Khamis, 24 Julai 2025

DONGA APO ABANG KITO KATO


DONGA SINI

APO KATO

ABANG KITO NI

AMIN

TURUN JAAG OOOI

JANGAN TAK TURUN

AMIN

KAMBOJA MEROKET SIAM



KAMBOJA 

SERANG SIAM 

DENGAN ROKET

AMIN

LAGI JANJI AKAN TIBAI MADAFAKA


LAGI JANJI

AKAN TIBAI

MADAFAKA

KHALAS

PANDAI BUAT VIDEO PASTI DAPAT PROJEK


PANDAI BUAT

VIDEO PASTI

DAPAT PROJEK

AMIN

JATUHKAN KERAJAAN ZALIM IALAH TUGAS SUCI


Tukar kerajaan bukan berdosa
 
Kerajaan hari ini digesa untuk tidak menggunakan sentimen agama bagi menghalang rakyat membuat “perubahan secara demokratik” kerana ia bukannya sesuatu yang berdosa.

Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) berkata hal itu kerana ia selaras dengan negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

"Jangan cuba tunggang agama, kononnya menukar kerajaan bukan cara Islam.

“Sistem negara kita adalah demokrasi berparlimen. Ada pilihan raya setiap lima tahun, maka menukar kerajaan bukanlah jenayah, bukan dosa, bukan juga pengkhianatan, sebaliknya itulah bukti rakyat sayang kepada negara.

“Kita ingin negara ini selamat dan kita ingin menjulang sistem beraja yang ada dalam negara kita.

“Kita ingin melihat negara ini dipimpin dengan nilai moral, iman dan amanah, bukan retorik semata-mata," katanya semasa membahaskan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 20 Julai lalu seorang ulama terkenal berharap pentadbiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dapat dikekalkan yang menurutnya bagi mengelakkan kesan kepada perkembangan Islam dan ekonomi.

Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki menyuarakan harapannya itu ketika ada pihak tertentu terutama pembangkang berusaha menjatuhkan perdana menteri menerusi himpunan di Kuala Lumpur pada 26 Julai ini.

Bukan bermakna bisu, tak tegur

Menurut penasihat Kesatuan Pondok Kelantan itu, perubahan kerajaan yang terlalu kerap hanya akan menjejaskan kehidupan rakyat termasuk perkembangan sekolah pondok dan menyebabkan ekonomi menjadi malap.

Dalam perbahasannya Ahmad Marzuk turut membidas peringatan kepada penjawat awam agar tidak menyertai himpunan Turun Anwar hujung minggu ini.

Katanya tindakan itu adalah suatu penindasan dan menghalang hak bersuara rakyat.

"Kita faham benar Rukun Negara, kesetiaan kepada raja dan negara tapi jangan cuba memesongkan maksudnya.

“Kesetiaan kepada negara bukanlah kesetiaan mutlak kepada seorang perdana menteri. Kita setia kepada raja kerana itu lambang negara kita.

“Kita setia kepada negara kerana itu amanah yang kita warisi.

“Tetapi kesetiaan tidak bermakna bisu, tidak bermakna tidak boleh menegur apatah lagi menukar kerajaan secara sah dan demokratik" katanya.

MENJATUHKAN 

KERAJAAN ZALIM

ADALAH  TUGAS 

SUACI

AMIN

DEMO LAWAN

KERAJAAN 

ZALIM WAJIB

DIJADIKAN

RUKUN

AMIN

KHALAS

TANDA MADANON AKAN TERBARAI

Ini paling cun’ - Bung sindir Hajiji isu rakaman audio

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin tidak melepaskan peluang menyindir musuh politiknya, Ketua Menteri Hajiji Noor, ketika pilihan raya negeri sedang menunggu masa, seiring munculnya isu baru dalam skandal perlombongan negeri.

Sindiran itu dibuat susulan penerbitan rakaman oleh portal berita MalaysiaNow yang didakwa memuatkan suara Hajiji menekankan keperluan meluluskan lesen penerokaan arang batu untuk syarikat berkaitan bekas pembantu politik perdana menteri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador.  

“Yang penting kita luluskan dulu, urus kemudian–ini paling cun,” tulis Bung di Facebook, merujuk kenyataan dari rakaman yang dikaitkan dengan Hajiji.  

Dalam rakaman itu, suara yang didakwa milik Hajiji–yang juga pengerusi syarikat milik kerajaan negeri Sabah Mineral Management Sdn Bhd–kedengaran berkata: 

"Ya, itu kita atur nanti. Yang penting, kita luluskan dia punya permohonan".

Dia dikatakan berkata demikian terhadap kebimbangan Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong: "Tapi kawasan itu terlampau luaslah Datuk Seri, 70,000 hektar."

Menurut MalaysiaNow, rakaman itu dikatakan dari mesyuarat Mei 2024 melibatkan lembaga SMM.  

Sebelum ini, SMM menafikan sebarang lesen diluluskan untuk firma berkenaan, manakala Farhash menolak dakwaan itu sebagai palsu dan membuat laporan polis terhadap MalaysiaNow.  

Hajiji dan gabungan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) menghadapi tekanan meningkat sejak dakwaan skandal perlombongan Sabah terbongkar, November tahun lalu.  

Kesan skandal ini meluas. 

Seramai 15 anggota politik berkaitan GRS–termasuk menteri kanan kabinet Hajiji, pemimpin utama parti komponen, malah speaker Dewan Undangan Negeri– terlibat dalam skandal tersebut.  

Setakat ini, dua Adun didakwa di mahkamah, bersama ahli perniagaan yang pembongkar skandal ini kepada umum, menambah drama kepada salah satu krisis paling merosakkan dalam pentadbiran Hajiji.  

SEMUA INI

ADALAH TANDA

KERAJAAN

MADANON AKAN

TERBARAI

AMIN


5000 ORANG BERDEMO SUDAH CUKUP !!!



Himpunan Turun Anwar  beri kesan, pada pilihan raya dua tahun lagi 

PUTRAJAYA – Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada Sabtu ini akan memberi kesan besar kepada  pengundi  dalam PRU dua tahun akan datang.

Rakyat  mendesak Anwar  turun daripada jawatannya  sekarang keran tidak tahan melihat negara ini menjadi kacau.

“Jika ramai yang turun dalakm Himpuuan ini  Turun Anwar  ini agak membimbangkan kerajaan Madani"

Polis sebelum ini menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada 26 Julai ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihak penganjur sudah membuat pemakluman kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurutnya, seramai 2,000 pegawai dan anggota akan ditugaskan bagi membantu melancarkan perhimpunan berkenaan selain menjaga keselamatan peserta dan orang awam.

Polis, katanya, menjangkakan orang ramai mula berkumpul seawal pukul 11 pagi di empat lokasi yang sudah dikenal pasti sebelum masing-masing berarak ke Dataran Merdeka pada 2 petang.

Tiada penutupan jalan dirancang setakat ini namun ia bergantung kepada situasi semasa dan hanya akan dilakukan sekiranya keadaan memerlukan.

Sementara itu, penganjur menyasarkan penyertaan lebih 50,000 orang dalam Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar sebagai isyarat kebangkitan rakyat terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

Sementara itu, seorang ahli Parlimen Perikatan Nasional,  Shahidan Kassim pula meramalkan himpunan yang sama akan menjadi “ibu segala perhimpunan” di Kuala Lumpur.

Beliau meramalkan himpunan itu bakal mengumpulkan antara 300,000 hingga 500,000 orang yang cukup untuk membanjiri perkarangan stadium dan melimpah ke jalan raya pada hari Sabtu nanti.

Ahli Parlimen Arau itu juga mendedahkan pengumuman khas “luar biasa” oleh Anwar semalam tidak akan menggugat semangat protes terbabit. – 

5000 TURUN

BERDEMO 

SUDAH CUKUP

AMIN

KALAU 500 RIBU

INI BONUS 

AMIN

TANDA BAIK

UNTUK PRU16

KHALAS

APA MAKNA ANCAMAN


BILA ADA ANCAMAN

ERTINYA APA 

YANG KITA BUAT

MENUSUK JANTUNG

MADAFAKA

KHALAS

SIAM DAN KAMBOJA BERPERANG



Thailand dakwa 9 orang awam di sempadan negara itu maut dalam serangan artileri Kemboja

BANGKOK: Tentera Diraja Thailand (RTA) mendakwa jumlah orang awam negara itu yang terbunuh dalam serangan Kemboja ke atas sasaran awam di sepanjang sempadan Thai-Kemboja hari ini meningkat kepada sembilan orang, manakala 14 lagi cedera.

Timbalan Jurucakap RTA, Kolonel Richa Suksuvanond seperti dipetik portal Nation Thailand, mengesahkan bahawa salah seorang mangsa adalah kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Menurutnya, beberapa kampung, rumah dan harta persendirian diserang selepas tentera Kemboja melepaskan tembakan ke arah tentera Thailand berhampiran Prasat Ta Muen Thom, pagi tadi.

Sementara itu, menurut kenyataan rasmi disiarkan di laman Facebook RTA, sekurang-kurangnya sembilan orang awam terbunuh dalam siri serangan artileri yang didakwa dilakukan pasukan tentera Kemboja di kawasan sempadan, susulan konflik yang semakin memuncak antara kedua-dua negara.

Kenyataan itu mendakwa, enam mangsa maut dalam satu serangan ke atas sebuah stesen minyak di Ban Phue, wilayah Sisaket, manakala 10 lagi cedera dalam letupan yang berlaku akibat tembakan roket BM-21 dari arah Kemboja.

Dua lagi mangsa, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, dilaporkan terbunuh selepas serangan artileri di kawasan Ban Chorok, Surin, manakala seorang lagi maut dalam insiden berasingan di Ban Kut Chiang Mun, wilayah Ubon Ratchathani.

Pihak berkuasa Thailand telah memindahkan lebih 40,000 penduduk dari 86 kampung di kawasan sempadan ke lokasi perlindungan sementara, susulan peningkatan serangan dan penggunaan senjata berat oleh kedua-dua pihak.

Kemboja menafikan dakwaan berkenaan, menegaskan pasukan mereka hanya bertindak balas selepas diserang terlebih dahulu oleh tentera Thailand. Kementerian Pertahanan Kemboja menyifatkan tindakan Thailand sebagai serangan tidak berasas dan melanggar kedaulatan negara.

Insiden berlaku selepas Thailand mengerahkan jet pejuang F-16 menyerang sasaran ketenteraan di wilayah Kemboja, menjadikan konflik sempadan yang berlarutan sejak Mei lalu kini memasuki fasa paling tegang sejak 2011.


SATU LAGI

PASARAN DIBUKA

UNTUK PENJUAL

SENJATA

AMIN

PERANG IALH

PERNIAGAAN

AMIN

KHALAS

PEMIKIRAN RAFIZI DI PERLUKAN

 


NEGARA 

MEMERLUKAN

FIKIRAN RAFIZI

AMIN

Unknown commented on 

"RAFIZI CALON PM"


Prof Formula sudah dibuang kerana kasih sayang kepada anak, kasih sayang kepada jawatan, kasih sayang kepada kuasa diutamakan, ini terbukti bukan sekarang malah anak beranak menguasai segalanya sejak PM 2 lagi, siapa lagi dapat masuk lingkungan kuasa kalau bukan anak beranak kah kah kah, 

itupun susah nak faham orang kita yang pemikiran tahap tertinggi kah kah kah, satu demi satu orang ditukar kepada puak kronisme dalam semua, ini menjaga kedudukan sendiri, kelayakan akademik kelayakan akal tidak pun menjadi persoalan, bijaksana tidak dipilih kerana tidak akan mencium tangan atau menurut perintah atasan kah kah kah

DI ANCAM TAPI TAK GENTAR


DI ANCAM TAPI

TAK GENTAR

AMIN

PENJAHAT INDON LARI KE MALAYSIA



PENJAHAT INDON

LARI KE MALAYSIA

AMIN

SIAM DAN KAMBOJA BERTEMBAK



Tentera Thailand dan Kemboja bertempur di sempadan


BANGKOK: Perbalahan bersenjata tercetus antara Thailand dan Kemboja di kawasan sempadan yang dipertikai pada awal pagi Khamis.

Ini kali kedua pihak tentera kedua-dua negara bertempur, selepas saling menuduh satu sama lain melepaskan tembakan terlebih dahulu susulan ketegangan yang memuncak sejak beberapa minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, tentera Thailand mendakwa pasukan Kemboja melepaskan tembakan di kawasan berhampiran kuil Ta Moan Thom yang menjadi pertikaian.

Ia turut menyatakan bahawa Kemboja telah mengerahkan dron pengawasan sebelum menghantar tentera lengkap dengan senjata berat ke kawasan terbabit.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja pula menafikan dakwaan itu dan menyatakan pertikaian berpunca daripada pencerobohan tanpa provokasi oleh tentera Thai, sekali gus memaksa pasukan mereka bertindak mempertahankan diri.

Kes itu berlaku selepas Thailand memanggil pulang dutanya di Kemboja pada Rabu dan mengumumkan akan mengusir duta Kemboja di Bangkok.

Ini susulan pertembungan kedua dalam tempoh seminggu yang menyaksikan seorang lagi askar Thai kehilangan anggota badan akibat terpijak periuk api di kawasan yang menjadi pertikaian.

Thailand mendakwa periuk api itu baru dipasang di kawasan berkenaan, namun tuduhan itu disifatkan sebagai tidak berasas oleh Kemboja.

Kemboja masih mempunyai berjuta-juta periuk api yang tertinggal sejak zaman perang saudara beberapa dekad lalu, menurut kumpulan pemusnah periuk api. - REUTERS

INI BERITA

BAIK UNTUK

SYARIKAT

JUAL SENJATA

AMIN

KHALAS

DAPAT BE;I KARIPAP DAN AIR TEBU



DAPAT BELI

KARIPAP DAN

AIR TEBU

AMIN


DARI FB Kam Ahmad
ertnspoSdo331
 ·
Kebiasaan aku isi RM400 sebulan atau RM80 setiap kali isi sebanyak 5 kali, jika ditukar kepada liter penggunaan sebulan ialah 195.12 liter berdasarkan RM2.05 seliter untuk minyak jenis RON95.

Jadi dengan pengumuman PMX sebentar tadi harga RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter, maka penggunaan aku selama sebulan akan ada penjimatan sedikit.

Kiranya jika aku hanya guna 195.12 liter sebulan, dengan harga baru aku hanya bayar RM388.29

Penjimatan setiap bulan RM11.71, baki bolehlah aku beli karipap dan air tebu

Sudah anda belajar? Sila komen See less

TEGAK KEBENARAN


YANG PENTING

TERUS TEGAK

KEBENARAN

AMIN

Unknown commented on
 "MADEY UMUR 100 TAHUN - RAKYAT DAPAT 100 RINGGIT"

Keadilan manusia merujuk kepada prinsip moral dan undang-undang yang memastikan kesaksamaan, kebaikan bersama, dan ketertiban dalam masyarakat. Tetapi adakah kita mengamalkan keadilan manusia? Adakah kita dilayan mengikut keadilan kesaksamaan kesetiaan mengikut kelayakan kelas golongan tahap kewangan? 

Pastinya tidak kerana manusia suka bercakap kiri kanan pasal keadilan sejagat macam bontot dia bau wangi sebab itulah orang-orang kita tidak dihormati, cakap serupa tahi dia berbau wangi padahal sama busuk malah lebih busuk dari orang biasa kah kah kah

SAPA BAKAL PEMBUNUH DARI SPRM ?


SAPA BAKAL

PEMBUNUH DARI

SPRM ?

JENG JENG JENG

AMIN

PAKAR VIDEO JADI KAYA



Pendedahan: Rakaman mesyuarat SMM lulus hak carigali mineral 70,000 hektar di Sabah kepada syarikat terkait Farhash


Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor didapati memuji dan memberikan sokongan kuat kepada syarikat yang terkait dengan bekas pemimpin PKR Farhash Wafa Salvador dalam sebuah mesyuarat membincangkan permohonan beberapa pihak untuk melakukan carigali mineral di negeri itu, menurut rakaman audio yang diberikan kepada MalaysiaNow.

Rakaman itu (klik untuk versi YouTube atau TikTok) merupakan beberapa petikan perjalanan mesyuarat selama lebih dua jam oleh lembaga pengarah Sabah Mineral Management (SMM), agensi negeri yang bertanggungjawab mengenai kekayaan mineral di Sabah dan dipengerusikan oleh Hajiji, pada Mei tahun lalu.

Antara babak menarik rakaman itu termasuk pengakuan bahawa kawasan yang diluluskan kepada Bumi Suria adalah "terlampau luas".

"Tapi kawasan itu terlampau luaslah Datuk Seri, 70,000 hektar," ulas Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong.

"Ya, itu kita atur nanti. Yang penting, kita luluskan dia punya permohonan," jawab Hajiji dalam mesyuarat yang dihadiri 18 orang, termasuk beberapa eksekutif syarikat perlombongan Indonesia.

Pada Isnin, MalaysiaNow mendedahkan langkah SMM meluluskan permohonan melibatkan kawasan hutan simpan seluas 70,000 hektar - tiga kali ganda keluasan Kuala Lumpur - kepada Bumi Suria Sdn Bhd, sebuah syarikat dikuasai Farhash dan seorang lagi individu bernama Aminuddin Mustapha.

Bumi Suria dimiliki sepenuhnya oleh Borneo Bumi Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat milik penuh Farhash dan Amin yang berkongsi saham pada asas 50/50.

Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, kedua-dua mereka dilantik sebagai pengarah Borneo Bumi pada 2 Mei 2024, dan sebagai pengarah Bumi Suria pada 7 Mei 2024.

Ketika penyertaan mereka, Bumi Suria, yang telah menjalinkan usahasama dengan PT Bayan Resources - gergasi perlombongan dari Indonesia milik hartawan dan "raja arang batu" Low Tuck Kwong - masih dalam proses rayuan pembatalan lesen carigali mereka.

Pembatalan itu dilakukan Hajiji pada awal 2024 - iaitu lima bulan sebelum penglibatan Farhash dan Amin - tanpa memberikan sebarang alasan.

sabahmineralBagaimanapun, pada 14 Mei, mesyuarat SMM sebulat suara menarik balik pembatalan itu.

Apa yang membangkitkan persoalan ialah keputusan tersebut dicapai selang seminggu selepas penyertaan Farhash dan Amin dalam Bumi Suria.

Susulan pendedahan MalaysiaNow, Ketua Pegawai Eksekutif SMM, Natasha Sim, yang turut hadir dan mengendalikan mesyuarat 14 Mei itu selaku ketua pegawai strategi ketika itu, menafikan pihaknya telah meluluskan lesen carigali kepada Bumi Suria mahupun mana-mana syarikat terkait Farhash.

Menurut portal berita Malaysiakini, Natasha "sendiri terpalit dengan kontroversi" selepas tular gambar memaparkannya bersama taikun balak Sabah, Elbert Lim di hadapan sebuah jet peribadi yang dikatakan milik "seorang hartawan arang batu dari Indonesia".

Tuntutan maaf dinafikan

Farhash pula mendakwa pendedahan MalaysiaNow itu sebagai "fake news" (berita palsu).

Bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu turut mengugut akan mengambil tindakan mahkamah terhadap MalaysiaNow sekiranya tidak menarik balik laporannya dan mengeluarkan permohonan maaf.

"Anak guam kami mahupun Bumi Suria Sdn Bhd tidak pernah dianugerahkan sebarang lesen prospektif atau carigali mineral di Sabah," menurut surat peguam Farhash kepada MalaysiaNow.

Dalam jawapannya, MalaysiaNow menolak tuntutan Farhash untuk menarik balik laporan tersebut.

"Artikel yang dirujuk akan kekal diterbitkan, kerana ia merupakan pelaporan yang adil dan tepat mengenai perkara yang berkepentingan awam, disokong oleh bukti kredibel dan boleh disahkan," kata jawapan balas itu.

"Berdasarkan perkara di atas, anak guam anda bebas meneruskan apa jua tindakan undang-undang yang difikirkan sesuai. Sekiranya memilih untuk memulakan prosiding undang-undang, anak guam kami bersedia sepenuhnya untuk melawan bersungguh-sungguh."

Sejak akhir tahun lalu, beberapa klip video didedahkan oleh ahli perniagaan Albert Tei menerusi portal berita Malaysiakini, yang menunjukkan penglibatan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri Sabah membincangkan rasuah berjumlah sehingga jutaan ringgit.

Bimbang akan keselamatan dirinya, Tei merayu Anwar memberikannya perlindungan sebagai pemberi maklumat (whistleblower) untuk meneruskan laporan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Permohonan Tei bagaimanapun ditolak perdana menteri, mengundang kritikan aktivis anti-rasuah.

SPRM setakat ini telah membawa pertuduhan rasuah terhadap dua Adun Sabah - Yusof Yacob dan Andi Muhammad Suryady Bandy, di samping Tei sendiri - tindakan yang dikritik pelbagai pihak sebagai pendakwaan terpilih kerana masih gagal menangkap "jerung" sebenar yang dikenal pasti dalam video-video yang didedahkan.

WOIT

KAU ORANG

APA TAHU

KAH KAH KAH

KALAU LU 

PANDAI BUAT

VIDEO LU JUGA

AKAN DAPAT

TANAH

KAH KAH KAH

KHALAS