Isnin, 24 Februari 2025
PERTANYAAN BELUM DI JAWAB
PERTANYAAN
BELUM DI JAWAB
AMIN
KENAPA ANWAR
BLACKROCK JUAL
39 AIRPORT KITA
PADA SYARIKAT
YAHUDI ZIONIS
BLACKROCK
AMIN
TOYOL MAKIN AKTIF
AWAL
BERITA LAPOR
DITEMUI 150 JUTA
KAH KAH KAH
SATU BANGLO
PENUH
DENGAN RINGGIT
AMIN
SEKARANG DAH
JADI 100 JUTA
KAH KAH KAH
MANA LESAP
50 JUTA
KAH KAH KAH
ADA TOYOL
MAKAN KE ?
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH
KHALAS
TEATER BLACKROCK
Latheefa bidas 'sandiwara' Anwar, anggap rakyat langsung tak dapat manfaat sejak kerajaan terbentuk
Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan dakwaannya memerangi rasuah sebagai "wayang untuk mengaburi orang ramai".
Latheefa Koya, yang pernah menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela ketika Anwar berdepan tuduhan liwat, berkata beliau tidak terkejut dengan pelbagai pusingan U dilakukan perdana menteri, termasuk tindakan pihak berkuasa menyasarkan musuh politik dengan tuduhan rasuah tetapi pada masa sama melepaskan sekutu yang terpalit kes prima facie.
"Perang apa? Semua ni hanyalah sandiwara," kata peguam yang memimpin SPRM dari Jun 2019 hingga Februari 2020, ketika kemuncak penyiasatan dan pendakwaan berkait skandal 1MDB.
"Tidak menghairankan, tetapi pada masa yang sama adalah melucukan bila terdengar cakap-cakap memerangi rasuah," katanya dalam program temu bual Straight Talk oleh KiniTV yang dihoskan bekas duta Malaysia Dennis Ignatius. "Sehingga hari ini, dia terus mengatakannya, tetapi bagi saya, ia bukanlah perang."
Latheefa_KiniTV2Menurutnya, tidak banyak yang boleh diharapkan daripada seseorang yang melantik seorang yang berdepan puluhan kes rasuah sebagai timbalan perdana menteri, merujuk kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, orang yang memastikan Anwar mendapat cukup sokongan dalam memenuhi cita-citanya menjadi perdana menteri.
"Siapa yang sanggup berbuat demikian? Hanya mereka yang tidak mempunyai prinsip," kata Latheefa.
Bekas ahli PKR selama dua dekad yang keluar parti pada 2019 itu berkata, ada pemimpin yang menolak jawatan tinggi kerana tidak mahu berkompromi dengan prinsip.
"Tetapi di sini, anda (Anwar) cepat menerimanya, dan kini anda terperangkap."
Katanya, apa yang mengecewakan ialah sikap tersebut ditunjukkan sebuah kerajaan yang menjalankan kempen pilihan raya atas dasar memerangi rasuah.
'Jika benar Najib mangsa, bebaskan saja'
Latheefa turut mempersoalkan Anwar atas dakwaannya pada Disember lalu bahawa kes rasuah dan sabitan selepas kejatuhan Barisan Nasional pada 2018 yang didorong oleh dendam politik.
"Adakah dia mempersoalkan mahkamah? Sebagai contoh, ramai hakim yang telah terlibat dalam perbicaraan dan mensabitkan Najib," katanya merujuk kepada sabitan bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes SRC International.
Menurutnya, dakwaan Anwar itu merupakan serangan terhadap mahkamah tertinggi negara.
Latheefa mencabar Anwar untuk membebaskan terus Najib sekiranya yakin bekas pemimpin itu mangsa pendakwaan berniat jahat.
Bagaimanapun, katanya Anwar lebih gemar "berpusing-pusing" dengan isu titah adendum melibatkan arahan bekas Agong supaya Najib dibenarkan menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah.
"Mengapa separuh jalan? Ia sama ada dia (Najib) merupakan mangsa atau tidak. Mengapa tidak bebaskan saja Najib?
"Inilah cara biasa perdana menteri berpusing-pusing mengenai sesuatu perkara yang perlu dijawabnya."
Pada 6 Januari, Mahkamah Rayuan membenarkan semakan kehakiman oleh Najib berhubung kewujudan titah tambahan (adendum) oleh bekas Yang di-Pertuan Agong yang mahukan beliau menjalani baki hukuman penjara di rumah, hampir setahun selepas hukuman penjara 12 tahunnya dikurangkan kepada enam tahun melalui pengampunan diraja.
Keputusan itu merupakan tamparan kepada kerajaan Anwar yang enggan mengakui kewujudan dokumen berkenaan.
Latheefa berkata, kontroversi adendum itu juga sebahagian daripada sandiwara Anwar, yang menurutnya membuat pendirian berbeza untuk memuaskan hati semua orang.
Beliau berkata Anwar sendiri bersalah kerana "berkompromi", sambil menambah perdana menteri masih terus mengelirukan orang ramai mengenai isu itu.
Katanya lagi, Anwar bersikap hipokrit dan berbohong kepada rakyat dengan melepaskan pemimpin yang berdepan tuduhan rasuah yang serius.
Tindakan kerajaan Anwar untuk menggugurkan tuduhan rasuah dan memberikan "diskaun hukuman" kepada bekas pemimpin tidak mengejutkan kerana Pakatan Harapan (PH) sememangnya telah bergabung dengan pemimpin Umno yang terpalit skandal.
"Jadi bagaimana mungkin anda kini mengisytiharkan perang terhadap rasuah biarpun secara berpura-pura? Ini sesuatu yang kita patut tanya diri kita," tambahnya.
'Tiada manfaat langsung'
Latheefa berkata ramai yang mengalu-alukan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya 2022 atas alasan ia adalah "pilihan terbaik".
Bagaimanapun, rakyat tidak merasakan manfaat daripada kerajaan gabungan itu.
"Tiada rancangan untuk menyelesaikan simpanan (hari tua). Ini adalah masalah yang serius. Dan kita mendapat reaksi yang sangat emosional bila-bila ada yang menyoal perdana menteri yang juga menteri kewangan. Dia banyak berdolak dalih dengan jawapannya, dengan berkata 'saya ke sana sini untuk menarik pelaburan'. Tetapi di mana hasilnya? Kita tak nampak. Harga barang semakin tinggi tetapi orang ramai diminta diam."
Latheefa berkata di bawah pentadbiran BN yang lalu, rakyat Malaysia sekurang-kurangnya merasakan kestabilan walaupun rasuah berleluasa.
"Sekarang ini, tak dapat apa-apa pun. Semua orang kecewa, semua orang buntu. Ini masa yang teruk dan hanya mendedahkan hipokrisi orang politik."
TAN SERI BERCAKAP BENAR
Jho Low bukan proksi Najib, tiada peranan dalam 1MDB – Che Lodin
PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bukan proksi Najib Razak apatah lagi ada peranan atau kuasa dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, juga tidak dimaklumkan peranan Jho Low dalam 1MDB yang dahulu dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) atau hubungannya dengan Najib yang ketika itu Perdana Menteri.
Ujar saksi pembelaan ke-12 (DW12) itu, sewaktu pelantikan beliau sebagai Pengarah TIA pada 11 Ogos 2009, beliau tidak mengenali Jho Low dan hanya bertemunya kali pertama ada Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 26 September 2009.
Menurut Che Lodin, selaku Pengarah TIA, beliau juga tidak mengetahui atau diberitahu mengenai pengaruh ahli perniagaan dalam buruan tersebut dalam syarikat pelaburan strategik negara.
Ujarnya, Lembaga Pengarah membuat keputusan berdasarkan representasi yang dibuat oleh pihak pengurusan dan pelbagai perunding seperti Goldman Sachs, Wong & Partners dan Lazard.
Che Lodin menyatakan demikian pada perbicaraan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan bekas Perdana Menteri.
Beliau menyatakan demikian ketika membaca pernyataan saksi pada prosiding pemeriksaan utama yang dikendalikan oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin mewakili Najib.
Dalam pernyataan itu, Che Lodin turut berkata, sepanjang pengetahuannya, Jho Low tidak pernah menjadi sebahagian daripada pengurusan 1MDB.
“Jho Low tidak pernah dilantik sebagai perunding kepada 1MDB mahupun menjadi sebahagian daripada pengurusan syarikat itu,” katanya.
Ujar saksi, satu sesi penerangan diadakan pada 18 September 2009 oleh Lembaga Pengarah 1MDB berkaitan `Projek Aria’ melibatkan kerjasama dengan PetroSaudi International Limited (PSI).
Che Lodin berkata, ahli lembaga pengarah tidak dimaklumkan oleh Jho Low ketika mesyuarat itu berhubung maklum balas dan terma-terma khusus yang perlu dimasukkan dalam perjanjian usahasama tersebut.
Menurut Che Lodin, sepanjang tempoh berjawatan sebagai Pengarah 1MDB dari 2009 hingga 2016, tiada pihak lain yang bertindak mengarahkan atau mempengaruhi Lembaga Pengarah membuat keputusan.
Saksi selanjutnya berkata, sebelum atau selepas pelantikan dalam Lembaga Pengarah TIA, beliau tidak pernah diatur atau difahamkan untuk bertindak sebagai proksi Najib.
Menurutnya, sebagai pengarah TIA dan kemudiannya 1MDB, beliau bergantung kepada pengurusan dan perundingan untuk membimbing Lembaga Pengarah membuat keputusan dan ia dilakukan secara persetujuan bersama, bukan melalui undi majoriti.
Mengikut pertuduhan, Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi pertuduhan pengubahan haram pula antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah di Istana Kehakiman bersambung esok. –
TAN SERI INI
BERCAKAP BENAR
AMIN
SEMUA BENAR
MELAINKAN
BENAR BELAKA
AMIN
KALAU TAK
BENAR MUSTAHIL
DIA ADA GELARAN
TAN SERI
KAH KAH KAH
PANTAT
YANG SAHID DIMAKAMKAN YANG HIDUP TERUSKAN PERJUANGAN
Pimpinan Hizbullah ikrar teruskan perjuangan
BEIRUT: Pimpinan Hizbullah menegaskan bahawa perjuangan kumpulan itu masih belum berakhir walaupun dengan pemergian ketua kumpulannya, Hassan Nasrallah.
Ketua Hizbullah yang baharu menggantikan Hassan, Naim Qassem, menegaskan Hizbullah akan terus berdiri teguh atas paksi perjuangannya, sekali gus menolak sebarang usaha Amerika Syarikat (AS) untuk mengawal Lubnan dan mengecam tindakan zalimnya terhadap negara itu.
"Perjuangan masih belum berakhir, ia masih membara dan kita bersedia untuk berdepan dengan Israel," katanya melalui ucapan yang disiarkan melalui televisyen.
Ucapan Hassan turut dimainkan semula dan disambut orang ramai dengan laungan 'Kami sedia berkhidmat untukmu, Nasrallah'.
Ketika ini, ratusan ribu orang berkabung atas kematian Hassan, dalam satu upacara pengebumian di Beirut, sejak semalam, sekali gus menunjukkan kumpulan itu masih menerima sokongan berterusan selepas perang dahsyat dengan Israel.
Ketika upacara pengebumian berlangsung, wanita dilihat menangis sementara trak membawa keranda Hassan dan penggantinya, Hashem Safieddine, yang turut terkorban dalam serangan Israel, bergerak di laluan dibarisi orang ramai.
Keranda mereka dihiasi serban hitam dan dibalut dengan bendera kuning Hizbullah. Perarakan menuju ke lokasi pengebumian Hassan berhampiran lapangan terbang bertukar kecoh apabila berlaku rempuhan.
Siaran langsung oleh televisyen Al-Manar menunjukkan anggota Hizbullah berpakaian seragam tentera menolak orang ramai menjauhi keranda selepas ia diturunkan dari trak.
Hashem akan dikebumikan di kampung halamannya di Deir Qanun al-Nahr di selatan Lubnan pada hari ini.
Serangan besar-besaran Israel pada September yang mengorbankan Hassan iaitu pemimpin yang mengetuai Hizbullah selama lebih tiga dekad, memberikan tamparan hebat kepada kumpulan yang disokong Iran itu.
Namun, Hizbullah yang selama beberapa dekad menguasai politik Lubnan, masih mempunyai sokongan kuat dalam kalangan masyarakat Syiah di negara itu.
Ketika upacara pengebumian bermula di Stadium Camille Chamoun Sports City, pesawat perang Israel dilihat terbang rendah di ruang udara Beirut.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, menyebut tindakan itu adalah bagi menyampaikan mesej jelas kepada sesiapa yang mengancam Israel.
Dua sumber Hizbullah memberitahu AFP bahawa orang ramai yang dianggarkan menyertai upacara pengebumian itu adalah kira-kira 800,000 orang.
Lelaki, wanita dan kanak-kanak berjalan dalam cuaca sejuk membeku untuk menghadiri majlis itu, yang tertangguh selama beberapa bulan atas faktor keselamatan.
Wartawan AFP melaporkan bahawa Stadium Camille Chamoun Sports City yang boleh menampung kira-kira 78,000 orang itu dipenuhi dengan orang ramai.
Ketika orang ramai berkumpul, Agensi Berita Nasional melaporkan serangan udara Israel berlaku di selatan dan timur Lubnan, yang menurut tentera Zionis itu, menyasarkan tapak pelancar roket dan senjata.
Israel melancarkan beberapa serangan di Lubnan sejak perjanjian gencatan senjata dengan Hizbullah pada 27 November lalu yang menamatkan lebih setahun permusuhan, termasuk dua bulan perang secara habis-habisan.
Upacara pengebumian itu berlangsung beberapa hari selepas tarikh akhir untuk Israel berundur dari selatan Lubnan, dengan tentera Israel menarik diri dari semua kawasan kecuali di lima lokasi, dengan kedua-dua pihak saling menuduh melanggar gencatan senjata.
Presiden Lubnan, Joseph Aoun, dan Perdana Menteri, Nawaf Salam, menghantar wakil rasmi untuk menghadiri majlis terbabit.
Dalam pertemuan dengan delegasi Iran sebelum pengebumian, Aoun berkata, Lubnan sudah penat dengan peperangan yang dicetuskan pihak lain di tanah airnya.
Kelemahan Hizbullah dalam perang baru-baru ini menyumbang kepada pemilihan Aoun sebagai presiden, yang dilihat sebagai calon pilihan dalam kalangan kerajaan Barat selepas dua tahun berlaku kekosongan kuasa.
Beliau kemudian melantik Nawaf sebagai Perdana Menteri bulan lalu.
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menegaskan perjuangan menentang Israel akan berterusan, ketika Hizbullah mengadakan upacara pengebumian.
Beliau memuji Hassan sebagai seorang mujahid agung dan pemimpin berwibawa serta menyifatkan Hashem sebagai orang kepercayaannya yang tidak dapat dipisahkan daripada kepimpinan Hizbullah. - AFP
RAMAI DUIT - SATU BANGLO !!!
RM150 juta ditemui dalam serbuan SPRM di rumah bekas Setiausaha Politik PM9 Dato’ Sri Ismail Sabri
Date: February 23, 2025
Author: Corporate Untold
Kuala Lumpur, 23 Februari 2025 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menemui wang tunai berjumlah RM150 juta dalam satu serbuan di kediaman Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus bekas Setiausaha Politik PM 7 Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob. Serbuan tersebut, yang dilakukan oleh pasukan khas penyiasatan, dikatakan sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Menurut sumber wang tunai itu ditemui dalam beberapa beg besar dan peti keselamatan yang tersimpan di beberapa bilik khas dalam kediaman berkenaan. Selain wang tunai, pihak berkuasa juga merampas dokumen penting, barang kemas, dan peranti elektronik yang dipercayai boleh membantu siasatan.
Jurucakap agensi penyiasatan mengesahkan bahawa serbuan itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh dalam tempoh beberapa bulan terakhir. “Kami sedang menyiasat asal-usul wang tunai ini dan sama ada ia berkaitan dengan sebarang aktiviti jenayah kewangan,” katanya
Sejak desas-desus itu kecoh semalam Dato’ Sri Ismail Sabri dilaporkan dikejarkan ke hospital Sunway Medical Centre, Kota Damansara selepas tidak sedarkan diri pada awal pagi Sabtu. Dalam satu mesej yang tular melaporkan keadaan bekas Perdana Menteri.
“Datuk Seri Ismail pengsan dan tidak sedarkan diri pagi tadi. Semoga beliau diberi kesembuhan oleh Allah SWT,” kongsi salah seorang pembantu bekas Perdana Menteri itu, Yuri Azhar Mazlan, dalam catatan di Facebook. Turut dimuat naik sekeping gambar Ismail Sabri yang sedang berehat di katil hospital.
Ismail Sabri pengsan selepas serbuan SPRM ke atas SUPOLnaya
Pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan penemuan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Dato’ Sri Ismail Sabri dan beberapa pemimpin UMNO BN terkenal sebagai pemimpin yang sentiasa membuat langkah pintu belakang menubuh atau menjatuhkan kerajaan.
Rampasan RM150 juta menunjukkan pegawai PM9 sebelum ini mengumpul kekayaan atas alasan kempen pilihanraya poster boy namun wang pilihanraya itu disimpan tidak diberikan kepada parti. Mungkin lerbih ramai pegawai yang ada kaitan dengan Dato Sri Ismail Sabri akan ditangkap lagi.
Seorang lagi dalam radar ialah Datuk Armand Azha Abu Hanifah, “blue eye boy” Ismail Sabri yang dikatakan mengumpul lebih RM400 juta hasil duit derma kempen Pilihanraya ke 15 ‘Poster boy’ Ismail Sabri.
Bukan itu sahaja Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang membawa lari duit pilihanraya bersekongkol dengan Nazimah bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-9 Ismail Sabri.
Duit-duit itu jugalah digunakan membeli undi di 189 bahagian yang menjalankan pemilihan bagi sayap pergerakan UMNO. Sehingga kini wang RM400 juta yang disembunyikan oleh Datuk Arman itu tidak diketahui. Apakah Datuk Arman pula akan jadi sasaran?
WOIT
150 JUTA
WOW !!!
GILA RAMAI
RINGGIT
BERKUMPUL
KAH KAH KAH
MESTI PENUH
SATU BANGLO
AMIN
INI KES TAMAK
TAK NAK KONGSI
RAMAI RAMAI
KAH KAH KAH
MESTI TIDUR
DALAM RINGGIT
KAH KAH KAH
KHALAS
MERAKAM SEJARAH PAGI
JANGAN MARAH
AMIN
INI MERAKAM
SEJARAH PAGI
20 TAHUN DARI
HARI INI BOLEH
BUKA TENGOK &
BACA KEMBALI
DI TAPAK
YANG SAMA
AMIN
Unknown commented on
"PAGI INI"
Hari2 kau buat cerita bodoh nak mampos. Kau Dan anjing najis kau. Haramjadah
PETANG INI
PETANG INI
JAM 5 PETANG
RINTIK RINTIK DAH JATUH
ANGIN BERTIUP KENCANG
MATA HARI DAH HILANG
LANGIT MAKIN GELAP
HUJAN NAK TURUN
AMIN
SCAM TALIPON
Polis Thailand, Kemboja selamatkan 215 mangsa pemerdagangan manusia
BANGKOK: Polis Thailand dan Kemboja menyerbu sebuah bangunan di bandar sempadan sebelum membebaskan 215 warga asing yang dipaksa bekerja di pusat penipuan dalam talian, kata seorang pegawai kanan Thailand.
Ratusan ribu individu diperdagang oleh sindiket penjenayah itu untuk melakukan kegiatan penipuan dalam talian di seluruh Asia Tenggara, menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Laporan PBB pada 2023 menganggarkan operasi haram itu berkembang pesat dan menjana berbilion dolar setiap tahun.
Dalam satu operasi hari ini, pihak berkuasa menyasarkan sebuah bangunan tiga tingkat di bandar sempadan Kemboja Poipet di wilayah Banteay Meanchey.
Warga asing yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, Pakistan (50), India (48), Taiwan (lima) dan Indonesia (tiga), kata jurucakap kerajaan Thailand, Jirayu Houngsub.
"Ini jumlah terbesar rakyat Thailand yang dibebaskan dari bangunan disyaki menjadi lokasi penipuan secara dalam talian untuk kedua-dua negara," katanya.
Operasi itu hasil kerjasama Thailand dan Kemboja untuk menangani penipuan dalam talian.
Kegiatan itu beroperasi bertahun-tahun dan baru-baru ini seorang pelakon China, Wang Xing diselamatkan akibat terpedaya dengan janji memperoleh pendapatan lumayan.
Bagaimanapun, dia diculik dan dibawa ke lokasi pusat penipuan secara dalam talian di Myanmar.
Dalam pada itu, negara-negara Asia Tenggara meningkatkan usaha untuk menangani kejadian seumpama khususnya menerusi penguatkuasaan di sempadan Thailand-Myanmar.
Awal bulan ini, Thailand memotong bekalan elektrik dan internet ke kawasan dikaitkan dengan pusat penipuan berkenaan.
Menurut tentera Thailand, China sudah menghantar pulang 621 rakyatnya yang diselamatkan beberapa hari lalu. - Reuters
INI KERJA
GENG DARI
CHINA MERAH
AMIN
KERJASAMA DGN
GENG MYNMAR
BANTUAN LETERIK
DAN TALIPON
DARI ASKAR SIAM
AMIN
MUSTAHIL ASKAR
SIAM TAK
TELIBAT
KHALAS
OMBAK KANAN SEDANG MENGAMPOH
OMBAK KANAN
SEDANG
MENGAMPOH
Rumah Putih pada ketika tulisan ini garap sedang diduduki oleh Donald J. Trump Presiden Amerika ke 47. Ini kali ke dua Trump masuk ke Rumah Putih. Kali pertama tahun 2016 sebagai Presiden ke 45. Dua kali Trump menang dengan mengalahkan dua calon wanita. Pertama Hillary Clinton dan ke dua Kama Haris.
Donald Trump di Rumah Putih sedang membawa dan melebarkan garis politik ombak kanan. Bukan hanya ke Amerika malah ke seluruh dunia termasuk kita di Malaysia.
Ini ertinya bukan ombak politik baru. Dalam politik wujud ombak kiri dan ombak kanan. Dalam tulisan ini saya ingin membincangkan apa makna garis politik ombak-ombak ini.
Awal wahid saya wajib memberi pencerahan agar kita sesama memahami istilah garis politik kanan dan garis politik kiri. Apa yang menjadikan ianya dipanggil kanan dan apa yang menjadikan ianya dipanggil garis politik kiri.
Politik kiri dan kanan ini berasal-usul dari Revolusi Perancis. Istilah "kiri" dan "kanan" pertama kali muncul semasa Revolusi Perancis 1789. Ketika persidangan Dewan Negara berjalan di Paris - ahli-ahli dewan dibahagikan kepada dua kumpulan. Para penyokong Rejim Lama duduk di sebelah kanan Tuan Speaker dan para penyokong revolusi duduk di sebelah kirinya.
Dari sini lahirlah istilah politik kanan dan istilah politik kiri.
Yang kanan ini membawa pandangan rejim lama, mempertahankan yang lama, yang kolot, yang tidak progresif dan enggan beredar dengan zaman.
Manakala garis kiri ialah garis muda, rancak, progresif, maju dan mahu menerima pembaharuan.
Sesudah Revolusi Bolsheviks 1917 di Rusia konsep kiri dan kanan ini berkembang kukuh. Politik kiri kini diasosiasikan pula dengan gerakan revolusi Parti Komunis atau Parti Sosialis atau Parti Nasionalis.
Parti Komunis atau Sosialis berjuang untuk mendirikan negara yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis.
Sesiapa yang bersimpati dengan gerakan Parti Komunis atau mahu menegakkan ekonomi sosialis maka mereka di anggap kiri. Kaum Nasionalis yang juga melawan rejim lama juga di anggap kiri.
Manakala mereka yang bersetuju dengan sistem ekonomi kapitalis dianggap kanan.
Parti politik, kumpulan atau individu kanan ini cuba menyamar tidak mahu di tuduh kanan. Dicap kanan adalah satu penghinaan. Mereka yang berfikrah kanan akan merasa hina dan malu. Lalu mereka menggelar diri mereka konservatif, demokrat atau sosial demokrat .
Mereka tidak mahu di tuduh penyembah dan penyokong sistem ekonomi kapitalis. Justeru mereka berselindung dan mereka memanggil diri mereka penyokong pasaran bebas atau free market.
Untuk dilihat bijak mereka menggunakan perkataan Peranchis laissez-faire – dibenarkan membuat. Walhal laissez-faire ini bermakna sistem ekonomi kapitalis.
Sila ambil perhatian penyokong sistem ekonomi kapitalis tidak pernah ada yang berani bangun yang mendabik dada mengatakan – “Saya sokong ekonomi kapitalis atau saya dari garis kanan “.
Penyokong sistem ekonomi kapitalis akan menjauhi perkataan kapitalis seperti menjauhi diri dari bangkai.
Tidak seperti kaum kiri - kaum nasionalis atau kaum sosialis. Mereka bangga dan berani mengakui – “Saya seorang nasionalis atau saya seorang sosialis atau saya dari garis kiri”.
Beginilah hina dan hapraknya kapitalis dan garis kanan. Penyokong mereka pun malu untuk mengakui diri mereka menyokong sistem ekonomi kapitalis.
Apa dia sosialis? Apa dia kapitalis?
Mudah sahaja untuk memahami makna dan teras dua sistem ekonomi ini.
Rukun iman ekonomi kapitalis ialah membuat untung maksima – membuat untung sebanyak mungkin. Hak individu membuat untung di utamakan. Daulah atau sesiapa saja tidak boleh mencampuri hal jual beli dalam sistem kapitalis. Keuntungan individu adalah mantra ekonomi kapitalis.
Rukun iman sosialis ialah kesejahteraan ramai di dahulukan dari keuntungan individu. Hak dan kepentingan ramai menjadi kemudi dalam sistem ekonomi sosialis. Masing-masing mengikut kemampuan. Masing-masing mengikut keperluan.
Bagaimana pula sosok-sosok yang klim mereka mengamalkan demokrasi?
Wajib di fahami demokrasi ini bukan sistem ekonomi. Demokrasi ialah membuat keputusan mengikut suara teramai. Suara teramai boleh diambil melalui undian atau angkat tangan.
Dalam sistem ekonomi kapitalis ada demokrasi. Dalam sistem ekonomi sosialis ada demokrasi. Negara yang tidak mengamalkan dan mengikut suara teramai ini dipanggil negara diktator. Ini berlaku dalam kerajaan monarki – raja mutlak seperti di Saudi Arabia. Atau dalam kerajaan tentera seperti di Myanmar. Kerajaan diktator ini di tubuh tidak melalui suara ramai.
Pada ketika ini garis dan ombak kanan sedang melanda dunia. Manifestasi ombak kanan ini ialah kemenangan Trump masuk ke Rumah Putih. Ombak kanan ini juga sedang kita rasakan dalam politik Malaysia.
Bagaimana dan kenapa ombak kanan ini berjaya mengampuh dunia. Semua yang berlaku dalam dunia ini ada sebab musabab. Dalam politik semua di rancang. Tidak ada sesuatu berlaku dengan sendirinya.
Ada babak politik yang dilihat berlaku dengan sendiri sebenarnya ini adalah hasil dari tindak tanduk dari perancangan awal. Yang dilihat berlaku dengan sendirinya adalah manifestasi atau akibat dari perancangan awal.
Justeru Donald Trump masuk ke Rumah Putih ini juga hasil dari tindak tanduk politik yang lebih awal. Betul. Pada ketika ini bukan hanya di Amerika garis politik kanan sedang berkuasa. Di Itali, di Austria, di Perancis, di Jepun , di Korea Selatan. Di Poland adalah contoh-contoh negara yang kini berhaluan kanan.
Pada Ahad 23 Februari 2025 German akan mengadakan pilihan raya umum. Garis kanan kini di jangka maju ke hadapan. Hakikatnya hampir diseluruh dunia politik garis kanan sedang mara ke hadapan.
Kenapa dan bagaimana ini boleh berlaku.
Jawabnya amat mudah. Garis politik kanan mengampuh ke seluruh dunia kerana kegagalan Parti Komunis, kegagalan Parti Nasionalis dan kegagalan Parti Sosialis. Politik kanan mengampuh kerana kegagalan demokrasi liberal.
Kita boleh memahami politik dunia yang berlaku hari ini dengan meneliti dan memahami politik Malaysia. Apa yang terjadi di Tanah Melayu dan kemudian Malaysia dialami juga oleh negara-negara lain di Amerika Latin, di Afrika, di Timur Tengah dan di semua negara Dunia Ketiga.
Tanah Melayu telah dijajah oleh Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris. Hampir semua negara dalam dunia ini dijajah oleh kuasa kolonial Eropah. Hanya Jepun, Ethiopia dan Siam yang tidak pernah dijajah oleh kuasa Eropah.
Siam tidak dijajah kerana Inggeris dan Perancis tidak mahu bertembung. Siam menjadi negara pemisah antara penjajah Perancis di Indo China dengan penjajah Inggeris di Tanah Melayu.
Ketika Tanah Melayu dijajah ombak garis politik kiri cukup besar dan mengampuh. Kaum nasionalis Melayu adalah pemula gerakan melawan penjajah.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang juga dikenali Parti Nasionalis Melayu (PNM) telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Parti Islam PAS ditubuhkan pada tahun 1947 bermula dengan Hisbul Muslimin dan diharamkan oleh Inggeris pada tahun 1948. Pada tahun 1951 gerakan Islam ini menjadi Parti Islam Tanah Melayu. Kini dikenali sebagai Parti Pas.
Parti Komunis Malaya ditubuhkan di Singapura pada tahun 1930. Ianya adalah cabang dari gerakan komunis antarabangsa – Comintern - Communist Internasional.
Dalam zaman menentang penjajah kaum Nasionalis, Agamawan dan komunis bekerja sama. Mereka mendirikan kesepakatan untuk melawan musuh yang sama : Penjajah Inggeris.
Garis politik yang dibawa oleh semua kumpulan, organisasi dan parti politik ketika itu ialah garis kiri. Pada ketika itu ada kesepakatan untuk melawan musuh yang sama – Penjajah Mat Saleh.
Saya melakar semua ini sebagai pengenalan awal untuk kita memahami lebih dalam tentang apa yang berlaku sekarang. Pada hemat saya ini penting untuk kita semua memahami sejarah. Kita wajib tahu dari mana asal usul sejarah kita dulu. Memahami yang dulu membolehkan kita memahami kenapa sekarang menjadi macam sekarang.
Dari fakta sejarah juga kita mengumpul pengalaman. Apa yang telah di lalui oleh Ahmad Boestamam, Pak Sako, Rashid Maidin , Burhanuddin Hilmi, Shamsiah Fakeh atau Chin Peng. Perjuangan sosok-sosok ini wajib menjadi rujukan kita.
Sejarah ini juga wajib menjadi rujukan untuk kita hari ini dapat mengenali siapa dan dari mana asal usul Nga Kor Ming, siapa Lim Kit Siang dan kenapa RSN Rayer bertanda putih di dahi.
Sejarah ini juga akan memberi pencerahan kepada kita untuk memahami siapa Anwar Ibrahim dan kenapa dia menjual 39 lapangan terbang milik kita kepada syarikat Yahudi Zionis Blackrock.
Fakta-fakta sejarah ini juga akan memberi kita pemahaman siapa , apa dan kenapa Donald Trump ditakrif sebagai pembawa garis kanan.
Dunia hari ini akan kita fahami dengan lebih jelas dan tuntas dengan melihat apa yang berlaku terdahulu. Media dunia dan media kita sendiri tidak akan menggunakan konsep garis politik kiri atau garis politik kanan.
Justeru Hishamuddin Rais memberikan satu pencerahan agar pemahaman politik kita tidak tempang.Untuk mengetahui lagi sila tunggu sambungan minggu hadapan. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL BEBAS NEWS. COM
https://bebasnews.my/2025/02/22/ombak-kanan-sedang-berkuasa-bahagian-pertama/#google_vignette
Langgan:
Ulasan (Atom)















