Isnin, 27 Ogos 2012

ANAK MUDA PELAJAR SEDANG BANGUN MELAWAN











NOTA:
tukar tiub
menyiarkan semua tuntutan
anak muda pelajar yang
sedang berjuang untuk
mengembalikan hak asasi
mereka untuk memilih kepimpinan
mereka tanpa campur tangan
dari pihak luar



MEMORANDUM “BERSIH KAMPUS”
DARIPADA :
PRO-MAHASISWA NASIONAL
KEPADA : BERSIH PILIHANRAYA (BERSIH)

TUJUAN

Memorandum ini diusulkan untuk mendapat perhatian NGO BERSIH bagi membantu mahasiswa dalam memantau dan menilai pilihanraya kampus 2012.

PENDAHULUAN.

Mahasiswa merupakan generasi yang sepatutnya diberi kebebasan untuk melontarkan apa juga idea pandang dari perspektif kaca mata anak muda. Namun tindakan menghalang dan membunuh idealisme anak muda ini seakan-akan menjadi wabak dalam negara Malaysia. Suara anak muda bukan sekadar dihalang, selain itu, disediakan dengan pelbagai hukuman bagi sesiapa yang secara lantang bersuara dan mengkritik.

Bahkan yang menjadi semakin teruk adalah pilihanraya kampus yang sepatutnya bersih dan adil menjadi cerminan kepada demokrasi di Malysia turut dicalari dengan campur tangan luar yang tidak bertanggungjawab .

“Academic chairs are many, but wise and noble teachers are few; lecture-rooms are numerous and large, but the number of young people who genuinely thirst after truth and justice is small.”
- Albert Einstein.



TUNTUTAN
1- Penetapan tarikh pilihanraya kampus
2- Mahasiswa terlibat dalam jawatankuasa mengurus pilihanraya kampus
3- Kebebasan berkempen
4- Sistem pengundian yang telus
5- Peruntukan dana kepada calon

PENDIRIAN
Kami memohon agar pihak BERSIH dapat membantu mahasiswa dalam memantau dan menilai pilihanraya kampus bagi memastikan pilihanraya kampus berjalan dengan lancar secara bersih dan adil.

HURAIAN TUNTUTAN DAN ISU

1-Penetapan tarikh pilihanraya
Huraian : Pilihanraya kampus bagi menukar kepimpinan kampus sepertimana yang tercatat di dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) berjalan setiap satu tahun sekali. Tarikh pilihanraya kampus juga sebelum ini ditetapkan sendiri oleh universiti dan ia berbeza mengikut keadaan kampus masing-masing.

Walaubagaimanapun, “OPSS 2020” antara yang salah satu perancangan yang menyebabkan pilihanraya kampus yang sepatutnya berjalan pada sekitar mac dan april 2012 ini terpaksa ditangguhkan sehingga September 2012 secara serentak antara kampus.

Campur tangan politik luar ke dalam pilihanraya kampus ini menyebabkan keterencatan perjalanan dalam politik kampus.

Kesan penangguhan pilihanraya kampus ini menyebabkan pentadbiran pengurusan kepimpinan mahasiswa menjadi sedikit bermasalah. Antaranya ialah kepimpinan kampus terpaksa ditukar dan digantikan dengan “executive caretaker” yang tidak dipilih oleh majoriti mahasiswa bagi menggantikan kepimpinan mahasiswa dan perjalanan kepimpinan kampus menjadi tidak stabil dengan pertukaran sesi yang berubah.

Tuntutan : Berdasarkan apa yang berlaku, mahasiswa menuntut tarikh pilihanraya kampus ditetapkan dan diletakkan di dalam takwim setiap universiti.
Hal ini kerana :

1-Ketulenan demokrasi yang meraikan kepada persaingan sihat tanpa ada campur tangan politik luar yang boleh mengganggu gugat perjalanan politik kampus.

2-Persediaan yang cukup buat calon mahasiswa yang ingin bertanding.

3-Persediaan mahasiswa untuk menghadapi musim pilihanraya kampus.

2-Mahasiswa terlibat dalam jawatankuasa mengurus pilihanraya kampus

Huraian : Perkara yang berlaku adalah mahasiswa tidak diberikan hak autoriti untuk mengurus pilihanraya memilih kepimpinan kampus mereka sendiri. Keputusan dalam jawatankuasa pilihanraya kampus ditetapkan secara majoriti oleh hal ehwal pelajar universiti.

Tuntutan : Mahasiswa diberikan hak dalam membuat keputusan dalam jawatankuasa pilihanraya kampus. Mahasiswa tidak dikesampingkan dalam mengurus pilihanraya. Individu atau pihak yang berhak terlibat dalam mengurus pilihanraya kampus adalah mantan kepada kepimpinan majlis perwakilan mahasiswa yang lepas.

Hal ini kerana :
1-Memastikan pihak pentadbiran bersikap telus dalam mengurus pilihanraya kampus bersama mahasiswa.

2-Mahasiswa mempunyai hak mengurus pilihanraya dan menentukan corak politik dan kepimpinan mereka.

3-Memainkan peranan mahasiswa dalam menentukan kepimpinan mereka dalam menggerakkan pilihanraya kampus.

3- Kebebasan berkempen



3.1- Tempoh berkempen
Huraian : Tempoh berkempen selama ini hanya selama 3 hari dan kadang kala termasuk hari minggu sabtu dan ahad. Tempoh 3 hari untuk berkempen kepada 15 ribu orang mahasiswa tidak mencukupi dan terlalu pendek apatah lagi calon yang bertanding terikat dengan jadual kuliah pembelajaran. Hari minggu ini juga turut menyusahkan pelajar untuk berkempen terutama untuk berkempen pada pelajar-pelajar di luar kampus.

Tuntutan : tempoh berkempen diberikan kepada calon yang bertanding selama 5 hari bekerja. Hal ini kerana :

1-Masa yang lebih mencukupi untuk calon berkempen kepada seluruh mahasiswa kampus.

2- tidak menyusahkan calon untuk berkempen kepada pelajar-pelajar terutama di luar kampus.

3.2-media bebas

Huraian : Kebebasan calon untuk berkempen manggunakan media massa amat terhad dan membelakangi zaman. Calon tidak dibenarkan berkempen menggunakan facebook, twitter, friendster,blog dan media massa lain. Perkara yang berlaku adalah seperti pengguguran calon UPM yang menggunakan media laman sosial facebook.

Tuntutan : Mahasiswa diberikan kebebasan mengunakan apa jenis media dalam berkempen. Hal ini kerana :

1-Memberikan seluas-luasnya calon untuk mengekspresikan diri mereka dalam berkempen.

2-Berkempen seiring dengan perkembangan media massa.

3.3-lokasi kempen

Huraian : Lokasi yang diberikan untuk calon mahasiswa berkempen amat terhad dan terpaksa bercampur dengan birokrasi yang tidak sepatutnya timbul. Calon mahasiswa yang diberikan autoriti oleh universiti untuk berkempen disekat untuk berkempen di kolej-kolej kediaman. Calon terpaksa membuat permohon 2 hari awal untuk mendapat keizinan kolej-kolej kediaman sebelum dibenarkan masuk ke kolej-kolej kediaman sedangkan kolej masih di dalam lingkungan dalam universiti.

Tuntutan : Calon diberikan kebebasan seluas-luasnya untuk berkempen di dalam universiti termasuk kolej kediaman. Hal ini kerana :

1-tidak menghadkan calon mahasiswa untuk berjumpa semua pelajar.

2-Mengelak birokrasi yang boleh merencatkan mahasiswa untuk berkempen.




3-4-Mekanisma berkempen
Huraian: Mekanisma atau bahan kempen mahasiswa tidak bebas. Bahan kempen terlalu mengikat calon dan terpaksa mengikut spesifikasi yang tidak bebas. Antaranya ialah bahan kempen yang hanya dihadkan kepada jenis font, saiz fontm kandungan bahan yang tertentu seperti nama calon,fakulti dan gambar sahaja. Segala jenis banner atau poster yang tidak menepati spesifikasi akan ditolak.

Tuntutan : Calon dibenarkan untuk menggunakan apa sahaja cara dan jenis mekanisma untuk berkempen.

Hal ini kerana :
1-Menambah kreativiti mahasiswa dalam berkempen dengan pelbagai jenis bahasa, corak kempen dalam bahan kempen.

2-Memberi corak pilihanraya kampus yang bersaing secara bebas dan sihat.

4-Sistem pengundian yang telus

Huraian : sistem yang diharapkan dalam pilihanraya kampus adalah sistem pilihanraya yang telus dan tidak menyusahkan mahasiswa. Apa yang berlaku adalah sistem pilihanraya seperti e-penamaan, e-bantahan, e-rayuan yang menyusahkan calon mendaftar sebagai calon dan e-voting yang berpotensi untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, tempat mengundi juga sedikit menyusahkan pelajar apabila pengundian dibuat di kolej kediaman. Ia menyusahkan kepada pelajar yang tinggal diluar kampus untuk terpaksa pergi mengundi di pusat pengundian lain kerana mereka tidak mempunyai kolej kediaman sendiri.

Tuntutan : Penambahbaikan sistem pilihanraya kampus dengan campuran sistem elektronik dan manual. Pengundian dilakukan secara elektronik dan boleh mengeluarkan salinan kertas undi elektronik untuk dimasukkan ke dalam peti undi untuk membolehkan kiraan semula dibuat .




Hal ini kerana :
1-Kiraan semula boleh dibuat apabila berlaku ketidak puas hatian calon yang bertanding atau terdapat perbezaan kiraan kertas undi yang kecil.

2-Menjamin ketelusan sistem pilihanraya tanpa ada manipulasi sistem oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

3-Mengelak perkara-perkara tidak terduga yang boleh menjejaskan sistem elektronik seperti penggodaman, putus bekalan elektrik, virus dan lain-lain.

5-Peruntukan dana calon

Huraian : Calon kebiasaanya menggunakan modal sendiri untuk bertanding. Modal dikeluarkan untuk mereka menyediakan dana untuk bahan penerangan, bahan kempen dan lain-lain.

Tuntutan : Calon diberikan peruntukan khusus untuk bertanding samada dalam bentuk tunai atau material.

Hal ini kerana :
1-Tidak membebankan mahasiswa yang berhutang dan dalam masa yang sama menyiapkan diri untuk bertanding.

2-Memberikan semangat mahasiswa untuk lebih berbakti kepada universiti setelah bertanding.

PENUTUP
Maka dengan ini, Pilihanraya kampus merupakan cerminan kepada pilihanraya umum ke 13. Demokrasi dan ketelusan dalam pemilihan kepimpinan kampus menjadi pendidikan politik mahasiswa dalam menjadi bakal pemimpin negara. Oleh itu, perhatian daripada pihak BERSIH amatlah diharap-harapkan untuk membantu mahasiswa dalam membantu dan menilai pilihanraya kampus.

“Bersama berkhidmat demi mahasiswa & rakyat”

Sekian,

Edikoup Bin lakip Sediyanto,
Juru Cakap Pro-Mahasiswa Nasional
013-9412448



Tiada ulasan: