Thailand memberitahu sekatan hanya dikenakan kepada rakyat kedua-dua negara tetapi pelaksanaan itu mungkin berbeza dari satu tempat ke satu tempat.
Enam pusat pemeriksaan sempadan lain turut mengetatkan waktu operasi mereka dan mengeluarkan larangan ke atas kenderaan beroda enam.
Tentera Thailand berkata, perdagangan kekal tidak terjejas dan pekerja Kemboja masih dibenarkan memasuki Thailand.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand, Phumtham Wechayachai dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, amat dikesali bahawa Kemboja sudah menolak cadangan untuk menarik balik angkatan tenteranya selepas insiden 28 Mei lalu.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet berkata pada Isnin kerajaannya akan memfailkan aduan dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung pertikaian sempadan.
Pihak berkuasa Thailand pula berkata, Jawatankuasa Sempadan Bersama akan bermesyuarat minggu depan untuk menyelesaikan isu itu. - AFP
SIAM INI
AMBIK BANYAK
TANAH
NEGARA ORANG
AMIN
UTARA AMBIK
BURMA
AMIN
TIMUR AMBIK
KAMBOJA
AMIN
SELATAN
AMBIK
PATANI
KHALAS
JIKA INDONESIA MACAM IRAN
JIKA INDONESIA
MACAM IRAN
IMPERIALIS
AMERIKA RUNTUH
KHALAS
Unknown commented on
"NUKLEAR : IRAN DAN AMERIKA"
iran adalah russia di timur tengah atau cuba di amirika selatan. ia adalah kestabilan. jika dapat, suatu lagi kuasa di asia tenggara. jika indonesia keras kepala juga, aman lah dunia imperialisma terkunci di tiga penjuru.
JUAL AGAMA DUA KALI TIPU
JUAL AGAMA
DUA KALI TIPU
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"PAGI INI"
Ramai sudah sampai mencuci dosa, akan kembali mulakan semula, harta kekayaan dikumpulkan bersama-sama, apakan daya rakyat menderita, menunggu giliran, agen pulak menipu memanjang, kuota diberikan kepada orang pilihan sama macam kedudukan pingat pangkat jawatan, hanya yang berada dalam lingkungan berkuasa,
manakala yang berkerja biasa setiap hari terus ditinggalkan kerana tidak popular, tidak pandai menjilat jari tidak pandai mencium tangan pemimpin kah kah kah dunia terbahagi kepada dua golongan, satu geng pembodek satu geng kebiasaan kah kah kah kalau tak faham aturan ini baik terjun ke laut dan hilang kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
AHAD 8 JUN 2025
HARI RAYA KE DUA
RAYA HAJI
Pasti masih ada lagi lembu dan kambing yang di korbankan untuk di agih-agih pada orang ramAi. Ini budaya kita. Tak kira sapa – semua mendapat rezeki.
HARGA BARANG MAHAL
Kemarin gua di kampung lalu bersembang hal harga barang. Gua tidak merasakan tekan harga barang naik. Tapi gua silap. Orang kampung merasakan tekanan ini.
Pak Tani kata – harga baja mahal. Harga racun serangga naik. Ini Akan membebankan bajet mereka. Maka tanaman tidak dapat tidak akan di naik harga.
Kuih jualan juga harga naik. Tepung minyak dan gula naik harga maka kuih juga akan naik.
APA AKAN JADI BILA HARGA RON NAIK – jeng jeng jeng
PETRONAS
Sembang punya sembang orang kampung pun tahu tentang harga minyak Harga Ron akan naik. Orang kampung juga tahu ramai pekerja Petronas kena buang kerja.
WOW!!! BUANG KERJA - PASAI APA ???
Apa dah jadi – jeng jeng jeng
GERMAN
Kerajaan mula menggali kubu-kubu awam. Ini persediaan untuk selamat dari serangan Rusia. Ini cara kerajaan German menakut-nakut rakyat kerana masalah ekonomi makin meruncing.
AMERIKA
Gaduh antara Trump dengan Elon makin merebak. Trump beri amaran perniagaan Elon akan disekat jika Elon kempen yang menyokong Parti Demokrat.
AFGHANISTAN
Kabul akan menjadi kota pertama dalam dunia yang tidak ada air untuk penduduk.
ITALI
Ratusan ribu kapir laknat makan babi tak percaya Tuhan turun ke jalan raya di Itali. Mereka menuntut hentikan perang di Gaza.
SIAM
Kerajaan Siam tutup sempadan Siam – Kemboja. Krisis sempadan masih panas.
CHINA
Trump bercakap dengan Xi Jin Ping melalui talipon. Hal tarif. Trump umum China akan benarkan nadir bumi di eksport ke Amerika.
HOKKIEN
Pagi Ini agak muram. Matahari tak nampak. Lagi kelam pucat. KL & KL Sentral berjerebu. Kemarin cuaca tak menentu. Panas ada. Angin kuat. Hujan pun ada. Masa gua nak ke Jelebu hujan lebat lepas Kajang. Kemudian cahaya cerah. Malam berangin kuat.
Ha ha ha – pagi ini gua bernasib baik ketika gua bersenam seekor gagak muda hinggap atas pohon Kemboja depan wakaf tempat gua bersenam. Gagak muda ini bersuara kuat – amat kuat kerana dekat dengan gua. Agak lama dia diatas pokok sebelum terbang hilang.
Ha ha ha- di belakang Pokok Ara suara Murai bersiul. Dari gaung suara Tekukur. Pagi ini jadi indah.
Hari ini akan panas. Tak tak dah berjemur di Balkoni. Gua nak hampai kain yang abru di basuh, Gua ada alat pengering tapi gua nak beri matahari minum agar dai muntah jadi hujan. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI RAYA
Pergi ke pasar beli kerang
Kain tersangkut koyak tercarik
Mahal sungguh harga barang
Apa akan teradi bila Ron naik
Bila dahaga cari telaga
Telaga jumpa pintu terkatup
Bila petrol Ron naik harga
Barang meledak harga meletup
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERAYA
Langgan:
Ulasan (Atom)





















