Sabtu, 6 Mei 2023

MALAPETAKA IKLIM BAWA MALPETAKA EKONOMI



Fenomena cuaca panas jejas hasil petani, pekebun getah

ENOMENA cuaca panas yang melanda negara ketika ini bukan sahaja membataskan aktiviti harian masyarakat malah turut menjejaskan hasil golongan petani dan pekebun getah terutamanya di kawasan Jempol di Negeri Sembilan dan Padang Terap di Kedah yang sebelum ini dilaporkan merekodkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga).

Pekebun getah di Jempol, Jamal Borhan, 52, berkata cuaca panas ketika ini menyebabkan daun pokok getah banyak gugur dan susu getah berkurangan hingga mempengaruhi pengeluaran hasil sekali gus menjejaskan pendapatannya.

“Kalau dahulu boleh dapat dalam 100 ke 200 kilogram getah seminggu tetapi sekarang berkurang hampir separuh. Biasanya kalau toreh awal pagi, boleh dapat susu yang agak banyak tapi sekarang tidak, hanya dapat sikit sahaja.

“Hasil jualan diterima merosot 40 hingga 50 peratus akibat cuaca panas sejak beberapa minggu lepas sehingga turut menjejaskan pendapatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Jamal berkata dia sebelum ini mampu memperoleh pendapatan sekitar RM800 hingga RM900 seminggu daripada kebun getahnya yang berkeluasan 1.2 hektar, namun kini hanya meraih RM500 akibat keadaan cuaca panas yang disifatkan luar biasa.

Sementara itu, pekebun sayur di Felda Palong 15, Norzila Borhan, 58, pula mengakui kuantiti dan kualiti tanaman sayur-sayurannya termasuk cili, sawi dan terung turut terjejas akibat cuaca panas ketika ini.

“Bila cuaca panas, sayur mula bermasalah, banyak tidak ‘menjadi’ kerana ada sayur yang tahan panas ada tak tahan, saya lihat pokok kurang cantik, daun cepat kuning dan sebagainya, memang selalu kena siram.

“Tanaman saya bukanlah berskala besar, hanya kebun di sekitar rumah dan jualan tempatan tapi saya boleh lihat perbezaan jumlah dan kualiti dihasilkan. Kalau sebelum ini diuji dengan banjir yang turut musnahkan tanaman, kini cuaca panas pula,” katanya.

Di Kedah, penduduk di Padang Terap menyifatkan cuaca panas di daerah itu ketika ini sebagai ‘panas melampau’ terutama pada waktu tengah hari, berbanding yang pernah dialami tahun-tahun sebelum ini.

Muhd Fikri Badarudin, 35, berkata sejak beberapa minggu lepas keadaan terik dan bahang matahari amat dirasai sehingga membataskan aktiviti luar.

“Kalau tengah hari panasnya lain macam, Alhamdulillah sekarang ada hujan sikit kadang-kadang pada sebelah petang, dapatlah kurangkan bahang namun keadaan tetap panas.

“Kalau pada bulan Ramadan sebelum ini, memang terasa sikit sebab kita berpuasa, tapi sekarang kesan  kurang sikit sebab boleh minum air, tapi panas dan bahang memang terasa sangat di Padang Terap ini,” katanya.

Walaupun berhadapan keadaan itu, Muhd Fikri yang bekerja sendiri berkata penduduk masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa termasuk aktiviti rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri yang masih diadakan ketika ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd Yuszairi Mad Hidin, 42, berkata keadaan cuaca panas di Padang Terap dilihat agak berisiko bagi golongan warga emas dan kanak-kanak.

“Kalau kanak-kanak saya tengok kurang sikit main-main kat taman (permainan). Kesedaran ibu bapa pentinglah untuk pantau anak-anak mereka ketika musim panas ni bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 406 kawasan titik panas (hotspot) di seluruh negara melalui satelit dan setakat ini status cuaca panas tahap satu dikesan di dua kawasan iaitu di Padang Terap dan Jempol. – Bernama, 5 Mei 2023.


MALAPETAKA

IKLIM BAWA

MALAPETAKA

EKONOMI

AMIN

INI HANYA

PERMULAAN

AMIN

MALAPETAKA 

LEBIH BESAR

AKAN SAMPAI JIKA

UMAT MANUSIA

TIDAK BERUBAH

KHALAS

Tiada ulasan: