Khamis, 26 Jun 2025

CONTOH CARA MEMBUNUH ZIONIS


INI CONTOH

CARA MEMBUNUH

ZIONIS

AMIN

BUKAN DENGAN

MENJUAL LAPANGAN

TERBANG KEPADA

BLACKROCK

KHALAS

SELAGI ZIONIS ISRAEL WUJUD - UMAT MANUSIA TIDAK AKAN AMAN


SELAGI ZIONIS

ISRAEL WUJUD

 UMAT

MANUSIA TIDAK

AKAN  AMAN

KHALAS

MEREDAH SEMUA LORONG BERSAMA AKTIVIS MAHASISWA


 MEREDAH SEMUA

LORONG 

AMIN

BERSAMA AKTIVIS

MAHASISWA

KHALAS

AWAS !!! CIA MULA BERSUARA !!!



Permulaan Kepada Era Penghujung Anwar Ibrahim



Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan dasar seorang pemimpin politik, kejatuhan mereka tetap akan menjadi sesuatu yang menyedihkan.

Dalam sistem Westminster, kejatuhan pemimpin sering berlaku secara mendadak dan memalukan. Sebagai contoh, bekas Premier Queensland, Joh Bjelke-Peterson, memerintah selama sedekad tetapi apabila partinya hilang kepercayaan, beliau mengurung diri di pejabat selama seminggu sebelum dipujuk keluar.

Anwar Ibrahim menggalas harapan tinggi apabila menjadi perdana menteri, tetapi hari ini beliau kelihatan semakin terasing dan lemah, bukan sahaja dari segi politik, tetapi juga fizikal.

Kita belum tahu bagaimana tempoh Anwar sebagai perdana menteri akan berakhir. Namun tanda-tanda permulaan kepada proses untuk menggugurkan beliau daripada jawatan yang dinikmatinya kini semakin jelas.

Petanda hujung era pentadbiran sudah bermula

Di halaman Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, lebih 1,000 pengguna meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Anwar.

Dalam satu sesi meja bulat, beberapa tokoh termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Prof Dr P. Ramasamy, Presiden Hindraf Waytha Moorthy, Datuk Takiyuddin Hassan, Tan Sri Rais Yatim dan Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid secara terbuka menggesa Anwar meletak jawatan.

Perletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai menteri mengejutkan Anwar, walaupun pemilihan mereka dalam PKR sebelum ini disusun rapi.

Parti kini berpecah, ditambah pula dengan pelantikan anak perempuan Anwar sebagai timbalan presiden PKR yang mencetuskan tuduhan nepotisme.

Pelantikan Saifuddin Nasution dan Nurul Izzah sebagai ketua pilihan raya PKR turut disindir kerana kedua-duanya kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Pengumuman pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) mulai 1 Julai hanya menambah tekanan rakyat yang sedia bergelut dengan kos sara hidup.

Tindakan Anwar sebagai menteri kewangan memperlihatkan dasar fiskal kerajaan dibuat secara tergesa-gesa.

Namun, ancaman terbesar kepada kelangsungan jawatan Anwar ialah kes sivil yang bakal berlangsung, di mana Yusoff Rawther mendakwanya melakukan serangan seksual.

Sekiranya afidavit Yusoff didedahkan dan dianggap berasas, Anwar akan berada dalam kedudukan yang tidak dapat dipertahankan.

Cubaan Anwar untuk menghentikan perbicaraan dengan alasan kekebalan hanya mengundang lebih banyak curiga. Mereka yang mengetahui butiran kes sudah mula menjauhkan diri.

Tindakan kerajaan mengetatkan kawalan media, menekan kebebasan bersuara dan mendakwa pengkritik menjadi petunjuk kuat bahawa pengakhiran semakin hampir.

Laporan media yang mengatakan Anwar mendapat sokongan 55%, ekonomi kukuh dan inflasi terkawal tidak lagi dipercayai. Rakyat sudah muak dengan propaganda.

Ramai masih ingat lawatan pertama Anwar ke China pada 2023 apabila beliau mendakwa membawa pulang pelaburan RM170 bilion.

Sekali tertipu, rakyat tidak akan mudah terpedaya kali kedua. Portal-portal pro-kerajaan yang terus menyiarkan ‘berita manis’ kini semakin kurang pembaca, manakala saluran seperti RTM dan Bernama tidak lagi mendapat perhatian. Pembaca FMT juga menjunam apabila editorial mereka mula cenderung kepada kerajaan Anwar.

Ramai penganalisis, pensyarah dan wartawan yang cuba menonjolkan kehebatan kerajaan Anwar.

Mereka mengecam sesiapa sahaja yang mengkritik, tetapi apabila Anwar tidak lagi menjadi perdana menteri, kerjaya mereka juga akan tenggelam dan dilupakan.

Kini timbul semula naratif “Reformasi belum mati”. Ini tidak lain hanyalah cubaan memujuk rakyat yang sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar. Mereka tahu pengakhirannya semakin hampir.

Akhir Permainan

Kabinet Anwar dilihat tidak lagi berfungsi. Hubungan beliau dengan timbalan perdana menteri hambar, manakala sebahagian besar menteri PKR dan DAP dianggap liabiliti.

Sukar untuk meramal bila dan bagaimana Anwar akan berundur, tetapi yang pasti, beliau tidak akan mengetuai kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Tiada undi tidak percaya akan berlaku di Parlimen, dan tiada yang mencabarnya dalam PKR.

Namun Anwar masih memegang jawatan atas budi bicara Agong. Yang di-Pertuan Agong berhak melantik perdana menteri baharu yang diyakini mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Di sinilah tumpuan utama. Keredaan boleh bertukar menjadi kemurkaan, dan jika ada individu lain yang diyakini mendapat sokongan majoriti, peralihan kuasa boleh berlaku.

Majoriti besar Anwar di Dewan Rakyat hanyalah ilusi – ia boleh hilang sekelip mata.

Sejarah 2020–2021 telah membuktikan perubahan perdana menteri boleh berlaku di luar pilihan raya dan Anwar sangat maklum akan hal ini – dan ia amat merunsingkannya.

Murray Hunter 
Pengarang 
Bekas profesor di Unimap dan PSU Thailand.

INI NASEHAT

DARI CIA

KAH KAH KAH

JIKA TAK IKUT

AKAN RUNTUH

KAH KAH KAH

MACAM NAJIB

DIBERI NASEHAT

OLEH NETANYAHU

KAH KAH KAH

KHALAS

PANDANGAN DARI BEKAS PRESIDEN PMUM -UMSU

 


 Mahasiswa kembali mencabar

Tahniah! Sekali lagi tahniah kepada mahasiswa Sabah.

Mereka dengan penuh berani bangkit persis letusan gunung berapi dari tidur, tanpa diduga. Kebangkitkan ini mungkin memulakan babak baru kepada gerakan pelajar tanah air.

Berbekalkan semangat juang, mereka tanpa rasa gentar menyuarakan apa yang ditentang serta dibenci oleh seluruh rakyat, mengutuk apa yang dinamakan rasuah terhadap kepimpinan negeri dan kerajaan persekutuan. 

Di samping itu, mereka menyuarakan kepahitan hidup rakyat serta permasalahan yang bertimbun-tambah tanpa mampu diatasi. Semuanya disuarakan semasa demonstrasi.

Lebih 50 tahun lalu, kami bekas pemimpin pelajar di era Kuasa Pelajar/Students Power menunggu saat ini. Pada tahun 1973-74, Kuasa Pelajar sejati berlaku di negara ini. 

Sejak pertengahan 1973 hingga Disember 1974, terdapat beberapa demonstrasi besar-besaran dilakukan. 

Pada September 1973 berlangsung Demonstrasi menolak Akta Universiti Kolej Universiti (Auku). 

Pada 11-13 Oktober 1973 berlangsung demonstrasi anti-Israel dan anti-Amerika. Pada 19-21 Oktober 1974, berlangsung demonstrasi Tasek Utara yang menyokong perjuangan setinggan Tasek Utara di Johor Bahru. Pada 21 Oktober berlakunya rampasan kuasa kampus Universiti Malaya, berhubung isu setinggan Tasek Utara. 

Dan terakhir adalah demonstrasi isu kelaparan di Baling pada 3 Disember 1974. 

Ini adalah demonstrasi terakhir kerana selepas itu diperkenalkan Auku (Pindaan 1975) yangmengikat serta membunuh gerakan mahasiswa.

Auku tersebut menukar persatuan mahasiswa kepada perwakilan pelajar. Maka berakhirlah Kuasa Pelajar atau Students Power buat suatu jangka yang panjang.

Demo anti-Auku pada 2008

Beberapa pindaan pada Auku 1971 mengembalikan hak pelajar untuk berpersatuan. Mereka turut diberi hak melibatkan diri dalam parti politik. 

Mereka boleh memegang jawatan dalam parti, menjadi calon pilihan raya, selain hak mengundi bila berusia 18 tahun.

Biarpun kelonggaran telah lama diberikan, namun kebangkitan pelajar begitu lembab, lemah serta gagal mengemudi gerakan kesedaran di kalangan para pelajar. 

Kelembapan itu terutamanya pada penyusunan pelajar dari kalangan keluarga 40 peratus berpendapatan paling rendah (B40).

Mengapa setiap demonstrasi pada tahun 70-an disertai oleh ribuan pelajar? Seribu, 2,000 orang itu biasa sahaja pada masa itu.

Anwar dalam Demonstrasi Baling 1974

Kecuali Demonstrasi Baling, lebih 5,000 orang berkumpul dan ditembak dengan pemedih mata oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Kalau tidak angka itu jauh lebih besar.

Syabas pelajar Sabah

Ketika itu, majoriti pelajar dari keluarga miskin. Bila disentuh sahaja isu kemiskinan, kesusahan serta kesengsaraan rakyat, pelajar terus menyambutnya. Itu adalah isu diri serta keluarga mereka.

Semoga keberanian kepimpinan pelajar Sabah menjadi sumber ilham kepada persatuan pelajar yang lain. Semoga percikan api kesedaran dan perjuangan pelajar bermula dari Sabah. Syabas para pelajar Sabah.

Sementara itu, membakar karikatur semasa demonstrasi bukanlah suatu yang baru. Ia te berlaku di mana-mana sejak sekian lama. Di dalam atau di luar negara, ia sudah menjadi suatu fesyen atau amalan.

Karikatur dibakar oleh pelajar serta orang ramai semasa demonstrasi pada Jun 1971, semasa lawatan diktator Thailand Fil Marsyal Thanom Kittikachorn ke Kuala Lumpur. 

Demonstrasi tersebut disusun oleh golongan kiri dan pelajar. Antara tokoh pelajar kiri yang terlibat adalah Syed Hamid Ali dan Khong Kim Hoong.

Demonstrasi yang saya dan Hishamuddin Rais susun pada tahun 1973-74 juga berakhir dengan pembakaran karikatur. 

Karikatur Golda Meir, perdana menteri Israel dan Richard Nixon, presiden Amerika Syarikat dibakar semasa demonstrasi anti-Israel dan anti-Amerika.

Pelajar Sabah melemparkan kemarahan kepada Anwar Ibrahim sehingga membakar karikaturnya. Aduh, nampaknya Anwar menjadi perdana menteri pertama yang karikaturnya dibakar. 

Pembakaran itu menunjukkan kebencian mahasiswa kepada PMX sudah tidak terkawal. Mereka memuntahkan segala bentuk kegagalan Anwar. Mereka malah mengatakan slogan keramat Anwar–Reformasi–menjadi “Refomati”.

Saya tumpang simpati kepada Anwar, yang kononnya menjadi penggerak kepada siri demonstrasi pelajar tahun 1973-74. 

Sebenarnya, anwar langsung tidak terlibat sebagai menganjurkan siri demonstrasi pada tahun-tahun tersebut. Anwar hanya datang bertenggek pada setiap demonstrasi yang dianjurkan oleh Hishamuddin, saya dan Kelab Sosialis.

Tiba-tiba, karikatur Anwar dibakar. Lantas Akmal Salleh melenting dengan menembak mahasiswa sebagai “bodoh, kurang ajar serta hilang adab”.

Tempelak ketua Pemuda Umno yang tidak rasional itu dijawab oleh Duncan Cheng dari NGO Entitlement and Equity Now: “Sejak bila dia memahami dan mengendahkan kepentingan adab?”

Akmal Salleh adalah lepasan Russian State Medical University (RSMU), Moscow, Rusia. Sayang, biarpun bertahun-tahun di sana, nilai progresif dari Rusia tidak dikutipnya.

Dia tidak nampak betapa perlunya mahasiswa bebas bersuara, bebas bertindak dan berani menjunjung kebenaran. Biarkan mereka membina idealisme. Bergerak dan bertindak berpandukan idealisme.

Belum terlambat untuk Akmal Salleh belajar, supaya sikap rasional menindih emosinya. 

KAMARAZAMAN YACOB

PRESIDEN PMUM-UMSU

MAJLIS KE 16 1973-74

S/U PENERBITAN PMUM 1972-73



BERITA BAIK


Cukai: Bekas Ahli Parlimen DAP Senada Dengan Pembangkang



KUALA LUMPUR, 26 Jun 25 – Seorang bekas ahli Parlimen DAP senada dengan pembangkang dengan menegaskan kerajaan sepatutnya mengenakan cukai kepada maha kaya, bukannya membebankan rakyat miskin dengan tambahan cukai.

Charles Santiago berkata walaupun orang kaya turut menikmati kemudahan awam seperti jalan raya dan sekolah, mereka mengelak daripada membayar cukai dan pada masa sama terus menuntut insentif.

“Kita perlu kenakan cukai terhadap kekayaan melampau, perkenalkan cukai pusaka dan melaksanakan perintah kekayaan tidak dapat dijelaskan bagi mengurangkan rasuah dan aliran wang haram seperti yang dilakukan di negara lain.

“Sudah tiba masanya mereka memberi semula dan membayar bahagian yang sepatutnya,” kata Charles dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegur kerajaan yang memberi terlalu banyak kelonggaran kepada golongan maha kaya akhirnya memaksa kerajaan untuk terus meminjam wang bagi mengurus kewangan negara.

“Mengapa kita terus memberi pengecualian cukai korporat, mengabaikan penyalahgunaan harga pindahan dan menutup mata terhadap kebocoran serta aliran kewangan haram?

“Akibatnya, kerajaan terus-menerus meminjam. Kita meminjam untuk menampung kekurangan yang enggan diisi oleh golongan maha kaya dan syarikat besar,” katanya lagi.

Pengerusi Perikatan Nasional,  Muhyiddin Yassin sebelum ini mencadangkan kerajaan membatalkan cadangan kenaikan tarif elektrik dan pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini.

Presiden Bersatu itu berkata,  kerajaan perlu mencari kaedah lain mengatasi masalah fiskal negara termasuk mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar yang lebih munasabah. @politiko.my

CUKAI NAIK

ADALAH  BERITA

BAIK

AMIN

NAIK KAN LAGI

CUKAI HINGGA

RAKYAT MARAH

AMIN

BILA RAKYAT 

MARAH MUDAH

DI HASUT UNTUK

TURUN KE JALAN

BERDEMO

AMIN

KHALAS

BERSATU JATUHKAN MADAFAKA


BERSATU

JATUHKAN

MADAFAKA

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on
 "MADANI KINI BERALIH"

kempen turunkan madafaka... gua setuju

TRUMP BERJAYA MELEDAKAN BANGUNAN KOSONG



Washington nafi dakwaan Iran pindah uranium sebelum serangan udara


WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump pada Rabu menolak dakwaan bahawa Iran memindahkan uranium yang diperkaya sebelum serangan udara Amerika Syarikat, di tengah-tengah perdebatan mengenai kerosakan yang dialami program nuklear Tehran akibat serangan itu.

Trump, yang menuntut pujian atas tindakan ketenteraannya serta pengumuman segera gencatan senjata antara Israel dan Iran, bertindak balas dengan marah terhadap laporan media berkaitan penilaian sulit yang meragui kemusnahan ke atas tapak nuklear Iran.

Satu persoalan utama yang dibangkitkan oleh pakar adalah kemungkinan Iran memindahkan kira-kira 400 kilogram uranium yang diperkaya – yang kini berkemungkinan disembunyikan di lokasi lain dalam wilayahnya yang luas.

"Saya boleh sahkan bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai sebarang petunjuk bahawa uranium yang diperkaya itu dipindahkan sebelum serangan, sebagaimana yang dilaporkan secara tidak tepat," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt kepada Fox News.

"Bagi apa yang tinggal di tapak itu ketika ini, ia tertimbus di bawah runtuhan kerana keberkesanan serangan pada malam Sabtu lalu," tambahnya.

Namun, Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance memberikan kenyataan yang lebih berhati-hati apabila ditanya mengenai isu uranium Ahad lalu, dengan menyatakan bahawa Amerika Syarikat akan berbincang perkara itu bersama Iran.

"Kami akan bekerjasama dalam minggu-minggu akan datang bagi memastikan bahan api itu ditangani dengan sewajarnya," katanya dalam program *This Week* di saluran ABC News.

Jumlah uranium itu sebelum ini dilaporkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), yang kini sedang menimbang untuk menamatkan kerjasama dengan Iran susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat ke atas program nuklear negara itu.

"Kami kehilangan keupayaan pengawasan terhadap bahan itu sebaik sahaja konflik bermula," kata Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi kepada saluran France 2.

Namun, beliau menambah: "Saya tidak mahu memberi gambaran bahawa bahan itu sudah hilang atau disembunyikan."

Tentera AS dilaporkan menggugurkan 14 bom bunker-buster GBU-57 seberat 13,600 kilogram ke atas tiga tapak nuklear utama Iran.

Trump berulang kali mendakwa serangan itu telah "menghancurkan sepenuhnya" kemudahan nuklear Iran, termasuk tapak utama Fordo yang terletak jauh di dalam kawasan pergunungan.

Namun, penilaian awal yang diklasifikasikan – pertama kali dilaporkan oleh CNN – menyatakan bahawa beberapa komponen utama tidak musnah, dan program nuklear Iran hanya tertangguh selama beberapa bulan saja.

Trump bertindak balas secara agresif terhadap laporan itu dan menyerang wartawan CNN melalui platform 'Truth Social' dan menuntut agar syarikat berita itu memecat pemberita berkenaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth – yang digelarnya sebagai "setiausaha perang" – akan mengadakan sidang media pada jam 8 pagi Khamis (1200 GMT) bagi "mempertahankan maruah juruterbang hebat Amerika" selepas laporan yang meragui keberkesanan serangan itu.

Pemimpin perisikan AS turut tampil mempertahankan tindakan itu. Pengarah CIA, John Ratcliffe dalam satu kenyataan berkata bahawa maklumat risikan baharu daripada sumber yang "secara boleh dipercayai" menunjukkan bahawa "beberapa kemudahan nuklear utama Iran telah musnah dan perlu dibina semula dalam tempoh bertahun-tahun".

Kerajaan Iran sebelum ini mengakui bahawa kemudahan nuklearnya mengalami kerosakan teruk.

Uranium yang dimaksudkan itu telah diperkaya sehingga 60 peratus – melebihi tahap bagi penggunaan awam, namun masih di bawah tahap yang diperlukan untuk senjata nuklear.

Dalam laporan yang menjadi rujukan Amerika Syarikat dan Israel sebagai justifikasi serangan, IAEA menyatakan bahawa Iran tidak mematuhi kewajipan antarabangsa, namun tidak menemui bukti bahawa Tehran sedang membina bom nuklear.

Israel secara meluas dipercayai memiliki senjata nuklear, namun tidak pernah mengesahkan atau menafikannya secara rasmi. Amerika Syarikat pula kekal sebagai satu-satunya negara yang pernah menggunakan senjata nuklear dalam peperangan.


KAH KAH KAH

WOIT

MAKLUMAT 

BOM BANGUNAN

KOSONG DATANG

DARI CIA  SENDIRI

KAH KAH KAH

BERITA DI BOCOR

KEPADA  CNN

KEPADA  NEW YORK

TIMES

KAH KAH KAH

INI LAH KEJAYAAN

TRUMP

KAH KAH KAH

KHALAS

INI ASAL USUL MADAFAKA



INI ASAL USUL

MADAFAKA

AMIN

IRAN NEGARA CONTOH



IRAN NEGARA

CONTOH

KHALAS


Unknown commented on 
"TRUMP ISRAEL DAN IRAN"

Setanyatu betol operation rising lion dia telah berjaya..dia dh bangun singa yg sedang tido dan singa tu pun ngap dia balik..padan muka serail

BERITA BAIK SAMPAI LAGI



BERITA BAIK

SAMPAI LAGI

AMIN

Unknown commented on 
"ZAHID HAMIDI DAN NETANYAHU"

gua sokong kalau amerika lancar peluru berpandu ke brickfields. habis hishamuddin rais terbakar hangus. kah kah kah!

Unknown commented on 
"MADANI KINI BERALIH"

pas beralih kepada taliban? hishamuddin rais pula kepada anjing kurap tepi jalan? kah kah kah?

MADANI KINI BERALIH


MADANI

KINI BERALIH


Unknown commented on 
"MADAFAKA INI APA ?"

mama ada daddy ada farhash ada kroni ada (madafaka)

ZAHID HAMIDI DAN NETANYAHU



Trump gesa perbicaraan Netanyahu dibatalkan


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa Israel supaya memberikan pengampunan kepada Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu atau membatalkan perbicaraan terhadapnya berhubung tuduhan rasuah.

Netanyahu didakwa pada 2019 di Israel atas tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah yang semuanya dinafikan beliau.

Perbicaraan bermula pada 2020 dan membabitkan tiga kes jenayah dan Netanyahu mengaku tidak bersalah.

Trump menerusi platform Truth Social berkata, perbicaraan Netanyahu sepatutnya dibatalkan serta-merta atau diberikan pengampunan kepada beliau yang banyak berjasa kepada Israel.

Media Israel melaporkan sesi soal balas terhadap Netanyahu bermula pada 3 Jun lalu di mahkamah Tel Aviv dan dijangka mengambil masa kira-kira setahun untuk diselesaikan.

Presiden Israel, Isaac Herzog, mempunyai kuasa untuk memberikan pengampunan kepada Netanyahu namun media tempatan memetik beliau sebagai berkata bahawa pengampunan tidak dipertimbangkan pada ketika ini dan tiada permohonan rasmi dikemukakan.

Dalam pada itu, Trump turut memuji Netanyahu dan mendakwa AS sudah menyelamatkan Israel dan perdana menteri negara itu.

Difahamkan, kenyataan berkenaan merujuk kepada sokongan AS terhadap serangan Israel ke atas program nuklear Iran dan Trump sebelum ini mengumumkan gencatan senjata, Isnin lalu.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Trump memberi maksud bahawa AS boleh campur tangan dalam kes undang-undang yang dihadapi Netanyahu.

Trump turut menggambarkan kes terhadap pemimpin Israel itu sebagai satu 'pemburuan ahli sihir', istilah yang sering digunakan Trump bagi merujuk kepada siasatan terhadap dirinya sendiri di AS


DI ISRAEL

ADA

NETANYAHU

AMIN

DI MALAYSIA

ADA 

ZAHID HAMIDI

AMIN

NETANYAHU 

PERLU

ADA TERRIRUDIN

KAH KAH KAH

KHALAS