Khamis, 9 Mei 2019

PAKATAN MENANG TIPU DIGAGALKAN









CILAKO UMNO

CILAKO NAJIB

NASIB BAIK

SEMPAT TERAJANG

Rundingan semula projek era BN jimatkan lebih RM45 bilion


SEBANYAK RM45.84 bilion berjaya dijimatkan menerusi rundingan semula projek selepas setahun Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan persekutuan.

Angka tersebut berdasarkan laporan mengenai rundingan semula projek mega yang diluluskan di bawah pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Najib Razak, seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH.

Semakan dan rundingan semula ini tujuannya hanya satu, seperti yang disebutkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini: untuk menjimatkan wang supaya kerajaan dapat melangsaikan hutang besar yang ditinggalkan oleh pentadbiran Najib yang dipalit skandal.

Bagaimanapun, ketika dalam wawancara bersama media sempena setahun pentadbiran PH baru-baru ini, Lim berkata wang yang dapat dijimatkan dari hasil rundingan semula ini akan digunakan untuk menyelamatkan institusi lain milik kerajaan yang mengalami kerugian besar akibat salah tadbir urus dan pelaburan yang meragukan.

Contohnya, hasil penjimatan daripada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dan Tren Aliran Transit Massa 2 (MRT2) digunakan untuk menyelamatkan Felda dan Tabung Haji iaitu masing-masing RM6.3 bilion dan RM17.8 bilion.

Projek terbesar yang disemak semula ialah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Bandar Malaysia, MRT2 dan LRT3.

Malaysia berjaya menjimatkan RM22 bilion hasil daripada rundingan semula ECRL, RM15.02 bilion dari LRT dan RM8.82 bilion dari MRT2.

Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin yang mengetuai rundingan semula ECRL dengan China berkata mungkin lebih banyak penjimatan diperolehi apabila butiran akhir dimuktamadkan.

Sementara itu, projek HSR ditangguhkan untuk dua tahun manakala projek Bandar Malaysia diteruskan semula dengan mengekalkan pemaju asal, China Railway Engineering Corporation (CREC) dan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH).

Berikut adalah ringkasan projek-projek tersebut:

MRT2 dan LRT3

Kerajaan PH pada asalnya tidak mahu meneruskan projek MRT2 yang menelan kos RM40 bilion. Kerajaan juga mahu menamatkan kontrak yang diberi kepada usahasama MMC-Gamuda.

Selepas merunding semula terma-terma projek, MMC-Gamuda diberi kontrak siap guna (turnkey contract) bagi menyiapkan bahagian atas projek itu.

Lim mengumumkan kerajaan berjaya menjimatkan RM8.82 bilion.

Bagi projek LRT3 pula, kos asalnya menelan RM31.45 bilion tetapi menjadi RM16.63 bilion selepas disemak semula.

ECRL

Walaupun pelabur lega apabila kerajaan meneruskan projek MRT2 dan LRT3, masih ramai yang ragu-ragu dengan projek ECRL kerana pandangan berbeza yang dilontarkan oleh menteri-menteri Kabinet.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali pada Januari lalu berkata projek tersebut akan dibatalkan kerajan kerajaan tidak mampu membayar faedah tahunan pinjaman sebanyak RM500 juta.

Beberapa jam selepas itu, Lim berkata beliau terkejut dengan kenyataan Azmin.

Daim dihantar ke China untuk merunding semula perjanjian antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Pada 15 April, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan projek ECRL akan diteruskan selepas Malaysia berjaya merunding semula perjanjian dan mengurangkan RM22 bilion daripada kos asal iaitu RM66 bilion. Ia akan diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion.

Bandar Malaysia dan KLHSR

Bandar Malaysia sepatutnya menjadi pembangunan campuran di tanah yang sebelum ini lapangan terbang Sungai Besi. Ia sepatutnya menempatkan terminal Kuala Lumpur bagi HSR. 

Ia diberikan kepada konsortium antara China Railway Engineering Corporation (CREC), yang memegang 60% daripada projek itu, dan  Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), yang memegang 40%. Johor memiliki kira-kira 40% daripada IWH. 

Ia pertama kali menghadapi masalah pada tahun 2017 apabila konsortium gagal memenuhi obligasi pembayaran. IWH-CREC telah mengekalkan bahawa ia telah mematuhi semua 12 obligasi bayaran.

Empat hari selepas ECRL diteruskan semula, Dr Mahathir berkata Bandar Malaysia juga diteruskan dengan IWH-CREC dikembalikan sebagai pemaju.

Beliau berkata pada mulanya terdapat kekeliruan dalam kabinet memandangkan ada yang berpendapat projek itu diberikan kepada syarikat China.

Putrajaya memutuskan untuk mengembalikan semula IWH-CREC setelah menyedari bahawa konsortium itu sebenarnya usaha sama antara syarikat Malaysia yang dikuasai oleh hartawan Lim Kang Hoo dan syarikat China.

Walaupun Bandar Malaysia akan diteruskan, nasib KLHSR masih tidak menentu kerana Dr Mahathir berkata rundingan telah digantung selama dua tahun akibat kekangan kewangan semasa kerajaan.

Bagaimanapun, kejayaan merundingkan semula kontrak-kontrak mega ini dan penjimatan kos yang dibuat adalah pencapaian pertama dalam langkah kerajaan untuk menyatukan pentadbiran dengan masalah dan hutang yang diwarisi. – 9 Mei, 2019.


TAPI AWAS 

WASPADA 

CHINA MERAH

MASIH ADA

NIAT NAK

TAKLOK 

TANAH MELAYU


---------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha.Najib turun sebab deal dengan Madeey.Malaysia Pau China lepas tu tak boleh bayar terpaksa guna plan peralihan kuasa.