Sabtu, 21 September 2024

MALAPETAKA IKLIM



Perubahan iklim punca ancaman Aedes serius

KUALA LUMPUR: Demam denggi yang menjadi ancaman kesihatan negara sejak berdekad-dekad lalu, kini semakin serius akibat perubahan iklim.

Peningkatan suhu mempengaruhi pembiakan nyamuk Aedes aegypti sehingga mengakibatkan kawasan yang dahulunya bebas denggi, kini terancam dengan serius.

Di Semenanjung, purata suhu menunjukkan peningkatan 0.24 darjah Celsius per dekad dengan purata suhu bulanan di pada Mei 2024 ialah 28.8 darjah Celsius, berbanding purata suhu bulanan pada Mei 1974, iaitu 50 tahun lalu ialah 26.6 darjah Celsius.

Keadaan ini memberi kesan serius terhadap pembiakan nyamuk, terutama spesies seperti Aedes aegypti dan Anopheles.

Selain Aedes, penyakit bawaan nyamuk seperti chikungunya dan Zika serta malaria juga dilihat begitu membimbangkan kesihatan rakyat negara ini.

Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Vinoth Kumarasamy, berkata kesan perubahan iklim di negara sudah menambah kerumitan dalam usaha mengawal penyebaran virus itu.

Katanya, peningkatan suhu, pola hujan yang tidak menentu dan tempoh musim monsun yang lebih panjang menjadikan keadaan yang sesuai untuk pembiakan nyamuk.

Keadaan itu sekali gus meningkatkan kawasan penyebaran nyamuk dengan kawasan yang dulu bebas dengan penyakit bawaan serangga itu, kini mula berdepan ancaman seperti di kawasan tanah tinggi.

"Suhu yang lebih panas membolehkan nyamuk membiak di tempat yang sebelumnya terlalu sejuk untuk kitaran hidup mereka.

"Sebagai contoh, kawasan pergunungan yang sebelum ini selamat daripada denggi kini mengalami peningkatan kes jangkitan.

"Perubahan iklim juga mengakibatkan taburan hujan yang tidak menentu dengan banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan bandar. Banjir ini meninggalkan kawasan air bertakung yang menjadi tempat pembiakan untuk nyamuk Aedes.

"Ini menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam kes denggi, terutama di bandar besar. Data Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri menyaksikan peningkatan kes denggi yang besar selaras dengan fenomena cuaca ekstrem," katanya kepada BH.

Perhebat kempen kesedaran

Mengulas lanjut, Dr Vinoth berkata, Malaysia memerlukan langkah pengawalan yang lebih canggih dan segera dalam usaha mendepani penyakit bawaan nyamuk yang meningkat akibat perubahan iklim.

"Perubahan iklim di negara ini bukan lagi isu masa depan, tetapi sedang berlaku sekarang. Penyesuaian strategi kawalan penyakit bawaan nyamuk, seperti kempen kesedaran yang lebih kerap dan penggunaan teknologi pemantauan vektor yang lebih canggih, perlu dilakukan segera.

"Perubahan iklim dan penyakit bawaan nyamuk cabaran berterusan yang memerlukan pendekatan jangka panjang, kerjasama di antara agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat untuk mengawal penyebaran penyakit dan melindungi kesihatan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga boleh membantu mengurangkan pembiakan nyamuk dan meminimumkan risiko jangkitan penyakit bawaan nyamuk, sekali gus menyumbang kepada usaha bersama dalam memerangi ancaman yang semakin meningkat akibat perubahan iklim.

Sementara itu, Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan di Amerika Syarikat (AS) menyatakan, suhu memainkan peranan penting dalam penghantaran arbovirus (virus bawaan serangga) disebabkan oleh corak pada fisiologi nyamuk, yang mempengaruhi kadar perkembangan dan kematian dalam nyamuk Aedes.

Katanya, suhu turut mengawal pengeraman virus dalam vektor nyamuk, dengan suhu panas optimum akan mengurangkan tempoh inkubasi.

"Peningkatan hujan boleh meningkatkan populasi vektor disebabkan oleh banyaknya bekas yang dipenuhi hujan di sekitar kediaman, tetapi keadaan kemarau dan kekurangan air juga boleh meningkatkan populasi vektor sekiranya, orang ramai mula menyimpan air dalam bekas di sekitar rumah.

"Kajian juga menunjukkan jangkitan virus denggi berlaku secara optimum pada suhu 28.1 darjah Celcius bagi nyamuk Ae. aegypti, dan 26.4 darjah Celcius bagi nyamuk Ae. albopictus," katanya.

Sementara, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata jumlah kes demam denggi bulan lalu sebanyak 94,807 kes berbanding 78,277 kes bagi tempoh sama 2023.

Katanya, terdapat 84 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 55 kematian bagi tempoh sama pada 2023.

SATU LAGI

MALAPETAKA

IKLIM

AMIN

NYAMUK MEMBIAK

VIRUS MEMBIAK

AMIN

BERSEDIA DENGAN

SERANGAN BARU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: