Selasa, 3 Jun 2025
INI CONTOH KESEDARAN MELAYU
INI SATU LAGI
CONTOH
KESEDARAN MELAYU
AMIN
MELAYU RASA
TANAH MELAYU
AKAN TERGADAI
KHALAS
ANWAR TIDAK KUAT - PN YANG MANAI
ANWAR DILIHAT
KUAT KERANA
PN MANAI
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"DULU DAP BERSUARA"
Tak nampak mana-mana parti politik yang ada kelayakan pun sekarang ini, siapa nak ganti yang haprak yang ada? Semuanya masih pakai skrip lama skrip kuno ketuanan musuh Yahudi musuh DAP musuh Singapura tetapi tidak menyakinkan sesiapa, skrip plot sama, nak jadi pembangkang pun tak layak kaji isu, kesan kepada rakyat jadi rakyat tersangkut,
pendapat TT cukup bernas, bukan Nuar kuat tetapi orang-orang yang lawan tidak ada kelayakan langsung kah kah kah cuba cari idea, nampak Atok seorang tetapi usia 100 tahun dah woit, pimpinan dia pun dah ke laut sama macam menjaga kroni dia saja tambah anak beranak pun banyak billion tetapi sedikit pun tidak membantu kaum agama sendiri selama ini jadi kembang kepada kosong juga akhirnya amin kah kah kah
KATA KATA BENAR
Ramai jadikan UMNO batu loncatan untuk agenda peribadi – Tengku Adnan
KUALA LUMPUR – Semakin ramai hari ini yang melihat parti politik sebagai satu platform peribadi dengan ada yang menjadikan UMNO sebagai batu loncatan untuk agenda sendiri.
Bagaimanapun, Bendahari UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk bersama-sama parti itu.
Jelasnya, UMNO berdiri atas prinsip perjuangan yang tulen dan tidak memerlukan sandaran individu semata-mata.
Tambah beliau, pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi asas dan roh perjuangan UMNO perlu terus dipertahankan oleh semua ahlinya.
“Kita perlu sedar bahawa apa yang lebih penting kini adalah menyatukan semula untuk kekuatan, memperkukuh jentera parti, dan membina kembali keyakinan rakyat terhadap UMNO sebagai wadah perjuangan sebenar.
“Yakinlah bahawa perjuangan yang ikhlas kerana Allah SWT akan sentiasa diberkati dan diredhai.
“Walaupun pelbagai ujian dan pengkhianatan berlaku, semangat ahli yang tulus akan menjadi tunjang ketahanan parti ini,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau, hari ini.
Catatan itu merujuk kepada tindakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengumumkan keluar UMNO dan menyatakan hasrat menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.
Tengku Zafrul meletakkan semua jawatan dan keahliannya dalam UMNO yang mana Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat rasmi peletakan jawatan beliau.
Sementara itu, Tengku Adnan berkata, keputusan Tengku Zafrul itu dibuat dalam landskap politik Malaysia yang semakin terbuka dan pelbagai, dan ahli-ahli UMNO yang masih setia perlu istiqamah dalam meneruskan perjuangan.
Tegas beliau, UMNO bukan sebuah parti individu dan bukan juga dibina atas dasar populariti semasa, sebaliknya wujud atas satu perjuangan demi agama, bangsa dan negara.
Ujarnya, parti itu dibentuk dengan semangat penyatuan bangsa untuk membela nasib umat serta mempertahankan maruah negara yang berdaulat.
Oleh itu, katanya, memahami dan menghayati perjuangan UMNO akan menjadikan ahli-ahlinya lebih tekad dan istiqamah meneruskan legasi perjuangan.
“Untuk orang UMNO di sinilah nilai prinsip Bersatu, Bersetia, Berkhidmat menjadi lebih penting.
“Slogan keramat ini bukan sekadar kata-kata indah, tetapi satu komitmen yang harus dijadikan pegangan demi memastikan parti terus kekal relevan, kuat, dan dihormati,” katanya. –
KAH KAH KAH
INI KATA KATA
YANG BENAR
LAGI BETUL
KAH KAH KAH
SAMPAI ADA
YANG KLIM JADI
TENGKU FRAUD
NAK MASUK
UMNO
KAH KAH KAH
KHALAS
BALAS DENDAM
SPRM dapat izin bekukan lebih RM750j harta Daim, isteri
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membekukan beberapa harta milik Na'imah Abdul Khalid yang juga isteri bekas menteri, Allahyaryam Daim Zainuddin.
SPRM membuat permohonan tersebut secara ex-parte (sebelah pihak) di mahkamah berkenaan.
Membabitkan nilai lebih RM758 juta (£132 juta), BH Online melaporkan, aset Na’mah dan keluarganya yang dibekukan ialah tujuh hartanah termasuk tiga unit kediaman mewah di London.
Satu lagi ialah akaun bank wanita terbabit.
Langkah tersebut diambil SPRM ekoran siasatan agensi terbabit terhadap Daim dan Na’imah berhubung Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya yakin masih ada harta lain milik Daim dan Na’imah di luar negara namun tidak diisytiharkan kepada pihak berkuasa seperti yang diarahkan.
Katanya, dimiliki ahli keluarga pasangan terbabit atau proksi Daim.
Sebelumnya SPRM membekukan harta lain Daim bernilai RM2 bilion.
WOIT
INI DENDAM
KAH KAH KAH
DENDAM KESUMAT
KES LIWAT
KAH KAH KAH
KHALAS
RAMAI NAK BUAT HAJI
205,000 individu tanpa permit haji dihalau dari Makkah
MAKKAH – Keselamatan Awam Saudi telah menghalau lebih 205,000 individu tanpa pemit haji dari Makkah.
Pengarah Keselamatan Awam Saudi dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Haji, Lt Jeneral Mohammed Al-Bassami mendapati lebih daripada 269,000 orang telah memasuki Makkah tanpa permit.
Menurutnya, Keselamatan Awam juga telah menahan 1,239 orang yang cuba mengangkut jemaah haji haram, dan mengenakan hukuman ke atas lebih 75,000 pelanggar peraturan haji.
“Kita juga menumpaskan lebih daripada 415 pejabat haji palsu,” katanya sambil mendedahkan penggunaan hukuman untuk menangani pelanggar musim haji semasa.
Al-Bassami berkata, Keselamatan Awam Saudi dapat menggunakan kecerdasan buatan untuk meningkatkan rancangan keselamatannya untuk membanteras pelanggar peraturan haji.
Beliau menegaskan anggota keselamatan akan berwaspada bagi menangani sesiapa sahaja yang melanggar peraturan haji.
Al-Bassami berkata, Keselamatan Awam telah melarang masuk 110,000 kenderaan di pintu masuk ke Makkah kerana mengangkut jemaah haji yang tidak dibenarkan.
Ia juga merampas lebih 5,000 kenderaan yang merancang untuk mengangkut jemaah haji tanpa permit.
Keselamatan Awam Saudi telah mengaktifkan pusat pemeriksaan keselamatan kekal di pintu masuk ke Makkah untuk menangkap mana-mana pihak yang melanggar peraturan.
Ketua Pengarah Pasport Mej Jeneral Saleh Al-Murabba mendedahkan jumlah jemaah yang tiba dari luar negara sudah melebihi 1.47 juta.
Bilangan negara yang mendapat manfaat daripada Inisiatif Laluan Makkah meningkat kepada lapan negara.
Al-Murabba berkata, Jabatan Pasport telah berusaha untuk memudahkan prosedur untuk jemaah haji di negara-negara yang mendapat manfaat daripada Inisiatif Laluan Makkah, menunjukkan mereka telah melengkapkan pelabuhan dengan teknologi terkini dan menyediakan kakitangan berbilang bahasa untuk melayani jemaah haji.
“Kami mempunyai pasukan lapangan yang dilengkapi dengan beg mudah alih yang menyediakan perkhidmatan di semua lokasi dan membantu mengenal pasti orang yang tidak dikenali,” katanya.
Al-Murabba menggesa jemaah haji supaya segera berlepas selepas musim haji berakhir bagi mengelak daripada tindakan undang-undang.
Beliau mendedahkan Direktorat Am Pasport telah membuat persiapan bagi memastikan keberangkatan jemaah haji selepas menunaikan ibadah tersebut.
Kementerian Dalam Negeri menegaskan. keupayaannya untuk menangani secara tegas dan berkesan dengan apa-apa yang boleh menjejaskan keselamatan haji.
“Jemaah haji berada di mata kami, dan pelanggar berada dalam genggaman kami,” kata kementerian itu sambil menambah ia menyediakan perlindungan untuk mengekalkan ketenteraman di lokasi ibadah. – Agensi
WOW
RAMAI NAK
BUAT HAJI
TANDA EKONOMI
UMAT ISLAM
MAKIN BAIK
AMIN
PILIHAN TEPAT
Shahrul Ikram duta baru Malaysia ke Amerika Syarikat
Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan bekas ketua setiausaha kementerian luar negeri, Shahrul Ikram Yaakob, sebagai duta baru Malaysia ke Amerika Syarikat.
Shahrul menerima watikah pelantikannya hari ini.
Dia menggantikan Nazri Abdul Aziz, yang kontraknya sebagai duta tamat pada Februari lalu.
Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, mungkin akan mendapat jawatan itu.
Ini memandangkan tempohnya dalam kabinet akan berakhir pada Disember setelah dia menamatkan penggal kedua, sekali gus terakhir sebagai senator.
35 tahun dalam dunia diplomatik
Sementara itu, Bernama melaporkan Shahrul Ikram mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam perkhidmatan diplomatik.
Dia memegang jawatan ketua setiausaha Kementerian Luar dari 6 Jan 2019 hingga 31 Mei 2022.
Anak Pahang itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Ekologi dari Universiti Malaya dan mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School pada 2009.
Dia memulakan kerjaya di Kementerian Luar pada 1988 sebagai pegawai tadbir dan diplomatik.
Sepanjang perkhidmatan, dia ditauliahkan sebagai duta besar Malaysia ke Qatar dan Austria serta wakil tetap malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Tugas diplomatiknya sebelum ini turut merangkumi penempatan di Perwakilan Tetap Malaysia di Vienna, Washington DC dan Beijing.
Dia juga pernah menjawat jawatan timbalan ketua setiausaha Hubungan Dua Hala, ketua pengarah Sekretariat Asean-Malaysia (semasa Malaysia menjadi pengerusi Asean pada 2015) serta setiausaha Bahagian Politik Pelbagai Hala.
TAHNIAH
INI PILIHAN
TEPAT BUKAN
KAKI PUKUL
MACAM NAZRI
KAH KAH KAH
KHALAS
AIR DUIT YUSOFF RAWTHER HEBOH DI FB
DARI
FACE BOOK
Azmi Ahmad
Sekarang kita rakyat mlaysia dah wajib kena perchaya yg anuar benar2 lakukan apa yg d katakan yusof rawter sebab sekarang anuar sendiri dah mula minta kekebalan mahkamah klau tak sebab anuar takut kes ini berjaya d buktikan d mahkamah oleh yusof rawter
d mana nak letakan muka anuar dan sekiranya mahkamah jatuhkan hukuman kpd anuar maka hilang lah jawatan pm yg anuar sandang sekarang ini kita harap mahkamah kena tolak permohonan kekebalan anuar demi keadilan dan demi menegakan undg2 negara pd hal sebelum ini datok najib pun tak pernah mohon kekebalan mahkamah seperti anuar ini bezanya anuar dng najib yg lebih telus berbanding anuar
Mustafa Abdul Rahman
Ujian polygraf tak mau...
Sumpah lahnat tak mau..
Mintak kekebalan pulak...
Apa maknanya...fikir fikir kan la...
Shayshaylan Musa
walanon ttap percaya ianya fitnohhh🤣🤣
PARTI KELUARGA RESMI BERGADUH TERUS
‘Cukuplah, kini masa untuk PKR bergerak ke depan’
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Siti Aishah Shaik Ismail menyeru para ahli parti itu agar menghentikan ketegangan dalaman dan sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh parti serta berkhidmat kepada rakyat.
Mengulas penolakan Rafizi Ramli terhadap jawatan lantikan dalam parti, Siti Aishah mendakwa bekas timbalan presiden PKR itu bersikap "dingin" terhadap kepedulian "rakan-rakan dalam parti" yang masih mahu dia terus berperanan walaupun tewas dalam pemilihan baru-baru ini.
Dia berkata pendirian Rafizi seharusnya dilihat sebagai isyarat agar semua pihak melangkah ke hadapan.
“Saya kira buat masa ini cukuplah untuk kita lalui fasa ini daripada berterusan mengheret rakyat kepada isu dalaman parti ini sendiri.
“Kita harus kembali fokus, sesuai dengan janji dan saranan agar PKR terus bekerja dan melakukan islah serta pembinaan kekuatan parti secara kolektif dalam kebersamaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menegaskan bahawa setiap pemimpin berhak meluahkan perasaan masing-masing, Siti Aishah berharap Rafizi dapat memberi ruang kepada parti untuk terus bergerak ke depan dengan lancar.
“...Namun berlaku adil juga kepada semua kepimpinan atasan sehingga akar umbi. PKR mesti digerakkan oleh kerja dan bukan persepsi semata-mata,” katanya lagi.
Siti Aishah turut mengingatkan agar semua pihak tidak terus berpolitik secara emosi dan sebaliknya kembali mengutamakan rakyat.
“Cukuplah dengan permainan emosi, sekarang ialah masa untuk rakyat,” katanya lagi.
Semalam, Rafizi menegaskan dia berpegang kepada keputusannya untuk tidak menerima sebarang jawatan lantikan dalam PKR.
Dia turut mendedahkan Nurul Izzah Anwar menawarkan jawatan timbalan presiden kedua kepadanya.
Rafizi tewas kepada Nurul Izzah dalam persaingan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan yang lalu.
Sebelum itu, Rafizi juga berkata Nurul Izzah telah bertemunya pada 20 Mei untuk memintanya membantu selepas pemilihan parti selesai, sambil merujuk kepada satu jawatan dalam parti.
WOIT
KAH KAH KAH
PKR TERUS
BERGADUH
BUNUH SAMA
SENDIRI
KAH KAH KAH
AKHIRNYA PKR
JADI PARTI
KOYAK RABAK
KAH KAH KAH
KHALAS
SAPA ITU GAGALIS ?
TAHUN DEPAN
SILA TUNGGU
AMIN
Unknown commented on
"BUKAK MULUT MOHONG"
TT 2024 dah lepas system senarai gagalist tak keluar atau semua la nie dah jadi sodomist?
APA PANDANGAN ANWAR IBRAHIM ?
NGO lapor polis, bantah tindakan Pemuda Sosialis anjur Himpunan LGBT
KLANG – Badan bukan kerajaan (NGO) Epanco Malaysia membuat laporan polis ke atas Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berhasrat menganjurkan Himpunan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Petaling Jaya, 21 Jun ini.
Pengerusi Epanco Malaysia, Ariffin Abu Bakar berkata, NGO Melayu Islam itu menolak sekeras-kerasnya budaya songsang yang cuba disuburkan Pemuda Sosialis yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kita mengharap pihak berkuasa dan pemimpin negara memandang serius perkara ini, perhimpunan ini satu budaya hidup yang sangat tidak sihat.
“Ia seolah-olah satu ancaman khususnya kepada anak-anak muda yang tidak dapat menahan soal sosial yang melampau, ini tidak termasuk soal hiburan melampau,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.
Terdahulu beliau bersama 20 ahli Epanco Malaysia membuat laporan polis ke atas Pemuda Sosialis di Balai Polis Klang Selatan, di sini, semalam.
Ariffin berharap pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menghalang Pemuda Sosialis daripada menganjurkan Himpunan LGBT yang bertentangan dengan agama Islam dan budaya di negara ini.
“Tindakan Pemuda Sosialis itu bertentangan dengan ajaran agama Islam, jadi kami memohon pihak berkuasa untuk mengambil tindakan agar tidak akan berlaku perkara sebegini,” katanya.
Katanya lagi, budaya songsang itu tidak harus dijadikan amalan di negara ini, apatah lagi Islam tidak menganjurkan umatnya melakukan perbuatan terkutuk itu yang boleh mengancam generasi muda.
“Tindakan ini mencabar agama Islam dan budaya kita, saya berharap pihak berkuasa khususnya PDRM mengambil tindakan dan menghalang pihak berkenaan daripada menganjurkan program yang sangat menjijikkan kepada masyarakat dan orang Islam.
“Saya yakin kaum-kaum lain juga tidak bersetuju dengan tindakan Pemuda Sosialis yang cuba merosakkan sosial anak-anak muda sekarang,” katanya lagi. –
NGO INI
PELIK & LAMBAT
AMIN
KENAPA NGO
INI TIDAK BUAT
LAPORAN POLIS
BILA ANWAR
BLACKROCK
JADI PMI
KAH KAH KAH
NGO INI
WAJIB DATANG
KE MAHKAMAH
SOKONG
YUSOFF RAWTHER
AMIN
KHALAS
Langgan:
Ulasan (Atom)











