Sabtu, 6 Disember 2025

NEGARA SEMAKIN CELARU


NEGARA KITA 

SEMAKIN

BERCELARU

AMIN

Unknown commented on 
"SUARA CUKONG 
TAK MAHU BAYAR CUKAI"

Semakin lama semakin haru, semakin celaru, orang kita yang semakin pandai menjadi semakin bodoh sekarang, banyak isu-isu yang berlegar sekarang, tetapi dalam media sosial macam-macam bergaduh bertikam lidah, entah, yang tiada kena mengena pula terlebih komen, terlebih tahu semua hal dunia,

 setakat sembang buang masa di kedai tak apa juga, tetapi berani buat video dalam TikTok bercakap berhujah macam tahu segala ilmu dunia kah kah kah inilah tahap kemahiran pemikiran kita

 sekarang commented on 
"SUARA CUKONG 
TAK MAHU BAYAR CUKAI"

Orang Cina dah muak dengan DAP ... cakap tak serupa bikin ... tak ada telur. Baik MCA bangkit.


Unknown commented on 
"SETPOL ANWAR BIN IBRAHIM
 BUAT LAWAK"

cerita musti diadun dengan sempurna, dihiaskan dengan ayat ayat yg maha tinggi... agar lepas dikemudian hari dan ini semua akan dilabel fitnah belaka... mana politik nak cekau duit bohhh, depa tak meniaga... cuma ada kuasa nak luluskan projek... scratch ur back nicely ya... 2 x lima je sapa yg naik rasanya...


TT DI TUTUP SATU SEJARAH !!!



SAUDARA YANG 

BAIK HATI

SELAMAT DATANG

AMIN

TT DI TUTUP

BULAN PUASA LALU

SEBULAN LEBIH

AMIN


Unknown commented on 
"SUARA CUKONG 
TAK MAHU BAYAR CUKAI"

wala weiii... ingat dah takde, tetibe tegerak hati nak bukak... tahniah blog tuan da bebas lama rupa nye...

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SABTU 6 DISEMBER 2025

KULIT HITAM


TIGA  JANTAN INDIA
Kes tiga jantan  India DI TEMBAK POLIS  ini wajib kita semua hebohkan. Dari pita rakaman yang kita dengar jelas mereka dibunuh. Malah dari bedah siasat di dapati peluru terhenti di hati – ERTINNYA  mereka  di tembak dari atas kepala atau dari mulut – ertinya BUKAN mati berbalas tembakan.

Kes macam ni telah banyak kita dengar – apa yang menarik ialah RAMAI YANG MATI KENA TEMBAK POLIS  IALAH JANTAN INDIA  - jeng jeng jeng.

Betul Jantan India banyak kaki busuk dan samseng dan gengster -  Mereka minoriti tapi paling banyak dalam penjara – Paling ramai  mati JANTAN INDIA MATI  dalam tahanan polis.

Bila  gua lihat fakta ini maka gua teringat kepada Amerika. Orang Itam Negro di Amerika minoriti – tapi paling ramai dalam penjara. Paling ramai mati di tangan polis – hingga MUNCUL BLACK LIVES MATTER .

Apa kah di Malaysia Jantan India ini sama seperti Jantan NEGRO di Amerika – mereka HITAM  – Kulit  mereka  hitam justeru pasti JAHAT ???

JUSTERU gua nak tunggu satu  GERAKAN :  NYAWA  INDIA ITAM PENTING !!! amin

CHINA
Si Jin Ping umum negara China akan  beri bantuan  100 juta dolar untuk Gaza.

JEPUN
Warga Jepun sedang menunggu  kesampaian Gempa Bumi Besar. Ini mengikut kajian Jabatan Kaji Bumi.

EROPAH
Pemimpin Eropah bercadang untuk menyerang Rusia. Mungkin akan melakukan PROJEK SALAH BENDERA dan menuduh Rusia punya angkara.

AMERIKA
FIFA bodek Trump beri  Trump Hadiah Keamanan – kerana tahun 2025 Trump tak dapat hadiah Nobel Keamanan.

FRANCE
Presiden Macron berkata ada kemungkinan Trump akan belot dan meninggalkan Ukraine.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk cerah basah  – langit pucat. Matahari belum dilihat. KL & KL Sentral berkabus tebal. Kemarin hujan lebat.

Pagi yang Siti tak kelihatan – yang datang makan 4 Puppy dan Jantan Baik – yang lain entah di mana.

Gua berjalan arah ke  Wakaf Tiga melintas depan Pokok Ara – ha ha ha – Parlimen Ara sedang bersidang – riuh rendah bunyi unggas. Ada masuk ada keluar.  Daun Ara bergoyang-goyang – pasti Ara sedang  berbunga  - banyak ulat untuk rezeki barung.

Berjalan pulang SITI menunggu di tempat biasa – Tadi entah hilang dimana -  Siti mendapat Jajan Hati Ayam Kering Rebus  sama seperti Tak Tak dan Ezi.

Ha ha - di tempat gua letak nasi - gua nampak dua ekor Tioong sedang mencari nasi. 

Bila gua menulis ini  cahaya matahari dah melimpah di balkoni gua. Wow hari ini akan panas. Jap lagi gua ke Chow Kit – rutin mingguan – gua nak beli Buah Delima – masih murah 4 biji10 Rm. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU

BRO
Lu betul-betul kalah jika lu berhenti berusaha.

BRO
 Lu jangan hilang harapan masa lu sedih. Jangan hancur walau pun lu jatuh.

BRO
Lu pasti ada bakat –  semua orang ada bakat – cari dan temui bakat lu. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI