Ahad, 1 Jun 2025
CHINA MERAH AKAN BUAT KACAU !!!
Ketua Pentagon beri amaran China sedang 'bersiap sedia' guna kekuatan tentera di Asia
CHINA MERAH
AKAN BUAT KACAU
AMIN
CHINA DALAM
MALAYSIA
MACAM MANA?
AMIN
LEBIH SATU JUTA
PENDATANG
CHINA MERAH
HILANG ITU
APA PERANAN ?
AMIN
INI PERSOALAN
NASIONAL YANG
KITA GADAPI
AMIN
KHALAS
SEBELUM TERLAMBAT
Hamas menuntut perang dihentikan sepenuhnya dan tentera Israel berundur dari Gaza, namun syarat itu ditolak Israel
NEGARA ARAB
DISEBELAH
PALESTIN :
SYRIA MESIR
JORDAN
WAJIB HANTAR
ASKAR BANTU
PALESTIN
AMIN
SEBELUM 3 JUTA
WARGA PALESTIN
DISEMBELIH
OLEH ZIONIS
BLACKROCK
KHALAS
WARISAN WAJIB MEMIMPIN SABAH
KES RASUAH
SENGAJA TAK
DI PEDULIKAN
AMIN
KERANA YG
RASUAH
GENG MADANON
AMIN
PASTIKAN
WARISAN MENANG
DI SABAH
AMIN
MADANON AKAN
RUNTUH
DI SEMENANJUNG
KHALAS
ZAHID HAMIDI MAKIN PANDAI BUAT LAWAK BERDIRI
HEBAT !!!
ZAHID HAMIDI
MAKIN PANDAI
BUAT
LAWAK BERDIRI
KHALAS
RASAKAN NIKMAT AIR DUIT
RASAKAN
NIKMAT
AIR DUIT
KAH KAH KAH
AMIN
PERIKATAN NASIONAL LEMAH
ANWAR BUKAN
KUAT
AMIN
PERIKATAN
NASIONAL LEMAH
KHALAS
PEGUAM NAJIB AKAN DI DAKWA ?
Jika Malaysia bukan Nazi Jerman, berhenti ganggu tugas Shafee
KAH KAH KAH
KALI INI
PEGUAM NAJIB
DI TUDUH HINA
MAHKAMAH
KAH KAH KAH
BERAT
MADANI MAKIN
BERTA
KAH KAH KAH
KHALAS
KADIR JASIN TIDAK KEBAL
Tiada siapa yang
kebal
Oleh A Kadir Jasin
SAYA andaikan semua orang yang berminat sudah baca dan faham permohonan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tentang kekebalan (immunity) beliau sebagai Perdana Menteri.
2. Ini adalah berkaitan satu saman sivil terhadapnya yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mulai 16 Jun ini.
3. Beliau telah meminta Mahkamah Tinggi bertanya kepada Mahkamah Persekutuan mengenai beberapa peruntukan undang-undang yang merujuk kepada imuniti daripada tindakan sivil terhadapnya.
4. Satu alam sudah tahu yang Perdana Menteri Malaysia Madani kita ini sedang menghadapi saman sivil oleh seorang bekas pembantunya bernama Muhammed Yusoff Rawther atas dakwaan serangan seksual.
5. Anwar sudah minta tangguh. Mohon penangguhan, tukar peguam dan minta interpretasi undang-undang ini adalah kaedah semua pihak yang kena tuduh atau kena saman melengah-lengahkan perbicaraan.
6. Dalam kes saman sivil Dr Mahathir Mohamad pun beliau sudah banyak kali minta penangguhan walaupun sudah lebih 26 tahun beliau dan konco-konco beliau dakwa ada simpan berkotak-kotak dokumen rahsia yang kata Dr Mahathir korup.
7. Boleh jadi ada lagi orang tidak tahu yang Yusoff ini adalah cucu kepada aktivis pengguna terkenal negara, Almarhum SM Idris.
8. Yusoff mendakwa yang beliau telah diserang seksual oleh Anwar pada tahun 2018.
9. Kalau 2018, ertinya Anwar baru keluar penjara dan dapat pengampunan diraja yang diusahakan oleh Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir.
10. Kita berhenti di sini pasal serangan seksual yang didakwa oleh Muhammed Yusoff Rawther itu. Kita serah kepada hakim dan kepada peguam kedua-dua belah pihak.
11. Kita cerita sikit pasal imuniti dan Rawther (atau dieja juga sebagai Rowther).
12. Dalam Malaysia kita ini, semua kita dan tindak-tanduk kita tertakluk kepada undang-undang. Undang-undang adalah agung. Dalam bahasa Inggeris disebut, “the law is supreme”.
13. Malahan Raja-raja pun tertakluk kepada undang-undang. Raja-raja, termasuk Yang Di-Pertuan Agong, hanya kebal atau “immune” dalam menjalankan tugas-tugas rasmi. Pukul orang atau tidak bayar hutang tidak “immune”.
14. Sejak Pindaan Perlembagaan tahun 1993, sudah ada Raja Melayu yang dikenakan saman sivil. Boleh baca mengenai peniaga Singapura, Faridah Begum menyaman malu (defamation) Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad lawan Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Semua maklumat ini ada dalam arkib atas talian.
15. Dalam kes Almarhum Sultan Pahang, Mahkamah buat keputusan orang asing tidak ada hak saman seorang Raja Melayu. Dalam kes Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Mahkamah memberi kemenangan kepada Chartered Bank Malaysia Berhad.
16. Natijahnya, kalau Raja-raja pun tidak kebal (immune) daripada tindakan undang-undang, masakan Perdana Menteri?
17. Kalau ikut keputusan Mahkamah Persekutuan tahun 2019, dalam kes Tony Pua lawan Mohd Najib Abdul Razak, seorang Perdana Menteri adalah pegawai awam dan boleh disaman atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam. Saman ke atas Anwar tidak ada kena mengena dengan menyalahgunakan jawatan awam. Ia berkaitan dengan isu seks.
18. Berkenaan Rawther dalam nama penyaman Anwar itu, ia adalah gelaran untuk satu sub suku India Muslim (Mamak) di Pulau Pinang yang datang dari negeri-negeri Tamil Nadu dan Kerala di India.
19. Mereka berniaga makanan dan dikatakan merekalah yang menjual nasi dengan cara mengandar hinggalah jualan mereka itu dikenali sebagai nasi kandar.
20. Mereka juga bergiat dalam bidang perkapalan dengan menyediakan tongkang untuk mengangkut muatan dari dan ke dalam kapal sehingga diberi jolokan “Mamak Tongkang” atau dalam istilah formal, ejen perkapalan.
Sekian. Terima kasih.









