Rabu, 21 Disember 2022

SOSMA - BUAT PERUBAHAN JANGAN HANYA CAKAP !!!


Tentang undang-undang kejam Sosma

KEPUTUSAN terbaharu Putrajaya untuk tidak meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma mendapat tentangan hebat daripada ahli politik Pakatan Harapan (PH) dan kumpulan hak asasi manusia.

Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau antara lima pemimpin Hindraf yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dimansuhkan.

“Saya ditahan tanpa bicara selama 495 hari. Saya faham perasaan mereka (yang ditahan di bawah Sosma). Saya kecewa sebab masih ada orang percaya Sosma tidak patut dimansuhkan,” katanya kepada pemberita semalam selepas menandatangani memorandum kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memohon ikat jamin bagi tahanan Sosma dan supaya undang-undang itu disemak.

Apa itu Sosma?

Undang-undang itu digubal untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 namun Sosma itu turut berhadapan kontroversi.

Sosma diperkenalkan oleh perdana menteri ketika itu Najib Razak, dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 17 April 2012 sebelum diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 Jun 2012 untuk diwartakan pada 22 Jun 2012.

Undang-undang itu diwujudkan di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan untuk menentang perbuatan subversif, ketenteraman awam, keganasan, pengintipan dan isu-isu isu berkait keselamatan negara.

Tiga individu pertama yang ditahan di bawah Sosma ialah Yazid Sufaat, Halimah Hussein dan Mohd Hilmi Hasim atas dakwaan terlibat dalam keganasan pada 2013.

Pada tahun sama, Sosma digunakan untuk menangkap 104 warga Filipina yang dikaitkan dengan Jamalul Kiram III semasa pengepungan Lahad Datu termasuk penangkapan ahli keluarga Jamalul, yang telah memasuki Sabah menggunakan dokumen palsu.

Pada 2016, penggunaan Sosma oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dikecam secara meluas oleh aktivis dan pembela hak asasi manusia selepas 15 pejuang hak sivil terkemuka ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih.

Maria Chin Abdullah, bekas pengerusi Bersih, merupakan antara 15 yang ditahan di bawah undang-undang itu pada 2016 ketika banyak kumpulan menuduh kerajaan menyalahgunakan kuasa dengan menangkap aktivis.

Berikutan penahanan berleluasa itu, 80 kumpulan hak sivil terkemuka secara bersama menggesa Sosma dimansuhkan, menggelarkan ia sebagai undang-undang drakonian.


Janji Pakatan

Melalui manifesto pilihan raya 2018, PH menyebut pemansuhan undang-undang yang menindas namun pengerusinya ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, tidak secara khusus menyebut gabungan itu akan memansuhkan Sosma jika ia mentadbir Putrajaya.

Namun selepas PH menang pilihan raya umum 2018 itu, janji manifesto itu tidak dilaksanakan sama sekali.

Begitu pun, kerajaan PH cuma dapat berkuasa untuk dua tahun sahaja sebelum dicantas melalui Langkah Sheraton pada 2020.

Bekas menteri undang-undang, mendiang Liew Vui Keong memberitahu pemberita pada 2019 yang Putrajaya berusaha untuk mengkaji, bukan memansuhkan Sosma.

“Kami sedang mengkaji semula peruntukan tahanan reman (tahan tanpa bicara) tempoh 28 hari, dan memberi tahanan akses kepada peguam bela,” katanya kepada pemberita ketika itu.

“Tetapi suka atau tidak, kita masih perlukan undang-undang keselamatan di negara ini. Kita akan berhadapan masalah dengan keselamatan jika kita tidak berhati-hati.”

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan, adakah kerajaan akan mansuhkan Sosma. Soalan itu muncul ketika 12 orang ditangkap atas dakwaan ada kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Perdana menteri PH ketika itu, Dr Mahathir berkata Putrajaya sedang berusaha untuk meminda undang-undang zalim, termasuk Sosma.

“Kita akan teliti bahagian yang perlu dipinda seperti penahanan tanpa bicara secepat mungkin untuk elakkan penderaan,” katanya.

Komen Dr Mahathir itu merujuk kepada penahanan 12 lelaki, termasuk dua Adun DAP, di bawah Sosma kerana didakwa menjadi ahli LTTE.
.
Usul lanjut tahanan tanpa bicara diluluskan

Pada 23 Mac 2022, Hamzah Zainudin, menteri dalam negeri di bawah kepimpinan Ismail Sabri Yaakob, membentangkan usul di Dewan Rakyat untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Sosma bagi tempoh lima tahun bermula 31 Julai.

Subseksyen 4(5) Sosma memberi kuasa kepada polis untuk menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan bagi tempoh tidak melebihi 28 hari untuk siasatan.

Subseksyen 4(11) pula menyatakan Subseksyen 4(5) hendaklah disemak setiap lima tahun dan akan terhenti berkuat kuasa apabila diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk tidak melanjutkannya.

Pada 24 Mac, Dewan Rakyat tidak meluluskan usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Sosma itu.

Usul itu tidak diluluskan setelah melalui mendapat undi belah bahagian yang menyaksikan 84 ahli Parlimen bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju.

Tetapi empat bulan selepas kekalahan kerajaan, Dewan Rakyat meluluskan lanjutan kepada klausa penahanan tanpa bicara selama lima tahun lagi selepas kerajaan menang undi bahagian denggan 111 berbanding 88.

Seramai 21 ahli parlimen tidak hadir.

Ia merupakan kali kedua Dewan Rakyat mengundi untuk melanjutkan klausa Subseksyen 4(5) Sosma, selepas undang-undang itu digubal pada 2012. Lanjutan pertama adalah pada 2017.

Undian itu diadakan selepas ahli dewan mengundi tipis pada 23 Mac untuk tidak melanjutkan fasal 86-85. 49 ahli parlimen tidak hadir.

Pakatan langgar janji lagi

PH dipilih sebagai kerajaan baharu dalam pilihan raya umum baru-baru ini, yang menyaksikan pembentukan kerajaan perpaduan di kalangan PH, BN, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Warisan.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Saifuddin Nasution Ismail, mengulangi pandangan pendahulunya Hamzah, yang berkata kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula Sosma.

Katanya undang-undang itu mungkin akan dikaji semula pada masa depan, bukan sekarang.

“Pendirian saya ketika ini undang-undang bersifat dinamik dan tidak statik, sebab itu, kita ada Parlimen untuk gubal dan pinda undang-undang sedia ada. Itulah mekanisme yang ada di negara kita.

“Kita perlu bertindak balas terhadap situasi itu dari semasa ke semasa. Dan patutkah ia dipinda sekarang? Tidak. Ini prinsip dan pendirian saya pada masa ini,” katanya ketika diminta mengulas gesaan timbalan pengerusi DAP Gobind Singh Deo supaya beliau mempertimbangkan semula kenyataannya mengenai Sosma.

“Kita perlu respons ikut keperluan dari semasa ke semasa dan adakah ia perlu dipinda sekarang? Itu tidak. Itu prinsip saya dan apa yang saya pegang buat masa ini,” katanya ketika diminta mengulas gesaan Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo supaya beliau mempertimbangkan semula kenyataan berhubung Sosma. – 21 Disember, 2022.


WOIT

KLIM NAK BUAT

REFORM

AMIN

BUKTIKAN

JAGAN CAKAP

LAKUKAN

PERUBAHAN

 KHALAS 

SOSMA NI 

SAMA MACAM ISA

KHALAS

Tiada ulasan: