Isnin, 23 Jun 2025

DENGAR SEKARANG SEBELUM FAHMI FADIL HARAMKAN LAGU INI

 


DENGAR SEKARANG

SEBELUM

FAHMI FADIL

HARAMKAN LAGU INI

KHALAS

BERSATU SOKONG IRAN

 


BERSATU

SOKONG IRAN

AMIN

TERBAIK - RAKYAT AMERIKA TURUN KE JALAN RAYA LAWAN TRUMP


TERBAIK

RAKYAT AMERIKA

 TURUN KE JALAN

LAWAN TRUMP

AMIN

BAKAR BAKAR JANGAN TAK BAKAR


BAKAR BAKAR

JANGAN TAK BAKAR

KHALAS

PARTI ANAK BERANAK MAKIN KACAAU


AJK Pemuda PKR Selayang letak jawatan besar-besaran


Pemuda PKR (AMK) Cabang Selayang menyaksikan peletakan jawatan besar-besaran yang boleh membawa kepada pembubarannya.

Timbalan Ketua Pemuda Muhammad Amir Sahmat, naib ketua Lee Fook Onn serta 12 daripada 14 ahli jawatankuasa (AJK) meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan parti itu bulan lalu.

Tindakan itu mungkin mencerminkan fenomena “badan tanpa kepala” dalam pemilihan PKR, yang disentuh beberapa kali oleh timbalan presiden yang kalah Rafizi Ramli.

Amir mengesahkan peletakan jawatan itu susulan dakwaan ketidaktelusan proses pemilihan yang menyaksikan kemenangan Ketua Pemuda Cabang Selayang Tamilarasu Thamil Kalai mengatasi Dinesh Selvarajoo.

"Kami telah mengadakan perbincangan secara kolektif dan mengambil keputusan ini dengan penuh tanggungjawab," kata Amir kepada Malaysiakini.

Amir berkata selain menandatangani surat perletakan jawatan bertarikh 5 Mei, mereka juga menyediakan akuan berkanun (SD) menyatakan ketidakpercayaan terhadap kepimpinan Tamilarasu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen Tamilarasu berkaitan perkembangan itu.

Amir berkata, pada awalnya kesemua 17 AJK menghantar surat letak jawatan tetapi tiga orang menarik balik susulan permintaan kepimpinan pusat.

Timbalan Ketua Pemuda Muhammad Amir Sahmat

Katanya, peletakan itu dimaklumkan kepada kepimpinan Setiausaha Pemuda Omar Mokhtar dan Setiausaha Agung Fuziah Salleh melalui surat pada 7 Mei, 4 Jun dan 18 Jun.

Mengikut kandungan surat yang dikongsi kepada Malaysiakini, peletakan jawatan itu melebihi dua pertiga daripada keseluruhan AJK dan harus digantung atau dibubar berdasarkan Fasal 32.4 Perlembagaan PKR.

Kata mereka, Fasal 15.11pula berkata jawatankuasa cabang tersebut akan terbubar dengan sendiri dan mesyuarat khas cabang perlu diadakan dalam tempoh 30 hari.

Malaysiakini telah menghubungi Fuziah dan Omar untuk mendapatkan ulasan.

Salinan kepada Kamil, Nurul Izzah

Difahamkan surat itu turut dipanjangkan kepada Ketua Pemuda Muhammad Kamil Abdul Munim dan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Amir bagaimanapun mendedahkan  terdapat usaha dari pihak pimpinan pemuda pusat untuk cuba memujuk ahli yang meletakkan jawatan untuk menarik semula surat perletakan jawatan.

"Tindakan ini jelas tidak mengendahkan hasrat akar umbi jawatankuasa Pemuda cabang Selayang yang mahukan agar mesyuarat agung segera dibuat bagi penubuhan Jawatankuasa Penaja Pemuda cabang Selayang.

"Suara kepimpinan akar umbi perlu untuk didengar dan diterima oleh pimpinan pusat dan bukannya bertindak untuk tidak mengendahkan permintaan mereka.

"Tindakan pimpinan pemuda pusat ini jelas bertentangan dengan peraturan dan perlembagaan PKR," katanya.

AMK dijangka memberikan penjelasan berkaitan perkara itu tidak lama lagi.

TIPU TIPU TIPU

E-UNDI TIPU

KAH KAH KAH

AWAS !!!

PARTI ANAK

BERANAK AKAN

PAKSA KITA

GUNA E-UNDI

DALAM PRU16

AMIN

 UNTUK PASTIKAN

ANWAR

 BLACKROCK

MEMANG 

SEKALI LAGI

JENG JENG JENG

KHALAS

HASUT TURUN KE JALAN RAYA


HASUT 

BAWA RAMAI

 TURUN

KE JALAN RAYA

KHALAS

Unknown commented on
 "BERITA BAIK DARI AMK"

koyak bakar ludah pijak berak muka bangsat penjilat perasuah diktator koruptor celaka..ini adalah falsafah dan perjuangan reformasi.. tugas kita menghasut..

KEMPEN BAKAR DAN SEBAT


KEMPEN 

BAKAR & SEBAT

TERUSKAN LAGI


Hari ini Setiausaha Politik Anwar Ibrahim , yang baru sandang Ketua AMK Pusat keluar kenyataan kecam aksi bakar kartun Anwar di Sabah. 

Sekumpulan ratusan anak muda yang diketuai kumpulan mahasiswa Sabah telah membuat aksi bantah perang rasuah Anwar yang sangat munafik. Kemuncak aksi, para demonstran membakar karikatur Anwar. 

PEMBELA TANAH AIR (PETA) ucap tahniah atas aksi anak muda tersebut. 

Namun tindakan Kamil Ketua AMK mengecam tindakan itu memperlihatkan betapa AMK kini sudah putus dengan suara gaya anak muda. AMK sudah penuh dengan anak muda beg kepit seluar sendat bawa fail lobi projek. 

Untuk pengetahuan Kamil, tahukah kamu ketika zaman Pemuda keADILan Nasional kami demo siap sebat patung gambar perdana menteri dan menteri besar. Sebat pula diperkarangan Masjid. 

Pijak, bakar, koyak gambar pemimpin memang aksi anak muda seluruh dunia. Pemimpin yang bijak akan terus lakukan engagement mendengar dan menjawab kritikan namun bagi dictator kuku besi sudah tentu akan mengecam dan ambil tindakan undang undang. 

Yakinlah kekecewaan terhadap Anwar kini sudah mengakar kerana dia kononnya malaikat reformasi. Malangnya reformasi semua kencing kini kekecewaan mula bertukar kebencian. Akibat amalan KKN lebih parah dan regim mula menyerlahkan wajah kuku besi. rakyat dihimpit kos kehidupan nyanyian dan laungan Anwar sudah bertukar membingitkan. 

PETA cabar regim ambil tindakan kepada aksi bakar karikatur Anwar itu. Nescaya tindakan regim itu akan mempercepatkan ketatuhan regim bergelar #kimjongnon ini. 

Satukan tenaga Himpunan #turunAnwar || 26 Julai || Kuala Lumpur. 

Che GuBard 
Penyelaras Kebangsaan PETA.
22 Jun 2025

Klik https://www.facebook.com/share/p/16SsoBssAz/ 

SUARA PAK CIK PENYOKONG ANWAR BERANAK


SUARA 

PAK CIK PENYOKONG

ANWAR ANAK 

BERANAK

KHALAS

MAT MOHONG JUAL KARUT



MAT MOHONG 

JUAL KARUT

AMIN

TER KINI TER NOWW TER HOTT SELAT HORMUZ


 TER KINI

TER NOWW

TER HOTT

KAPAL TAK MASUK

SELAT HORMUZ

KHALAS

PANGKAT MANGKAT


GUA TIDAK

TAHU HAL

PANGKAT MANGKAT 

MAAF

AMIN




Unknown commented on 
"SELAMAT DATANG KPN BARU -
 TAHNIAH !!!"

TT dan segala pembaca TT yang budiman sekalian, saya sangat ingin tahu bahawa kenapa Timbalan KPN tidak dinaikkan kepada KPN ? what is the Because TT ? sila TT beri sedikit pencerahan

APA ITU BERADAB ?


Bakar karikatur PM: Rakyat perlu tangani perbezaan secara beradab


LANCAHAU

PESAWAT MISTERI DARI CHINA


PESAWAT MISTERI

DARI CHINA

AMIN

HARI HARI AKHIR SAEKOR ISRAEL


HARI AKHIR

SAEKOR ISRAEL

KHALAS



SATU LAGI BERITA BAIK


Penutupan Selat Hormuz akan jejas AS, seluruh dunia


MOSCOW: Kemungkinan penutupan Selat Hormuz oleh Iran tidak akan mengecualikan Amerika Syarikat (AS) daripada kesan yang timbul, malah tiada negara akan terselamat daripada gangguan pasaran minyak global, kata Ketua Eksekutif Dana Pelaburan Terus Russia (RDIF), Kirill Dmitriev, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pihak berkuasa Iran sebelum ini beberapa kali menegaskan bahawa mereka berhak menutup Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan oleh Israel.

Semalam, Parlimen Iran bersetuju bahawa Selat Hormuz wajar ditutup, menurut anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen, Esmail Kowsari.

"Harga minyak ditentukan secara global.

"Jika Selat Hormuz ditutup, Amerika Syarikat juga tidak akan terlepas. Tiada siapa kebal daripada kejutan minyak dunia – harga di pam minyak akan melonjak," kata Dmitriev menerusi platform X.

Menurut data dagangan, sehingga 11.48 malam tadi, niaga hadapan minyak Brent mencatat kenaikan 2.45 peratus kepada AS$77.33 setong, susulan peningkatan ketegangan konflik antara Iran dan Israel. - BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

TERIMA KASIH

DONALD TRUMP

AMIN

KACAU LAGI

DUNIA KAPITALIS

KAH KAH KAH

HURU HARAKAN

DUNIA

AMIN

RAKYAT TERTINDAS

DI DUNIA

BERSEDIA UNTUK

BANGUN 

BERONTAK

KHALAS

MCA KELUAR DARI KERAJAAQN MADANI




Ti: MCA jangan terbeban janji Madani, segera umum keluar k'jaan


Pimpinan pusat MCA perlu akur dengan pendirian biro politik parti itu sejak Mei lalu yang mahu parti mereka keluar daripada kerangka kerajaan perpaduan, kata Ketua MCA Kuantan, Ti Lian Ker.

Jelas Ti, meski Setiausaha Agung Chong Sin Woon menjelaskan bahawa pemimpin utama parti akan mengumumkan pendirian tidak lama lagi, ia tidak dapat menenangkan keresahan ahli akar umbi parti ketika ini.

"Pendirian kepimpinan perlu jelas dan hala tuju juga perlu dinyatakan dengan tegas.

"Biro politik sudah buat keputusan pada 2 Mei lalu dan beberapa bahagian parti di Kedah, Perak, Selangor dan Pahang juga senada dalam hal ini (untuk MCA keluar daripada kerajaan).

"Kita (MCA) tidak mahu terbeban dengan janji-janji dibuat kerajaan Madani kerana kita tidak ada dalam (kabinet) kerajaan ketika ini," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat MCA Kuantan di Wisma MCA Jalan Bukit Ubi, dekat Kuantan, Pahang, semalam.

Mesyuarat itu dirasmikan Chong dan turut dihadiri ketua bahagian MCA Pahang yang lain.

Kenyataan Ti itu hadir di tengah desakan dalam MCA agar parti itu keluar daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Kekal dalam BN

Ti turut mendakwa hampir semua ketua MCA bahagian bersetuju untuk menarik sokongan daripada kerajaan Madani, namun kekal dalam Barisan Nasional (BN).

Katanya, keputusan itu juga adalah demi kelangsungan MCA dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Jika kita terus bersama dalam kerajaan Madani, MCA tidak ada kerusi untuk ditandingi dalam PRU selepas ini.

"Kerana kalau ikut formula sedia ada, semua kerusi dimenangi DAP, akan terus ditandingi mereka... jadi, apa yang tinggal untuk kami?

"Sebab itulah saya tegaskan bahawa pucuk pimpinan kena tegas dalam hal ini, nyatakan pendirian mereka.

"Kita mahu kekal dengan semangat BN, ada tolak ansur dalam menentukan parti mana yang bertanding di kerusi mana... macam kerusi majoriti masyarakat Cina, BN bagi laluan kepada MCA dan ada juga kawasan majoriti Melayu, MCA juga diberi peluang bertanding.

"Kalau nak kira kawasan majoriti kaum tertentu baru parti mewakili kaum berkenaan boleh bertanding, jadi apa nasib MIC?" ujarnya.

MCA sebelum ini dilapor meluluskan usul dalam mesyuarat perwakilan yang menggesa kepimpinan pusat parti itu untuk berundur daripada BN dan kerajaan.

Usul tersebut antaranya menyeru kepimpinan parti supaya membina semula haluan politik yang bebas dan autonomi.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi kemudian tampil memberi jaminan bahawa semua parti komponen akan diberi peruntukan kerusi untuk bertanding pada PRU16.


Namun, menurut laporan Sin Chew, Chong menjelaskan bahawa mesyuarat biro politik MCA pada 2 Mei tidak membuat apa-apa keputusan untuk keluar dari kerajaan atau BN, meski mengakui ia membincangkan hala tuju MCA.

Chong berkata pimpinan pusat tidak membuat keputusan kerana ingin mendapatkan maklum balas daripada pemimpin peringkat bahagian, yang akan dijalankan di seluruh negara dalam tempoh sebulan sebelum dibawa ke mesyuarat agung tahunan parti.

Keputusan itu, katanya, akan dilaksanakan sebaik diluluskan.

Untuk rekod, pada April lalu, Chong menyeru agar parti itu "menentukan masa depannya sendiri” jika BN terus menangguhkan keputusan yang jelas mengenai hala tujunya.


Dakwa cuba disenyapkan

Mengulas lanjut, Ti mendakwa terdapat usaha untuk menukar resolusi keluar dari kerajaan kepada resolusi menolak DAP semata-mata.

“Ada bisikan untuk menukar resolusi keluar dari kerajaan Madani kepada hanya resolusi ‘No DAP’.

“Ini adalah satu anjalan pendirian yang seakan-akan kepimpinan sudah berubah pendirian yang dinyatakan dalam mesyuarat biro politik MCA dan mesyuarat Perhubungan Negeri MCA Pahang.

“Retorik ‘No DAP’ tidak akan mengubah nasib MCA kerana kita pernah menggunakan retorik ‘No Anwar, No DAP’ sebelum ini.” kata Ti.

Bekas naib presiden MCA itu juga mempersoalkan sama ada wujud usaha untuk senyapkan pendirian biro politik parti susulan terdapat kekosongan dalam kabinet ketika ini.

"Adakah pimpinan MCA mempunyai hasrat untuk menyertai kabinet memandangkan ada tiga kekosongan ketika ini, jadi nada (keputusan) biro politik parti itu cuba 'disenyapkan'," soalnya.

“Kita tidak mahu lihat pemimpin menerima tawaran masuk kabinet di tengah-tengah kemelut politik hari ini apabila ada kekosongan dan penyusunan semula kabinet.

”Perjuangan MCA adalah perjuangan jangka masa panjang dan bukannya politik tipu helah atau ambil kesempatan,” tambahnya.

Isu pembahagian kerusi

Ti turut mengingatkan Umno bahawa parti itu juga berpotensi kehilangan undi jika formula pembahagian kerusi mengambil kira kaum paling ramai di kawasan tertentu diguna pakai.

Katanya, pengundi Melayu yang tidak sukakan DAP akan beralih kepada PAS dan mungkin Bersatu, sementara pengundi Cina tidak keluar mengundi.

"Jadi, MCA perlu menjadi pilihan kepada pengundi Cina di kawasan majoriti Cina, bukan memaksa pengundi Cina memilih DAP kerana ramai pengundi Cina sudah jelak dan muak dengan politik janji tidak ditepati DAP," tegasnya.

Pada masa sama, kata Ti, hubungan akrab antara Umno dan DAP tidak membawa keuntungan kepada Umno kerana pengundi DAP belum tentu memberikan undi mereka kepada Umno-BN.

"Silap-silap undi Melayu pun 'hilang' disebabkan hubungan rapat dengan DAP dan paling teruk, undi itu diberikan kepada PN," tambahnya.

Dia juga menyatakan rasa kesal dengan tindakan parti tertentu yang dilihat ingin membolot kerusi dimenangi mereka pada PRU15.

Katanya, jika semua kerusi dimenangi parti itu terus ditandingi mereka dalam PRU seterusnya, maka MCA tidak akan mempunyai sebarang kerusi.

"Tindakan membolot kerusi yang dimenangi pada PRU15 adalah tidak boleh diterima kerana kemenangan mereka pada PRU itu berlandaskan 'helah-helah politik',” katanya.

WOIT

MCA KELUAR

SENDIRIAN TAKDA

KESAN APA APA

AMIN

DIRIKAN

BARISAN BERSATU

DENGAN SEMUA

PARTI YANG LAWAN

ANWAR 

BLACKROCK

AMIN

BILA UNITED FRONT

TERDIRI  PASTI

MADANON RUNTUH 

TAK PERLU

 TUNGGU PRU16

KHALAS